BAB 31 - HATI MULA TERPAUT -

Drama Completed 30112

WAJAH PUCAT milik Maura yang terbaring di atas katil hospital itu dipandang dengan pandangan kosong.

Otaknya masih tidak dapat menangkap apa telah terjadi sejak kepergian mereka selama tiga hari ini.

Rupa - rupanya, rumah agam itu telah dimasuki perompak bersenjatakan parang. Wajah Maura di kerling lagi. Dia meraup muka nya dengan kedua -dua belah tapak tangan. Keluhan dilepaskan.

Kak Su telah menceritakan segala - galanya. Maura cedera begitu kerana ingin menyelamatkan mamanya dari terkena pisau yang dihunus oleh perompak itu dan akhirnya mencederakan tubuh gadis itu.

Malah cerita dari mamanya sambil teresak - esak menangis selepas sedar dari pengsan menguatkan lagi fakta tersebut.

Kenapalah kau biarkan diri kau cedera hanya mahu selamatkan orang lain. Keluh Raymie di dalam hati.

WAJAH RAYMIE yang sedang mengamati perlakuan doktor dan jururawat sedang memeriksa keadaan nya diperhati.

Hatinya terdetik aneh bila Raymie langsung tidak berganjak dari bilik ini sejak dia sedar dua hari lepas.

Selesai memeriksa, di lihat doktor yang merawat dirinya sedang berbual sesuatu dengan Raymie. Tapi malas mahu ambil pusing. Yang penting, dia mahu cepat - cepat balik ke rumah. Errrr... Bukan di rumah agam itu. Dan juga rumah pekerja. Tapi rumah pusaka peninggalan mendiang Nek Lam. Sudah lama rumah itu tidak di jenguknya. Naik semak agaknya rumah pusaka itu sekarang.

Lamunannya terhenti bila kelibat doktor yang sedang berbual dengan Raymie tadi menghampiri dirinya semula.

"Ok ...Cik Maura... Kalau tiada apa - apa masalah... Esok you dah boleh discharge dari wad... But... You kena still pergi follow up untuk cuci luka di perut you sampai luka tu sembuh..." Terang doktor itu pada Maura.

"Baik doktor... Terima kasih..." Ucap Maura bersama senyuman manisnya.

Terpana Raymie melihat senyuman manis gadis itu buat pertama kalinya. Berdegup terus jantungnya. Rasa aneh mula menyelinap di dalam hatinya.

"Ok... Kalau takde apa... I keluar dulu..." Ujar doktor itu meminta diri sebelum berlalu dari situ dengan diikuti jururawat di belakang nya.

"Encik kalau nak balik... Baliklah... Saya boleh aje duduk sorang - sorang dekat sini..." Ujar Maura kepada Raymie sebaik sahaja kelibat doktor dan jururawat sudah menghilang.

Berubah wajah Raymie mendengar ayat Maura itu.

"Haih... Halau aku nampak..." Sindir Raymie. Maura di jeling tajam.

Orang punyalah risau dekat dia, boleh pula dia halau kita balik.

"Eh... Bukan macam tu... Maksud saya... Kalau encik rasa nak mandi ke atau lapar ke... Atau encik penat ke... Encik boleh balik rumah dulu..." Beria - ria Maura menerangkan.

Aduh mamat ni! Boleh pulak dia salah faham!

"Aku tak penat... Tak payah kau nak suruh aku balik..."

"Tapi muka encik tu..." Tak jadi Maura mahu menyambung bila percakapannya pantas dipotong oleh Raymie.

"Kenapa dengan muka aku? Eh, kau ni kan... Kalau tak melawan cakap aku sehari tak sahkan..." Ujar Raymie dengan nada geram. Kecil besar kecil besar aje dia pandang Maura saat ini.

Geram betul dia dengan Maura ni! Mulut tu aje menjawab aje kerjanya! Cium karang naya aje!

Cium?

Tersentak Raymie bila perkataan cium menjengah ruang minda nya. Secara tiba - tiba, terlintas peristiwa di mana dia mengucup kasar bibir Maura bila dia dapat tahu yang gadis itu melanggar peraturannya waktu itu.

Hish! Kenapa lah peristiwa tu boleh lalu dalam kepala otak aku ni pulak?

"Kau nak apa -apa ke? Aku nak keluar kejap beli makanan..." Tiba - tiba Raymie menyoal. Matanya dilarikan dari memandang wajah Maura. Hatinya tiba - tiba keruan bila terpandang wajah Maura.

"Hah?"

Terpinga - pinga wajah Maura. Wajah nya kelihatan bingung sedikit.

"Aku tanya... Kau nak apa - apa ke... Aku nak keluar beli makanan ni..." Nah! Satu persatu ayatnya diulang semula bila melihat wajah bingung Maura.

"Aaa... Takde... Saya tak nak apa - apa..." Jawab Maura.

Itulah... Orang suruh balik tadi bersebab. Ni tak... Nak stay jugak sini... Kan perut dah lapar... Tapi Maura hanya mampu membebel dalam hati... Depan - depan karang... Kena jeling maut si Raymie ni pulak...

" Oklah... Kau keluar dulu... " Pantas kaki nya dibawa melangkah keluar dari bilik itu.

"Fuh! Lega aku..." Ujar Raymie sebaik sahaja keluar dari bilik yang dihuni oleh Maura. Dadanya diurut perlahan.

Entah kenapa... Rasa hati nya terasa aneh sekali. Lebih - lebih pada bibir yang suka menjawab itu. Rasa nak dipagut aje...

Arghh!!! Mula dah otak aku ni dah mengarut!

Kepalanya diketuk perlahan. Nasib baik dia seorang sahaja disini. Kalau ada orang lain, sah orang akan anggap dia gila.

Muka handsome tapi mental...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience