KRIK! KRIK!
Dhia termenung sambil melihat bintang di langit. Pangkin di depan rumah menjadi singgahannya. Kejadian petang tadi terimbau kembali.
Sebaik sahaja kaki Dhia melangkah masuk, terdengar suara yang amat dia kenali. Ibu? Ada apa ibu datang rumah petang-petang ni? Ada masalah ke? Dhia membawa langkah menuju ke bilik Nek Timah. Dia mengintai di sebalik pintu.
"Mak ni selalu manjakan si Dhia tu. Kenapa mak sibuk menjahit baju kurung untuk dia tu? Sampai sakit-sakit! Menyeksa diri sendiri tu buat apa?! Baju kurung Dhia tu banyaklah mak, tak yah susah-susah!" tempelak Hasnah. Nek Timah sudah mengelap air mata yang mengalir deras di pipinya itu.
"Biarlah mak jahit, nak harapkan kamu memang tak lah. Mak ni kesian tengok Dhia tu. Dia nak pakai baju kurung baru untuk majlis sekolah dia. Lagipun, dia jarang minta baju baru. Kali ni je dia minta, apa salahnya?" Nek Timah sudah terbatuk-batuk.
"Apa salahnya? Membazir tahu tak?! Kain tu mak boleh jahit untuk pelanggan, dapat duit mak! Halah, setakat majlis sekolah apalah sangat! Pakai baju raya lepas pun cantik jugak. Hasnah tak kira, mak jangan jahit baju tu. Nanti mak sakit siapa susah? Ni! Muka ni jugak yang mak cari!" jerkah Hasnah sambil menunding jari ke wajahnya sendiri.
"Sampai hati kamu buat Dhia macam tu? Dhia tu anak kamu bukannya anak orang lain! Biar mak sakit sekalipun mak tetap akan jahit baju tu untuk Dhia. Kalau mak sakit, mak janji mak takkan susahkan kamu." Pilu hati Nek Timah melihat layanan anaknya terhadap cucunya.
"Suka hati maklah. Hasnah cakap pun bukannya mak kesah pun. Dahlah, Hasnah balik dulu. Assalamualaikum." Ibu permisi pulang tanpa menyalami nenek.
Dhia kekal bersembunyi di sebalik pintu. Tidak mahu Hasnah tahu yang dia mencuri dengar perbualan mereka. Sebaik sahaja Hasnah pergi, dia terus masuk ke dalam bilik Nek Timah. Nek Timah sedang menangis teresak-esak di pinggir katil itu Dhia peluk erat. Dia turut mengalirkan air mata.
Tidak sampai beberapa saat, Dhia meleraikan pelukannya. "Maafkan Dhia nek. Dhia tak sepatutnya biarkan nenek jahit baju tu. Tak fasal-fasal nenek kena marah dengan ibu.” Tutur Dhia dengan nada bergetar, menahan sebak.
Nek Timah mengusap lembut ubun-ubun Dhia. "Dhia tak salah. Nenek yang berkeras nak jahit juga baju tu. Nenek bukan sedih sebab kena marah dengan ibu kamu tapi nenek sedih layanan ibu kamu terhadap kamu, cu." luah Nek Timah.
"Nenek, Dhia dah biasa. Dhia tak nak nenek sakit. Dhia ada nenek aje. Nanti Dhia tolong nenek jahitkan ya?" ujar Dhia sambil memegang erat tangan Nek Timah. Nek Timah mengangguk lemah dan senyuman dilemparkan.
Dhia! Dhia!
Panggilan Nek Timah itu menghentikan lamunan Dhia. Dia berpaling ke belakang tapi masih kekal dalam posisinya tadi. Nek Timah mendekati Dhia.
"Dhia, kamu buat apa kat pangkin ni? Dah malam ni, tak elok duduk luar. Meh, masuk." arah Nek Timah. "Saja je duduk sini. Bosanlah." jawab Dhia dengan lenggok sengaja dimanjakan.
"Bosan? Kat dalam tu banyak kerja boleh buat. Kalau Dhia bosan, jom tolong nenek." Nek Timah menjongketkan sebelah keningnya. "Tolong apa?" soal Dhia dengan teruja. "Tolong nenek jahit baju. Nak tak?"
"Eh mestilah nak! Jom, jom!" Dhia bingkas bangun lalu menarik lengan Nek Timah. Dia membawa Nek Timah masuk ke dalam rumah semula.
Di ruang tamu, mereka bersila di lantai yang beralaskan tikar. Nek Timah memberi Dhia sehelai kain berwarna ungu muda. Dia mengambilnya. Cantik kainnya, kalau aku jadikan kain ni sebagai baju aku mesti cantik kan? Tapi tulah kain ni mahal, aku dengan nenek mana mampu nak beli. Apa-apa pun, aku tetap bersyukur ada juga kain untuk membuat bajuku.
Dhia menolong Nek Timah menjahit baju sehingga lewat malam. Yelah, esok kan cuti sekolah. Tidur lambat pun tidak mengapa. Akhirnya, siap juga sepasang baju kurung moden yang dihiasi labuci-labuci yang menarik perhatian. Untung siapa yang memakainya.
Saat Dhia asyik menilik setiap perincian baju kurung itu, dia merasakan kehangatan tangan Nek Timah hinggap di bahunya. "Dhia suka baju ni?" tanya Nek Timah.
"Suka! Tapi..." Aku menundukkan kepalaku. "Kalau suka, pakailah."
"Huh?! Eh, nenek ni buat lawak pulak tengah malam ni. Ni orang punya lah. Mana boleh pakai." Entah apa-apalah nenek ni. Baju orang kot, takkan aku nak pakai pulak.
Nenek tersenyum. "Baju ni bukan baju pelanggan lah. Kain ni nenek belikan untuk kamu. Baju ni kamu boleh pakai di majlis nanti." Dhia terus terbeliak matanya.
"Ba... baju ni Dhia punya? Nenek belikan kain untuk Dhia? Kain ni mahal lah nek. Mana nenek dapat duit beli kain ni?" soal Dhia, musykil. "Ya, ini baju Dhia. Adalah nenek beli guna duit simpanan nenek. Kamu jangan pedulilah."
"Betul ke nek?” Dhia bertanya lagi. Nek Timah mengangguk perlahan. “Terima kasih, nek!" Dhia terus memeluk Nek Timah. Aku menangis kegembiraan. Tak terucap kata syukur kepada Allah. Terima kasih, Ya Allah!
Nek Timah membalas pelukan Dhia. Nek Timah turut mengalirkan air mata. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk cucunya. Cukuplah derita yang cucunya alami selama ini. Dia cuma mahu melihat cucunya tersenyum dan bahagia seperti anak-anak muda yang lain.
DHIA membawa baju kurung itu ke dalam biliknya untuk disimpan di dalam almari. Aku tak sabar nak pakai waktu majlis sekolah tu nanti. Esok, aku nak ajak Ara datang rumah. Aku nak tunjuk baju ni kat Ara.
Dhia berlalu ke katil lalu memanjat ke atas katil. Dia merebahkan tubuhnya. Malam ini adalah malam paling indah dalam hidupnya. Aku doakan semoga nenek sihat selalu dan sentiasa berada di sampingku. Nenek, Dhia sayang nenek sepenuh hati.
Ibu, walaupun ibu tak dapat beri kasih sayang pada Dhia, Dhia tetap sayang ibu. Dhia tak pernah berhenti berharap untuk ibu sayangkan Dhia macam ibu yang lain. Dhia melelapkan matanya. Dia ingin mimpi yang indah-indah sahaja malam ini. Biarlah dia bahagia walau seketika.
ASSALAMUALAIKUM!
Dhia sedang menyidai kain itu tersentak dek suara Zahara menerobos ke gegendang telinganya. Dia segera mengangkat bakul baju dan berlalu menghampiri pintu. Dia membukanya. Zahara sudah tersengih sampai ke telinga apabila melihat aku di muka pintu.
"Waalaikummussalam, masuklah" ujarku.
Zahara melangkah masuk. Dia menghenyakkan punggung di atas sofa. Dhia pula pergi ke dapur untuk menghidangkan air kepada Zahara. Nek Timah yang baru keluar dari bilik itu memanjangkan leher meninjau siapakah gerangan yang bertandang ke rumah.
"Siapa yang datang?" tanya Nek Timah dari atas rumah.
"Oh, Zahara datang. Dhia nak tunjukkan baju kurung semalam tu." Tanganku lincah membacuh air. "Zahara rupanya. Nenek pergi jumpa dia dulu lah, ye?"
"Ok nek." Sejenak kemudian, Dhia muncul bersama dulang berisi air ke ruang tamu. Dhia menghidangkannya. Sebelum sempat Dhia duduk, Zahara bersuara.
"Mana baju kurung tu? Aku tak sabar nak tengok. Tunjuk ah kat aku." Tangan Dhia sudah digoyang-goyangkan oleh Zahara.
"Eh kau pulak terlebih excited. Nanti-nantilah, kita minum dulu."
"Ala… aku dah minum kat rumah tadi. Jom ah tunjuk. Please..." pujuk Zahara. Kedua-kedua kelopak matanya dikelip-kelipkan.
"Ish, ngada-ngadalah kau ni. Yelah, jom. Nek, kitaorang pergi bilik kejap tau." Nenek mengangguk. Mereka menuju ke bilik Dhia. Lantas, Zahara melabuhkan punggung di birai katil. Dhia membuka almari bajunya lalu mengambil baju kurung itu. Dia memberikan kepada Zahara.
Mahu terjojol biji mata Zahara saat melihat baju kurung moden itu. Sungguh cantik! Walaupun hiasannya simple tapi lebih cantik daripada baju kurung yang mahal harganya.
"Cantiknya baju kurung kau ni. Kalah baju kurung aku." Zahara masih membelek baju itu. "Cantik kan? Kau ni baju kurung kau lagi cantik dan mahal tau. Baju ni nampak cantik sebab pemberian ikhlas dari nenek aku. Itu aje."
"Eleh, kau! Baju aku tu memang mahal tapi berkualiti aje. Baju kau ni istimewa. Kau ni tak yahlah nak rendah diri sangat. Kita ni kan BFF? Come on." Zahara mengelewehkan bibirnya.
"Hahaha… ada-ada je kau ni. Dahlah aku nak simpan balik baju ni. Aku nak jaga baik-baik baju ni." Dhia sudah mengambil baju itu dari Zahara.
Sambil Dhia menyimpan semula baju kurung itu ke dalam almari, dia sempat menejeling ke arah Zahara. Dia tertawa apabila melihat Zahara memuncungkan bibirnya. Merajuklah tu! Kalau diikutkan si Zahara ni, sampai subuh tak habis dibeleknya. Dapat makan nanti hilanglah rajuk dia tu. Tengoklah nanti.
MEREKA melangkah menuju ke dapur untuk bersarapan. Nek Timah sudah menghidangkan makanan. Mihun goreng menjadi santapan mereka. Zahara terlebih dahulu menarik kerusi. Kan dah cakap, hilang terus merajuk dia kalau dapat makan free.
"Wah! Sedapnya bau bihun goreng Nek Timah. Belum rasa lagi. Kalau dah rasa mesti licin satu mangkuk ni." seloroh Zahara.
"Eh mana boleh habiskan nanti aku dengan nenek nak makan apa?"
"Ish, dia ni. Kita gurau jelah. Tumbuk kang." Zahara menunjukkan buku lima ke arah Dhia.
Nek Timah menggeleng. "Ada-ada saja kamu berdua ni. Nenek masak banyak bihun ni, tak payah kamu berdua nak gaduh-gaduh. Dah, makan."
Mereka tersenyum seperti kerang terlebih rebus sebelum menceduk bihun ke dalam pinggan. Mereka menjamu selera diselangi gelak tawa.
Alangkah gembiranya aku jikalau ibu ada bersama. Keluhan dilepaskan. Air mata sudah bergenang di kelompak mataku. Ibu, Dhia rindu ibu. Kenapa ibu tak sayang Dhia? Dhia tak layak dapat kasih sayang daripada ibu ke?
"Ya Allah, satukanlah aku dengan ibuku. Aku mahu kasih dan sayangnya." Doa Dhia di dalam hati.
Share this novel