SEPERTI YANG DIJANGKA, MAURA TIDAK HADIR KELAS TAMBAHAN DIBAWAH BIMBINGAN RAYMIE.
Bukan kelas tambahan dibawah bimbingannya sahaja, kelas tambahan dibawah bimbingan guru - guru yang lain juga sama saja.
Nampaknya, Maura benar - benar mengotakan janjinya. Tidak akan hadir diri!
Baik Maura... Kau nak buat keras kepala kan... Aku nak tengok... Sejauh mana sikap keras kepala kau tu akan pergi nanti...
LOCENG YANG TERLETAK BERSEBELAHAN PINTU PAGAR DITEKAN.
Ya... Gara - gara Maura dia berada dihadapan rumah banglo ini. Loceng kembali ditekan.
Setelah ditekan dua kali, barulah pintu pagar automatik dibuka.
Kelibat seorang wanita terkocoh - kocoh menghampiri dirinya.
"Ya... Anak ni cari siapa?" Soal wanita itu kepadanya dengan nada lembut.
"Selamat petang mak cik... Boleh saya tahu... Ini ke rumah Encik Allan?" Tanya Raymie semula bersama senyuman.
"Ya.. Ini rumah Tuan Allan... Saya pembantu rumah dia... Mak Som... Ada apa ya?" Soal Mak Som kembali.
"Encik Allan ada di rumah ke sekarang..."
Wanita separuh abad itu menatap wajahnya dengan perasaan curiga bila Raymie bertanyakan hal berkenaan Encik Allan.
Bila menyedari tatapan curiga pembantu rumah itu, cepat - cepat Raymie memperkenalkan dirinya. Takut terjadi salah faham pula nanti.
"Oh... Maafkan saya... Saya Raymie... Guru kelas Maura..."
"Oo... Guru kelas Maura..." Terangguk - angguk kepalanya bila Raymie memperkenalkan diri tadi. Perasaan lega bercampur malu bersarang di hatinya kini.
Lega bila Raymie bukan dari pihak lawan Encik Allan. Malu bila dia sempat beranggapan buruk terhadap anak muda ini.
"Encik Allan ada di rumah ke sekarang..." Soal Raymie kembali ke topik asal.
"Ada... Tuan ada dirumah... Silakan masuk..." Mak Som mempelawa Raymie masuk ke dalam rumah banglo itu. Raymie hanya menunduk sedikit tanda terima kasih. Pantas langkahnya mengekori langkah wanita separuh abad itu menuju ke dalam rumah.
Lain pula dengan Mak Som sekarang. Hatinya sudah resah dan gelisah bila memikirkan kedatangan mengejut Raymie ke banglo ini.
Apalagi si Maura ni dah buat! Dia hanya mampu berdoa agar kali ini Maura terlepas dari hukuman papanya!
TERASA TIDAK LENGKAP KUMPULAN MEREKA BILA SECARA TIBA - TIBA IZZU DAN AMRIE BERTUKAR KE SEKOLAH LAIN.
Mereka tidak mampu berbuat apa - apa kerana itu adalah permintaan dari orang tua kedua - dua rakan mereka.
Malah sebelum pergi dari sekolah itu, orang tua kedua - dua rakan mereka sempat mencemuh mereka dan turut menyalahkan mereka bertiga kerana mengajar anak - anak mereka menjadi liar dan kurang ajar.
"Weh... Aku rasa patutlah diorang salahkan kita dalam hal ni... Anak diorang pun bukan baik sangat... Dua kali lima jugak..." Gerutu Alwi.
Dia masih lagi tidak puas hati dengan cemuhan dari orang tua Izzu dan Amrie. Bukan setakat cemuhan, kata - kata kesat juga turut diterima oleh mereka bertiga.
Kalau nak diikutkan, memang hancur muka mummy si Izzu dia kerjakan. Berlagak tahap gaban!
"Dah lah kau ni pun... Biarlah diorang nak buat apa sekalipun... Diorang punya hal..." Cantas Raymen.
Malas dia fikir itu semua. Yang berada dalam fikirannya sekarang adalah Maura. Dari tadi batang hidung Maura langsung tak kelihatan.
Di kerling jam ditangan. Jarum jam sudah menuju ke angka 4!
Tadi janji nak jumpa dekat port biasa pukul 3.30. Sekarang dah nak dekat pukul 4!
"Mana pulak minah ni pergi..." Rungut Raymen sendiri tetapi masih boleh didengari oleh Alwi.
"Kau tunggu Maura ke?" Soal Alwi. Matanya menangkap riak gelisah rakannya.
"Tak.. Aku tunggu cik ponti... Dia cakap nak jumpa aku tadi..."
Tiba - tiba lengannya dipeluk erat oleh Alwi.
"Kau ni dah kenapa tiba - tiba peluk aku.. Geli tau tak..." Tangan Alwi yang memeluk lengannya tadi di tepi kasar.
"Kau kalau cakap bab lain aku okay lagi... Tapi kalau bab cik ponti kau jangan cakap..." Jawab Alwi dengan matanya meliar di sekitar port mereka melepak. Tangannya masih lagi memeluk erat lengan Raymen walaupun berkali - kali ditepis oleh rakannya.
"Aduh... Sakitlah gila..." Mengaduh Alwi bila kepalanya ditujal kuat oleh Raymen. Terlepas terus cengkamannya dari lengan Raymen.
"Nak kata kau bodoh karang kau marah... Tapi bangang tak sudah - sudah..." Marah Raymen.
Buat hal betul si Alwi ni! Badan dah sado tapi penakut! Hati kecik!
"Kau ni kan... Kalau tak tujal kepala aku tak sah..." Rungut Alwi sambil merapikan kembali rambutnya sedikit serabai.
Nasib awek tak nampak rambut serabai dia tadi. Kalau tak, hilang terus kemachoan dia.
Ceh! Perah santan betullah si Alwi ni!
"Si Maura jadi datang tak?" Soal Alwi kembali ke topik asal. Malas nak tukar channel. Karang tak pasal - pasal kena hempuk lagi dengan si Raymen ni! Si Ramen ni bukan berkira sangat!
Kan tak pasal - pasal dapat nama baru!
"Entahlah... Janji pukul 3.30... Sekarang dah pukul 4..." Giliran Raymen pulak merungut. Matanya masih lagi menunggu kelibat Maura.
Tiba - tiba notifikasi handphonenya berbunyi. Pantas dia menyeluk poket seluar. Handphone dikeluarkan. Aplikasi WhatsApp dibuka.
Mesej dari Maura.
(MAURA: WEH RAMEN... AKU TAK DAPAT JUMPA KAU DENGAN ALWI PETANG NI... AKU ADA HAL... URGENT SANGAT... SORRY????)
(RAYMEN : URGENT? HAL APA PULAK?)
(MAURA : NANTILAH KALAU ADA MASA AKU BAGITAU KAU... OKLAH... AKU CHOW DULU...)
Mendengus Raymen bila melihat mesej itu. Sesuka hati dia aje panggil orang Ramen. Dia ingat aku ni mee segera Korea agaknya!
Matanya masih fokus pada mesej yang dihantar oleh Maura sebentar tadi.
"Dah... Jom balik..." Ajak Raymen tiba - tiba. Dia sudah bangkit dari tempat duduknya. Kelam kabut Alwi bangun dari tempat bersantainya.
"Apsal nak balik cepat pulak ni? Maura mana?"
" Argh... Malas lah nak tunggu minah tu... Lantak dia lah... Dah jom balik..." Raymen terus mencapai beg sandangnya lalu terus berlalu dari situ.
Tergopoh - gapah Alwi mengekori langkah sahabatnya. Dah kenapa dua orang ni? Tadi bukan main ok... Sampai chat bagai... Last - last jadi macam ni pulak...
Pening aku...
"TU PUN DIA DAH BALIK..." Suara ceria dari ibu tiri Maura membuatkan langkah gadis itu terhenti. Dah kenapa si pisau cukur ni ceria sangat hari ni.
Bergegas wanita itu mendekati anak tirinya.
"Meh sini Maura... Mummy nak kenalkan seseorang dekat Maura..." Tanpa sempat Maura bersuara, tangannya ditarik laju oleh ibu tirinya mendekati ruang tamu.
Bulat mata Maura bila melihat susuk tubuh seseorang yang dia kenali sedang berbual dengan papanya di ruang tamu.
Sir Raymie?
Apa dia buat dekat sini?
" Hah Maura... Baru sekarang nampak batang hidung..." Tegur Encik Allen dengan mesra. Matanya mengerling mesra ke arah anak perempuannya. Padahal dalam hati, ingin saja dia mahu melibas anaknya sekarang. Tetapi air mukanya kena juga. Tidak mahu reputasinya sebagai orang berpengaruh di penempatan ini terjejas hanya kerana sikap tak matangnya.
"Meh sini... Duduk dengan papa... Papa ada benda nak cakap dengan Maura..." Encik Allan menggamit Maura supaya mendekatinya.
Maura hanya terpaku di tempatnya berdiri. Sepanjang dia menghuni rumah banglo ini, hanya cacian dan makian saja yang dia terima dari papanya. Apatah lagi perhatian dan kasih sayang. Itu semua luar dari jangkauannya.
Tetapi hari ini, kenapa sikap papa berubah? Lembut dan mesra sahaja bila bercakap. Sebab kedatangan Raymie ini ke papa berubah sikap?
Bila melihat renungan maut dari papanya, perlahan - lahan dia menapak menuju ke arah Encik Allan. Tahulah dia kini yang semua ini adalah lakonan semata - mata hanya untuk menutup kejanggalan dalam keluarga kami.
Dia melabuhkan punggung bersebelahan papanya.
"Ni cikgu kelas Maura datang... Dia datang ni ada sebab... Encik Raymie datang ni nak tanya dekat Maura... Kenapa Maura tak datang kelas tambahan tadi..." Tanya Encik Allan dengan nada lembut. Tangannya mengusap bahu anaknya bagaikan seorang bapa yang prihatin.
Maura hanya membungkam di tempat duduknya. Dirasakan usapan tangan Encik Allan di bahunya seperti lahar api yang menggigit kulit tubuhnya kini. Kerana dia tahu yang papanya kini sedang berperang dengan api kemarahan. Api kemarahan yang di jinakkan sementara.
"Kenapa awak tak datang kelas saya tadi? Awak ada masalah ke?" Giliran Raymie pula mengambil alih menyoal. Matanya masih setia memandang wajah comel yang masih menunduk itu.
"Maura sayang... Cikgu tanya tu... Kenapa diam... Kalaupun Maura ada masalah... Cerita dekat papa... Papa sedia untuk dengar semuanya..."
Hampir menitis air mata Maura bila Encik Allan berbicara begitu. Alangkah bagusnya kalau sikap papa begini. Sikap yang sentiasa memberi perhatian serta melindungi dirinya. Tetapi apakan daya. Itu cuma hanya impian sahaja.
"Maafkan saya Sir... Salah saya sebab tak hadir kelas tambahan tadi... Sekali lagi saya minta maaf... Saya masuk bilik dulu..." Tanpa mendengar jawapan dari kedua - duanya, Maura pantas bangun lalu bergegas menaiki tangga menuju ke biliknya tanpa menghiraukan panggilan dari papanya. Dia ingin segera lari dari situ kerana dia tidak tahan dengan sandiwara yang dipamerkan oleh papa serta ibu tirinya tadi.
" Maafkan anak saya cikgu... Maaf dengan kelakuan tak sopan dia tadi..." Encik Allan meminta maaf. Suhu hatinya kini serta merta menggelegak dengan sikap kurang ajar anaknya tadi.
"Takpe Encik Allan... Saya faham..." Balas Raymie bersama senyuman.
"Saya pun tak tahu apa masalah dia... Dia pun langsung tak nak cerita dengan saya... Walaupun dia anak tiri saya... Saya dah anggap dia macam anak saya sendiri..." Madam Rosy pula mengambil alih bersuara. Suara pula sengaja di sedihkan.
Ceh... Macam bagus aje madam sorang ni!
Raymie hanya mendiamkan diri sahaja. Tak tahu nak berkata apa.
" Takpe lah kalau macam tu... Saya minta diri dululah... " Raymie meminta diri.
Tidak betah berlama - lama di sini. Dapat di rasakan suasana di dalam rumah ini sudah bertukar tegang. Terbit pula rasa bersalah bila tiba - tiba muncul di rumah gadis ini.
"Oh ya... Cikgu dah nak balik ke?"
"Ya... Saya ada urusan lagi nanti..." Balas Raymie.
"Baik lah kalau macam tu..." Mereka berjabat tangan.
Pantas Raymie mengatur langkah keluar dari rumah banglo itu. Hatinya merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan penghuni rumah banglo ini.
Share this novel