"BRO..."
Raymie yang sedang menghirup udara malam pantas berpaling bila seseorang menyeru namanya.
Kelihatan Raymen, adiknya sedang menghampiri dirinya yang ketika ini berada di halaman rumah.
"Kau tak sejuk ke duduk kat luar malam - malam macam ni..." Soal Raymen sebaik sahaja sampai di sisi abangnya.
"Tak delah... Mana ada sejuk... Aku suka lagi adalah..." Jawab Raymie dengan ringkas.
Raymen hanya tersenyum kecil mendengar jawapan poyo abangnya.
"Yang kau tiba - tiba join aku sekali duduk kat luar ni dah kenapa... Biasanya time - time macam ni batang hidung kau pun payah nak nampak..." Selamba badak aje Raymie memerli adiknya.
"Amboi kau bang... Perli baik nampak..."
Amboi si Raymie ni! Pantang ada peluang! Terus nak di bahannya aku! Nasib baik mood kau baik hari ni! Kalau tak, dah lama si mamat dingin kena dengan aku!
Eh! Macam ada yang tak kena aje dengan si Ramen ni! Baik semacam aje dengan abang dia! Kalau tak, macam anjing dengan kucing!
"Takdelah... Biasa nya kalau time begini... Muka kau memang tak lekat dekat rumah..."
Adei! Kena lagi dia!
"Ni apehal kau jadi baik pulak hari ni... Siap dok rumah lagi... Ada apa - apa ke?" Soal Raymie.
Kali ni dia menyoal serius pula.
Hmm... Serius lah sangat!
Soalan tu...
Kalau orang lain dengar...
Boleh bernanah telinga...
Nasib baik yang mendengar nya si Ramen!
Dan nasib baik hari ni Ramen dalam keadaan mood yang baik...
Jadi dia membiarkan sahaja si mamat dingin ni bahan dia!
"Alahai... Kau ni... Ni yang tak syok ni..." Raymen dah mula buat muka rajuk nya.
Nak muntah hijau Raymie dengan gelagat adiknya ini tetapi dilayankan juga...
Dia yakin, mesti ada sesuatu yang adik nya mahu memberitahunya ketika ini.
"Dah... Tak payah nak merajuk gitu gaya... Tak lawa tau tak... Ni ada apa sebenarnya ni..." Raymie mula menyoal ke topik asal.
Raymen berdehem bila abangnya sudah berubah mood ke arah serius.
"Nah..."
Sepucuk yang berada dalam sampul putih di hulur ke arah abangnya.
"Surat apa ni?" Tanya Raymie musykil.
Surat yang di hulurkan oleh adiknya di capai jua.
"Bacalah..." Jawab Raymen bersama sengihan.
Raymie membuka perlahan surat tersebut. Wajah adiknya yang tersengih kambing itu dipandang dengan pandangan curiga.
Isi kandungan surat itu dibaca perlahan.
Membulat matanya bila melihat isi kandungan surat tersebut.
" Kau dapat sambung belajar?" Soal Raymie dengan nada teruja.
Raymen mengangguk laju.
Pantas tubuh adiknya di bawa kedalam dakapan.
"Tahniah Aymen... Tahniah..." Ucap Raymie sambil menepuk belakang adiknya.
Dia meleraikan dakapan.
Dia tak sangka yang adiknya dapat tawaran sambung belajar ke luar negara dalam bidang yang adiknya sangat minati... Bidang kedoktoran...
Dulu... Adiknya hanya menurut sahaja langkah abah mereka untuk menyambung pelajaran dalam bidang pertanian peringkat diploma...
Tapi sekarang, adiknya mendapat rezeki untuk sambung pelajaran dalam bidang dia inginkan...
"Bila kau pergi?" Soal Raymie lagi dengan nada teruja.
"Minggu depan..."
"Alahai... Cepat sungguh kau nak pergi..." Ujar Raymie dengan nada sedih.
"Alah... Kau tak payah nak buat muka gitu... Meluat lah kau tengok..."
"Tapi aku ada satu permintaan dekat kau..."
Dahi Raymie sudah berkerut.
"Apa dia?"
"Sementara aku takde dekat sini sambung belajar... Kau tolong aku tengokkan mama dan babah... Dan yang paling penting..." Ayat Raymen terhenti disitu.
"Tolong jaga dan sayangi Maura sepenuh hati kau..." Pinta Raymie tiba - tiba.
"Kau ni dah kenapa cakap macam tu? Dah buang tebiat ke apa?" Soal Raymie.
Suara nya juga sudah berubah bila tian - tiba Raymen menyebut perihal tentang Maura.
"Aku tak main - main Mie... Aku cakap benda betul..."
Mati sengihan Raymie saat mendengar ayat adiknya.
"Maksud kau apa sebenarnya Aymen?" Soal Raymie mula serius.
"Jujur aku cakap... Dari mula sampai sekarang... Hati aku tak pernah berubah dekat Maura..." Luah Raymen ranap dipinta.
Berdesing telinga Raymie mendengar luahan adiknya itu. Hatinya dah mula terasa hangat. Tapi di sabarkan dulu.
"Tapi itu dulu... Sekarang... Dia dah jadi milik kau sepenuhnya... Aku harap... Dengan ini... Kau lebih menghargai dia... Dan tolong... Jangan sakitkan hati dia seperti mana kau sakitkan dia dulu... Aku tak nak kau jadi Raymie yang dulu semula..." Sambung Raymen lagi.
Matanya tunak merenung ke dalam mata abangnya yang sudah mula berubah riak.
" Itu saja yang aku harapkan dari kau Mie... Jangan pernah sakitkan hati dia lagi... " Pinta Raymen tulus.
Ya... Sekarang... Cinta hatinya telah menjadi milik abangnya... Dan juga telah menjadi kakak iparnya...
Kecewa memang kecewa...
Tetapi bila melihat kesungguhan abangnya untuk menawan hati Maura membuatkan dia sedar akan sesuatu.
Yang cinta Maura tidak pernah untuk dia...
Dan sekarang dia dah mula untuk lupakan nya perlahan - lahan...
"Itu aje yang aku mintak dengan kau... Okay lah... Aku pun dah mengantuk ni... Aku masuk tidur dulu... Selamat malam..." Cepat - cepat Raymen mengalih topik bila melihat abangnya ynag diam tidak berkutik dari tadi.
"Aku janji... Aku akan jaga dia seperti mana kau pernah jaga dia dulu... Dan... Terima kasih sebab hadirkan dia dalam hidup aku..."
Tak jadi Raymen mahu melangkah bila suara garau abangnya bergema.
Dia berpaling semula ke arah abangnya.
Segaris senyuman bergayut di bibirnya.
" Aku janji Raymen... Aku janji... "
Raymie mula mengikat janji.
Janji untuk membahagiakan Maura...
Ya... Hatinya sekarang sudah dipenuhi dengan nama Maura...
Gadis yang mula bertapak di hatinya...
Lain macam Raymen ni... Seram pulak...
Share this novel