Epilog

True Story Completed 65593

"DADDY?" Suara Miza kedengaran girang sekali. Panggilan telefon daripada Iskandar.

Mereka berbual, seketika Miza bercerita disusuli dengan gelak tawanya yang manja.

"Oh, she's here." ujar Miza sambil menunding jari ke arah Maya.

Miza tersenyum. "Daddy nak cakap dengan mummy." Miza terus keluar dari bilik, seolah-olah mengetahui bahawa dia perlukan sedikit privacy untuk berbual-bual dengan daddynya.

"Assalamualaikum, sayang." Suara guraunya kedengaran di talian. Malam ini, dia kedengaran ceria. Mungkin kerana baru selesai berbual dengan anaknya.

"Waalaikumusalam, abang." balas Maya.

"Miza cerewet tak hari ni?"

"Taklah. Dia baik hari ni. Erm... abang..." Maya sengaja memanjakan suaranya.

"Hah... ni mesti nak apa-apa kan?" Iskandar menyerkap jarang.

"Ala... abang ni spoil lah." Iskandar ketawa. Dia kenal benar isterinya ini. Memang susah nak bermanja-manja.

"Sorry-sorry. Sayang nak apa?"

"Sayang tak nak apa-apa pun. Sayang cuma nak tanya abang lambat lagi ke nak balik?"

"Tak lambat sangat. Dalam pukul 9 macam tu." Maya terus tersenyum lebar.

"Cantik! Nanti abang belikan goreng pisang kat simpang depan rumah kita tu, boleh?"

Farhan ketawa kecil. "Baiklah isteriku yang tersayang. Nanti abang belikan."

"Yeay! Thank you abang. Muah!" Maya membuat 'flying kiss'.

Dengan izin Allah, Maya dan Iskandar dikurniakan seorang anak lelaki setelah setahun berumah tangga.

Iskandar juga sedaya-upaya menjadi suami dan ayah yang baik untuk keluarganya. Dia tidak mahu mengulang kembali sejarah 'hitam'nya itu.

ZAFRIL tersenyum meninggalkan Malaysia. Kerana dia sudah reda dengan kekecewaan di hatinya.

Dia membuat keputusan untuk menetap di Australia tempat di mana dia dibesarkan. Lagipun syarikat keluarganya ada di sana. Sudah tiba masa untuk dia meneruskan legasi keluarganya.

Tentang Maya pula, dia sudah move on. Dia tidak menaruh harapan pada Maya lagi. Namun mereka masih berhubung. Persahabatan tetap diteruskan.

"MAKANAN dah siap!" laung Datin Yani dari arah dapur.

Semua ahli keluarga berkumpul pada malam itu. Mereka ingin menzahirkan rasa syukur pada Allah kerana mengurniakan kebahagiaan ini.

Selesai solat Isyak berjemaah, mereka menjamu selera. Pelbagai juadah disediakan. Antaranya ialah nasi beriani, gulai kawah, kuih-muih dan banyak lagi. Mewah makanan mereka malam itu.

Di meja makan, pelbagai kisah, pengalaman dan kisah cinta dikongsi bersama. Yang paling banyak bercerita adalah Zahara.

"Ya! Waktu tu Ara tak sangka yang Paan nak suprisekan Ara." Mereka semua ketawa besar. Farhan pula sudah merah padam wajahnya.

"Hah...! Sebelum Dhia lupa. Sebenarnya Dhia nak bagitahu something ni." ujar Dhia setelah sekian lama menjadi pendengar.

Mereka semua memandang ke arah Dhia.

"Aisyah... akan dapat adik baru!" Mereka semua bersorak gembira dengan perkhabaran itu.

Zaril terganga. "Sayang... mengandung?" Dhia mengangguk laju. Dia tersenyum lebar.

"Ya Allah, alhamdulillah!" Zaril terus mengucap rasa syukur di atas kurniaan-Nya.

"Lepas ni abang kena kerja kuatlah. Dah berempat kata kan?" seloroh Zahara.

Pada malam itu, mereka semua gembira. Tiada lagi duka mahupun derita. Hanya cinta dan kasih yang mengeratkan hubungan sebuah keluarga kecil ini.

HASNAH tidak henti-henti membebel. Baru saja seminggu pulang dari Mekah, perangai lamanya kembali lagi.

Dhia yang menjadi mangsa bebelan Hasnah hanya reda sahaja. Tidak ada cara lagi untuk dia lakukan untuk mengubah Hasnah.

Namun begitu, perangainya tidak seteruk seperti dahulu. Ada juga kasih sayang yang diberikan kepada Dhia.

"Abang... sayang nak balik. Kesian baby ni asyik dengar nenek dia membebel je." rungut Dhia.

"Abang pun nak balik. Tak tahan..." bisik Zaril.

"Hah! Bisik-bisik apa tu?! Mengutuk akulah tu! Inilah budak zaman sekarang..."

Mereka berdua mengeluh panjang. Tidak mahu peduli lagi, mereka membiarkan sahaja Hasnah membebel.

DERITA Dhia kini sudah terhapus. Berkat kesabarannya, dia dapat mengubah hidupnya menjadi lebih bermakna.

Maka ingatlah bahawa jangan pernah berputus asa dalam hidup. Biarpun beribu dugaan hadir, jangan pernah putus asa.

Bukan itu sahaja, kita tidak keseorangan. Kita ada Sang Pencipta iaitu Allah yang sentiasa di sisi kita. Allah itu Maha Adil lagi Maha penyayang.

Terima kasih kepada semua yang tak jemu membaca karya Hanan. Hanan harap sangat you guys enjoy. Maaf sekiranya karya Hanan tidak sebagus yang lain. Hanan akan teus berusaha. Okey, bye semua! I love you... Muah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience