BAB 21 - PERTEMUAN SEMULA -

Drama Completed 30112

SENYUMAN PUAN IDA MATI BILA MELIHAT Tuan Mirul Rozai membawa masuk seseorang yang amat dibenci olehnya. Seseorang yang telah menghancurkan keluarganya.

"Kau..."

Riak wajah Puan Ida berubah bila melihat kehadiran Maura, gadis yang telah membawa derita dalam hidup anaknya.

"Kenapa dia boleh ada dekat sini? Siapa yang benarkan kau jejak kaki dalam rumah ni?"

"Abang yang bawak dia masuk dalam rumah ni..." Jawab Tuan Mirul Rozai.

"Apa?"

Puan Ida tidak percaya dengan tindakan suaminya ini.

"Abang ni dah hilang akal ke apa? Abang tau tak apa perempuan ni dah buat dekat anak kita dulu? Abang dah lupa ke?" Nada suara Puan Ida sudah naik seoktaf. Maura yang sedang menikus di sisi suaminya dijeling benci.

"Ida... Benda tu dah berlalu... Jangan di ungkit lagi..."

Fuh! Rasa berdesing telinganya saat ini bila mendengar ayat suaminya. Boleh pulak dia nak lupakan semua tu. Tak! Aku takkan benarkan benda itu di telan waktu. Aku akan ungkit sampai bila - bila.

Maura yang melihat situasi tegang antara suami isteri itu pantas bersuara.

"Tuan... Lebih baik saya keluar... Saya tak nak gara - gara saya nanti... Keluarga Tuan porak peranda..."

Sejujurnya hati nya tidak kuat melihat kebencian yang mendalam Puan Ida terhadap dirinya. Dia datang sini pun kerana dia terhutang budi dengan Tuan Mirul Rozai. Kerana lelaki itulah dia bebas dari cengkaman samseng yang selalu menganggu dirinya.

" Maura... Abah tak benarkan kamu pergi..."

Tak jadi Maura mahu melangkah bila suara tegas Tuan Mirul Rozai singgah di gegendang telinganya.

"Mulai hari ini... Maura akan tinggal di sini... Ini adalah keputusan abang... Dan kamu Ida... Abang nak ingatkan kamu... Jangan sesekali nak ungkit lagi apa yang dah berlaku dulu... Benda tu dah jadi sejarah... Abang harap Ida faham..." Usai berkata, dia membawa Maura menuju ke arah kamar yang sudah dikhaskan untuk gadis itu.

Meninggalkan Puan Ida riak tidak puas hati.

Tapi macam mana agaknya reaksi Raymie bila tahu Maura ada dalam rumah agam ni?

SUSUK TUBUH seseorang berdiri dihadapan nya ini membuatkan riak wajah Maura berubah.

Dia kenal susuk tubuh orang ini. Orang ini adalah Raymie, lelaki ynag difitnahnya enam tahun lalu.

"Akhirnya... Kau berjaya juga masuk rumah ni..." Ujar Raymie dengan nada dingin sekali. Dia masih lagi berdiri membelakangi Maura.

"Apa ilmu yang kau pakai sampai abah bawak kau masuk dalam rumah ni? Hebat kau Maura... Hebat!" Tambah lelaki itu lagi sambil tertawa sinis. Sungguh! Dia berasa bingung dengan tindakan Tuan Mirul Rozai yang membawa masuk gadis ini ke dalam rumah mereka. Adakah Tuan Mirul Rozai sudah lupa apa yang gadis ini lakukan pada dirinya enam tahun lalu?

Tubuhnya di paling menghadap Maura yang masih diam menunduk.

"Kau muncul balik dalam hidup aku ni... Kau nak bunuh aku lagi ke?"

Terkedu Maura dengan tuduhan lelaki itu. Wajahnya pantas di dongak memandang wajah tampan di hadapannya.

"Tak terlintas pun dalam hati saya untuk akhiri hidup awak... Saya datang semula ke sini sebab saya nak minta ampun dengan awak... Dengan family awak... Maafkan saya... Sebab saya... Awak jadi macam ni..." Luah Maura dengan seikhlas hati.

Tiba - tiba lelaki ini ketawa. Hatinya bagai digeletek bila mendengar ayat yang keluar dari mulut gadis ini.

" Kau ingat maaf kau tu boleh sembuhkan apa yang kau dah buat dekat aku dulu... "

" No Maura... Maaf kau langsung tak boleh ubat luka yang kau dah buat dekat aku..." Jerkah Raymie membuatkan bahu gadis itu terhinggut.

Tiba - tiba gadis itu melutut di hadapan Raymie.

" Maafkan saya... Saya menyesal apa yang saya dah buat dekat awak dulu... Saya menyesal... " Tangis Maura. Dia sudah teresak - esak di situ.

" Saya akan lakukan apa saja yang awak suruh asalkan awak maafkan saya..."

Ya... Dia rela lakukan apa saja asalkan lelaki ini mahu memaafkan dirinya. Dia tidak mahu menanggung penyesalan ini lagi. Penyesalan yang tiada kesudahannya.

"Betul kau rela lakukan apa saja?" Soal Raymie meminta kepastian. Wajah yang separas dadanya itu di tenung tajam.

Perlahan - lahan Maura mengangguk.

"Baiklah kalau itu yang kau nakkan... Mulai hari ini... Kau jadi hamba abdi aku..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience