PINTU kereta dihempas kuat, dia berjalan masuk ke dalam rumah.
"Ee! Kurang ajar!" Iskandar menjadi tidak keruan, lehernya digosok-gosok.
"Aku nak buat apa ni? Aku tak boleh biarkan si Zaril tu berbaik semula dengan Dhia. No, no!" jerit Iskandar, melepaskan segala kemarahannya.
"Is! Iskandar!" Panggilan sayup-sayup dari arah dapur menghentikan langkah Iskandar. Dia merengus kuat, dia melangkah laju menuju ke bilik stor.
Dia membuka pintu bilik stor itu, mata mencerlung memandang Maya.
Maya segera keluar dari situ tanpa menghiraukan wajah bengis Iskandar yang mengalahkan harimau itu. Namun, Iskandar menarik lengan Maya sehingga langkah Maya terhenti.
"Apa lagi?!" Maya menepis tangan Iskandar dengan kasar.
"Berani kau melawan aku?! Kau jangan lupa yang kau tu isteri aku!" jerkah Iskandar.
"Isteri?" Maya ketawa penuh sinis.
Iskandar berasa tercabar, dia melekapkan kedua tangan ke pipi Maya. Dia menolak Maya sehingga tersandar ke dinding.
"Hey! Kau jangan ingat aku tak berani nak pukul kau! Kau jangan paksa aku!" Maya meronta-ronta ingin melepaskan tangan Iskandar di pipinya.
"Lepaslah, setan!" kata Maya dengan berani. Sudah hilang rasa hormat yang tersisa untuk suaminya. Biarlah dikatakan isteri derhaka, dia sudah tidak peduli.
"Setan? You panggil I setan?!"
"Yes! Memang you setan! Dasar manusia bertopengkan setan!"
Iskandar terus menendang perut Maya dengan kuat. Bukan itu sahaja, dia menumbuk pipi Maya, gembira dia melihat Maya terduduk mengerang sakit.
"Bodoh! Lain kali jangan berlagak sangat. Jangan cabar aku!" Rambut Maya ditarik, dia meludah tepat ke wajah Maya.
Iskandar terus berjalan meninggalkan Maya terlantar kesakitan di situ.
"Auch..." Wajah Maya berubah pucat. Dia tidak mampu untuk bersuara. Semakin kuat tangannya memegang perutnya. Perlahan-lahan mata Maya menjadi kabur dan akhirnya gelap.
"MAMA!" laung Farhan dari jauh. Tengku Aini berpaling ke belakang, mengangkat tangan, memberi isyarat datang kepadanya.
Farhan berlari anak menuju ke arah Tengku Aini yang sedang berdiri di hadapan butik pakaian.
"Kenapa lambat?" soal Tengku Aini.
"Sorry ma. Paan beli sagu hati sikit untuk Is dengan Maya." ujar Farhan sambil menunjukkan beg kertas di tangannya.
"Paan nak melawat dia orang kat rumah ke?"
"Aah, saja. Last jumpa waktu Dhia balik hari tu." Farhan memang berniat untuk ke sana, agak lama Iskandar mendiamkan diri. Telefon tidak diangkat, mesej tak reply.
"Mama ikut sekali lah."
"Eh, ma. Tak yahlah. Mama settle kan je urusan kat butik ni... pasal Is mama jangan risau. Biar anak teruna mama ni yang uruskan." Farhan menyengetkan bibirnya, keningnya juga diangkat sebelah.
"Teruna lah sangat! Habistu si Zahara tu siapa?"
"Ala... Paan gurau jelah." Farhan cuba memujuk Tengku Aini. Takut juga dia kalau Tengku Aini merajuk, susah nak pujuk. Orang perempuan merajuk kan?
"Tahu takut..."
"Ma... jomlah masuk. Kesian owner tunggu kita ma." Tengku Aini mengangguk, bersetuju dengan Farhan.
Mereka terus berjalan masuk ke dalam butik pakaian itu.
GENAP sebulan, tiada khabar berita dari Hasnah. Sesekali, ada juga dia menyinggah ke rumah Hasnah tapi dia tiada di rumah. Dhia bertanya kepada jiran-jiran tentang Hasnah, mereka kata bahawa mereka sudah lama tidak melihat kelibat Hasnah. Boleh dikira berapa kali sahaja.
"Sayang termenung apa tu?" tegur Zaril lalu duduk bersila di sebelah Dhia.
"Tak ada apa. Terfikirkan ibu je." balas Dhia sekadar berbahasa.
"Macam pelik je bunyi tu? Sayang kenapa ni, cuba terus terang dengan abang?" Melihat riak wajah yang dipamerkan oleh Dhia cukup menyatakan Dhia menyembunyikan sesuatu.
"Abang..."
"Hmm?"
Dhia hanya memandang wajah Zaril tidak berkelip. Dhia tampak teragak-agak untuk meluahkannya.
"Cakap lah yang..." rayu Zaril.
"Erm... abang... tahu tak... tak ada apalah." Dhia tak jadi untuk bertanya. Dia takut Zaril salah faham.
"Ya Allah, cakap jelah sayang."
"Okey, tapi abang kena janji dulu."
"Janji apa?"
"Janji jelah dulu... please."
"Okeylah, janji." Dhia tersenyum gembira. Dia terus menghadap badannya ke arah Zaril.
"Abang tahu tak ibu kat mana?"
"Ibu? Kat rumah dia lah yang. Kenapa tanya pasal ibu ni?" Zaril menjadi musykil dengan soalan yang diajukan oleh Dhia itu.
"Tak ada... Dhia singgah beberapa kali kat rumah ibu tapi ibu tak ada kat rumah. Pastu, jiran-jiran kata dah lama tak nampak ibu. Dhia risau lah."
"Buat apa nak risau, ibu tu dah besar. Pandai-pandailah dia nak hidup."
"Hish abang ni. Apa cakap macam tu. Walaupun Dhia ni marahkan ibu tapi ibu tetap ibu Dhia. Berdosa tau kalau Dhia tak ambil peduli tentang ibu." Dhia membantah, tidak bersetuju dengan jawapan yang diberi.
"Okey, abang minta maaf ya? Sekarang ni, Dhia bagitahu abang apa yang abang patut buat."
"Kita cari ibu?"
"What?!"
JAM menunjukkan pukul 12 tengah malam. Maya terjingkit-jingkit berjalan keluar dari bilik tidur, pintu ditutup perlahan. Berhati-hati dia menuruni anak tangga, terus menuju ke bilik stor.
Dia mengeluarkan dua bagasi besar dari dalam, dia meneruskan lagi langkahnya ke arah pintu. Dia membuka pintu dengan penuh berhati-hati, tanpa sebarang bunyi dia mengangkat dua bagasi itu satu persatu.
Kemudian dia terus membuka pagar kecil lalu bergegas masuk ke dalam sebuah kereta.
"Dah, jalan cepat." arah Maya kepada pemandu itu. Bedesup kereta menghilang dari perkarangan rumahnya.
Fuh!
Nafas lega dilepaskan, dia menoleh ke sisi. Melebar senyuman di bibirnya.
Akhirnya, dia berjaya keluar dari neraka itu. Next step dia akan tuntut fasakh dengan bukti yang dia ada. Bukti ini cukup kukuh untuk menghukum syaitan itu.
Share this novel