MINGGU berganti minggu, bulan berganti bulan, sedar tak sedar, sudah 3 tahun Dhia belajar di UITM. Sepanjang tempoh itu, hubungan persahabatan antara dia dengan Wati berakhir jua. Manakala, hubungannya dengan Iskandar menjadi lebih akrab.
Berbicara tentang Wati, Wati dibuang oleh pihak kolej kerana kes membuli. Iskandar dan Nauralah yang membuat aduan tentang kes ini. Mereka tidak sanggup melihat dia sering dibuli oleh Wati sehingga mendatangkan kecederaan kepada dirinya.
Dhia termenung menunggu kedatangan Iskandar terkejut dek suara Iskandar.
"Sorry awak, lambat. Saya ada hal tadi." jelas Iskandar.
"Eh tak apa. Saya pun baru je sampai."
"Oh ya, ada apa awak nak jumpa saya? Penting ke?" Dhia pelik juga tiba-tiba sahaja Iskandar beria-ria hendak berjumpa dengannya.
"Penting jugak lah. Ini soal perasaan saya."
Ha sudah! Adakah yang dimaksudkan oleh Iskandar itu adalah...?
"Pe... perasaan awak? Maksud awak?"
Iskandar membetulkan kedudukannya menghadap tepat wajah mulus Dhia.
Dia berkata, "Maksud saya... Saya cintakan awak. Saya... Saya dah lama simpan perasaan ni. Saya cuma tunggu kita habis belajar je dan saya akan confess pada awak."
Dhia menjadi kelu. Dia terkedu saat mendengar luahan isi hati Iskandar itu. Tidak menyangka sangkaannya itu benar belaka.
"Awak?" Iskandar berdebar menunggu reaksi dan jawapan dari Dhia. Mungkinkah Dhia mempunyai perasaan yang sama sepertinya?
"Is... Err... Awak jangan salah faham tau... Saya... Saya..."
Iskandar segera mencelah, "Awak tak perlu jawab pun kalau awak tak nak. Saya tak paksa... Saya cuma nak confess je dekat awak."
"Bukan macam tu maksud saya. Saya cuma tak tahu nak jawab apa..." Dhia mengukir senyuman palsu.
Sejujurnya, Dhia juga mempunyai perasaan yang sama. Tapi dia takut untuk mengakuinya. Dia sedar tarafnya dengan Iskandar bagai langit dan bumi. Tidak mungkin akan terjadi apa-apa antara mereka.
"Saya cuma nak awak jawab ya atau tak. Itu aje. Dan... Dan saya akan terima dan hormat apa pun jawapan yang awak berikan. I promise." Bersungguh-sungguh Iskandar memujuk Dhia.
"Jawapan saya... ya. Tapi saya tak layak..."
"Jawapan tu dah cukup bagi saya. Saya terima awak seadanya... Tak kiralah taraf awak apa pun. Kalau macam tu, sudi tak awak jadi kekasih saya?"
Akhirnya aku terpujuk jua. "Saya... Sudi."
Saat ini adalah saat paling istimewa dalam hidup aku. Seorang lelaki bernama Iskandar hadir dalam hidup aku di saat aku serba kekurangan. Dia terima aku seadanya. Itulah perkara yang diimpikan oleh setiap perempuan di dunia ini. Menerima segala kekurangan kita tanpa menilai siapa diri kita.
"Terima kasih Is. Sebab hadir dalam hidup saya."
Mereka berpandangan penuh cinta. Berjanji untuk setia dan menjaga antara satu sama lain.
SEGULUNG sijil telah mereka perolehi setelah sekian lama menelaah pelajaran. Tiada perkataan yang mampu diungkapkan selain Alhamdulillah.
Majlis ini lebih bermakna apabila orang yang kita sayang hadir bersama-sama meraikan kejayaan ini iaitu keluarga kita. Seluruh keluarga Naura dan Iskandar hadir, tiada satu pun yang tercicir. Alangkah gembiranya mereka.
Namun, tidak bagi Dhia. Kelibat Hasnah langsung tidak muncul dan tidak akan muncul. Perbualan telefon semalam masih bermain di benaknya.
Dhia mencapai telefon bimbitnya di atas meja belajar. Kemudian dia duduk di birai katil. Dia mendail nombor telefon Hasnah.
Tidak sampai sesaat, Hasnah menjawab panggilan Dhia.
"Assalamualaikum ibu, ibu sihat?" Dhia tidak sabar untuk memberitahu Hasnab tentang majlis konvokesyen itu. Mesti ibu bangga dengan aku sebab dapat tamatkan pelajaran aku dengan segulung sijil.
"Waalaikummussalam. Aku sihat je. Hah, ada apa kau call aku ni? Nak minta duit ke?" Dhia sudah mengagak bahawa Hasnah akan mengujarkan soalan ini. Setiap kali kami berhubung, itu sahajalah soalan yang diujarkan kepadanya.
"Taklah bu, Alhamdulillah duit cukup untuk Dhia sara hidup kat sini. Dhia call ibu ni sebab nak bagitahu berita gembira."
"Apa dia? Kau nak berhenti belajar?"
"Bukanlah bu... Dhia dah nak tamat pengajian dan dia akan tamatkan dengan segulung sijil. Dhia harap sangat ibu boleh datang waktu majlis konvokesyen tu."
"Oh, dah nak tamat belajar dah rupanya. Kau nak aku datang? Betul ni?"
"Betul bu. Dhia harap sangat..."
"Boleh. Boleh blah... Kau ingat aku ada masa nak datang tengok kau! UITM tu dah lah jauh, tak ada kuasa aku nak ke sana. Lagipun, kau konvo ke tak aku tak pernah kesah pun. Buang masa kau je."
Sungguh tajam kata-kata Hasnah. Kenapalah ibu tak boleh hargai setiap kejayaan yang aku dapat? Apa salah aku?
"Bu... Dhia teringin sangat nak raikan hari bahagia ni bersama ibu. Ibu datanglah... Tolong ibu..." pujuk Dhia. Mana tahu Hasnah terpujuk.
"Kau ni tak faham bahasa ke? Aku cakap aku tak nak pergi! Dahlah, malas nak layan anak tak guna macam kau ni. Menyusahkan aku je..." Talian dimatikan oleh Hasnah.
Kenapa? Kenapa ibu harus layan aku seperti ini? Apa salah aku? Apa?
Air mata Dhia mengalir lesu membasahi pipinya. Mengingati kebencian Hasnah terhadapnya.
Namun, dia tetap bersyukur kerana keluarga kedua sahabatnya melayan dia seperti anak mereka sendiri. Cukuplah sokongan mereka di saat ibunya sendiri tiada di sisi memberi sokongan.
ISKANDAR berjalan menuju ke keretanya. Dia hendak membuka pintu kereta terhenti apabila ada satu suara yang memanggilnya dari arah belakang.
Dia memusingkan badanya ke arah suara itu. Mahu terkeluar biji matanya melihat gerangan yang memanggilnya itu.
"Da... Dayana?"
"Hai Iskandar. How are you?" sapa Dayana dengan senyuman menggoda.
ZARIL keluar dari perut kereta miliknya. Dengan penuh segak bergaya, dia berjalan ke arah Dhia yang kelihatan sedang rancak berborak dengan Naura.
"Assalamualaikum Dhia." sapa Zaril.
Dhia terpegun melihat penampilan Zaril hari ini. Zaril kelihatan tampan bersuit ditambah lagi dengan memakai cermin mata hitam.
"Dhia, mamat tu bagi salam kat kaulah. Jawablah." Naura menyiku lengan Dhia apabila dia membatu memandang jejaka tampan yang berada di hadapannya itu.
"Hah? Oh... Waalaikumusalam. Err... Sorang je ke? Ara tak ikut?" Dhia cuba berlagak tenang sedangkan jantungnya berdengup kencang saat ini.
"Aah, sorang je. Ara tak dapat datang... Dia ada kelas."
"Ooo... Eh! Lupa pula nak kenalkan. Abang Zaril, ni Naura. Naura, ini abang Zaril."
"Hai abang Zaril! Saya ni kawan baik Dhia."
"Oh ye ke? Adik abang pun kawan baik Dhia jugak. Nama dia Ara."
"Oh, jadi abanglah... abang Zahara. Saya kenal Zahara je. Itu pun macam gitu-gitu je."
Zaril ketawa kecil. Dia menyambung semula, "By the way, Dhia. Abang datang sini sebab abang nak tengok Dhia naik pentas ambil sijil. Tapi tulah... Tak sempat. Abang ada emergency meeting tadi."
"Eh! Tak apalah... Dhia okey je. Asalkan abang datang tunjuk muka. Dah memadai bagi Dhia."
Alangkah baiknya kalau ibu ada bersama.
"Abang Zaril, Dhia... apa kata kita pergi makan nak? Laparlah..." Dhia dan Zaril ketawa serentak. Melihat Naura merengek seperti bayi itu.
"Baik-baik... Moh lah kita." usik abang Zaril.
Mereka pun bergerak meninggalkan kawasan luar dewan.
Share this novel