"ZARIL ni tak ada apa-apa perlu dirisaukan. Lebam dia tak teruk sangat. Jadi, awak jangan risaulah ya?" ujar Sean. Sean merupakan kawan sekampus Zaril waktu belajar dahulu. Mereka menjadi rapat apabila mereka sering berjumpa di hospital atas urusan business.
"Oh ye ke? Terima kasih banyak-banyak ya Sean."
"No hal lah... nanti awak bagi Zaril makan ubat yang saya bagi tu. Paksa je Zaril tu makan ubat sebab dia tu susah gila nak makan ubat." Meletus ketawa kecil Dhia.
"Okeylah... saya gerak dululah ya? Jaga suami awak tu elok-elok..."
"Insya-Allah... terima kasih." Sean mengangguk bersama senyuman.
Sepeninggalan Sean, Dhia naik ke atas semula untuk melihat keadaan Zaril itu. Dhia melangkah masuk ke dalam bilik lalu melabuhkan duduk di pinggir katil.
Dhia merenung wajah Zaril, lama. Sampai dia tidak sedar kehadiran mama mertuanya, datang menjenguk Zaril. Selepas sahaja pergaduhan itu berlaku, Dhia terus menyuruh Mak Nak menghubungi Datin Yani, Dato Faizal dan Zahara.
Datin Yani menyentuh lembut bahu Dhia, "Dhia..." panggil Datin Yani. Perlahan-lahan Dhia berpaling ke belakang.
"Dhia... Dhia jangan risau ya? Zaril akan okey..." ujar Datin Yani. Dhia sekadar mengangguk sahaja.
Sejujurnya, aku masih mencintai Iskandar namun aku juga tidak sanggup untuk melihat abang Zaril sakit. Abang Zaril tak pernah melayan aku dengan buruk malah kejujuran cinta dia pada aku tak pernah pudar. Meskipun mustahil untuk aku lupakan cinta aku begitu sahaja, aku tetap perlu mengutamakan suami aku. Kerana dia yang akan menjadi peneman dan pembimbing seumur hidup aku.
Aku tidak pernah salahkan Iskandar atas semua perkara yang terjadi. Dia berhak bertindak sebegitu. Tiada siapa yang tidak sakit melihat kekasih hati bersama dengan yang lain. Sungguh, kami bertiga adalah mangsa. Mangsa cinta.
SAKING kecewa yang ditanggung, membuatkan Iskandar membawa diri jauh dari semua orang.
Sepanjang 2 hari ini, Iskandar langsung tidak menonjolkan dirinya di mana-mana. Walaupun dengan keluarganya sendiri. Dia menghilangkan diri begitu sahaja.
Puas juga Farhan menghubungi Iskandar namun tiada satu pun panggilannya dijawab. Akhirnya, Farhan berputus asa. Dia hanya mampu berdoa agar Iskandar dilindungi walau dimana jua dia berada.
"Paan? Jauh termenung..." sapa Tengku Aini.
"Eh! Aunty... tak adalah... Paan saja tengok view dekat koridor ni." ujar Farhan sambil tersenyum nipis.
"Yelah tu... ke... fikirkan tentang jodoh tak sampai lagi?" tembak Tengku Aini.
"Hish... mana ada aunty. Kalau ada jodoh tu adalah... Paan tak risau sangat sebab ada aunty boleh jadi girlfriend Paan." Farhan memegang kedua bahu Tengku Aini, lembut.
"Ke situ pulak dia..." Tengku Aini menepuk lembut tubuh Farhan.
Hening sejenak apabila masing-masing membisu.
"Paan..."
"Ya aunty?"
"Aunty faham kenapa Iskandar buat macam ni. Aunty tak salahkan dia pun. Paan pun tak usahlah fikirkan sangat tentang Iskandar tu ya? Aunty kenal dengan anak aunty yang sorang tu. Dia pasti akan okey kat mana pun dia berada. Hmm?"
Farhan mengangguk, "Yeah... thanks aunty. Lega sikit beban dalam hati ni."
Tengku Aini senyum meleret. Walaupun Iskandar tiada di sisinya sekarang, tapi dia bersyukur kerana Allah menghadirkan Farhan sebagai penemannya.
"Jomlah kita pergi makan cekodok pisang. Aunty ada buat banyak tu... "
"Wah! Mesti sedap ni... jomlah. Lapar terus perut ni..." Farhan segera menarik lengan Tengku Aini dan beriringan ke dapur.
JEMALA Zaril disandarkan ke kepala katil. Fikirannya sarat dengan pertanyaan yang masih belum dijawab.
Apa yang Dhia rahsiakan dari aku ek? Adakah perkahwinan kita orang ni atas dasar paksaan? Fikir Zaril.
Kata-kata Dhia hari itu menimbulkan syak dalam dirinya. Dia merasakan bahawa Dhia terpaksa menikah dengannya. Kalau benar sangkaannya, maksudnya Dhia masih cintakan Iskandar.
Dan Dhia tidak ikhlas menerima dirinya sebagai suami.
"Aduh...! Peninglah kepala aku ni. Bila aku tanya, dia asyik mengelak aje. Macam mana?" Zaril menggaru-garu kepalanya. Pening dia memikirkan semua ini.
"Macam mana apa?" soal Datin Yani. Tiba-tiba sahaja muncul di muka pintu.
"Mama! Masuklah..." pelawa Zaril. Dia membetulkan kedudukannya.
Datin Yani masuk ke dalam bilik lalu melabuhkan duduk di pinggir katil.
"Zaril tak jawab lagi soalan mama..."
"Err... tak adalah ma..." Zaril cuba menafikannya. Tapi, seorang anak takkan mampu menipu seorang mak.
"Terus terang ajelah dengan mama... Mama bukan satu dua hari kenal kamu, Zaril. Dari baby sampai tua bangka macam ni, mama dah tahu luar dalamnya." Zaril tersenyum gugup.
Haih! Ini yang aku fail ni. Mama ni tahu-tahu aje apa dalam fikiran aku sekarang ni. Gumam Zaril.
"Ma... sebenarnya... Zaril nak tanya sikit dengan mama ni. Pasal Dhia." Zaril teragak-agak untuk bertanya.
"Tanya ajelah... bila masa pulak kamu ni jadi pemalu?"
"Hehe... mama rasa Dhia tu... kahwin dengan Zaril sebab... terpaksa ke?" soal Zaril, ingin tahu.
"Kenapa Zaril tanya macam tu? Zaril gaduh dengan Dhia ke ni?" Datin Yani menyerkap jarang.
"Ma... mana ada Zaril gaduh dengan Dhia. Kita orang okey je. Cuma... mama ingat tak... waktu Zaril gaduh dengan Iskandar tu?"
"Ingat... kenapa?"
"Hah... masa tu. Dhia ada cakap yang tak ada siapa yang paksa dia kahwin dengan Zaril. Dia yang setuju nak kahwin dengan Zaril. Tapi, Zaril musykil."
"Dah kenapa pulak nak musykil?"
"Yelah... Cara Dhia cakap tu macam terpaksa. Dhia macam... tak nak Is salahkan Zaril dalam hal ni. Entah... Zaril nampak yang Dhia tu cuma berpura-pura je."
"Maksud Zaril... Dhia kena paksa kahwin disebabkan... Hasnah?"
"Yup... exactly. As you know, Dhia memang terlalu sayangkan ibu. Also, Dhia ni bukan jenis yang melawan cakap ibu. So, kemungkinan dia besar..."
"Erm... betul juga kata kamu tu. Apa kata Zaril tanya pada Dhia tentang ni?" Zaril mengeluh hampa.
"Dah tanya banyak kali dah... dan banyak kali juga Dhia mengelak."
"La... ye ke?" Datin Yani seperti hilang kata-kata. Dia tidak tahu mahu memberi cadangan apa lagi kalau empunya badan sendiri tidak mahu memberi kerjasama.
"Tak apalah ma... nanti Zaril fikrkan cara lain."
"Hah... yelah. Mama keluar dululah ya? Mama nak masak... nanti bising pulak papa tu..." Zaril mengangguk.
Datin Yani keluar sahaja dari bilik, Dhia mengintai sedikit ke dalam. Dia melihat wajah serabut Zaril itu. Dia dihimpit rasa simpati dan bersalah kerana tidak jujur dengan perkahwinan ini.
Maafkan Dhia abang. Dhia akan ceritakan semuanya bila tiba masanya nanti. Ini bukan masa yang sesuai. Getus hati Dhia.
TING!
Bunyi notifikasi dari handphone Farhan. Dia mencapai handphonenya di atas meja kecil di sebelah katil.
Membulat matanya apabila melihat Iskandar yang memberi pesanan kepadanya. Dia segera membuka dan membaca pesanan itu.
-Farhan, aku minta maaf sebab pergi tak bagitahu. Aku cuma perlu bersendirian je. Kau jangan risau tentang aku... aku okey. Kau bagitahu kat mama sekali tau. Dalam beberapa hari lagi aku balik. Okeylah... take care. Kirim salam kat mama... bye.-
Farhan menarik nafas lega. Semua beban di dalam hati, hilang jua.
Dia bergegas berjumpa dengan Tengku Aini untuk memberitahu tentang perkara ini. Dia berlari mencari Tengku Aini di sekitar rumah.
"Aunty!" panggil Farhan sambil menghampiri Tengku Aini yang sedang merenung ke luar koridor di biliknya.
"Ya...?" Terpinga-pinga Tengku Aini memandang Farhan yang tercungap-cungap itu. Lagaknya seperti baru lepas lari marathon.
"Aunty... saya ada berita gembira." ujar Farhan dengan nada ceria.
"Berita apa? Jap aunty teka... Paan dah nak kahwin kan?" Tengku Aini meneka.
"Aunty ni... tak habis-habis cakap pasal kahwin. Kenapa aunty nak sangat Paan kahwin?"
"Sebab seorang mak nak tengok anaknya kahwin sebelum dia menutup mata."
"Aunty... janganlah cakap macam tu. Paan tak suka tau..." Farhan mengelewehkan bibirnya kepada Tengku Aini.
"Ala... yelah. Aunty tak cakap dah macam tu. Dah, tak payah nak kelewehkan bibir tu... buruk!" Terletus ketawa mereka berdua.
"Hah? Berita gembira apa tadi?" Tanya Tengku Aini.
"Aah ni... Iskandar baru text Paan tadi, dia cakap dia okey. Dia kirim salam pada aunty."
"Alhamdulillah, Iskandar dalam keadaan baik. Terima kasih ya Paan?" Tengku Aini memegang sebelah pipi Farhan sambil mengelusnya.
"Sama-sama aunty. Aunty... Paan sanggup buat apa saja untuk aunty tau. Sebab Paan dah tak ada mak. Jadi, auntylah mak Paan." Farhan mula sebak.
"Kalau macam tu... jangan panggil aunty. Panggil mama..."
"Aun... Mama." Mereka berdua berpelukan. Menzahirkan kasih sayang seorang anak dan ibu.
"I love you ma..." ucap Farhan, separuh berbisik ke telinga Tengku Aini.
Tengku Aini tersenyum bahagia berada dalam pelukan Farhan. Dia memang beruntung memiliki anak sebaik Farhan.
Share this novel