HDI 35

True Story Completed 65593

SEPERTI yang dijanjikan, telangkai dari pihak Zaril itupun datang untuk meminang Dhia.

Ambien ruang tamu itu riuh-rendah sekali dengan perbincangan antara kedua-dua keluarga.

"Jadi, bila nak dilangsungkan?" tanya Hasnah. Tidak sabar dia mahu bermenantukan si Zaril itu.

"Kami ikutkan saja... kalau boleh hari ini jugak. Ya tak?" seloroh Dato Faizal. Gelak tawa mereka mula memenuhi ruang itu.

"Dato ni kelakarlah..."

"Tak usah ler panggil saya Dato... macam tua sangat. Panggil aje Faizal... lagipun tak lama lagi kita ni nak berbesan."

"Hahahaha... betul tu Hasnah." ujar Datin Yani pula.

"Baiklah... Faizal. Boleh tak kalau saya bagi cadangan?"

"Boleh! Apa pulak tak boleh? Apa dia?"

"Hmm... saya cadang kalau kita nikahkan dia orang dulu kemudian baru resepsi. Yalah, akad nikah tu yang penting... Apa pendapat Faizal dengan Yani?"

"Elok jugak cadangan Hasnah tu, kan bang?"

"Erm, betul. Kalau macam tu... kami setuju. Bila nak akad nikah?"

"Hujung minggu ni?" pantas saja Hasnah menjawab. Nampak sangat tengah desperate.

"Hujung minggu...? Cepatnya..." Datin Yani agak tidak bersetuju dengan Hasnah.

"Tapi... saya rasa okey je. Ala... kita buat simple-simple je." sela Dato Faizal.

"Kalau abang cakap macam tu... Yani ikut ajelah."

"Maknanya jadilah ya?" Berseri-seri sudah wajah Hasnah. Hasratnya hampir tercapai.

"Ya, tapi Dhia..."

"Dhia okey je. Dia ada bagitahu saya yang dia ikut saja... dia tak kesah." potong Hasnah.

"Ooo... lega saya dengar. Tak sangka kan tup-tup Dhia, kawan baik Zahara jadi bakal isteri Zaril."

"Tulah namanya jodoh..." kata Hasnah.

Mereka menyambung perbualan mereka tentang persiapan akad nikah Zaril dan Dhia.

Dhia mengintai di sebalik dinding. Pilu hati ini apabila dia sudah rasmi menjadi bakal isteri Zaril. Lelaki yang dia anggap seperti abang kandung akan menjadi suaminya, peneman hidupnya. Hatinya juga kecewa kerana Iskandar tidak memberi khabar berita apa-apa sejak semalam.

Sampai hati Iskandar pergi tinggalkan aku begitu sahaja. Apa salah aku? Kalau benar dia tidak bersedia untuk nikah dengan aku, dia perlu berterus-terang dengan aku. Bukan melarikan diri seperti ini.

BUK!

Satu tumbukan hinggap ke muka Iskandar. Tersungkur Iskandar ke lantai. Mengalir darah di tepi bibirnya.

"Kau ingat kau boleh lepas?! Puih!" bentak seorang lelaki dalam lingkungan 20an itu.

Iskandar ketawa sinis sambil mengelap sedikit darah di tepi bibirnya itu. Kemudian, dia berdiri mendekati lelaki itu.

"Sampai bila kau nak ikut cakap si Wati tu? Dia bayar berapa kat kau? RM8,000 ke RM10,000?" perli Iskandar. Sengaja ingin memanaskan hati lelaki itu.

"Apahal kau nak tahu?! Bukan urusan kaulah."

"Kau ni memang bodoh kan? Kerja dengan orang yang pokai macam Wati tu. Macam nilah, aku mampu bayar kau lebih daripada apa yang Wati bayar kau. Kau nak berapa, RM100,000? Atau kau nak RM1 Juta? Bagitahu je..." Iskandar mula mengumpan lelaki itu.

"Kau ingat aku nak percaya? Dah, ikut aku...!" Lelaki itu mahu membawa Iskandar tapi Iskandar menahannya.

"Tunggu dulu... aku akan call cousin aku suruh dia bayar kau. Kalau kau nak aku bank in sekarang pun boleh. Amacam?" Lelaki itu mula mempercayai kata-kata Iskandar.

"Tak payah nak merepek..."

"Okey, aku call cousin aku tu depan kau. Dan transfer duit tu depan kau jugak. Boleh?"

Lelaki itu berfikir sejenak. Sama ada mahu bekerjasama atau tidak dengan Iskandar.

Lama, lelaki itu menjawab, "Okey, deal. Kita buat kat dalam." Lelaki itu pun membawa Iskandar ke dalam gudang semula.

"Duduk..." Lelaki itu menyuruh Iskandar duduk di atas kerusi berhadapan dengannya. Kaki Iskandar diikat demi keselamatan dirinya. Takut juga kalau Iskandar menipunya.

"Bagitahu aku number phone cousin kau." Lantas Iskandar menyebut nombor Farhan.

Sesaat kemudian, Farhan menjawab panggilan.

"Hello, bro! Kau pergi mana? Kenapa tak balik malam semalam? Kau kat mana sekarang?" Bertalu-talu soalan diajukan kepada Iskandar.

Lelaki itu memberi isyarat untuk Iskandar mejawab soalan tersebut.

"Paan... Aku kena culik."

"Culik?! Is, kau... okey tak? Macam mana kau boleh call aku ni?" Farhan terus menggelabah apabila mendengar khabar bahawa Iskandar diculik.

"Kau jangan risau, aku okey. Sekarang ni aku nak minta tolong kau."

"Alhamdulillah, kau okey. Kau nak minta tolong apa tu?"

"Tolong tranferkan duit dekat akaun seorang lelaki ni. Aku nak bayar dia..."

"Akaun penculik tu ke?"

"Aah... kau tranferkan..." Iskandar memandang ke arah lelaki itu. Lelaki itu faham akan maksud pandangannya menggerakkan mulutnya menyebut RM1 Juta kepada Iskandar.

"Ha... kau tranfer RM1 Juta dalam akaun dia."

"Woi! Banyak tu... Kau gila ke apa Is? RM1 Juta kot."

"Aku dah fikir masak-masak, kau transfer je... kalau kau nak aku selamat."

"O... okeylah. Aku transfer sekarang."

"Kau jangan matikan talian tau... stay dalam talian. Dia hantar nombor akaun dia ke WhatsApp kau sekarang."

"Okey-okey..."

Beberapa minit kemudian, proses transfer duit ke dalam akaun lelaki itu selesai. Lelaki itu tersenyum senang. Tak pernah membayangkan untuk mendapat upah begitu banyak jumlahnya.

Lelaki itu segera membuka ikatan di kaki Iskandar. Mereka bersalaman.

"Boss..." Lelaki itu memanggil panggilan 'boss' kepada Iskandar. Iskandar tersenyum kemenangan kerana berjaya memujuk penculik itu dan memerangkap Wati dengan jeratnya sendiri. Kali ini, dia takkan terlepas lagi. Never!

SEDANG termenung memandang langit, lamunan Dhia diganggu oleh bunyi bip. Menandakan pesanan masuk.

Dhia mencapai handphonenya. Pesanan daripada Farhan rupanya. Dia menekan chat Farhan dan membacanya.

- Dhia, aku dah tahu kat mana Iskandar. Dia kena culik. Tapi kau jangan risau dia okey. Dia baru je call aku tadi. Itu je aku nak inform kau. -

"Ya Allah! Iskandar kena culik." Dia mengurut dadanya supaya bertenang. Dia amat terkejut dengan berita ini.

"Semalaman Iskandar kena culik sebab tu dia tak dapat datang tapi aku... Aku fikir perkara yang bukan-bukan kat Iskandar. Teruknya aku..."

Tiba-tiba Dhia teringat akan Hasnah. Dia harus bagitahu Hasnah tentang perkara ini. Jadi, perkahwinan dia dengan Zaril dapat dibatalkan.

Dhia terus berlari masuk ke dalam rumah. Dia mencari Hasnah di bilik. Hasnah sedang duduk di pinggir katil sambil memegang handphone.

Dhia segera mendapatkan Hasnah.

"Ibu!" Dhia duduk di sebelah Hasnah. Hasnah terpinga-pinga memandang Dhia.

"Ibu... sebenarnya Iskandar tak dapat datang malam semalam sebab Iskandar kena culik. Bukan sebab dia tak nak datang."

"So?"

"So...?"

"Yelah, so? Kalau dia kena culik... aku kena buat apa? Pergi selamatkan dia, macam tu?"

"Ibu... erm... maksud Dhia, yang perkahwinan Dhia dengan abang Zaril tak jadilah kan?" Hasnah terus menampar Dhia.

"Apa ke bangang kau ni? Kan aku dah cakap kalau dia tak datang malam semalam, jangan harap dia akan bersama dengan kau. Tak faham lagi?"

"Tapi Iskandar tak datang bersebab..."

"Tak kiralah... bersebab ke tidak. Dia tak datang, kau dengan dia tak boleh bersama. Perkahwinan kau dengan Zaril akan tetap dilangsungkan. Faham?"

"Tapi bu..."

"Tak ada tapi-tapi... Kau kena dengar cakap aku. Kau pilih sama ada nak kahwin dengan Zaril tanpa paksaan atau secara paksa. Kau mesti tahukan apa yang aku akan buat kalau kau degil?"

Dhia bagai diurap dengan daun katang-katang, tidak boleh menerima keputusan Hasnah itu. Dia terus keluar dari bilik Hasnah.

Dhia masuk ke biliknya, menghempaskan badannya ke atas katil. Bibirnya yang nipis itu dikelewehkan.

Benci! Semua kena ikut cakap ibu. Habistu aku tak boleh buat keputusan sendiri? Tak boleh ke? Hish, bencinya!

WATI masuk ke dalam gudang, memandang sinis keadaan Iskandar yang diikat.

Dia mendekati lelaki upahan itu.

"Kau dah buat apa yang aku suruh?" soal Wati.

"Dah boss..."

"Bagus. Sekarang, aku nak kau bawa dia pergi tempat tu. Aku tunggu kau situ." Wati mengarahkan lelaki upahan itu.

"Baik boss." Lelaki itu segera mendapatkan Iskandar.

Sewaktu lalu melepasi Wati, Wati sempat berkata, "Malam ni adalah malam terakhir kau. Bersedialah ya Iskandar sayang." Wati mengelus-elus wajah Iskandar.

Wati memandang kepergian Iskandar dengan ketawa senang. Akhirnya, balas dendam dia akan terlaksana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience