HDI 57

True Story Completed 65593

"ASSALAMUALAIKUM..." Tiba-tiba suara Zafril kedengaran di suatu pagi melalui telefon. Maya yang sedang bersarapan terkejut.

"Waalaikumusalam." jawab Maya sambil menghabiskan suapan terakhirnya.

"You tengah breakfast ke?" tanya Zafril.

"Aah, you pulak? Dah breakfast?"

"Belum. Itulah I ingatkan nak ajak you sarapan sama dengan I. Tapi tak apalah."

"La... I'm sorry, Zaf. I tak tahu..." keluh Maya. Kesian pula Zafril tidak dapat bersarapan dengannya.

"Hey, it's okay. I tak kesah pun." Zafril tertawa kecil. Tidak sangka Maya mengambil serius tentang perkara ini.

"Okey, macam ni... lunch nanti kita makan sama-sama nak?" cadang Maya. Suasana hening sebentar, memberi masa untuk Zafril berfikir.

"Erm... okey. I jemput you nanti."

"Okey, bye." Maya mematikan talian dengan ucapan selamat tinggal.

SETIBANYA di rumah, Zahara lihat dua buah bagasi dan sebuah beg kecil di ruang tamu. Dia terkejut.

"Beg siapa ni bie?" tanya Zahara pada Farhan yang kelihatan agak cemas.

"Bie nak pergi mana?" tanya Zahara lagi.

"Sayang, bie kena pergi JB." Zahara mengerutkan keningnya.

"Kenapa pulak?"

"Boss bie call bie tadi. Dia suruh bie bertolak hari ini jugak. Kalau tak bie kena buang kerja." kata Farhan.

Zahara memandang Datin Yani dan Dato Faizal. Kemudian dia memandang Farhan semula.

"Bukan bie tak nak ke kerja ni? Bie kan kata nak tolak tawaran kerja ni?" Mata Zahara mula berkaca.

"Ya, memang bie dah tolak. Tapi boss bie kata kalau bie tolak tawaran kerja ni... bie akan menganggur." jelas Farhan dengan berhati-hati. Dia tidak mahu Zahara tersinggung.

"Berapa lama? 2 tahun? 5 tahun?" Farhan mengeluh. Dia tahu Zahara sedih. Mana ada isteri yang mahu berpisah dengan suaminya.

"5 tahun baru kontrak bie tamat." jawab Farhan. Terpaksa.

"Pergilah. Sayang tunggu bie balik." Saat itu juga, Farhan mengalirkan air mata.

Tidak tertanggung rasa hati untuk meninggalkan isteri sendirian di sini. Kalau dia boleh bawa Zahara sekali, sudah lama dia buat. Namun kekangan kerja menjadikan mereka tidak berdaya.

"Bie janji dengan sayang yang bie akan usaha untuk balik sini secepat mungkin. I promise." janji Farhan pada Zahara.

"Bie jaga diri kat sana. Sayang sentiasa doakan bie selamat walau di mana jua bie berada." pesan Zahara.

Demi impian kau, aku relakan kau pergi,
Teruslah bertakhta di hatiku selalu,
Kerana diri ini tidak kuat tanpa dirimu di sisi.

MAYA keluar dari tepat jam 12.30 tengah hari. Zafril sudah berada di depan Bangunan Seri Anggun. Dia menunggu di dalam sebuah kereta Honda Accord warna hitam.

"Wah! Kereta baru you ke ni?" soal Maya sebaik sahaja mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Kereta baru? Lambat lagi!"

Maya ketawa. "So, kereta siapa?" tanya Maya lagi. