HDI 47

True Story Completed 65593

TENGKU AINI berada di dapur sedang menyediakan makanan untuk Dhia.

Farhan baru menuruni tangga dan mahu bersenam di halaman rumah. Namun, langkahnya terbantut kerana terlihat Tengku Aini. Perbualan Iskandar dan Maya semalam masih mengganggu fikirannya.

Perbualan itu terjadi sewaktu mereka rancak berborak.

"PAAN... jemput minum." pelawa Maya sambil meletakkan dulang berisi air di atas meja. Dia pun menuangkan teh o panas ke dalam cawan. Lalu, dia menghidangkan kepada Iskandar dan Farhan.

Maya hendak pergi dari situ.

"Maya, join lah kita orang sekali." ajak Farhan.

"Hah? Oh... tak apalah. Saya ada kerja sikit kat dapur."

"Ala... jomlah. Sekejap aje. Lagipun dah lama kita tak berborak kan?"

"Okey lah kalau macam tu." Maya akur jua. Dia melabuhkan duduk di sebelah Iskandar. Dia menoleh ke sisi, dia melihat wajah Iskandar yang bengis.

Tak suka lah tu aku join sekali. Aku tak kira, aku akan buat apa yang suka. Gumam Maya.

"By the way, Maya. Saya nak tanya sikit dengan awak ni."

"Tanya ajelah. Apa dia?"

"Awak... masih kerja lagi ke dekat company your dad? Yeah, since your dad dah tak ada."

"Oh yeah. Saya take over the company."

"So, dah jadi business woman lah kan?"

"Boleh dikatakan lah."

"Kau datang sini just nak berborak dengan isteri aku je ke?" Tiba-tiba sahaja Iskandar menganjurkan soalan sensitif itu.

"Of course, not. Kau ni..." Farhan ketawa gugup. Dia agak pelik juga dengan soalan Iskandar itu tapi dia tidak mahu berfikiran negatif.

"Paan, aku nak cakap dengan isteri aku jap. Berdua..." Farhan mengangguk. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Iskandar. Dia pun bergerak ke kolam.

"You ni memang sengaja nak sakitkan hati I kan?" soal Iskandar dengan nada keras.

"Apa pulak? Tak ada kerja lah I nak sakitkan hati you. You tu yelah."

"Eh!" Iskandar melihat dahulu sekeliling sebelum bertindak.

"You jangan biadap dengan I. I ni suami you."

"Suami? Suami ke psychopath?" Maya sudah tidak peduli kalau Iskandar memarahinya.

"Berani you..."

"Memang I berani. You jangan ingat I takut dengan you. Bila-bila masa je I boleh expose apa yang I nampak dalam bilik tu."

"You takkan berani."

"Siapa kata I tak berani. Kalau you still nak proceed dengan plan you ni... I akan report polis. Bukan tu je, I juga akan expose everything kat Dhia."

"You jangan cabar I, Maya." Iskandar mengetap rahangnya. Dia sudah tidak tahan dengan kata-kata berani Maya itu.

"I cabar you."

"Fine! You pasti menyesal dengan keputusan you ni. I will proof it." Iskandar terus berjalan meninggalkan Maya sendirian.

Maya mengeluh panjang. Dia tidak tahu sama ada dia mampu bersabar lebih lama dengan Iskandar. Dia juga tidak pasti sama ada dia akan terselamat dari cengkaman Iskandar.

Farhan di sebalik langsir telah mencuri dengar perbualan mereka berdua dari awal hingga akhir.

"Apa yang Maya nampak?"

"Maya?" tanya Tengku Aini secara tiba-tiba.

Farhan mengurut dadanya. Dia sungguh terkejut dengan pertanyaan Tengku Aini itu.

"Ma... terkejut Paan tau."

"Hehe... sorry lah. Mama pelik tengok kamu termenung jauh. Lepastu, tiba-tiba je kamu tanya macam itu. Kamu fikirkan apa?"

"Err... mana ada ma. Paan tak fikir apa-apa pun. Ma, Dhia mana?" Farhan sengaja menukar topik kerana dia tidak mahu membicarakan soal ini kepada Tengku Aini. Tengku Aini pasti risau nanti.

"Dhia ada dalam bilik lah."

"Kalau macam tu... Paan jenguk Dhia ek?" Farhan bergegas menuju ke tingkat atas hendak berjumpa dengan Dhia.

Tengku Aini berasa hairan dengan kelakuan Farhan itu. Dia pasti yang Farhan ada menyembunyikan sesuatu daripadanya. Tapi apa dia?

DATO FAIZAL bersantai di atas katil sambil membaca buku ilmiah kegemarannya. Itulah rutinnya sebelum dia masuk tidur. Dia tidak akan boleh tidur sekiranya dia tidak membaca apa sahaja jenis buku.

"Abang, Yani nak cerita sesuatu dengan abang ni." tutur Datin Yani. Dia bersimpuh di atas katil lalu menghadap ke arah suaminya.

"Cerita apa? Saya dengar..." ujar Dato Faizal tapi matanya masih menelaah bacaannya.

"Abang!" marah Datin Yani apabila suaminya tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada dia.

"Yelah... abang simpan buku ni." Dato Faizal segera menyimpan buku itu ke dalam laci. Lantas, dia memandang tepat wajah Datin Yani.

"Hah... macam tulah. Ni... Yani nak cerita tentang kejadian pagi tadi."

"Kejadian pagi tadi? Apa yang jadi?" soal Dato Faizal, ingin tahu.

"Pagi tadi, Zaril dengan Hasnah bergaduh. Bergaduh besar... Sampai ada aksi tampar menampar." Beria-ria Datin Yani bercerita.

"Aik? Dah kenapa pulak?"

"Saya dengar yang Hasnah tu minta Dhia pindahkan semua harta kat dia."

"Abistu, Dhia bagi ke? Zaril cakap apa?"

"Dhia hampir bagi. Zaril dah koyakkan dokumen harta tu."

"Koyak? Sampai macam tu sekali. Tapi, saya pelik lah kenapa si Hasnah tu beria-ria nak dengan harta Dhia tu?"

"Ala abang ni... macam abang tak tahu si Hasnah tu kan gilakan harta. Dalam fikiran dia tu, asyik duit je."

"Ya tak ya juga. Cakap pasal Dhia... Dhia tak balik?" Datin Yani menggeleg lemah.

"La... tak silap saya dah dua hari kan dia tak balik?"

"Aah... saya pun tak tahu kenapa Dhia tak nak balik sini. Saya tanya Ara jugak tapi jawapan dia tak tahu aje memanjang."

"Tak mengapalah. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk anak dan menantu kita ya?"

"Betul tu bang. Jomlah, kita tidur."

"Jom." Dato Faizal menutup lampu dan mereka berdua tidur dengan nyenyak malam itu.

DI koridor, Dhia termenung jauh memikirkan hubungan antara dia dan Zaril. Sukar untuk dia hadam semua perkara yang berlaku terhadap dirinya. Semuanya berlaku terlalu pantas.

"Dhia! Asal kau duduk sini sesorang? Dah malam ni, sejuk tau. Kau tu tak habis berpantang lagi." bebel Zahara.

"Ala... kau ni Ara. Aku dah okey lah. Lagipun aku bukannya pantang bersalin, aku pantang sebab gugur."

"Eh, minah oi. Tak ada istilah berpantang bersalin ke gugur... dua-duanya sama je."

"Ye ke?"

"Suka hati kau lah Dhia. Kau bukan nak dengar cakap aku pun." Zahara mengelewehkan bibirnya yang tebal itu.

"Alololo... rajuk ke?" Dhia mengelus-elus bawah dagu Zahara. Akhirnya, mereka ketawa kecil.

"Dhia... aku serius lah. Jomlah masuk dalam. Kita borak kat dalam bilik ek?"

"Yelah doktor Zahara." Mereka masuk ke dalam semula. Separuh jalan, Farhan menyapa mereka berdua.

"Dhia, Ara. Kau orang buat apa kat sini?" soal Farhan sambil menghirup secawan kopi di tangannya.

"Ni Dhia ni... dia pi duk kat koridor tu. Aku marahlah suruh dia masuk dalam. Kita orang nak naik atas lah ni." Farhan mengangguk-angguk tanda faham.

"Erm... apa kata kita bertiga borak-borak kat sini jelah. What do you guys think?" cadang Farhan.

"Kita orang okey je." jawab mereka berdua serentak.

Mereka menghenyakkan punggung di atas sofa.

"So, kau macam mana Dhia... dah okey?"

"Alhamdulillah, dah okey."

"Actually, aku dah lama nak tanya kau Paan. Kau memang tak ada awek sampai sekarang ke?" soal Dhia, sengaja ingin mengorek rahsia.

"Awek?" Farhan menahan gelak sambil menjeling ke arah Zahara.

"Wait... kau orang?" Mereka berdua mengangguk malu.

"La... pandai ek kau orang sorok. Tak nampak langsung bercinta."

"Paan yang sorok, aku tak nak." Zahara cuba menafikannya.

"Eh, saya pulak kena. Awak pun setuju jugak kan?"

"Wow, dah ber'saya awak'. How sweet!"

"Ish, kau ni..." Zahara mencubit sedikit lengan Dhia. Malu lah tu.

Mereka bersembang agak lama sehingga tidak sedar sudah lewat malam. Jadi, mereka masuk tidur selepas itu.

HUBUNGAN mereka berdua masih membuatkan dia bercangkaliwan. Dia tidak tahu cara apa lagi harus dia lakukan untuk menawan hati Dhia semula. Dhia langsung tidak memberi peluang kepadanya.

"Dhia... Dhia. Kenapalah susah sangat Dhia nak maafkan abang." Zaril mengeluh hampa.

Knock! Knock!

"Zaril, jom makan." ajak Datin Yani di muka pintu. Zaril hanya mengangguk lalu kembali termenung di koridor.

Datin Yani tidak jadi meneruskan niatnya untuk pergi. Dia begitu risau akan keadaan anaknya yang sering muram kebelakangan ini.

Datin Yani berjalan mendekati Zaril. Dia menyentuh lembut bahu anaknya. Dia tersenyum segaris.

"Zaril masih fikirkan tentang Dhia?" soal Datin Yani. Zaril mengangguk lemah. Tiada gunanya lagi dia menyembunyikan perasaannya.

"Hmph... mama sebenarnya dah lama nak tanya Zaril tentang perkara ni. Apa sebenarnya yang dah berlaku antara kamu berdua?"

"Ma... ini semua salah Zaril. Zaril yang tak percaya kan Dhia." jawab Zaril, menahan sebak di dada.

"Cuba terus terang dengan mama."

Zaril menarik nafas dahulu sebelum menceritakan apa yang berlaku dari A sampai Z.

"Ya Allah! Jadi selama ni kamu layan Dhia sampai macam tu sekali?" Datin Yani agak marah dengan layanan Zaril terhadap Dhia sebelum ini.

"Ya, ma. Zaril rasa bersalah sangat sekarang. Zaril dah tak tahu nak minta maaf macam mana lagi supaya Dhia maafkan Zaril."

Datin Yani diam seketika.

"Zaril."

"Ya, ma?"

"Mama nak Zaril settle kan urusan harta dengan Hasnah."

"Hah?! Takkan mama nak suruh Zaril..." Zaril terperanjat dengan keputusan mamanya. Biar betul mama ni? Harta tu aku bagi untuk Dhia bukan untuk dia.

"Ya Zaril. Mama buat keputusan ni bukan saja-saja. Mama buat ni untuk kamu berdua. Inilah jalan yang terbaik supaya kamu bersatu semula." terang Datin Yani.

"Tapi ma..."

"Zaril... Cuba kamu fikir. Kalau kamu tak bagi harta tu pada Hasnah, pasti dia akan ganggu kamu berdua. Terutamanya Dhia. Bagi ajelah harta tu pada dia, kita tak rugi mana pun. Sekarang ni mama nak tanya, kamu pilih harta ke Dhia?"

Zaril begitu terkesan dengan persoalan Datin Yani. Air liur juga terasa pahit untuk ditelan.

"Kamu fikirkan lah baik-baik. Pilih yang baik daripada yang terbaik ya sayang." Datin Yani mahu melangkah pergi.

"Ma!" Zaril menahan.

Datin Yani berpaling ke belakang. Dia tahu yang Zaril takkan mengecewakannya.

"Zaril dah buat keputusan. Zaril pilih Dhia." Datin Yani tersenyum gembira. Dia terus memeluk erat tubuh anaknya. Dia bersyukur kerana anaknya membuat keputusan yang betul.

"Zaril janji dengan mama, Zaril takkan sia-sia kan Dhia lagi. Promise..." Datin Yani mengangguk-angguk sambil menitiskan air mata kegembiraan.

Dhia, tunggu abang datang. Abang akan bawa Dhia pulang ke pangkuan abang semula. Getus Zaril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience