MENDENGUS KASAR Azman bila di lihat Maura sudah terpacak di hadapan rumahnya...
Puas di halau dan di hambat untuk pergi dari situ, tetapi wanita ini langsung tidak tahu erti rasa berputus asa...
Naik bosan dia bila wajah Maura masih menempel di muka pintu rumahnya...
"KAU NI MEMANG tak tahu malu ke hah asyik menempel aje dekat rumah orang..." Tempelak Azman pada Maura.
"Tak... Saya tak malu pun kalau saya asyik menempel dekat rumah encik ni selagi Encik tak bagi tahu berkaitan kes yang siasat 10 tahun lepas..." Balas Maura selamba.
Azman yang sedang membersihkan halaman rumah nya pantas melempar kasar penyapu lidi ke tepi.
" Susah kalau orang tak reti bahasa ni! " Rungut Azman sebelum melangkah laju menuju ke beranda rumah.
Maura pantas mengekori langkah lelaki itu sebelum...
Kedebum!!
Pintu utama di hempas kasar dari dalam!
Terhingut bahu Maura mendengar hempasan pintu itu!
" Saya takkan pergi dari sini selagi Encik Azman tak bagitau apa yang terjadi waktu tu..." Maura bersuara kuat dengan harapan Azman yang berada di dalam dapat mendengar suaranya.
PETANG ITU, Hujan terlalu lebat...
Maura yang memandu kenderaan nya ke sini tadi langsung tidak dapat untuk meredah masuk ke dalam kenderaannya gara - gara hujan yang terlalu lebat.
Panggilan telefon dari Raymie langsung tak dijawab.
Dia bukan apa... Dia takut seandainya Raymie tahu akan rancangannya ini!
Selebihnya... Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu lagi... Cukup lah lelaki itu banysk menolong nya...
Kali ini, biarlah dia sendiri yang menyelesaikan masalahnya... Tak perlu bantuan dari suami mahupun dari pihak mentuanya...
Rasa sejuk mula menjalar di serata tubuhnya...
Dia memandang ke langit... Tiada langsung tanda - tanda hujan mahu berhenti...
Kedua - dua belah tangannya di gosok perlahan bagi menghilangkan rasa sejuk yang kian mencengkam.
Tiba - tiba, sehelai kain yang agak tebal di campak ke tubuhnya.
Maura pantas mendongak.
Terserlah wajah dingin Azman di pandangan matanya.
"Ambik kain ni dan masuk dalam..." Arah nya keras sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Maura tersenyum ceria sebelum terburu - buru mengikuti langkah lelaki itu.
"NAH... MINUM NI... Bagi panas sikit badan tu..." Secawan milo di letakkan di hadapan Maura. Hujan di luar sudah mula mereda sedikit.
Maura hanya mengangguk perlahan sebelum cawan yang berisi air milo dihirup perlahan.
"Kamu dah kahwin ke?"
"Uhukk! Uhukk!" Terus Maura tersedak bila bekas anggota polis ini bertanya tentang perihal perkahwinannya.
"Kenapa Encik tanya saya macam tu?" Soal Maura dengan rasa tidak sedap hati.
"Tak... Saya bercakap berdasarkan fakta... Mendiang Mr. Allan pernah berkata dulu... Yang satu - satu nya anak perempuan dia telah berkahwin... Itu sahaja yang saya tahu..." Ya... Itu sahaja yang dia tahu... Selebihnya.... Bukan urusannya untuk mengurus hal peribadi orang lain...
"Ya... Saya telah berkahwin..." Jawab Maura perlahan. Terbayang - bayang wajah Raymie yang risaukan dirinya saat ini... Maafkan Maura abang...
Okay...
Skip pasal Maura dan sekarang, fokus pada yang mahu diketahui oleh wanita ini...
"Nah... Ini dia fail berkaitan dengan kes arwah mama kamu yang saya kendalikan 10 tahun lepas..."
Fail yang berwarna coklat yang agak tebal di sua ke arah Maura.
"Tapi saya tidak tahu... Yang bukti saya dapat ni mencukupi atau tidak... Sebab saksi utama dan kedua dalam kes ni dah meninggal dunia..."
"Saksi utama? Siapa?" Berkerut dahi Maura bila lelaki ini menyebut tentang dua saksi dalam kes ini. Matanya di liar ke arah dokumen yang terbentang di hadapannya.
"Puan Maylam dan Mr. Allan..."
"Hah? Nek Lam dengan papa?"
Tingkahnya terhenti sebelum kepala di angkat dan di paling ke arah bekas pegawai polis ini.
"Ya... Puan Maylam adalah saksi kedua setelah Mr. Allan... Tetapi setelah Puan Maylam memberi keterangan... Kes ini serta merta mahu ditutup oleh Mr. Allan..."Jelas Azman.
" Tapi kenapa papa tutup kes ni sedangkan dalam wasiat tempoh hari dia mengamanah kan saya untuk membuka semula kes ni... "Soal Maura keliru.
Ya.. Sungguh!
Dia keliru sekarang... Keliru dengan kenyataan demi kenyataan yang keluar dari mulut Azman ini...
" Sebab dia takut dan risaukan keadaan kamu waktu tu, Maura... Sebab dia tahu... Kalau dia bukak semula kes ni... Pembunuh tu akan cari kamu pula... Sebab tu... Dia terpaksa tutup kes ni... Demi keselamatan kamu..." Ujar Azman lagi.
"Kejap... Kejap... Apa maksud Encik ni... Saya langsung tak faham... Papa tutup kes ni sebab nak selamatkan saya... Apa semua ni Encik Azman..." Maura sudah tidak keruan.
Otaknya sudah tidak mampu untuk berfikir secara logik lagi.
"Dengar cakap saya, Maura... Tak guna kalau kamu bukak kes ni balik... Keselamatan kamu yang lebih penting sekarang..." Ujar Azman lagi.
"Saya tak nak kamu akan jadi macam saya nanti... Hilang segala - galanya..."
Ya... Kerana kedegilannya dalam mahu menangani kes ini, akhirnya dia kehilangan insan yang amat di sayangi...
"Maksud Encik apa?" Soal Maura bila melihat wajah murung lelaki itu.
"Saya hilang anak dan isteri kerana saya mengejar pembunuh arwah mama kamu tu... Saya tersilap langkah... Dia bukan manusia tetapi pemangsa... Pemangsa yang sanggup melakukan apa saja bila rancangannya di kacau... Dan yang jadi mangsanya adalah anak dan isteri saya... "
Terdiam Maura bila Azman membuka mulut menceritakan kisah lalu...
" Kamu tentu tak tahu kan tiba - tiba nenek kamu boleh mendapat serangan jantung walaupun ketika itu dia nampak sihat... "Berderau darah Maura bila nama Nek Lam mula naik.
" Dan kamu tentu tak sangka kan yang tiba - tiba Mr. Allan mengalami kemalangan ketika dia cuba nak jejak kamu semula... "
Maura terdiam dan mula memikirkan satu persatu musibah yang menimpa nenek dan papanya...
Jangan kata,
Mulut nya pantas di tekup bila musibah yang menimpa kedua - duanya ada kaitan dengan dirinya...
" Ya... Sekarang kamu dah tahu kan semuanya... Kenapa mereka berdua berusaha untuk melindungi kamu walau apa pun terjadi..." Ulas Azman lagi.
Maura sudah diam tak terkata.
Air mata sudah mula mengalir di pipi...
Tak sangka...
Kedua -duanya sanggup mengandaikan nyawa demi keselamatan dirinya...
" Sebab kamu nak tahu sangat perjalanan kes ni... Saya bagi kamu tengok fail ni... Dan kamu juga ada beritahu yang mendiang Mr. Allan menyuruh kamu untuk membuka kes ni semula... Mungkin dia yakin yang kamu sekarang berada di bawah lindungan orang betul - betul mahu lindungi kamu... Sebab tu dia mahu kamu cari pembunuh arwah mama kamu... " Ulas Azman lagi.
" Nasihat saya... Jangan pernah kamu membelakangkan suami kamu dalam hal ini Maura... Beritahu lah segala - galanya pada dia agar kamu tak menyesal di kemudian hari nanti... "
Membungkam Maura bila di nasihat begitu...
Ya... Dia tahu dia salah kerana tidak berterus terang dengan Raymie...
Tetapi... Dia tidak mahu gara - gara ini... Dia tidak dapat tahu pembunuh sebenar arwah mama dia...
Dia harus cari tahu siapa dia pembunuh sebenar mamanya... Dan adakah pembunuh itu sama dengan lelaki dari masa silam nya...
Share this novel