HDI 5

True Story Completed 65593

KRING! KRING!

Handphone Maria berdering minta diangkat. Maria melihat nama pemanggil, unknown. Takut pula dia kalau ada hal penting. Maria menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, siapa ni?

"Waalaikummussalam. Ini aku Hasnah." Terdiam Maria seketika. Kenapa Hasnah call aku? Dia nak bincang tentang aku dengan Abang Razlan ke? Kalau betul, bagus juga.

"Oi! Kau dengar ke tak apa yang aku cakap?" Maria tersedar semula dek suara Hasnah menerobos ke gegendang telinganya.

"Huh? Ak...akak Hasnah cakap apa tadi?" tanya Maria tergagap-gagap.

"Aku cakap, aku nak kau pujuk Razlan untuk ceraikan aku atau buatkan dia kahwin dengan kau. Faham tak?"

"Pujuk abang Razlan? Abang Razlan tak nak ceraikan akak ke?" tanya Maria lagi. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi.

"Dia tak nak ceraikan akulah, aku suruh kau pujuk dia. Kalau kau nak kahwin dengan dia kau buat apa yang aku suruh. Boleh tak?"

"Boleh! Nanti Maria pujuk abang Razlan ye? Akak jangan risau, serahkan je pada Maria." Maria sudah senyum sampai ke telinga. Mana taknya, dah dapat green light! Bertuah kau Maria.

"Baguslah. Pastikan dia ceraikan aku, ingat!"

"Ya, ya. Maria ingat. Terima ka..." Belum sempat Maria habis berbicara, Hasnah sudah mematikan talian.

Ah, lantak kaulah. Sekarang ini, aku bakal memiliki Razlan sepenuhnya. Kaya lah aku lepas ni! Seronoknya!

DARI jauh, Maria melambai-lambai ke arah Razlan. Razlan menghampirinya lalu duduk berhadapan dengan Maria. Maria memberi senyuman meleret kepada Razlan.

"Abang sihat? Maria rindulah dekat abang." soal Maria dengan nada sengaja dilenggokkan.

"Alhamdulillah, abang sihat. Maria sihat?" jawab Razlan, lembut.

"Maria pun sihat. Maaflah kalau Maria ganggu abang hujung minggu ni." Maria berpura-pura membuat muka sedih.

"Eh tak adalah, Maria janganlah sedih. Tak comel nanti." Razlan mencuit lembut dagu Maria. Uwek!

"Ok, Maria tak sedih dah. Abang.....Maria nak tanya sikit, boleh?"

"Boleh, apa dia?"

"Maria dengar abang tak nak ceraikan kak Hasnah, betul ke? Sampai hati abang buat Maria macam ni. Kecewa Maria tau."

"Betul, apa yang Maria dengar tu. Tapi Maria jangan risau, abang akan nikah dengan Maria."

"Tapi Maria tak nak bermadu! Abang kena ceraikan juga kak Hasnah." Maria sudah berpaling ke arah lain. Bibir sudah dimuncungkan.

"Okeylah, abang fikirkan nanti tentang perkara ni ye?"

"Kenapa pulak kena fikir-fikir? Ceraikan ajelah. Kalau betul abang nak kahwin dengan Maria, ceraikan kak Hasnah. Kalau tak nak, jangan cari Maria lagi." Maria sudah bangkit tetapi dihalang oleh Razlan.

"Okey-okey. Abang akan ceraikan Hasnah, happy?"

"Betul ni?"

"Ya, betul. Abang janji."

"Okey, thank you abang."

Razlan menarik nafas lega. Boleh sahaja dia tidak meneruskan niat mengahwini Maria tetapi dia bukan lelaki tidak bertanggungjawab. Dia kena tanggung akibat dari perbuatannya.

Maria tersenyum sahaja sejak tadi. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya dia saat ini. Razlan sudah termakan pujuk rayunya. Akhirnya, kau milik aku, Razlan. Milik Maria, only Maria.

2 MINGGU KEMUDIAN.

"Dhia! Jom sarapan, nanti lambat pergi sekolah! Hari ini dah start exam!" panggil nenek, separuh menjerit.

"Ya! Kejap nek!" Dhia segera mengemaskan baju sekolahnya sebelum turun ke bawah.

Hari ini, Dhia akan menduduki peperiksaan SPM. Sejak dua minggu yang lalu, dia sering pulang lewat kerana kelas tambahan diadakan setiap hari. Yelah, tahun akhir kan?

Dhia tergopoh-gapah menuruni anak tangga untuk ke dapur. Aku mengambil beberapa cekodok lalu menyalami nenek.

"Tak sempat nak makan, dah lambat." ujar Dhia.

Nenek menyambutnya lalu berpesan, " Jangan bawa basikal laju-laju tau."

"Baik nek! Pergi dulu, nek!"

Laju kaki Dhia melangkah menghampiri basikalnya. Dia segera mengayuh basikalnya menuju ke sekolah. Kenapalah aku bangun lambat hari ini? Dah lah hari pertama. Kau ni, Dhia. Cuai sangat!

TIBA sahaja di sekolah, Dhia terus berlari menuju ke tapak perhimpunan. Duduk sahaja, Zahara sudah membebel.

"Kau ni Dhia, hari pertama exam pun kau boleh lambat." marah Zahara. Kalau ya pun nak study janganlah sampai tidur lewat. Hish, geram akulah dengan perempuan ni!

"Zahara, aku baru sampai kau dah membebel. Aku studylah semalam sebab tu lambat bangun. Dah lah, kau sambung bebel tu nanti. Aku nak study. Kau pun pi study." Zahara mempamerkan riak tidak puas hati sebelum mengulang kaji semula.

Dhia tertawa kecil. Pagi-pagi ni jugak dia nak membebel. Macam manalah laki kau nanti, mesti pening layan kau. Eh, sampai ke situ pulak aku. Baik aku study, kalau fikirkan si Zahara ni mahu tak study aku. Takut!

Masa berlalu dengan pantas, peperiksaan hampir bermula. Pelajar SPM diarahkan masuk ke dalam dewan dengan kadar segera.

Kami kelam-kambut menyimpan buku di dalam beg dan mengeluarkan peralatan yang sepatutnya. Sebelum masuk ke dewan, Zahara sempat memberi pesan.

"Kau relaks je dalam dewan nanti. Kau tolak ketepi semua masalah kau. Ini masa depan kau, Dhia. Nenek kau nak sangat kau berjaya."

"Aku janji, Ara. Thanks." Mereka berpelukan.

"Ya Allah, terima kasih kerana pertemukan aku dengan Zahara. Aku harap persahabatan kami kekal sampai jannah. Aamiin." Doa dia di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience