BAB 19 - GADIS PASAR -

Drama Completed 30112

SUASANA DI PASAR BORONG kelihatan riuh rendah sekali. Pasar itu adalah pasar yang terbesar di daerah penempatan mereka ini. Bukan penduduk disitu sahaja berjualan, orang dari penempatan lain juga akan ikut berjualan di situ.

Dalam suasana keriuhan di pasar, kelihatan seorang gadis menjerit kepada orang ramai untuk memberi laluan kepadanya yang sedang menolak beberapa buah bakul berbagai jenis sayur diletakkan di atas troli.

"Beri laluan... Beri laluan..." Jerit si gadis kepada orang ramai yang sedang sibuk memilih barang. Orang ramai yang mendengar jeritan si gadis terus ketepi untuk memberi laluan kepada si gadis.

Gadis itu adalah Maura, gadis yang pernah dibuang oleh keluarga sendiri.

" Haiya you ha Ola... Untie sulah cakap jangan jerit itu macam lagi..." Rungut Untie Mee Faa kepada gadis itu setelah si gadis sampai di gerainya. Maura hanya tersengih sahaja mendengar rungutan majikannya. Manakala suaminya majikannya, Uncle Lian Kee hanya menggeleng kepala sahaja dengan ulah pekerjanya. Sudah lali dengan semua keletah si gadis sejak mula bekerja dengan mereka enam tahun dulu.

" Haiya Untie... Jerit ini macam baru ada syok maa..." Usik Maura kepada majikannya. Terus pinggangnya di cubit Untie Mee Faa. Terlompat terus Maura bila mendapat cubitan berbisa dari majikannya ini.

"Haiyoo... Banyak sakit lah Untie..." Dia menggosok tempat cubitan tadi. Untie Mee Faa ni kalau cubit kalah ketam batu! Sakit doh!

"Itulah... Siapa suruh lawan cakap tauke lagi... Sudah kena lah..." Wanita peniaga sayur sengaja membuat muka garang.

"Oklah... Oklah... I minta maaf Untie... I janji I tak buat lagi..."

Tergelak suami isteri itu bila Maura membuat muka comel untuk meminta maaf.

"Oklah... Untie maafkan... You pergi balik... Hari sudah petang..." Ujar Untie Mee Faa menjeling jam ditangan setelah menyedari jam sudah menginjak ke angka empat petang.

"Ok... Baik Untie... I balik dululah..." Maura minta izin kepada kedua - duanya. Troli yang membawa bakul sayuran tadi diletak ke belakang gerai. Setelah selesai semuanya, dia terus melangkah keluar dari gerai sayuran itu setelah berpamitan dengan kedua - dua majikannya.

MATI LANGKAHNYA bila melihat sebuah kereta mewah tersadai berhampiran simpang masuk ke rumahnya.

"Kereta siapa pulak tu?" Soal Maura sendirian. Matanya meliar melihat sekeliling kawasan tersebut. Tiada satu pun kenderaan yang lalu lalang di situ. Biasanya ada juga kenderaan yang lalu lalang di situ. Tapi hari ni hati nya terasa lain macam. Bermacam - macam andaian buruk di dalam fikirannya kini. Orang sekarang bukan boleh percaya sangat.

"Aduh... Yang kereta ni pun satu.. Yang dok tersadai tempat laluan kau balik dah kenapa?" Rungut Maura perlahan.

"Takpe... Aku lalu dulu... Kalau dia nak apa - apakan aku nanti... Aku jerit..." Nekad Maura dalam hati. Kakinya bersedia untuk membuat larian pecut.

Belum sempat dia membuat aksi tersebut, figura seorang lelaki yang keluar dari kereta tersebut membuatkan Maura tergamam.

Tuan Mirul Rozai?

Tuan Mirul Rozai yang sedang bercakap ditelefon tidak sengaja menoleh ke arah Maura sedang berdiri tidak jauh darinya.

"Maura??" Desis lelaki itu perlahan. Panggilan dari talian sebelah dibiarkan seketika.

"Helo Rul... Kau okay ke?" Orang di talian sebelah bertanya.

"Hei Mirul..." Kali ini orang di talian sebelah memanggil Tuan Mirul Rozai dengan nada kuat.

Tersentak Tuan Mirul Rozai seketika saat mendengar suara kuat sahabatnya dari talian sebelah.

"Ya... Ya... Aku dengar... Rahim... Nanti aku telefon balik... " Belum sempat si Rahim menjawab, talian sudah dimatikan. Mesti si Rahim menyumpah dengan perangai sahabatnya ini.

"Maura..." Panggil Tuan Mirul Rozai bila melihat gadis itu sudah berkira - kira mahu pergi dari situ.

Terhenti langkah Maura bila bapa mentuanya memanggil dirinya. Tapi masihkah dirinya dianggap menantu lagi oleh lelaki ini setelah apa yang dilakukan pada anak lelaki ini enam tahun lalu.

"Jangan pergi lagi Maura... Dah lama abah cari kamu..." Halang Tuan Mirul Rozai.

Dah lama dia cari aku? Apa maksud lelaki ini?

TERSENYUM MANIS TUAN Mirul Rozai bila melihat kelibat Maura keluar dari sambil tangan menatang dulang berisi teko serta beberapa biji cawan. Gadis itu meletakkan dulang itu dia atas meja kopi. Satu persatu cawan disusun diatas dulang lalu air di dalam teko di tuang ke dalam cawan.

"Sila minum Tuan..."

Cawan berisi air teh di hulur kepada bapa mentuanya.

"Terima kasih Maura..." Jawab Tuan Mirul Rozai lalu disambut huluran cawan dari menantunya.

"Cantik rumah ni... Rumah siapa yang Maura duduk ni?" Soal Tuan Mirul Rozai setelah air teh dihirup perlahan. Matanya meliar memandang persekitaran rumah yang bersih dan kemas walaupun tidak besar seperti rumah orang lain.

"Ini rumah pusaka arwah nenek saya..."Jawab Maura perlahan.

Tuan Mirul Rozai hanya mengangguk sahaja. Mereka mendiamkan diri seketika.

"Ehemmm..." Tuan Mirul Rozai berdehem bagi menghilangkan rasa kekok di antara mereka.

"Sebenarnya abah nak ucap terima kasih sebab tolong abah masa kereta abah habis minyak tadi... Abah tak tau nak mintak tolong siapa sebab first time abah datang tempat ni... Terima kasih Maura..."

Maura hanya tersenyum nipis sahaja.

"Alah... Hal kecil aje tu Tuan... Takde hal lah..." Jawab Maura selamba.

"Abah Maura... Bukan Tuan..." Tuan Mirul Rozai memperbetulkan panggilan Maura. Maura hanya tersengih sambil mengaru kepalanya.

"Raymie dah balik semula ke sini... Maura tak nak jumpa suami Maura ke?" Mati terus sengihan Maura bila nama Raymie meniti di bibir lelaki pertengahan 50 - an ini.

"Kenapa Tuan tanya macam tu?" Tanya Maura dengan nada tidak senang.

"Maura... Berapa kali abah cakap... Jangan panggil abah dengan panggilan Tuan..." Tegur Tuan Mirul Rozai lagi.

Maura hanya membungkam sahaja.

"Abah minta maaf sebab abaikan Maura selama ini... Abah tak tahu nak buat apa lagi masa tu... Abah keliru... Abah pentingkan diri sendiri... Abah abaikan perasaan menantu abah sendiri... Maafkan abah nak..." Luah Tuan Mirul Rozai dengan sayu sekali.

Maura yang mendengar luahan lelaki pertengahan 50 - an itu hanya menggeleng kepala dan terus melutut di hadapan lelaki ini.

" Eh... Apa Maura buat ni... Bangun Maura... " Terkejut Tuan Mirul Rozai dengan tingkah menantunya ini.

Maura menggeleng kepala.

"Bukan abah yang salah... Maura yang banyak buat salah dekat family abah... Maura dah hancur kan family abah... Maura dah palit noda dekat family abah... Sebabkan Maura... Family abah dapat malu..." Tangis Maura.

Sudah lama dia memendam rasa ini. Hari ini dia telah luahkan segalanya. Di hadapan bapa mentuanya.

Tuan Mirul Rozai hanya mendiamkan die sambil menahan tangisan. Kepala gadis itu diusap perlahan. Memang dulu dia amat marah atas apa yang berlaku. Orang tua mana yang rela bila melihat anaknya berdua - duaan dengan seorang gadis di dalam bilik yang boleh menimbulkan fitnah orang di sekeliling. Mujur juga yang melihat itu adalah dia dan isterinya. Kalau orang lain, hendak diletakkan dimana muka mereka suami isteri. Sebab itulah dia nikahkan kedua - duanya kerana tidak mahu timbul fitnah di kemudian hari.

Dan disebabkan perkahwinan paksa itu jugalah anaknya, Raymie bertukar menjadi seorang yang keras dan dingin.

"Sudahlah... Jangan diungkit dosa silam... Abah dah maafkan semuanya... Semua terjadi itu dah ketentuan Tuhan..."

"Dah jangan nangis lagi... Tak comel lah anak abah nanti..." Usik Tuan Mirul Rozai. Maura hanya tersenyum sahaja sambil mengesat sisa air mata yang masih berada di pipinya yang mulus.

"Abah balik dulu lah... Dah lama sangat abah berlabuh dekat sini..." Tuan Mirul Rozai meminta izin. Terburu - buru Maura bila lelaki itu sudah bangun dari tempat duduknya.

"Abah balik dulu... Kamu tu jaga diri elok - elok..." Sebelum masuk ke dalam keretanya, sempat lagi dia berpesan.

"Ingat apa yang apa cakapkan tadi... Harap kamu teliti dengan betul..." Pesan lelaki itu sebelum meloloskan dirinya ke dalam perut kereta.

Enjin kereta di hidupkan dan kereta mewah itu perlahan meninggalkan perkarangan rumah Maura.

Sebaik sahaja kenderaan milik Tuan Mirul Rozai hilang dari pandangan, terus Maura mengeluh kuat. Pintu rumah di tutup dan dia terus bersandar di balik pintu rumah.

Apa yang perlu dia buat bila dia tiba - tiba muncul di hadapan Raymie nanti? Adakah Raymie akan memaafkan dirinya setelah apa yang dia lakukan pada lelaki itu enam tahun dulu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience