KONKOS pusat membeli-belah Suria KLCC menjadi singgahan kami berdua.
"Wow! KLCC...?" Dhia terpegun melihat ambien pusat membeli-belah itu. Sangat tenang dan sesuai dikunjungi oleh mereka yang suka shopping.
"Suka tak?"
"Suka! Tapi..." Dhia mencebikkan bibirnya.
"Hey... kenapa buat bibir macam tu?" Zaril mencuit sedikit bibir Dhia yang muncung sedepa itu.
"Abang... Dhia mana ada duit nak beli barang kat sini. Tempat ni kan semuanya jual barang-barang mahal."
"Siapa cakap sayang kena guna duit sayang untuk beli barang kat sini?"
"Abistu, guna duit siapa?"
"Guna duit abanglah... sayang oii..."
"Guna duit abang? Boleh ke macam tu?" Zaril ketawa kecil.
"Sayang... apa pulak tak boleh? Abang kan dah jadi suami sayang. Jadi, duit abang, duit sayang jugak."
"Dah, jom." Zaril membawa Dhia masuk ke dalam pusat membeli-belah itu.
Mata Dhia meliar melihat sekeliling pusat membeli-belah itu.
Sambil memerhati sekeliling, Zaril membawa Dhia ke kedai-kedai terkenal. Kedai yang sering dikunjungi olehnya juga.
Banyak juga barang-barang yang dibelikan oleh Zaril untuk Dhia. Puas Dhia menolaknya namun siapa yang tidak kenal Zaril? Kedegilannya yang tiada siapa mampu menanganinya. Termasuklah dirinya.
"Abang..." Dhia menahan Zaril daripada keluar dari pusat membeli-belah.
"Ya..."
"Erm... lepas ni kita terus balik ke?"
"Aah... kenapa? Sayang nak singgah mana-mana ke lepas ni?"
"Eh tak ada... Cuma, lenguh dah kaki ni. Baik Dhia tanya awal-awal sama ada abang nak singgah mana-mana ke tak lepas ni."
"La... kenapa sayang tak cakap lenguh kaki. Abang boleh dukungkan sayang."
"Ish! Abang ni... Dahlah, jom balik." Dhia terus meninggalkan Zaril di belakang.
"Sayang! Tunggulah abang." Zaril berlari mengejar Dhia yang sudah jauh ke hadapan.
PAGI-PAGI lagi Iskandar bersiap untuk ke rumah Dhia. Iskandar mengenakan kemeja merah berkotak dan seluar slack. Rambutnya pula disisir ke tepi biar kelihatan kemas.
Sempat dia menilik pakaiannya di depan cermin sebelum keluar dari bilik. Dia menuju ke dapur.
"Morning Paan..." tegur Iskandar. Dia menarik kerusi di sebelah Farhan.
"Morning... Eh! Kau nak pergi mana pulak ni? Bergaya semacam aje..." tanya Farhan. Pelik sungguh dia melihat pemakaian Iskandar hari ini. Lagaknya seperti ada temu janji dengan kekasih.
"Pergi rumah Dhia lah... pergi mana lagi? Kau ni pun..." Terus tersedak air kopi yang diminum oleh Farhan.
"Woi... sabar-sabar." Iskandar menggosok-gosok belakang badan Farhan.
"Kau... kau baru balik tau. Takkan hari ni dah nak jumpa Dhia kot."
"Tak apalah..."
"Aku faham kau rindukan Dhia... Tapi kesihatan kau lebih penting. Kau sendiri dengar apa doktor cakap semalam kan? Doktor suruh kau rehat... at least for 2 days."
"Ya... aku tahu. Tapi aku rindu Dhia. Lagipun, aku dahlah tak dapat datang makan malam kat rumah Dhia hari tu. So, inilah masanya untuk aku minta maaf."
"Tapi..."
