MALAM ITU RESTORAN tempat Maura bekerja agak lewat tutup kerana pelanggan hari itu agak ramai dari hari biasa.
"Ok.. Thank you all semua sebab sanggup ambil OT hari ni... But don't worry... I akan claim semuanya untuk you all nanti..." Ujar manager restoran dengan nada teruja.
"And esok restoran kita akan tutup... I bagi peluang untuk you all pergi bercuti untuk berehat..." Smabung si manager lagi.
Terus bersorak riang para pekerja restoran bila si manager memberi bonus OT untuk mereka semua yang bekerja lebih masa pada malam ini. Siap di bagi cuti lagi. Itu yang seronoknya.
" Ok... Cepat kemas... Kalau dah siap... You all boleh balik... Ok.. I pergi dulu..." Ujar si manager bersama senyuman manis sebelum berlalu pergi.
"Maura... Kau nak balik sekali dengan kitorang ke?" Pelawa salah satu pekerja restoran yang bernama Miza. Ketika ini mereka sudah bersiap - siap untuk pulang ke rumah.
Pantas Maura menoleh ke arah Miza.
"Tak payahlah Za... Kau boleh balik sendiri..." Tolak Maura dengan lembut.
"Oklah kalau macam tu... Kitorang pergi dulu... Bye..."
"Kau balik nanti hati - hati..." Sempat lagi si Miza berpesan sebelum berlalu pergi bersama tiga lagi rakannya yang lain.
"Ok... Thanks..."
Jawab Maura mudah lalu bergegas pergi ke perhentian bas yang terdekat. Menunggu bas untuk pulang ke rumah.
TIDUR MAURA TERGANGGU BILA KEDENGARAN BUNYI BISING DI LUAR BILIKNYA. Terpisat - pisat biji matanya mencuba untuk memfokuskan bunyi bising tadi. Senyap.
Maura mengeluh perlahan lalu merebahkan kembali tubuhnya di atas tilam. Baru sahaja mahu melelapkan mata, bunyi bising itu kembali lagi. Dengan rasa malas dengan rasa mengantuk masih menebal, dia gagahi juga bangun dari katil menuju ke pintu bilik. Jam loceng di atas meja kecil di kerling sekilas. 12 tengah malam!
Pintu bilik dibuka. Dia mengintai dari keluar dari bilik. Perlahan - lahan dia keluar dari biliknya lalu menuju ke tengah - tengah ruang tamu. Matanya melilau mencari arah bunyi bising tadi walaupun dalam keadaan agak gelap.
"Mak Som ke tu?" Tanya Maura dengan nada sedikit kuat. Takkan papa dengan ibu tirinya kot. Diorang mana ada rumah. Sudah dua hari Mr. Allan dengan Madam Rosy tiada dirumah kerana ada urusan di luar kota.
Alah... Kalau bukan urusan luar kota pun, mesti pergi bercuti. Bukan tak tahu perangai pisau cukur ibu tirinya itu.
"Mak Som... Jangan main - main dengan Maura Mak Som..." Maura bersuara lagi. Tapi seketika cuma. Dia lupa yang Mak Som tiada di rumah mewah ini. Wanita itu ada urusan berkaitan anaknya di rumah wanita itu. Jadi wanita itu tiska menginap di sini malam itu.
Terderau darah Maura bila memikirkan dia keseorangan. Dia melangkah laju menuju ke arah pintu bilik untuk mengambil telefon pintarnya. Belum sempat dia melangkah, tiba - tiba satu tangan yang bersarung tangan hitam menekup mulutnya dari belakang. Meronta - ronta gadis itu mahu melepaskan diri.
"Hi dear... Miss me?" Rontaan Maura terhenti saat mendengar suara disebalik penutup muka yang di pakai oleh lelaki misteri ini. Lelaki itu berbisik ditelinganya. Menggigil tubuh Maura saat mendengar suara itu. Air mata mengalir deras membasahi pipinya.
Kisah silam dua tahun lalu kembali menghantui dirinya.
Tidak!!! Tak mungkin dia!! Tak mungkin!!!
Maura meronta - ronta lagi untuk melepaskan dirinya dari cengkaman lelaki ini. Dia menggigit kuat tangan lelaki yang bersalut sarung tangan itu. Terjerit lelaki itu bila terasa tangannya telah digigit. Terus terlepas tubuh Maura dari cengkamannya. Kesempatan itu diambil oleh Maura untuk melarikan diri. Tetapi belum sempat dia melarikan diri, tangannya sudah dicapai pantas oleh lelaki itu dan...
Pangg!!!
Satu tamparan hinggap di wajah comelnya. Tersungkur terus tubuh Maura berhampiran pasu bunga yang diletak di atas meja.
"Kau nak lari mana hah? Cuba cakap... Kau nak lari mana?" Nyaring lelaki itu bersuara. Kaki gadis itu ditarik kasar menghadap dirinya.
"Kau ingat kau boleh lari dari aku ke hah Maura... Dua tahun tau aku tunggu peluang ni... Peluang untuk jahanamkan hidup kau..." Serentak itu juga baju T - shirt milik Maura di koyak di bahagian bahu. Terjerit gadis itu dengan tindakan lelaki itu.
"Tolong lepaskan aku... Jangan buat kau macam ni..." Rayu Maura bersama tangisan yang semakin kuat.
Lelaki itu ketawa bila mendengar rayuan Maura itu.
"Hahaha... Kau ingat aku termakan dengan rayuan kau... No Maura... No... Aku takkan termakan dengan rayuan kau..."
