TAP! TAP!
Bunyi tapak kasut seseorang memasuki wad Dhia. Katil Dhia dia dekati.
"Hello, my old friend. How are you?" Bisiknya di telinga Dhia.
Kemudian, dia menarik kerusi dan duduk di atasnya sambil menyilangkan kakinya.
"Long time no see. Yelah, sejak kita berpisah... kau langsung tak ambil tahu tentang aku kan? Aku sedar siapa diri aku... Aku cuma boneka depan mata kau. Aku ni tak layak untuk bersama dengan sesiapa pun termasuklah Iskandar. Am I right?"
"Tak apa. Aku okey je... aku tak marah pun kat kau. Kita kan kawan baik. Kita sama-sama belajar, bermain dan semuanya sama-sama. Tapi, kenapa kita tak boleh sama-sama bercinta dengan Iskandar? Kenapa? Kenapa Dhia? Apa salah aku?"
Wati bangkit lalu memegang alat bantuan penafasan di mulut Dhia.
"Jadi, aku rasa kau tak anggap aku sebagai kawan baik sebab kalau kawan baik... kau sanggup korbankan apa sahaja demi aku. Kau sanggup berkorban cinta kau pada aku. Tapi tak... kau tak buat pun. Now, kau musuh aku. Dan musuh tak boleh hidup kat dunia ni. Jadi aku akan tamatkan riwayat kau."
"Selamat tinggal kawan baikku, Dhia Alyssa." Dia mencabut alat bantuan penafasan dari mulut Dhia.
Perlahan-lahan Dhia mula berasa sesak nafas. Tangannya menggenggam selimut yang menutupi badannya. Seluruh badannya kini gemelugut.
Wati melihat keadaan Dhia seperti itu berasa puas hati. Dia ketawa gembira. Akhirnya, rancangan dia berjaya. Selepas ini, perempuan perampas seperti Dhia akan pergi buat selama-lamanya.
MEREKA beriringan menuju ke wad Dhia. Saat hampir ke pintu wad, mereka nampak seseorang yang mencurigakan keluar dari wad Dhia.
"Hoi!" sergah Iskandar.
Dengar sahaja suara Iskandar, semerta dia melarikan diri dari situ.
"Ara... awak tengok apa jadi pada Dhia. Biar saya yang tangkap penjenayah tu." Zahara mengangguk.
Zahara masuk ke dalam wad, alangkah terkejutnya dia melihat keadaan Dhia seperti itu.
Dia terus mendekatinya sambil memicit butang bantuan yang berada di kepala katil.
"Dhia! Dhia... sabar Dhia. Dhia..." Gugur air matanya setitis demi setitis.
GEDEBUK!
Wati jatuh betul-betul di hadapan lif. Tanpa menunggu lagi, Iskandar memegang kedua tangannya ke belakang.
"Kau siapa? Apa kau buat dalam bilik Dhia? Jawab!"
Namun, sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut Wati. Dia menjadi bungkam.
"Oh, bisu rupanya..." Iskandar menarik badan Wati baring ke lantai. Terbeliak mata Iskandar melihat wajah Wati di sebalik hoddie itu.
"Wati?" Wati tersenyum sinis.
"Yes darling. Wati is here."
"Kurang ajar!" Iskandar terus menampar pipi Wati sehingga pengsan.
"Security! Security!" Terkocoh-kocoh dua orang security berlari mendekati Iskandar.
"Ya encik. Kenapa ni, encik?" tanya salah seorang security itu.
"Saya nak pak cik telefon polis. Sementara tu, pak cik tolong jaga perempuan ni. Bila polis dah sampai, pak cik panggil saya di wad 138, tingkat 2."
"Ba... baik encik." Iskandar bangkit dan pergi meninggalkan Wati bersama security itu.
Dia mati-mati ingat Dayana punca semua ini, rupanya kawan baik Dhia sendiri yang melakukan ini semua. Sungguh kejam!
Sanggup dia lakukan perkara terkutuk ni kepada kawan baik dia sendiri. Walhal, Dhia begitu sayang pada dia. Sepanjang 3 tahun mereka berpisah, tak pernah sekali pun Dhia lupa tentang dirinya.
Cis! Dasar manusia tak sedar dek untung!
LAJU langkah Naura dan Farhan masuk ke dalam hospital. Selepas sahaja mendengar berita tentang keadaan Dhia, mereka terus datang ke hospital. Tak sangka langsung bahawa Wati sanggup melakukan itu semua kepada Dhia. Lagaknya persis seorang psychopath.
Terpandang sahaja wajah Iskandar, mereka terus memanggilnya.
Iskandar!
"Paan, Naura... sampai jugak kau orang." kata Iskandar.
"Is, Dhia macam mana? Doktor cakap apa?" tanya Naura.
"Alhamdulillah... doktor kata Dhia dah stabil. Baru sekejap tadi, Dhia dah sedarkan diri."
"Alhamdulillah!" ujar Farhan dan Naura serentak.
"Is, boleh tak kalau aku nak jumpa dengan Dhia?"
"Boleh. Jom ikut aku."
Mereka pun bergerak menuju ke wad Dhia...
Share this novel