HDI 48

True Story Completed 65593

MAKANAN sudah siap dihidang. Maya sudah bersedia untuk menjamu selera.

Pinggan diisi dengan nasi dan sambal telur. Dia membuka mulut, menyuapkan nasi ke dalam mulut.

"Amboi, biadap nampak?" soal Iskandar sambil menuruni anak tangga. Dia berhenti dan tangan disilangkan ke dada.

Maya tidak melayan, dia terus makan dengan penuh selera. Ada aku kesah?

"Woi! Kau pekak ke?!" jerkah Iskandar. Dia menolak kasar pinggan Maya, berterabur nasi di atas meja.

Maya terus bangkit. "Apa masalah you ni hah?!" Maya sudah tidak tahan dengan perangai Iskandar itu. Makin lama makin melampau.

"What?! You tu yang cari pasal dengan I."

"Bila masa pulak I cari pasal dengan you? You yang tiba-tiba je marah I. Pastu, you tolak pinggan I." ujar Maya, tidak puas hati.

Iskandar menepuk tangan, dia senyum sinis ke arah Maya.

"Wow! You dah pandai melawan cakap I?"

"Yes! So, you nak buat apa? Nak pukul I?" Maya sudah tidak peduli lagi. Lantaklah nak jadi apa pun.

"Tak! I takkan pukul you. I takkan pukul perempuan. Tapi I... akan ajar you." Zaril terus menarik lengan Maya dan dibawa ke stor di dapur.

Dia menolak kasar Maya masuk ke dalam sehingga Maya tersungkur di atas lantai. Lantas, dia mengunci pintu bilik stor itu.

"Is! Hey, buka pintu ni!" Maya terus bangun dan menggoyangkan pintu beberapa kali.

"Diam! You duduk dalam tu diam-diam."

"Is! You buka pintu ni!"

"No! Ini adalah hukuman untuk isteri biadap macam you. Bye, I pergi kerja dulu." Iskandar berjalan meninggalkan Maya di dalam. Dia ketawa senang. Padan muka kau!

Maya menangis, gemelugut dia memeluk tubuh di pintu. Kenapa aku setuju nak kahwin dengan lelaki kejam macam dia? Kenapa kau bodoh sangat, Maya? Why?!

TOHOR duit simpanan Hasnah di bank. Dia keluar dari bank dengan perasaan sangat marah.

"Hish! Bila lah Zaril ni nak bagi aku harta tu? Kalau aku ada harta tu tak yah susah-susah aku nak bekerja." Hasnah pening memikirkan bagaimana cara untuk dia peroleh harta Dhia daripada Zaril.

Dari jauh, Zaril baru keluar dari perut kereta. Dia mahu menyinggah di kedai bunga sebelum melawat Dhia di rumah Tengku Aini.

Tiba-tiba dia ternampak Hasnah sedang berdiri seorang diri di hadapan bank. Mukanya juga kelihatan marah dan gelisah. Perasaan ingin tahu semakin menebal di dalam dirinya. Dia pun segera mendekati Hasnah.

"Assalamualaikum, ibu mertua kesayanganku." sapa Zaril kepada Hasnah. Dia berdiri betul-betul di sebelah Hasnah, tangan sebelah diseluk ke dalam poket. Sungguh bergaya.

"Waalaikumusalam! Kau nak apa?!" tanya Hasnah dengan kasar.

"Uish, garangnya. Zaril datang sini sebab kesian tengok ibu sorang-sorang kat depan bank ni hah. Kot-kot ke ibu tak ada duit nak balik." ujar Zaril selamba.

"Hey! Kau tak yah nak perli-perli aku macam tu ek? Hah... alang-alang kau ada kat sini. Aku nak minta harta aku."

"Harta? Ada ek?" Hasnah merenung tajam ke arah Zaril. Dia memusingkan badannya menghadap Zaril.

"Okey-okey. Zaril akan bagi but ada syarat." Zaril mengangkat sebelah keningnya.

"Apa?" Laju Hasnah menjawab. Tidak mahu melengah-lengahkan masa lagi.

Zaril tersenyum sinis, "Syaratnya ialah... ibu takkan ganggu dan jumpa dengan Dhia kecuali emergency. That's it."

"Hurm... kacang je. Aku setuju."

"Macam tu je?" Zaril agak tidak percaya juga yang Hasnah boleh bersetuju begitu saja. Tapi apa yang penting Hasnah tidak akan ganggu Dhia lagi.

"Yelah! Habis tu macam mana lagi? Bagilah cepat harta aku!" Hasnah sudah tidak sabar lagi. Dia mahukan harta itu secepat yang mungkin.

"Okey, jom. Ibu ikut Zaril balik rumah. Dokumen kat sana." Lantas, Hasnah berjalan ke hadapan tanpa menunggu Zaril.

Zaril menggeleng-geleng kepala, bersungguh Hasnah mahukan harta itu. Memang betul lah yang dia ni gila harta.

"Woi! Cepatlah!" laung Hasnah yang sudah jauh ke hadapan.

"Ya, datang!" Zaril bergegas berlari menuju ke kereta.

DALAM bilik, Dhia sedang mengisi pakaian-pakaiannya di dalam bagasi. Segala harta benda kepunyaannya, diletakkan di dalam bagasi itu. Beberapa kali dia memerhati bilik itu untuk memastikan bahawa tiada barang yang tertinggal.

Setelah berpuas hati, dia menzipkan bagasi tersebut lalu diketepikan. Kemudian, dia menyarungkan tudung bawal di kepalanya. Siap!

Dhia keluar dari bilik bersama bagasi ke ruang tamu. Dia sudah bersedia untuk pulang ke rumah mertuanya. Ke pangkuan suaminya, Zaril.

"Ehem!" Iskandar berdehem, dia berjalan menuju ke arah Dhia. Sekuntum senyuman manis dilemparkan.

"Is? Awak buat apa kat sini? Datang dengan Maya sekali ke?" tanya Dhia, musykil. Sejak dia menumpang di rumah ini, tidak sekali pun dia melihat kewujudan Iskandar di sini.

"Tak... saya datang sorang. Maya tak sihat." Bohong Iskandar tanpa sekelumit perasaan bersalah.

"Oh ye ke? Pastu, Maya dah okey ke?"

"Dah okey. Dia yang paksa saya datang sini sebab lama tak jenguk mama kan? Sekali gus, jenguk awak sekali."

"I see..."

Hening sejenak apabila masing-masing membisu.

"By the way, awak tunggu Zahara ke?" soal Iskandar, memecahkan keheningan antara mereka.

"Aah, ya." Lama pulak si Ara ni nak bersiap. Cepatlah Ara, aku rasa janggal kat sini.

Baru sebut, Zahara datang diringi dengan kekasih hati, Farhan.

"Erm... patutlah lambat. Jumpa cinta hati dulu rupanya." sakat Dhia. Merah padam wajah Zahara jadinya.

"Cinta hati?" Iskandar terpinga-pinga dengan apa yang sedang berlaku.

"Ops, saya lupa nak bagitahu awak. Cousin awak ni bercinta dengan bff saya." Melopong mulut Iskandar. Tidak menyangka mereka berdua bersama.

"Seriously bro?"

"Yes, bro. Jodoh kan tak ke mana." Mereka semua ketawa kegembiraan.

"Tahniah bro! Aku doakan kau dengan Ara sampai ke jinjang pelamin."

"Aamiin!" Mereka bertiga mengaminkan doa Iskandar serentak.

"Eh dahlah, jom balik. Dah lambat ni..." Kelam-kambut Dhia dan Zahara meletakkan bagasi ke dalam bonet kereta.

"Is, Paan. Nanti kau orang kirim salam dekat aunty Aini ek?" Mereka berdua mengangguk.

Mereka masuk ke dalam kenderaan, melambai-lambai sebelum kenderaan menghilang.

DOKUMEN harta diletakkan di atas meja, betul-betul di hadapan Hasnah.

"Wah! Harta aku!" Hasnah membelek-belek dokumen tersebut dengan terujanya. Bak kata perpatah, seperti kera mendapat bunga.

"Boleh balik." arah Zaril sepatah. Menyampah aku tengok dia ni, dapat harta je pun. La... aku lupa dia ni kan gila.

Hasnah tersengih lalu menayangkan dokumen itu ke muka Zaril. Sengaja mahu menunjukkan dia sudah rasmi menjadi jutawan.

Sepeninggalan Hasnah, Zaril menyambut kedatangan isteri tercinta di muka pintu.

"Assalamualaikum sayang. Sayang rindu abang tak?" ucap Zaril.

Dhia berpura-pura masih belum memaafkan Zaril. Dia menonong sahaja masuk ke dalam, menghenyakkan punggung di atas sofa.

Zaril mengeluh hampa. Marahkan aku lagi lah tu. Sabar ajelah Zaril, lama-lama dia maafkan kau jugak.

Zaril memaniskan wajah, berjalan mendekati Dhia. Dia juga turut menghenyakkan punggung di atas sofa bersama dengan Zahara.

"Dhia, bukan kau dah maafkan abang Zaril ke?" bisik Zahara.

Dhia tidak menjawab. Pertanyaan dibiarkan tiada jawapan.

"Erm... Dhia. Dhia mesti penat kan? Jom berehat kat atas." Zaril pula bersuara.

"Tak nak. Dhia nak perkara lain." jawab Dhia. Dia sedaya upaya menahan tangisnya agar tidak mengalir. Kalau tidak, habis rancangannya gagal.

"Dhia nak apa? Bagitahu aje, abang akan dapatkan."

"Dhia nak... salam abang." Dhia menghulurkan tangannya, tersenyum meleret.

"Dhia..."

"Kenapa? Dhia dah tak boleh nak salam abang?" Zaril menggeleng laju, tidak mahu Dhia salah faham. Lantas, Zaril menyambut huluran Dhia.

Dhia mencium tangan Zaril lama.

"Abang, Dhia nak minta maaf kalau Dhia ada buat salah pada abang. Maafkan Dhia jugak kalau Dhia layan abang teruk." Air matanya sudah bergenang.

"Sayang..." Zaril menggenggam tangan Dhia.

"Abang tak pernah salahkan Dhia or marahkan Dhia. Abang bersyukur sebab Dhia tak minta untuk berpisah, itu sudah cukup. Kembalinya Dhia pada abang, dah membuatkan abang bahagia. Sepatutnya, abang yang kena minta maaf dengan Dhia sebab abang layan Dhia lagi teruk." jelas Zaril, panjang lebar.

"Tak apa... Dhia faham. Ibu memang pandai manipulate orang. Jadi, Dhia tak terkejut kalau abang boleh termakan dengan kata-kata ibu."

"Sekarang ni... abang nak kita mulakan hidup baru. Only two of us." Dhia mengangguk.

"Aww! Terharu I tengok you guys dah berbaik." Zahara membuat aksi seolah-olah sedang menonton drama romantik.

Akhirnya, kekuatan cinta kami menyatukan kami semula. Semoga hubungan kami berkekalan sampai jannah. Aamiin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience