MAURA SUDAH dibenarkan pulang manakala Raymen pula masih ditahan di wad kerana doktor ingin memantau keadaannya lagi.
Dan disebabkan kecederaan Raymen itulah dia teruk kena maki dengan Puan Ida. Bermacam jenis makian, perlian serta sindiran dari mulut wanita itu untuk dirinya. Dia pula hanya mampu berdiam diri sahaja. Kata - kata maaf yang diucapkan olehnya langsung tak laku di mata wanita itu.
Kesudahannya, berdiam diri adalah cara terbaik. Biarlah wanita itu mahu melakukan apa saja. Dia rela, dia pasrah. Kerana dia tahu, kesalahan yang dia lakukan pada keluarga wanita ini amat besar.
Dan gara - gara kejadian tempoh hari, dia tidak dibenar kan untuk ke kebun sayur, membersihkan kebun sayur dan mengutip buah. Malah rumah pekerja yang menjadi tempatnya berteduh selama ini juga di kunci dan kesemua barang - barangnya yang berada di rumah itu sudah di bawa masuk ke dalam rumah agam pula.
Mulanya dia tidak mahu berpindah. Tapi bila telinganya mendengar arahan itu datang dari Tuan Mirul Rozai, nak tak nak dia turuti juga. Dan seperti biasa, mulut Puan Ida mula bising bila mengetahui dia berpindah masuk ke rumah agam itu. Tapi bila saranan Tuan Mirul Rozai mendapat sokongan dari kedua - dua anaknya, terpaksa lah Puan Ida menurut walaupun di dalam hati sudah berdongkol geram pada Maura.
"BOLEH AKU TOLONG?" Sapa satu suara mengejutkan Maura yang sedang membasuh sayur di dalam singki. Dia terus berpaling ke belakang. Terpacul wajah Raymen bersama senyuman melebarnya.
"Nak tolong apanya? Tangan masih sakit tu lagi..." Tegah Maura bila melihat Raymen sudah mula mahu menyibuk di singki.
"Alah... Nak tolong jugak..." Rengek Raymen mengada - ngada. Mencebik bibir Maura melihat karenah mengada si Raymen ini.
"Dah... Tak payah nak mengada sangat... Pergi duduk sana... Nanti sakit lagi... Siapa susah..." Halau Maura selamba dan ayatnya itu membuatkan Raymen mendecit kegeraman.
"Orang nak tolong pun tak bagi..." Raymen merungut dan melangkah menjauh sedikit dari singki. Maklumlah kawasan larangan gadis itu tadi. Nanti kalau dilanggar, tak pasal - pasal kena halau keluar dari ruang dapur ini pula.
"Ceh... Macam tu dah merajuk... Tak lawa lah orang tua merajuk..." Perli Maura dengan ayat sedikit sopan. Karang guna ayat kasar, makin kuat rajuk lelaki ini. Bukan dia tak tahu perangai si Raymen ni. Kuat sentap!
"Seronok betul borak sampai aku panggil ambilkan air untuk aku pun kau tak dengar..." Terbantut niat Maura mahu mengusik Raymen lagi bila suara Raymie tiba - tiba mencelah.
"Naik serak suara aku panggil kau dari tadi... Langsung takde jawapan... Rupanya seronok dok berborak sampai lupa dengan kerja..." Sindir Raymie.
Terdiam Maura mendengar sindiran pedas keluar dari mulut lelaki itu. Tetapi Raymen tak tinggal diam. Sindiran abangnya pantas di balas.
"Suka hati dia lah nak borak dengan siapa pun... Hak dia... Yang kau sakit hati sangat ni dah kenapa... Kau jealous ke yang Maura ni tak beramah tamah dengan kau?" Giliran Raymen pula menyindir.
"Buat apa nak beramah tamah dengan kau... Belum sempat orang tu nak bukak mulut... Dah tak pasal - pasal kena dengan baran singa kau tu..." Sambung Raymen lagi. Tak habis lagi rupanya.
Berubah kelat terus muka Raymie bila mendapat sindiran bertubi - tubi dari adiknya. Terus dia berlalu dari situ dengan muka serupa asam kecut. Sempat lagi dia menghadiahkan jelingan maut buat kedua - duanya sebelum menghilang dari ruang dapur.
"Hish... Awak ni... Tak baiklah cakap macam tu dekat abang awak..." Tegur Maura. Hatinya sudah rasa tidak enak bila dijeling sebegitu tadi.
"Biarlah... Sekali sekala dia merasa pulak... Takkan asyik kau aje yang kena..." Mudah aje Raymen memberi jawapan.
Membulat mata Maura mendengar jawapan Raymen itu.
"Dah... Tak payah awak nak menyibuk dekat dapur ni... Keluar..." Belakang tubuh Raymen di tolak keluar dari ruang dapur.
"Eh... Bagi lah aku tolong kau dekat dapur... Aku bosanlah..." Raymen mencipta alasan supaya gadis itu membenarkan dirinya berada di dapur tetapi langsung tak diendah.
"No... Tak payah... Saya boleh buat sendiri... Awak boleh balik bilik awak sekarang... Pergi tukar pakaian... Kejap lagi awak ada follow up dekat hospital..." Arah Maura. Tubuh Raymen sedaya upaya ditolak keluar dari situ.
"Raymen!!!"
Marah Maura bila Raymen sengaja mengeraskan tubuhnya. Tetapi hanya cuma seketika bila melihat wajah cemberut gadis itu.
"Yelah... Yelah... Aku naik bilik sekarang..." Akhirnya Raymen mengalah. Dia tak sampai hati melihat wajah cemberut si gadis.
Tersungging senyumannya bila melihat Raymen akur dengan arahannya. Ekor matanya mengekori langkah Raymen yang sedang menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.
Dia menghembus nafas lega bila tiada lagi gangguan di ruang dapur. Baru senang sikit nak buat kerja.
Hatinya kembali tidak enak bila memikirkan jelingan maut Raymie sebentar tadi. Habislah dia nanti! Mesti ada saja arahan yang keluar dari mulut bisa lelaki itu nanti pada dirinya!
KAN DAH AGAK! Baru tadi cakap, sekarang dah kena! Awal - awal lagi Raymie berpesan supaya mengemas bilik nya sebelum lelaki itu keluar.
Sekarang dia berada dalam bilik lelaki ini. Sakit matanya bila melihat keadaan bilik tidur Raymie ini. Macam sarang tikus!
Dengan pakaian kotor merata - rata. Dalam bakul lagi! Berlonggok serupa gunung! Itu tak dikira lagi dengan cadar, selimut dan bantal berselerak di atas lantai. Jenuh dia nak mengemas.
Takkan Puan Ida tak peduli langsung dengan keadaan bilik anaknya yang seorang ini?
Pakaian kotor dikutip satu persatu lalu diletakkan di dalam bakul kosong yang lain. Bakul yang sedia ada dibawa keluar dari bilik lalu diletakkan di bilik mesin basuh. Kemudian dia berpatah balik ke bilik lelaki itu untuk mengemas bilik lelaki itu pulak.
Maura melepaskan lelah setelah hampir setengah jam mengemas bilik lelaki ini. Telinganya menangkap bunyi sesuatu. Seperti bunyi hujan. Dia melangkah menuju ke pintu gelangsar. Langsir ditarik. Dia mengintai keluar.
Betul tekaannya tadi. Hujan lebat di luar.
Patutlah rasa macam bunyi desiran tadi... Rupanya hujan... Detik hatinya. Agaknya masa dia tengah sibuk mengemas tadi, hujan dah turun. Langsir kembali ditarik. Dia menapak menuju ke tengah - tengah ruang bilik. Matanya ralit memandang bilik yang serba mewah ini.
Indahnya bila menjadi anak orang berada... Dia dulu pernah rasainya... Menjadi anak orang berada... Tapi itu semua hanya sementara bila keluarga sendiri telah membuang dirinya...
Tanpa sedar, dia sudah menjatuhkan tubuhnya di atas katil milik Raymie.
"Argh... Nikmatnya..." Ujar Maura dengan perasaan lega bila belakang tubuhnya bertemu tilam. Hilang segala penatnya.
Kerja?
Kerja semua dia dah settle kan. Mula dari mengemas bahagian bawah, mencuci, membasuh, mengemop sampailah memasak. Semua dia dah buat.
Matanya makin mengecil dan akhirnya dia terlentok tidur kepenatan di dalam bilik Raymie. Apa reaksi Raymie bila tengok si Maura ni terlentok tidur atas katilnya?
Yang penting, doa banyak - banyak semoga Muara selamat dari cengkaman singa garang ini!
Share this novel