HDI 12

True Story Completed 65593

SAMPAI sahaja di rumah, Hasnah memarahi Dhia. "Puas hati kau? Nenek kau dah meninggal. Kau seronoklah kan?! Jawablah!" Hasnah mentunjal-tunjal kepala Dhia. Dhia mampu menangis sahaja.

Sanggup ibu memperlakukan aku sebegitu. Sampai hati ibu menuduhku dengan tuduhan yang tidak masuk akal.

"Kau memang nak nangis je eh? Tak apa...kau nangislah puas-puas. Sebab lepas ni kau akan hidup macam neraka." Hasnah ketawa dan meninggalkan Dhia keseorangan.

"Nenek, Dhia takut nek. Dhia takut Dhia akan lawan ibu, tak hormat ibu. Nek, tolong Dhia nek." Selama ini, aku bertahan dengan karenah ibu kerana nenek. Sekarang, nenek tiada. Aku takut satu hari nanti aku tidak mampu bertahan.

Dhia masuk ke bilik. Dia ingin menunaikan solat sunat. Dia duduk berteleku di sejadah. Bermunajat kepada Dia yang satu. Yang dipohonnya sungguh-sungguh daripada Allah adalah kekuatan. Agar hati reda menerima takdir hidupnya. Dia baring di atas sejadah. Matanya dilelapkan bersama titisan air mata yang tersisa.

"SHADAQALLAHUL 'AZHIM..."

Sebaris kalimah suci itu mengakhiri bacaan Razlan. Naskhah surah Yassin ditutup. Kemudian Razlan mengangkat dan menciumnya sebagai tanda hormat. Nafas panjang terhela dari mulutnya. Memandang sayu kubur Nek Timah. Menitis air mata setitis demi setitis.

"Mak, Razlan minta ampun. Razlan tak sempat jumpa mak sebelum mak menutup mata. Razlan terkilan sangat mak. Razlan kecewa dengan diri sendiri sebab tak ambil berat tentang keadaan mak. Maafkan Razlan mak." luah Razlan.

Dalam benaknya terbayang momen saat dia mengetahui tentang kematian Nek Timah.

RAZLAN mendekati pintu rumah. Dia memasang hajat untuk menziarahi Nek Timah pada hari ini. Namun melalui pintu yang terbuka luas, dia terdengar suara Hasnah di sela-sela tangisan Dhia.

"Buka kain itu...tengok siapa jenazah tu. Bukalah."

"Nenek!"

Jeritan Dhia memaksa dirinya melihat sendiri apa yang sedang berlaku. Seperti mahu gugur jantungnya apabila melihat wajah redup Nek Timah. Dia tersandar ke dinding. Air matanya berjuraian. Mak! Tak... tak mungkin. Ini semua mimpi!

Razlan menampar pipinya berkali-kali. Cuba untuk menafikannya. Tidak mampu bertahan lagi, Razlan membawa dirinya pergi dari situ.

Razlan bingkas menghapus air mata dengan jari-jemarinya saat tersedar dari lamunan. Dengan perasaan bersalah yang masih tersisa di hatinya, Razlan pulang ke rumah.

ZAHARA sedang bersiap-siap mahu turun ke bawah. Zahara mencapai telefon bimbit yang terdampar di atas katil. Ketika keluar dari bilik, telefon bimbitnya bergetar. Langkah Zahara semerta terhenti ketika menatap skrin. Tertera nama Dhia. Zahara menjawab.

"Assalamualaikum Ara." ucap Dhia sebaik sahaja talian dijawab.

"Waalaikummussalam, Dhia. Kau okey ke? Ada apa-apa yang kau nak minta tolong ke?" soal Zahara, prihatin.

"Aku okey. Eh tak adalah Ara. Aku nak bagitahu kau tentang nenek aku." Dhia cuba menahan air mata daripada mengalir.

"Apa dia? Nenek kau dah keluar wad ke?" Saat pertanyaan itu diujarkan, Dhia terus menangis.

Zahara terkejut mendengar tangisan Dhia itu segera bertanya, "Eh! Kenapa ni? Dhia...ibu kau ada buat apa-apa ke kat kau?"

"Ara....nenek aku dah meninggal."

"Apa?! Allahuakbar! Dhia, kau... tunggu. Aku datang rumah kau sekarang. Assalamualaikum." Zahara terus mematikan talian. Kelam-kambut Zahara menukar baju. Kemudian beg tangan dicapai di atas meja solek. Dia bergegas keluar.

PADA masa yang sama.

Hasnah membuka tudung saji. Langsung tiada satu lauk pun di dalamnya. Darah Hasnah mendidih jadinya. Hasnah terus menjerit memanggil Dhia.

Dhia sedang termenung di ruang tamu terkejut akan panggilan Hasnah. Cepat-cepat dia bangun dan menuju ke dapur.

" Ya, ibu? Kenapa?" soal Dhia penuh kenaifan. Hasnah mencerlung memandang Dhia.

"Kau tanya kenapa?! Ni, makanan mana?! Kau nak aku kebulur ke?! Hah?!" jerkah Hasnah. Dhia memandang ke arah meja makan. Ya! Dia lupa memasak hari ini.

"Maafkan Dhia, ibu. Dhia lupa nak masak. Dhia pergi masak sekarang." Dhia mahu pergi namun langkahnya terhenti apabila suara Hasnah menerobos ke gegendang telingaku.

"Tak payah! Aku makan kat luar je. Ada anak pun tak guna! Pemalas!" tempelak Hasnah.

Sepeninggalan Hasnah, Dhia menangis di meja makan. Dia begitu sedih dengan perubahan mendadak Hasnah. Hasnah menjadi lebih kejam daripada dulu.

Dia sendiri tidak mengerti mengapa Hasnah menuduhnya punca Nek Timah meninggal. Hanya Allah yang tahu betapa dalamnya kasih sayangnya pada arwah Nek Timah.

"Ya Allah, kau kuatkanlah aku. Bantulah aku, hambaMu yang tidak berdaya ini. Aamiin." Berharap doa ini membantu dirinya untuk terus kuat menghadapi segala cabaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience