HDI 6

True Story Completed 65593

MAKHAMAH SHARI'AH.

"Saya Muhamad Razlan bin Jantan menceraikan Nur Hasnah binti Jamil dengan talak satu." ujar Razlan, menjatuhkan talak.

Selesai sahaja semua prosedur, mereka bertiga beriringan keluar dari makhamah. Tiba-tiba suara Razlan menghentikan langkah mereka.

"Hasnah, abang nak cakap sikit boleh?" Maria yang berdiri di sebelah Razlan mempamerkan riak wajah menyampah.

"Kau back bincang apa lagi? Kita dah tak ada apa-apa."

"Hasnah, sekali saja. Please..."

"Yelah, kita pergi sana." ujar Hasnah. Dia membawa langkah ke tempat yang ingin dituju tanpa menunggu Razlan.

Hasnah berdiri membelakangi Razlan. Razlan menenangkan dirinya dahulu sebelum bersuara.

"Abang minta maaf sebab terpaksa ceraikan Hasnah. Abang terpaksa, ini syarat Maria kalau abang nak kahwin dengan dia." tutur Razlan dengan sayu.

"Sudahlah Lan, aku dah redha. Aku doakan kau bahagia dengan isteri baru kau. Aku cuma minta kau halalkan makan minum aku sepanjang aku jadi isteri kau. Satu lagi... jangan pernah abaikan Dhia."

"Abang janji, abang takkan abaikan Dhia. Hasnah, tolong maafkan abang."

"Aku dah lama maafkan kau sejak aku dapat tahu kau curang dengan aku. Aku balik dulu. Assalamualaikum." Hasnah menyeka air matanya sebelum berlalu dari situ.

"Waalaikummussalam." jawab Razlan, lemah.

Sekurang-kurangnya Hasnah sudah memaafkannya. Itu sudah cukup baginya. Abang doakan juga Hasnah bahagia dunia dan akhirat. Hasnah dan Dhia sentiasa ada dalam hati abang.

SESEKALI Dhia mengerling ke arah Hasnah. Jelas kelihatan pipi Hasnah dibasahi dengan air mata. Luaran sahaja Hasnah tampak biasa tetapi di dalam hatinya terlakar segaris luka yang dalam.

Teksi yang membawa mereka, sudah terpakir di halaman rumah. Mereka memutuskan untuk menaiki teksi kerana emosi Hasnah yang tidak stabil. Jadi, bahaya untuk Hasnah memandu.

Dhia mahu keluar dari perut kereta namun terhenti apabila melihat Hasnah masih tidak berganjak dari tempat duduknya.

"Ibu, kita dah sampai." ujar Dhia sambil menyentuh lembut paha Hasnah. Hasnah menoleh lalu mengangguk.

Nek Timah sedang duduk di sofa langsung tidak dipandang. Hasnah terus masuk ke biliknya. Dhia tidak ikut sama malah, dia melabuhkan duduk di sebelah Nek Timah. Dhia menyalami Nek Timah.

"Ibu kamu okey ke tak? Nampak pucat mukanya." Terdengar kerisauan di suara Nek Timah.

"Ibu masih sedih lagi tentang penceraian tu. Dari tadi, ibu nangis aje." jawab Dhia. Dia mengeluh perlahan.

"Sabar ya Dhia. InShaa Allah semuanya akan okey. Nanti nenek tengokkan ibu, Dhia jangan risau."

"Baiklah, terima kasih nek. Dhia masuk bilik dulu."

"Yelah."

Nek Timah memandang sayu anak dan cucunya. Sungguh berat ujian mereka. Nek Timah hanya mampu berdoa agar dikurangkan bebanan yang ditanggung. Itu sahaja senjatanya.

13 NOVEMBER.
HARI TERAKHIR PEPERIKSAAN SPM.

Sebaik sahaja keluar dari dewan, sorakan 'merdeka' dilaungkan. Akhirnya, perjuangan mereka selama sebulan berakhir. Alhamdulillah.

"Dhia, tak sangka habis jugak exam kita kan?" Zahara sudah memeluk tubuh Dhia. Gembira betul kawan aku ni.

"Apa yang tak sangkanya?" Dhia berpura-pura tidak faham dan bereaksi biasa sahaja.

"Yelah, exam kita habis cepat."

"So, what?"

"Malaslah aku nak cakap dengan kau ni. Buat sakit hati aje. Rajuk ah." Zahara melepaskan pelukan lalu memusingkan badannya. Tertawa Dhia melihat telatah Zahara itu.

"Ala..rajuk lah pulak bff aku ni. Meh sini aku pujuk." Dhia berdiri di hadapan Zahara.

"Aku gurau ajelah, kau ni macam orang tua cepat sangat terasa hati. Tu dahi dah berlipat-lipat." Zahara memukul tangan Dhia berkali-kali. Geram!

"Dhia! Main-mainlah dia ni. Tak boleh langsung merajuk. Kau bukan nak pujuk aku pun."

"Dah tahu kenapa kau rajuk lagi?" Dhia mengangkat kedua-dua keningnya.

"Lepuk kang. Dahlah jom makan, lapar!" Zahara terus berjalan menuju ke kantin. Dhia tertawa lagi sebelum mengintil Zahara.

SEMPENA hari terakhir ini, Razlan datang menjemput Dhia. Dhia tidak membantah. Takkanlah dia mahu tolak, nanti jadi anak derhaka pula. Marah macam mana pun dia pada Razlan, dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Berdosa besar!

Selepas sahaja Zahara pulang, Razlan tiba. Dhia terus mendekati kereta milik Razlan. Niatnya untuk membuka pintu kereta hadapan itu terbantut kerana Maria sudah mengisi tempat itu. Rupa-rupanya ayah datang bersama isteri barunya.

Maria langsung tidak menoleh ke arah Dhia dan dia bagaikan tidak wujud di matanya. Dhia duduk di tempat duduk belakang dengan perasaan menyampah, menjengkelkan dan meluat. Ingat aku heran sangat ke nak duduk depan? Duduklah kau sampai besok kat situ. Baru jadi isteri ayah, dah berlagak.

"Dhia sihat? Lama ayah tak jumpa kamu." sapa Razlan, mesra.

"Sihat je. Ayah sihat?" tanya Dhia.

"Ayah pun sihat, alhamdulillah. Macam mana exam tadi?"

"Okey je." Ikutkan hati, malas hendak berkata apa-apa tapi sebab hormat pada ayah. Aku jawab ajelah.

"Baguslah kalau macam tu. Kita singgah makan dululah ya?"

"Okey." Dhia sempat memandang ke arah Maria dengan jelingan yang tajam. Menyampah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience