-DI TEMUKAN II -

Drama Completed 30112

HAMPIR REBAH tubuh Puan Ida melihat keadaan anak dan menantunya. Pantas Tuan Mirul Rozai memaut erat tubuh isterinya.

Mereka yang ketika itu berada di bandar besar untuk bercuti bergegas pulang ke penempatan mereka ini bila di beritahu tentang situasi menimpa Raymie, Raymen dan Maura!

Dan sekarang, mereka berdua sudah pun berada di hospital yang menempatkan ketiga - toag ahli keluarga mereka ini.

KEDUA - DUANYA DUDUK TERMENUNG di kerusi menunggu. Mata kedua - dua nya tidak lepas dari memandang bilik pembedahan.

Sejam yang lepas, Raymie berjaya di bedah bagi membuang sisa ranting kayu yang terpacak di bahu lelaki itu. Dan sekarang, mereka berdua menunggu pembedahan yang di jalankan ke atas Maura untuk mengeluarkan peluru di belakang tubuh wanita itu pula!

Tidak lama kemudian, pintu bilik pembedahan di buka.

Bingkas kedua - duanya bangun dan terus menuju ke arah doktor yang melakukan pembedahan itu!

"Doktor... Macam mana keadaan menantu kami doktor?" Soal Puan Ida dengan nada gementar.

Doktor itu menghela nafas panjang sebelum merenung wajah Puan Ida dan Tuan Mirul Rozai silih berganti.

"Encik berdua... Boleh ikut saya ke ruangan saya kejap... Ada sesuatu yang encik tahu tentang berkaitan dengan Puan Maura ini..." Ujar Doktor itu.

Kata - kata doktor itu membuatkan Puan Ida dan Tuan Mirul Rozai berpandangan sesama sendiri...

"Baiklah..." Putus Tuan Mirul Rozai.

"Mari... Kita keruangan saya..."

Kedua - dua suami isteri itu pantas mengekori langkah doktor itu.

"Puan Maura sedang mengandung..."

"Hah? Apa mengandung?" Serentak Puan Ida dan Tuan Mirul Rozai bersuara. Terkejut besar kedua nya bila di beritahu tentang perihal kandungan Maura.

Doktor itu mengangguk perlahan.

"Keadaan kandungan Puan Maura berada dalam keadaan baik... Tetapi still lagi berada dalam tahap lemah..."

Mengeluh lega Puan Ida dan Tuan Mirul Rozai saat diberitahu tentang kandungan menantu mereka.

"Tapi..." Ayat doktor itu terhenti dan wajah doktor itu juga mulai berubah.

"Tapi apa doktor..." Gesa Tuan Mirul Rozai.

Hatinya yang di ulit rasa gembira kembali merundum dan di ulit dengan rasa yang tidak enak pula.

"Keadaan Puan Maura berada dalam bahaya... Dia berada dalam keadaan koma..." Terus Puan Ida menekup mulutnya saat di beritahu keadaan Maura. Air mata nya sudah mula mengalir membasahi wajahnya.

"Apa punca dia doktor?" Soal Tuan Mirul Rozai dengan setenang mungkin walaupun hatinya sudah rapuh saat ini.

"Puan Maura mengalami kehilangan darah yang banyak... Dan itu menyebabkan aliran darah ke otak tersekat... Jika keadaan ini berterusan... Kemungkinan Puan Maura akan mengalami keadaan mati otak... Dan kandungan nya juga tidak dapat di selamatkan.."

Terpejam mata Tuan Mirul Rozai saat diberitahu keadaan Maura itu. Puan Ida sudah mula tersedu sedan di bahu suaminya.

Doktor yang mengendali kes Maura hanya mendiamkan diri.

Ya Tuhan... Selamatkan menantu aku... Doa Tuan Mirul Rozai di dalam hati... Bahu isterinya semakin di dakap erat...

RAYMIE HANYA duduk di samping Maura. Sejak dari hari dia sedar, dia langsung tidak berganjak dari sisi isterinya ini...

Puas sudah ahli keluarganya menyuruh diri nya untuk berehat... Tetapi arahan itu di ambil sambil lewa sahaja oleh Raymie...

Dis tetap setia menemani Maura...

Penyudahnya, ibu bapa nya hanya membiarkan sahaja walaupun jauh di sudut hati... Mereka tetap khuatir akan kesihatan Raymie...

"BANG..."

PANTAS Raymie berpaling bila nama nya di seru.

Terserlah wajah Raymen dibalik pintu wad...

Raymie hanya memandang sekilas sahaja sebelum kembali menatap wajah pucat Maura...

Bila tiada reaksi dari abangnya, pantas lelaki itu mengatur langkah mendekati abangnya.

Sudah hampir seminggu dia keluar hospital... Bermakna... Sudah hampir seminggu berlalu kes yang menimpa keluarga abangnya ini...

Cerita pasal perjalanan kes...

Josan diisytiharkan mati dalam serangan pihak polis pada dirinya... Madam Rosy dan Dante turut di temui mati di dalam villa milik Josan itu... Dan pembunuh kedua - dua nya juga turut di ketahui...

Tak lain tak bukan... Adalah Josan sendiri!

Dah.. Kita skip pasal kes tu!

Sekarang, kita tertumpu pada dua beradik ni pula!

"Ni... Mama ada buatkan makanan untuk kau... Kau makan lah nanti..." Beg kertas yang berisi makanan di letakkan di atas meja bersebelahan Raymie.

Raymie hanya memandang kosong sahaja... Matanya tidak lepas dari memandang wajah pucat isterinya ini...

"Bang... Kau belum makan lagi kan... Meh... Aku sediakan makanan untuk kau..." Tangannya yang mahu mengambil bekas dari beg kertas tadi terhenti bila Raymie bersuara tiba - tiba.

"Kau ajelah makan bekal tu... Aku takde selera nak makan..."

Mengeluh keras Raymen saat mendengar ayat abangnya ini...

"Kau kena makan bang... Kalau kau tak makan, tak jaga kesihatan... Macam mana kau nak jaga isteri kau kalau kau sakit nanti..." Hendak tak hendak, Raymen terus bersuara tegas.

"Kau tengok rupa dan keadaan kau sekarang bang... Macam mana kau nak uruskan Maura kalau kesihatan dan makan minum kau sendiri pun tak jaga... Dan kau nak tahu satu perkara tak... Mama dan papa dekat rumah tu habis berfikir dah macam mana nak suruh kau uruskan diri kau... Tapi kau.. Kau hanya pentingkan diri kau aje... Kau tak kesian ke dekat mama dan papa hah bang... Kau tak kesian ke dekat diorang... Lagi satu... Kau nak ke Maura sedih tengok keadaan kau macam ni..." Luah Raymen tanpa tertahan...

Sudah lama dia pendam semua ni...

Tapi hari ni... Hari dia luahkan segalanya... Demi kesedaran dan kebaikan abangnya juga....

Membungkam Raymie bila di sembur oleh adiknya sebegitu!

" Aku harap... Kau dengar lah nasihat aku ni bang... Aku nak abang aku yang dulu... Dan bukan mudah mengalah macam ni..." Raymen menepuk bahu abangnya sebelum berlalu keluar dari wad yang menempatkan kakak iparnya ini...

Dia perlu menenangkan dirinya juga... Dan semestinya dia turut memberi ruang pada abangnya untuk menghadamkan apa yang di bicarakan tadi.

Raymie yang sedang Membungkam mengeluh lemah.

Mukanya dan rambutnya di raup perlahan.

Ya Tuhan... Apa yang aku dah lakukan... Aku dah sakitkan hati kedua - dua ibu bapa ku... Rintih Raymie di dalam hati...

Ya... Sedikit sebanyak apa yang di katakan oleh Raymen tadi meresap ke dalam hatinya...

Tangan Maura di genggam erat...

"Maafkan abang, sayang... Maafkan abang..." Bisik Raymie bersama linangan air mata...

Tangan isterinya di bawa ke arah bibirnya sebelum di kucup perlahan.

Moga ada keajaiban berlaku nanti...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience