TERSENYUM LEBAR PUAN Ida bila melihat kelibat anak bongsunya yang baru turun dari kereta.
"Mama..." Suara garau milik Raymen bergema bila tubuh tingginya sudah berada dalam dakapan mamanya.
Tubuh mamanya di dakap dengan penuh kasih. Dia meleraikan dakapan mamanya lalu berpaling menghadap abahnya pula.
"Abah..." Tubuh lelaki pertengahan 50 - an itu terus didakap erat.
Rindunya pada kedua - duanya ini tidak terbendung lagi setelah berada di perantauan selama enam tahun lamanya.
Dia meleraikan dakapan setelah puas melepas rindu. Matanya meliar melihat persekitaran rumah agam yang sudah jauh berubah tidak seperti enam tahun dulu.
Tiba - tiba dia teringat sesuatu.
"Abang mana mama, abah?" Soal Raymen. Dari tadi, kelibat abangnya langsung tidak kelihatan. Setahu dia, abangnya dah kembali semula ke rumah agam ini. Hanya Puan Ida dengan Tuan Mirul Rozai sahaja yang menyambut kepulangannya.
Berubah muka Puan Ida bila mendengar soalan anak bongsunya tetapi reaksi mukanya pantas dikawal.
"Abang kamu takde... Pagi - pagi dia dah keluar... Ada urusan dekat ladang kelapa sawit katanya..." Dalih Puan Ida.
Berkerut dahi Raymen bila mendengar jawapan dari mulut mamanya. Dia mengalih pandangan ke arah abahnya pula tanpa Puan Ida sedari. Bila melihat kerdipan mata abahnya, dia seperti mengerti akan sesuatu.
"Dahlah... Jom kita masuk... Mama ada masak masakan kegemaran Raymen tadi..." Cepat - cepat Puan Ida menarik tangan anak bongsu nya masuk ke dalam rumah sebelum suasana menjadi lebih tegang lagi.
Menonong sahaja Raymen mengikuti langkah mamanya diikuti bapanya dari belakang. Semasa mengikuti langkah Puan Ida, matanya bertembung kembali dengan mata abahnya. Dari isyarat mata abahnya, dia tahu apa yang telah terjadi di dalam rumah agam ini. Dan dia harus melakukan sesuatu.
MAURA melepaskan lelah setelah seharian mengemas rumah pusaka arwah neneknya yang hampir dua bulan ditinggalkan. Diam tak diam, hampir dua bulan juga dia menginap di rumah agam itu dan menjadi budak suruhan Raymie.
Mengeluh dia bila memikirkan perihal menjadi budak suruhan. Hampir dua bulan dia mengabdikan diri untuk menjadi orang suruhan Raymie. Dari bekerja di kebun sampailah menjadi pembantu rumah, tetapi satu pun tak pernah dihargai oleh lelaki itu.
Ada kalanya dia ingin menyerah dalam usaha ini tetapi pantas dicekal kan hatinya bila teringat apa yang telah dilakukan pada lelaki itu dulu. Apa yang lelaki ini lakukan pada dirinya sekarang tidak setimpal dengan kesalahan yang dia lakukan pada lelaki itu dulu.
Lamunannya terhenti bila mendengar sesuatu di balik pintu besar. Berderup hatinya saat mendengar bunyi itu. Tangannya pantas mencapai batang penyapu yang berdekatan. Hatinya sudah berasa cuak. Dia takut kalau samseng tempoh hari kembali semula mencari dirinya di rumah ini.
Eh, tapi kan Tuan Mirul Rozai dah bagi cek 50 ribu hari tu... Takkan diorang datang balik semula... Desis hati Maura.
Tapi bukan itu intinya sekarang. Dia takut penceroboh lain pula menceroboh rumah ini pula. Maklum lah rumah pusaka ini sudah lama tak di jenguk nya. Lagipun, dia takut seseorang yang paling dia takuti akan kembali menganggu dirinya setelah agak lama dia berusaha untuk menghindarinya. Cukuplah kemunculan lelaki itu enam tahun lepas. Dia tidak mahu kejadian itu berulang kembali.
Bunyi di balik pintu besar membuatkan jantung Maura berderup kembali. Perlahan - lahan dia merapati pintu dan bersembunyi di balik pintu. Terlintas mahu menelefon bapa mentuanya tetapi hatinya pantas melarang. Sampai bila dia mahu meminta bantuan Tuan Mirul Rozai. Biarlah dia menanggung akibatnya dan dia tidak melibatkan orang di sekelilingnya.
Tombol pintu di putar berkali - kali dari arah luar. Maura semakin gementar. Batang penyapu semakin erat dalam genggamannya. Tombol pintu berjaya dibuka dari luar dan pintu besar pun terbuka luas. Sebaik sahaja melihat satu tubuh memasuki rumah, sepantas itu juga dia menghayunkan batang penyapu ke arah tubuh tersebut.
Papp!
Batang penyapu mengenai tubuh seseorang.
"Aduh!!!" Mengaduh si dia bila batang penyapu mengenai tubuhnya. Maura masih belum puas lagi. Dia meluru lagi ke arah tubuh seseorang yang diyakini seorang lelaki untuk memukulnya kali kedua. Tapi hajatnya tidak kesampaian bila tiba - tiba kakinya tersadung dan menyebabkan dia tertolak sekali tubuh si lelaki hingga kedua - duanya terlentang di atas lantai papan rumah.
"Aduh!!"
Kedua - duanya menjerit serentak. Tapi malang bertimpa buat si lelaki. Kali pertama kena perhambat dengan batang penyapu. Kali kedua pula, jatuh atas lantai. Kena hempap pula tu. Nasib baik lantai papan. Kalau lantai simen. Mahunya masuk hospital.
"Kau makan apa Maura macam nak patah pinggang aku kau hempap..." Suara lelaki itu bergema di cuping telinga Maura yang masih lagi berada di atas dada si lelaki. Berkerut dahi Maura saat mendengar suara garau si lelaki. Suara seseorang yang dikenalinya.
Apakah...
Pantas Maura melarikan tubuhnya dari menghempap tubuh si lelaki. Matanya pantas menatap ke arah wajah lelaki yang menjadi mangsa pukulannya tadi. Bulat mata Maura saat menatap wajah si lelaki.
"Raymen???"
Share this novel