Mukanya yang disaluti dengan penutup muka berwarna hitam di tekap pada bahu Maura yang terdedah. Makin kuat gadis itu meronta. Dalam rontaannya itu, tangannya tidak sengaja tercapai pasu bunga yang berada di atas meja kecil. Pantas pasu bunga itu dicapai.
Dengan sekuat tenaga, pasu bunga itu dihentak ke arah kepala si jahanam itu.
"Arghh!!!" Menjerit lelaki itu bila menerima hentakan padu dari Maura. Dia jatuh ke sisi Maura. Dan melihat lelaki itu mengerang kesakitan serta berlumuran darah, kesempatan itu diambil untuk melarikan diri.
"Sial kau Maura!" Hamun lelaki itu bila melihat kelibat Maura yang sudah berjaya melepaskan diri darinya.
MENDENGUS RAYMIE BILA tidurnya terganggu dengan bunyi loceng dari luar pintu rumah. Dia bangun dari tempat tidurnya tanpa mengenakan baju di tubuhnya yang sasa.
" Mesti abah dengan mama lupa bawak kunci pintu sampai ganggu masa aku tidur..." Bebel Raymie. Pintu bilik dibuka lalu kakinya pantas menuruni tangga menuju ke arah pintu utama.
"Kejap..." Ujar Raymie dengan sedikit nyaring bila loceng di tekan tanpa henti.
"Tak sabar masuk rumah ke apa abah dengan mama ni..." Rungut Raymie.
Pintu utama rumah dibuka. Bukan kelibat Tuan Mirul Rozai dan Puan Ida yang menekan loceng sebalik wajah kusut Maura terserlah dihadapannya kini.
Saat pintu dibuka dari dalam, terus Maura menerpa ke arah tubuh sasa Raymie lalu dipeluk erat tubuh tinggi itu.
"Tolong saya... Saya tak nak Sir... Saya tak nak..." Mengongoi Maura di dalam pelukan lelaki itu.
"Kau ni kenapa Maura? Tetiba datang sini?" Soal Raymie dengan wajah terkejutnya. Mana tak terkejutnya, tetiba datang lepas tu terus peluk anak bujang orang. Sewel agaknya perempuan ni!
Maura masih lagi menangis di dada bidang lelaki ini. Habis dada lelaki itu basah dengan air matanya.
" Lepaskan akulah Maura... "Raymie cuba untuk melepaskan pelukan Maura tetapi tidak berjaya.
" Saya tak nak... Tolong saya Raymie... "Maura masih lagi menyebut benda yang sama. Sekejap Sir... Sekejap Raymie...
" Apa yang kau tak nak sebenarnya... "Dalam cuba melepaskan pelukan Maura di tubuhnya, sempat lagi dia bertanya. Maura hanya mendiamkan diri sahaja.
" Okay - okay... Kau lepaskan aku dulu... Aku naik atas kejap ambik baju... Boleh kan... " Pujuk Raymie pada Maura. Dan akhirnya gadis itu menuruti. Pelukan di tubuh Raymie dilepaskan.
"Kau tunggu sini... Aku pergi ambik baju aku dulu..." Suruh Raymie lalu bergegas menaiki anak tangga menuju ke arah biliknya.
Dalam mencari baju dalam almari pakaian, dia perasan akan kelibat Maura berada di hadapan pintu biliknya.
"Kan aku cakap tunggu bawah aje tadi... Kenapa naik atas ni?" Soal Raymie dengan nada sedikit kasar.
Maura tidak menjawab. Dia meluru ke arah Raymie lalu sekali lagi tubuh tidak berbaju lelaki itu dipeluk erat.
"Saya tak nak... Tolong saya..." Maura masih lagi dengan ayat yang sama.
"Kau ni dah kenapa Maura? Aku tanya kau tadi... Kau diam... Apa jadi dengan kau ni sebenarnya?" Tanya Raymie dengan nada yang masih rendah lagi.
Bila gadis itu diam dan masih menyebut benda yang sama, dia tidak dapat menahan kesabaran lalu di tubuh gadis itu dibawa ke arah katilnya dan tubuh Maura di hempas di atas katil.
Membulat mata Maura dengan tindakan Raymie itu. Serta merta ingatannya terarah dengan kejadian yang menimpanya beberapa jam yang lalu.
"Aku tak nak... Tolonglah... Lepaskan aku..."Jerit Maura bersama linangan air mata yang semakin lebat. Makin kuat tangisannya bila Raymie sudah menindih tubuhnya.
" Kau ni dah kenapa hah? Dari tadi asyik cakap aku tak nak... Aku tak nak... Kau dengar sini... Aku takkan lepaskan kau kalau kau tak ceritakan apa yang terjadi kau tadi... Faham?"
Maura hanya menangis tanpa menjawab soalan Raymie. Lebih - lebih tubuhnya sudah ditindih oleh Raymie.
" RAYMIE!!! APA KAU DAH BUAT NI?? " Suara petir Tuan Mirul Rozai memenuhi ruang kamar Raymie. Puan Ida di belakang Tuan Mirul Rozai tergamam dengan tindakan tidak moral anaknya itu.
"Abah... Mama..."
Terkejut Raymie dengan kemunculan kedua - dua orang tuanya. Berdegup jantungnya bila kemunculan orang tuanya di waktu yang salah. Dia melepaskan tubuh yang ditindihnya tadi.
Teebuntang mata keduanya bila melihat si gadis disebalik tindihan Raymie tadi.
"Maura???"
Share this novel