"Trust me... aku okey." Farhan mengeluh. Tidak tahu bagaimana lagi cara hendak menghalang Iskandar dari pergi ke rumah Dhia. Dia takut sekali kalau Iskandar tak boleh terima kenyataan bahawa Dhia tu sudah menjadi isteri orang.
"Bro... look. Aku pergi kejap je... tak lama pun. Kau jangan risau ek? Bila aku dah sampai kat rumah Dhia, aku text kau. Balik pun sama..." Farhan memandang simpati. Lama-lama, dia mengangguk setuju jua.
"Hah... macam tulah bro. Okeylah, jom kita makan." Iskandar kelihatan sungguh gembira. Siapa yang tidak gembira dapat bertemu dengan orang yang kita sayang setelah sekian lama. Walau hanya beberapa hari.
Aku mampu doakan semoga tak ada apa-apa yang berlaku. Moga kau kuat, terima semua tu nanti. Getus hati Farhan.
HASNAH sedang sibuk mengira duit hantaran perkahwinan Dhia dengan Zaril di ruang tamu.
"Erm! Wanginya duit ni..." Hasnah menghidu duit itu lama.
"Memang tak sia-sia aku kahwinkan si Dhia dengan Zaril tu. Duit hantaran saja dah beribu-ribu ringgit... Kaya... kaya..." Hasnah mengibas-ngibas duit itu seperti kipas. Hasrat yang diimpikan selama ini sudah tercapai sepenuhnya.
"Dhia dah kahwin?" tanya Iskandar, tiba-tiba sahaja muncul.
Hasnah berpaling ke arah belakang. Terpandang sahaja wajah Iskandar, Hasnah menjadi meluat. Dia terus meletakkan duit tadi ke dalam dompetnya kasar.
"Apa masalah kau ni? Masuk rumah orang sesuka hati pastu sergah orang macam tu? Kau ni memang tak ada adab kan?" bentak Hasnah. Dia mencekak pinggang.
"Saya minta maaf tapi saya perlukan jawapan daripada mak cik. Betul ke Dhia... dah kahwin?" Tersekat suaranya akibat menahan sebak.
"Aah... memang Dhia dah kahwin. Kahwin dengan anak orang kaya. Kenapa? Ada masalah?" Hasnah langsung tidak peduli tentang perasaan Iskandar walhal dia sendiri tahu apa hubungan Dhia dengan Iskandar.
"Mak cik tanya saya... ada masalah ke tak? Mak cik sedar ke tak yang saya dan Dhia saling mencintai."
"Sedar... tapi semua tu tak penting. Siapa suruh kau tak datang malam tu?"
"Mak cik! Saya kena culik! Macam mana saya nak datang?"
"Itu masalah kau, bukan masalah aku."
"Astaghfirullahalazim! Sampai hati mak cik buat anak mak cik macam tu? Mak cik langsung tak kesiankan Dhia ke?"
"Hey! Dhia tu anak aku... suka hati akulah nak buat apa pun kat dia. Dia sebagai anak, kena dengar cakap aku. Eh, pergi berambuslah kau! Memekak aje datang rumah aku." Hasnah duduk semula di sofa.
Iskandar melihat sikap tidak berperikemanusiaan Hasnah itu terus menerpa Hasnah.
"Mak cik tak boleh buat macam ni. Mak cik dah melampau!" Iskandar gemelugut menahan amarah yang membuak-buak.
"Inilah sebab aku tak nak jadikan kau menantu aku! Sebab nilah! Kurang ajar!"
"Memang saya kurang ajar! Sebab saya dah tak boleh tahan lagi dengan perangai mak cik ni. Dhia tu manusia dan anak yang lahir dari rahim mak cik. Bukannya patung yang boleh mak cik gunakan sesuka hati. Dhia pun ada hati dan perasaan jugak." Hasnah berdiri tegak, tepat di wajah Iskandar.
"Kau berambus dari sini atau aku call polis. Keluar... Keluar!" Hasnah menghalau Iskandar dengan tegas.
"Baik! Saya akan keluar tapi ingat ek? Saya takkan lepaskan mak cik. Saya pasti akan jumpa Dhia. Mak cik atau sesiapa pun tak boleh halang saya." Iskandar terus keluar dari rumah Dhia dengan perasaan marah, kecewa dan sedih.
"Ah!" Dia menjerit sekuat hati, melepaskan kesakitan dan kekecewan di hati. Air matanya juga turut mengalir.
Kenapa? Kenapa semua ni berlaku pada aku? Kenapa?! Getus hati Iskandar.
HARI ini, Dhia diarahkan oleh Zaril agar tidak melakukan apa-apa kerja rumah pun. Zaril menyuruhnya berehat. Berehat untuk apa pun dia tidak tahu. Tapi nak buat macam mana, dia isteri haruslah ikut cakap suami.
Jadi, Dhia membuat keputusan untuk bersantai di tepi kolam. Dhia merendamkan kakinya ke dalam kolam. Sejuk!
Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang. Akibat terkejut, dia terjatuh ke dalam kolam.
"Ah!" jerit Dhia.
"Dhia!" panggil Zaril apabila terkejut melihat Dhia terjatuh ke dalam kolam.
"Abang! Tengok apa abang buat?" marah Dhia. Zaril sudah menjadi cuak apabila melihat pandangan tajam Dhia itu.
"Sorry sayang... abang cuma nak bergurau aje. Sorry..." Zaril memegang kedua telinganya, memohon maaf. Zaril menghulurkan tangan untuk membawa Dhia keluar dari dalam kolam.
"Pegang tangan abang... abang tarik Dhia keluar ek?" Dhia menyambut geram tangan abang Zaril.
Keluar sahaja dari dalam kolam, Dhia melepaskan ketidakpuasan hatinya kepada abang Zaril.
"Nasib baik Dhia pandai berenang tau... kalau tak pandai mesti dah lemas. Bahaya tau abang buat macam tu tadi. Kalau jadi apa-apa tadi?" Dhia mengelewehkan bibirnya lalu memusingkan badannya membelakangi Zaril.
"Ala... isteri abang merajuk ke ni? Sayang..." Zaril berdiri di hadapan Dhia. Dia memegang kedua bahu Dhia.
"Sayang... abang minta maaf ok? Abang betul-betul tak sengaja. Okey, abang sanggup buat apa saja asalkan sayang maafkan abang."
"Betul ni?" Dhia sengaja ingin mengenakan Zaril.
"Betul... promise." Zaril mengangkat sebelah tangannya ke atas seperti bersumpah. Dhia ketawa besar. Berkerut dahi Zaril melihat Dhia ketawa.
Apa yang kelakar sangat? Aku ada buat lawak ke ek?
"Sorry..." ujar Dhia dengan ketawa yang masih tersisa.
"Dhia gurau jelah... Abang beria-ria janji kenapa? Lawaklah abang ni..."
"Abang serius tau kalau melibatkan Dhia. Abang cintakan Dhia..." Mata mereka bertaut, lama.
"Erm... Dhia... Dhia masuk dulu. Nak tukar baju..." Dhia mahu pergi tapi cepat-cepat Zaril memegang lengannya.
"I love you..." ujar Zaril.
Dhia hanya tersenyum gugup lalu melepaskan lembut lengannya dari pegangan Zaril. Dhia pergi meninggalkan Zaril sendirian.
Zaril hanya melihat kepergian Dhia dengan pandangan. Dia perlu bersabar demi memenangi hati Dhia. Dia tahu sukar untuk Dhia memberikan hatinya kepadanya dalam masa yang singkat.
Tapi dia akan pastikan satu saat nanti hanya akan ada nama Zaril sahaja dalam hati Dhia. Not Iskandar anymore. Never.
Share this novel