BAB 37 - MAAF DI TERIMA -

Drama Completed 30112

RAYMIE hanya menadah telinga sahaja mendengar bebelan mamanya. Kepalanya ditunduk ke bawah. Karang kalau dia melangut memandang ke depan, dapat jelingan tajam dari mama pula. Dah lah kena bebel. Dapat jelingan tajam pula tu!

Penyudahnya, dia hanya duduk menekur memandang lantai.

"Tengok anak sulung abang tu... Kita punya lah beria bercakap dengan dia... Boleh pula dia buat tak tahu aje dengan cakap kita..." Bebel Puan Ida lagi.

Aduh! Kena lagi!

Terjongket kening Tuan Mirul Rozai mendengar bebelan isterinya. Tadi bebelkan si Raymie. Sekarang dengan dia sekali kena bebel!

Matanya berkalih memandang ke arah anak bongsunya. Anak bongsu nya hanya menjongket bahu sahaja tanda menyuruh dia pasrah dengan bebelan wanita tersebut.

Mata Tuan Mirul Rozai membesar melihat anak bongsunya sudah berkira - kira mahu pergi dari situ.

Dengan langkah yakinnya, si Raymen melangkah perlahan keluar dari ruang tamu tersebut. Baru setapak melangkah, suara petir Puan Ida mematikan langkahnya.

"Hah! Aymen! Nak pergi mana tu?"

"Err... Aymen nak ambik air dekat dapur... Haus..." Jawab Raymen gugup.

"Tak payah... Kamu duduk sini balik... Air tu biar Su ambilkan..." Arah Puan Ida.

Kedengaran pula suara Puan Ida mengarah Kak Su mengambil air untuk Raymen.

Automatik tubuhnya dihenyakkan semula ke sofa. Bahu dijatuhkan semula bila mendengar arahan mama nya.

Haih! Nampak gayanya dia pun kena bebel setepek jugak dengan mama ni!

Tergeleng kepala Tuan Mirul Rozai melihat wajah masam anak bongsunya.

Tulah... Siapa suruh nak larikan diri... Kan dah mendapat!

Hanya wajah anak bongsunya dipandang.

Wajah Puan Ida?

Hmm... Nak pandang macam mana kalau rupa dah gaya macam mak singa! Itu lagi dari memandang wajah keruh si Raymie, anak sulungnya!

Yelah! Mana tak keruhnya! Kena bebel dengan Puan Ida dari tadi.

Tapi kenapa Raymie kena bebel teruk dengan Puan Ida? Raymie ada buat salah ke?

Alahai... Takkan tak tahu... Gara - gara mulut dia yang takde insurans lah, Maura tak balik - balik rumah sejak keluar pagi tadi.

Ni dah nak dekat senja, batang hidung gadis langsung tak kelihatan.

"Mama tak tahu lagi nak cakap apa dengan kamu dah Mie... Mama dah cakap... Jangan keluar kan kata - kata yang singgung kan hati dia... Tengok apa dah jadi sekarang..."

Dahi dipicit perlahan.

Hatinya tidak keruan memikirkan keberadaan Maura sekarang. Perasaan risau dan bimbang membelenggu hatinya.

Wajah si anak sulung di kerling lagi.

"Sudah lah tu Ida... Nanti awak sakit lagi... Awak tu bukan sihat sangat pun..." Tuan Mirul Rozai mencelah.

Dia menyuruh isterinya menghenti meleteri anak sulung mereka bukan dia nak menyebelahkan anak itu, tetapi memikirkan kesihatan wanita itu.

Nanti darah tinggi wanita itu naik mendadak, satu hal pula.

" Mama nak kamu cari Maura sampai dapat... Kalau tak... Jangan harap mama maafkan kamu..." Putus Puan Ida sebelum berlalu dari situ.

Nasihat suaminya tadi langsung tak dihiraukan. Langkah nya laju menapak menuju ke tingkat atas.

"Hmm... Abah tak tahu nak cakap apa lagi... Harap kamu faham apa yang mama sampaikan tadi..." Ujar Tuan Mirul Rozai.

Dia pun beransur keluar dari ruang tamu itu diikuti oleh anak bongsunya.

Raymen pun malas nak menghadap wajah tapai basi abangnya.

Padahal dalam hati dia tahu keberadaan Maura sekarang. Sengaja dia tak mahu bagi tahu. Biarlah abangnya larut dengan perasaan bersalahnya.

Tulah... Siapa suruh cakap ikut sedap mulut sahaja...

Ingat si Maura tu anak patung ke? Boleh cakap ikut suka hati?

Hilang sahaja kelibat abah dan adiknya, dia mengeluh dengan kuat. Kepala yang tidak gatal digaru kasar. Perasaan bersalah kian mencengkam hatinya.

Setelah agak lama mendiamkan diri di ruang tamu, dia bangun dari sofa dan terus menonong laju menuju ke arah pintu utama.

Aduh! Dekat mana lagi aku nak cari dia ni?

KETUKAN bertalu - talu dari luar rumah mematikan langkah Maura yang mahu bergerak ke ruang dapur.

Jam di dinding di kerling. Pukul 9:30 malam!

Dahi Maura berkerut.

Siapa pulak yang datang malam - malam macam ni? Bisiknya curiga.

Namun langkah dibawa juga menuju ke pintu rumah walaupun hati penuh dengan perasaan curiga.

Kunci pintu dibuka.

Perlahan - lahan pintu rumah di buka dari dalam.

Terkejut Maura bila wajah Raymie terjegul di balik pintu.

"Awak??" Hampir menjerit Maura bersuara. Wajah dan pakaian lelaki yang sedikit basah itu di pandang dengan perasaan terkejut.

"Ya..." Jawab Raymie dengan nada menggigil kesejukan.

"Awak buat apa dekat sini?" Soal Maura.

Matanya meliar memandang keluar rumah. Hanya terdapat sebuah motosikal sahaja. Bunyi hujan dan angin menguasai suasana sekarang.

"Boleh tak bagi aku masuk dulu... Aku sejuk ni... Kena hujan tadi..." Pinta Raymie.

Memang benar dia mengalami kesejukan.

Tapi bengap jugak si Raymie ni!

Dah tahu hari hujan, bawaklah kereta. Ini tak, dibantainya bawak motor! Dah tak pasal - pasal sejuk jadinya!

Belum sempat Maura bersuara, Raymie sudah melangkah ke dalam rumah pusaka ini!

Oh! Kiranya Maura bermalam di sinilah gara - gara terasa hati dengan kata - kata Raymie tempoh hari.

Bila dilihat Raymie sudah memasuki rumah, nak tak nak Maura terpaksa menerima. Pintu rumah kembali di tutup.

"Awak pergilah mandi... Kena hujan tu... Nanti demam... Susah pulak..." Arah Maura bila lihat Raymie masih lagi duduk berpeluk tubuh di kerusi rotan.

Dia berlalu meninggalkan Raymie di ruang tamu. Dia kembali semula bersama sehelai tuala bersih.

"Nah... Tuala..." Tuala bersih dihulur kepada Raymie.

Tuala disambut.

"Terima kasih..." Jawab Raymie bersama pakej senyuman tampannya. Tapi hampa bila senyumannya di balas dengan wajah tanpa perasaan oleh Maura.

"Awak pergi mandi dulu... Saya ada kerja nak siap dekat dapur..." Usai berkata, dai terus melangkah menuju ke dapur. Meninggalkan Raymie sendirian di ruang tamu.

USAI MANDI, dia melepak di ruang tamu. Sekeliling ruang tamu yang sederhana besar itu dipandang.

Rasanya ini kali pertama dia datang ke rumah pusaka nenek Maura ini. Selama ini, dia tidak pernah tahu yang gadis itu mempunyai rumah secantik walaupun ia hanya sebuah rumah papan.

Mana tak tahu nya... Sibuk sangat dengan rasa benci tu... Cubalah kalau dulu tak membenci... Tahulah juga serba sedikit pasal Maura ni...

Dia berjalan mengelilingi ruang tamu tersebut.

Senyuman tersungging di bibir bila melihat potret Maura dari kecil sehingga dewasa. Comel!

Matanya tiba - tiba terpaku pada sebuah potret yang tergantung di dinding. Ada empat tubuh manusia di dalam potret tersebut.

Seorang lelaki dan seorang perempuan dalam lingkungan umur 30 - an sedang tersenyum manis sambil tangan kedua - duanya berada di atas bahu seorang remaja perempuan dan juga seorang wanita separuh usia yang sedang duduk di atas kerusi. Sekali lagi senyuman tersungging di bibir melihat senyuman manis gadis remaja yang berada di dalam potret tersebut.

"Ehemm..."

Mati senyumannya bila mendengar deheman seseorang dari belakang.

"Nah... Air milo... Biar hangat sikit badan tu..." Ujar Maura sambil meletakkan muk berisi air milo di atas meja kopi.

Raymie melangkah menuju ke kerusi rotan. Punggungnya di henyak di atas kusyen.

"Kau tak minum ke?" Soal Raymie melihat hanya satu muk sahaja yang di bawa oleh gadis itu tadi.

Maura hanya menggeleng kepala sahaja.

"Ni awak... Saya nak tanya... Dari mana awak tahu saya ada dekat sini..." Soal Maura setelah agak lama mereka berdiam diri tadi.

Raymie yang sedang meneguk air milo perlahan - lahan meletakkan kembali muk ke atas meja kopi.

Maura mula mengesyaki sesuatu.

"Jangan cakap yang awak..." Kata - katanya bagai tersekat di kerongkong.

"Awak upah orang kan untuk cari tahu saya ada dekat mana..." Maura meneka.

Melihat kebisuan Raymie, dia yakin yang tekaan nya tepat sekali!

Wah! Senang nya jadi orang kaya ni!

Nak cari sesiapa pun boleh asalkan ada duit!

"Jadi... Ada apa awak datang sini..." Soal Maura lagi. Sebenarnya dia malas mahu menyoal Raymie lebih - lebih malam ni.

Tapi mengenangkan lelaki ini sudah pun berada di hadapan nya kini, di soal juga.

"Look Maura... Aku minta maaf sebab datang sini tiba - tiba... Dan juga aku minta maaf sebab upah orang untuk cari keberadaan kau... Aku datang sini pun ada sebab... Aku... Aku..." Tiba - tiba suaranya bagaikan tersekat di kerongkong. Tak boleh keluar.

Hai! Dah terkedu pulak nak bercakap!

Tadi bukan main laju bercakap! Alih - alih bila sampai part hujung, boleh pula tersangkut lidah!

"Aku... Aku apa..." Keningnya sudah terjongket mahu mengetahui apa mahu di beritahu oleh Raymie ini!

Raymie tidak menjawab sebaliknya dia bangun dari tempat duduknya lalu terus mengambil tempat di sisi Maura.

Tangan gadis itu di capai.

Terkejut Maura dengan tindakan Raymie itu. Tangan nya ingin ditarik dari genggaman Raymie tetapi langsung tak berjaya bila lelaki mengeratkan lagi genggamannya.

"Aku datang nak minta maaf dengan kau... Sebabkan mulut aku yang takde insurans ni..." Akhirnya, apa yang hendak dikatakan tadi terluah juga.

Maura hanya membisu sahaja.

Pernyataan maaf Raymie itu mengulit perasaan nya.

Lelaki ini senang meminta maaf kepadanya. Tetapi untuk memaafkan kesalahan yang pernah dia buat pada lelaki ini enam tahun lalu, adakah lelaki ini bersedia?

"Kenapa kau diam?" Wajah Maura tertunduk membisu di kerling.

"Raymie... Awak dah maafkan ke apa yang telah saya lakukan dekat awak enam tahun lalu..."

Terlepas genggaman tangannya pada Maura bila kejadian itu terbit dari mulut gadis ini.

"Kenapa kau tanya Maura?"

Soalan di balas soalan.

"Kenapa awak baik dengan saya sedang kan saya punca awak hampir mati enam tahun dulu..." Tanya Maura.

Dia ingin kepastian dari lelaki ini. Memandangkan mereka sekarang berada di rumah pusaka ini dan bukan dirumah agam milik keluarga Raymie. Jadi senang untuk dia selesaikan bersama Raymie.

"Kemaafan dari mama awak saya dah dapat... Hanya kemaafan dari awak aje saya tak dapat lagi... Saya harap awak maafkan saya... Tanpa maaf awak... Hidup saya takkan tenang..." Lirih Maura bersuara.

Ya... Sejak dari hari kejadian sehingga dia menjadi isteri yang tak diiktiraf oleh lelaki ini, hatinya langsung tidak tenang. Dosa yang dia buat pada Raymie sering menghantui dirinya.

Kerana itulah, segala apa di buat oleh lelaki ini dengan mamanya pada dirinya dulu, dia terima dengan hati yang rela.

Malah dia sanggup mengorbankan dirinya untuk melindungi wanita yang disayangi oleh lelaki ini dari menjadi sasaran perompak.

"Maura... Hei... Dengar... Aku dah maafkan apa yang kau dah buat dekat aku dulu... Kau banyak berjasa dekat family aku... Kau yang selamatkan mama aku dari jadi sasaran perompak... Kami terhutang budi dekat kau Maura..."

Kedua - dua belah tangannya di tekap wajah Maura ynag sudah lencun dengan air mata.

Air mata Maura mengalir lagi.

Ini bukan air mata kesedihan tapi air mata kegembiraan. Akhirnya, Raymie memaafkan dirinya.

" Aku maafkan kau Maura... " Bisik Raymie perlahan.

"Terima kasih Raymie... Terima kasih..." Ujar Maura bersama senyuman gembira.

Tangan lelaki itu dicapai lalu di genggam kemas.

"Sekarang... Aku dah maafkan kau... Kalau aku minta sesuatu dari kau... Kau boleh tunaikan tak..." Pinta Raymie tiba - tiba.

"Apa dia?"

"Apa yang buatkan kau larikan diri ke rumah aku waktu tu? Apa yang dah terjadi sebenarnya?"

Tersentak Maura mendengar soalan Raymie. Berubah terus wajahnya.

Tangan nya yang mengenggam tangan Raymie tadi ingin dilepaskan tetapi tidak berjaya bila tangan nya pula digenggam erat oleh Raymie.

" Please Maura... Ceritakan dekat aku... Aku perlukan penjelasan..." Ujar Raymie seakan merayu.

Ya... Dia perlukan penjelasan!

Sudah lama perkara ini berlegar di dalam kepalanya dan malam ini...

Malam ini... Dia perlukan penjelasan keluar dari mulut Maura sendiri. Dia mahu Maura membongkar segala -galanya malam ini juga.

"Please Maura... Ceritakan semuanya... Aku merayu..." Raymie merayu lagi.

Maura menghela nafas panjang.

Dengan berbekal kan semangat dan tekad yang tinggi, akhirnya dia menceritakan peristiwa silam yang terjadi pada dirinya 10 tahun lalu...

Dari situ kita akan tahu kenapa Maura melarikan diri ke rumah Raymie pada malam hitam itu...

Imbasan kisah silam akan bermula... Dan dari sinj kita akan tahu hubungan dingin Maura dan papanya bermula...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience