BUNGKUSAN makanan diletakkan di atas lantai. Betul-betul di hadapan Iskandar.
"Makan tu... aku ada beli nasi putih dengan ikan goreng. Makanlah..." Iskandar hanya memandang kosong bungkusan itu. Tiada riak langsung untuk menjamahnya.
"Kau ni pekak ke? Aku suruh makan kan? Makan jelah... makan pun susah ke?" Bengang pula Wati jadinya. Aku suruh makan bukannya buat apa pun.
"Aku tak pekak cuma aku tak tahu macam mana nak makan dengan tangan macam ni..." Iskandar menunjukkan tangannya yang diikat.
"Cakaplah... aku boleh suapkan." Selamba saja Wati duduk bersila di hadapan Iskandar. Dia membuka bungkusan itu dan mencapai sudu dan garfu. Dia sudah bersedia untuk menyuapkannya ke dalam mulut Iskandar.
"Kau gila ke apa?!" Bengang Iskandar apabila Wati bertindak sedemikian. Dia ingat dia siapa, suka hati saja nak suap aku.
"Kau ni apahal hah? Kau sendiri cakap yang kau tak boleh makan sebab tangan kau kena ikat. Jadi, aku suapkanlah untuk kau. Jap... ke sebab aku yang suap? Kau jijik ek?" Wati memerli Iskandar.
"Aku tak nak kau yang suap... Aku masih ada tangan. Buka jelah ikatan ni..."
"Ooo... so, senanglah kau nak lari kan?" Wati senyum mengejek. Macam aku tak tahu taktik kau tu. Iskandar, Iskandar.
"Okey fine! Aku tak nak makan kalau kau tak bukak ikatan ni..." ujar Iskandar, tegas.
"Lantak kaulah!" Wati mencampak sudu dan garfu ke lantai. Bungkusan nasi ditolak kasar. Wati terus keluar dari pondok.
Nak makan, pandai-pandailah kau. Aku nak tolong suapkan sombong. Pandan muka kau! Getus Wati.
Iskandar senyum sinis, rancangannya berjaya. Dia menoleh ke kanan. Dia memberi isyarat kepada lelaki upahan itu untuk melaksanakan langkah seterusnya. Langkah terakhir untuk memerangkap Wati.
KRING!
Bunyi alarm menyedarkan Dhia dari tidur yang lena. Dia bangun dari pembaringan dan mengeliat. Dia menoleh ke kanan, Zaril tiada di sebelah.
Setelah merengangkan badan, Dhia turun dari katil. Dhia tersenyum bila teringat kejadian semalam.
KELUAR dari bilik mandi, Dhia melihat Zaril sudah tidur. Lega rasanya hati ini. Tak payah aku nak pakai baju tidur ni. Tak kuasa aku.
Dia berjalan selamba ke bagasinya. Dia mengeluarkan baju tidurnya. Dia menuju ke bilik mandi semula untuk menyalin pakaian.
Separuh langkah, suara Zaril menerpa ke telinganya.
"Sayang... baru habis mandi ke?" tanya Zaril, separuh mamai.
Eh tak lah! Baru lepas memasak. Dah nampak rambut aku basah then bertuala macam ni, mestilah baru lepas mandi. Agak-agak lah kot nak berjenaka, tengah malam macam ni. Bebel Dhia di dalam hati.
"Sayang... termenung pulak dia." Zaril menggeleng-gelengkan kepalanya. Sempat lagi isteri aku berangan.
"Hehe... sorry. Aah, baru lepas mandi. Nak masuk bilik air balik... nak salin baju." Dhia terus masuk ke dalam bilik mandi. Tapi, langkahnya terundur apabila tiba-tiba sahaja Zaril berdiri, menghalang laluannya.
"Tak baik tipu abang..."
"Hah? Tipu? Betul lah Dhia nak salin baju... takkanlah nak tidur pakai tuala pulak..." Aku nak salin baju pun, dia cakap aku menipu.
"Bukan itu maksud abang... Tu... kenapa tak pakai baju yang abang bagi tadi. Dah janji kan?" Zaril menunjukkan baju tidur yang Dhia pegang dengan jari telunjuknya.
"Oh... Dhia bukan tak nak..."
"Shh! No more excuses... Dhia pakai sendiri or abang pakaikan. Pilihan di tangan Dhia..." Abang Zaril sudah membuat muka miang keladi dia tu.
"Okey... Dhia pakai sendiri. Dhia pergi ambil baju tidur tu balik ek?" Dhia mengambil baju tidur itu lalu membawanya ke bilik mandi.
Sebelum masuk ke dalam, Zaril sempat memesan.
"Jangan lama sangat tau... abang dah rindu." Zaril memanjat ke atas katil dan menepuk-nepuk tilam.
"Err... okey!" Cepat-cepat Dhia masuk ke dalam. Seram aku dengan perangai abang Zaril tu. Miang dia lain macam.
"Sayang senyum-senyum teringatkan abang ek?" ujar Zaril sambil membawa dulang makanan. Zaril menghampiri Dhia dan duduk di pinggir katil. Dulang diletakkan ke atas katil.
"Eh, mana ada... perasanlah abang ni."
"Yelah tu? Tak nak mengakulah tu..." Zaril mengelewehkan bibirnya.
"Makanan ni untuk siapa?" tanya Dhia.
"Makanan untuk sayanglah... Kita makan sama-sama ek?"
"Untuk Dhia? Kenapa sampai kena bawa makanan ke atas. Nanti apa kata papa dan mama nanti."
"Don't worry, mama dan papa yang bagi cadangan ni tau. Kita makan ek?"
"Tapi..." Dhia tak sempat menghabiskan bicara. Mulutnya sudah disumbat dengan sandwich.
"Sedap tak?" Dhia mengangguk perlahan. Tergamam sekejap dengan cara layanan abang Zaril itu. Berbeza sungguh, tidak seperti dulu.
"Lepas makan kita pergi jalan-jalan ek?"
"Jalan-jalan? Kat mana?"
"Adalah... secret. Nah, habiskan." Zaril menyuapkan lagi sandwich ke dalam mulut Dhia. Bahagia melihat Dhia berselera.
"Abang tak makan?"
"Abang dah makan kat bawah tadi sikit."
"Sikit? Abang makanlah jugak... nah. Bukak mulut..." Dhia pula ingin menyuapkan sandwich ke dalam mulut Zaril.
Perlahan-lahan, Zaril membuka mulut. Senyuman meleret terukir.
"Thanks sayang..." Dhia tersenyum.
DUA kenderaan polis terparkir di sebalik semak berdekatan dengan pondok di mana Iskandar ditahan.
Dengan berhati-hati, Farhan dan anggota polis yang bersamanya menghendap dari celahan semak-samun.
"Encik polis rasa... Wati ada ke dalam pondok tu?" tanya Farhan, berbisik.
"Saya sendiri pun tidak pasti... anak buah saya sedang menyiasat tentang keberadaan Wati."
"Ooo..." Terangguk-angguk Farhan memahami kata-kata encik polis itu.
Tiba-tiba seorang anggota polis menyapa kami.
"Tuan, kami dah dapat information tentang keberadaan Wati. Dia berada di dalam pondok sekarang." beritahu polis itu.
"Baik... sekarang ni kita dah boleh bertindak. Buat seperti apa yang kita bincang sebelum ini." Arah encik polis itu.
"Baik tuan!" Polis itu bergegas memberitahu kepada anggota polis yang lain.
"Encik Farhan ikut saya..." Farhan mengintil perlahan encik polis itu.
WATI sedang berbincang dengan lelaki upahannya tentang rancangan seterusnya disergah oleh serbuan polis.
"Angkat tangan!" Encik polis menghalakan pistol ke arah Wati.
"Melutut!" Wati menurut dengan riak yang cukup cuak.
"Is!" Farhan berlari mendekati Iskandar. Dia membuka ikatan tangan Iskandar.
"Bro! Thanks bro..." ujar Iskandar dan memeluk Farhan.
"No problem bro... yang penting sekarang ni kau dah selamat dari perempuan psycho tu."
"Jom... kita keluar dari sini." Farhan membantu Iskandar untuk bangun. Kudratnya agak lemah kerana tidak menjamah sedikit pun sejak malam semalam. Wajahnya juga pucat lesu.
"Kejap..." Iskandar menghampiri encik polis dan memberitahu tentang lelaki upahan itu. Dia mengatakan bahawa lelaki upahan itu yang memberi maklumat tentang kes ini. Jadi, dia meminta polis melepaskan lelaki upahan itu.
"Baiklah encik Iskandar... Kamu... boleh pergi." Lelaki itu terus bangun.
"Kurang ajar!" Jerit Wati.
"Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua." sempat lagi Farhan berpribahasa.
"Diamlah!" bentak Wati. Farhan menjelir lidah kepada Wati dan membawa Iskandar dan lelaki upahan itu keluar.
"Padan muka dia... dia ingat sampai bila dia nak larikan diri." Kaw-kaw Farhan mengutuk Wati. Senang hati dapat tangkap si Wati tu.
"Benda dah settle dah pun... erm... Paan?"
"Yes..."
"Aku nak balik... nak jumpa Dhia." Berubah terus riak wajah Farhan. Dia tidak tahu mahu jawab apa.
Aku nak cakap apa kat Is ni? Yang Dhia tu dah kahwin. Soal Farhan di dalam hati.
"Bro! Asal ni?" Iskandar menjadi pelik Farhan tiba-tiba sahaja berubah riak wajah.
"Erm... tak ada apa. Jom ah balik... jumpa... Dhia." Berat hatinya untuk mengatakannya. Tapi dia tidak mahu kesihatan Iskandar makin merosot. Jadi, buat masa sekarang biarlah ia dirahsiakan.
Share this novel