BAB 42 - WASIAT I -

Drama Completed 30112

SEDAR TAK sedar, hampir sebulan Mr. Allan telah pergi meninggalkan dunia ini....

Dan Maura pula...

Dari hari pertama sehingga sekarang, masih lagi berkampung di rumah lama di mana dia pernah menghuni dulu...

Baru dia tahu...

Semasa hayat lelaki itu, Mr. Allan langsung tidak pernah menjual banglo ini kepada sesiapa...

Dan dia pindah keluar dari banglo ini pun atas sebab tertentu... Sebab apa pun dia belum mengetahui lagi...

Sebab itu dia langsung tak mahu tahu...

Yang penting sekarang, rumah banglo ini masih lagi berada dalam keadaan baik walaupun tinggalkan hampir 7 tahun lamanya...

Dan sekarang, dia masih lagi termenung dibalkoni bilik arwah papanya...

"MAK SOM... Macam mana keadaan Maura?" Tanya Raymie sebaik sahaja memasuki ruang tamu. Dia yang baru balik dari kilang sawit terus bertanya keadaan Maura sebaik sahaja melihat kelibat Mak Som yang baru turun dari tingkat atas.

"Maura masih macam tu lagi Raymie... Puas Mak Som panggil makan... Dia buat tak peduli aje..." Adu Mak Som.

Mak Som, wanita yang pernah bekerja dengan arwah Mr. Allan dulu kembali di ambil kerja semula oleh Raymie untuk menjadi pembantu rumah ini. Di samping boleh menemani Maura ketika dia tiada dirumah atas urusan kerja.

" Dari pagi tadi ke dia langsung tak makan?" Soal Raymie lagi.

Mak Som mengangguk perlahan.

"Takpelah... Biar nanti Mie tengokkan dia... Dia dekat mana Mak Som?"

"Ada dekat bilik arwah tuan besar..."

"Hmm... Takpelah... Biar saya tengokkan Maura..."
Ujar Raymie.

"Mak Som pergi buat kerja dekat belakang dulu ya..." Pinta wanita itu.

"Yelah..."

Kedua - duanya berpisah di situ.

Raymie bergegas menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas manakala Mak Som pula melangkah menuju ke bahagian belakang untuk menyambung tugasnya kembali.

RAYMIE ralit memerhati tingkah Maura yang termenung itu sebaik sahaja sampai di hadapan pintu bilik arwah Mr. Allan.

Dia kemudian melangkah perlahan menuju ke arah wanita itu.

Tubuhnya di rendahkan sebelum duduk bersila di tepi Maura yang turut bersimpuh di balkoni itu.

Dia mengerling ke arah tangan wanita itu.

Terdapat sehelai baju kemeja milik Mr. Allan berada kemas di dalam genggaman tangan Maura.

Ralit matanya memandang wajah wanita kesayangannya kelihatan murung itu.

Maura langsung tidak menyedari kelibat Raymie yang berada di sisinya. Dia hanya ralit dengan menungannya sahaja.

"Sayang..." Seru Raymie lembut.

Menungan Maura terhenti bila namanya di seru lembut oleh Raymie.

Tetapi dia langsung tidak menoleh ke arah Raymie. Matanya tetap fokus pada pemandangan di hadapan.

"Abang dengar sayang langsung tak makan dari pagi tadi... Mari sayang... Kita makan... Mak Som dah siapkan makanan dekat bawah tu..." Ajak Raymie.

Tapi ajakan nya langsung tidak di hiraukan oleh Maura. Wanita itu masih ralit lagi dengan dunianya.

Raymie mengeluh perlahan.

" Maura sayang... Jangan buat macam ni ya... Kesihatan sayang tu kena jaga jugak... Nanti sayang jatuh sakit... Macam mana..." Pujuk Raymie lagi.

"Saya tak lapar... Kalau awak lapar... Awak pergilah turun makan..." Dingin Maura menjawab.

Paling dingin, panggilan nya pada Raymie juga turut berubah. Tiada lagi 'Maura - abang' dan di ganti pula 'awak - saya'.

"Sayang... Tolonglah dengar cakap abang ni... Mari turun makan... Sayang dari pagi tadi langsung tak makan... Nanti perut masuk angin macam mana..." Sehabis daya Raymie cuba untuk berlembut dengan Maura.

Dia tidak mahu kejadian dulu berulang lagi. Hampir bernanah telinga nya kena bebel dengan Puan Ida tempoh hari gara - gara mulut lancang nya!

Sekarang, dia mahu berlembut dengan Maura. Lagipun, wanita ini baru sahaja kehilangan insan tersayang.

"Saya cakap... Saya tak nak lah... Awak tak reti bahasa ke?" Maura mula berkasar dengan Raymie. Lelaki yang sedang duduk bersila ditepinya di jeling tajam.

Tapi Raymie langsung tidak ambil hati dengan nada kasar Maura itu.

Belum sempat Maura mahu menyambung katanya lagi, ketukan di pintu bilik menghentikan niatnya.

Pantas Raymie bangun dari tempat duduknya sebelum melangkah menuju ke pintu bilik. Pintu bilik di buka.

Terjegul wajah Mak Som diluar pintu bilik.

"Ada apa Mak Som?"

"Err... Ada orang nak jumpa Maura dekat bawah..." Beritahu Mak Som.

"Orang nak jumpa Maura? Siapa Mak Som?" Dahi Raymie mula berkerut.

"Mak Som pun tak tahu... Dia cuma cakap... Nak jumpa Maura sahaja..." Itu sahaja yang mampu Mak Som jawab. Selebihnya dia tidak tahu.

"Mak Som turun bawah dulu ya..." Pinta Mak Som sebelum bergegas menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Walaupun sudah menghampiri usia senja, tetapi kudrat wanita ini kelihatan kuat sekali.

Raymie hanya mengangguk sebelum berpaling ke arah Maura yang kebetulan memandang wajahnya.

Terlukis riak kehairanan di wajah wanita itu bila tiba - tiba ada orang mahu berjumpa dengannya.

Siapa pulak nak gerangan orang yang hendak berjumpa dengan itu?

"INI dia surat wasiat yang di tulis oleh mendiang Mr. Allan sendiri sebelum beliau meninggal dunia..." Ujar Encik Azlan, peguam yang dipertanggungjawabkan oleh mendiang Mr. Allan dalam menguruskan wasiat. Beg bimbit yang berada di sisi dibuka. Sebuah sampul surat yang agak tebal isinya di keluarkan dari beg bimbit itu.

Ooo... Orang yang mahu berjumpa Maura tadi adalah peguam... Patutlah ada hal mustahak tadi... Rupanya berkaitan hal ini...

Maura hanya diam membatu sahaja.

Hatinya tiada rasa mahu mendengar apa yang dikatakan oleh peguam ini.

Tapi bila wasiat ini melibatkan dirinya, terpaksa dia turutkan jua walaupun jauh di sudut hati dia tidak mahu segala aset milik Mr. Allan ini.

"6 tahun lalu, Mr. Allan ada mengarahkan saya untuk menyerahkan segala yang di miliki oleh beliau termasuk rumah ini kepada Cik Maura sebaik sahaja Cik Maura mencapai umur 21 tahun... Dan Mr. Allan ada menyatakan... Beliau tidak akan sesekali untuk menyerahkan separuh dari hartanya kepada Madam Rosy dan juga anaknya, Dante... "

Berkerut dahi Maura bila nama ibu tirinya keluar dari mulut peguam ini.

" Mummy Rosy tak dapat satu sen harta papa... Tapi kenapa... Apa masalahnya? " Setelah agak lama berdiam diri, barulah Maura mula bersuara.

" Itu saya tidak tahu kerana di dalam surat ini hanya tertulis begitu sahaja... Tiada alasan yang tertulis yang menyatakan sebab dan penyebab Madam Rosy dan anaknya, Dante tidak layak dalam bahagian ini..." Ujar peguam muda itu lagi.

"Dan... Mendiang Mr. Allan juga..." Satu lagi sampul surat warna putih yang nipis dari yang pertama tadi di keluarkan dari beg bimbit lalu diserahkan pada Maura.

"Ada memberikan saya sepucuk surat dan ditinggalkan untuk Cik Maura..."

Teragak - agak Maura mahu menyambut sampul tersebut.

"Apa isi dalam ni..."

"Saya tidak tahu... Mendiang Mr. Allan memberitahu saya... Hanya Cik Maura sahaja yang layak untuk baca isi kandungan surat itu..." Ujar Encik Azlan lagi.

Maura menarik nafas panjang sebelum perlahan - lahan tali yang mengikat di belakang sampul di buka. Wajah Raymie yang berada di sisi nya sejak tadi dikerling sekilas sebelum tangannya di seluk ke dalam sampul tersebut.

Sehelai kertas yang bercop dari sebuah balai polis terpapar di hadapan matanya.

Isi kandungan surat itu dibaca dengan teliti sebelum...

Matanya yang mengecil tadi semakin membesar bila isi kandungan surat itu di baca dengan lebih mendalam lagi.

Apakah...

Maura sudah terkedu...

Apa yang cuba untuk di sampai kan oleh mendiang Mr. Allan ini?

Yang penting...

Apa yang telah cuba disembunyikan oleh arwah papanya selama 10 tahun ini?

Omg... Apa yang disembunyikan oleh arwah Mr. Allan selama 10 tahun ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience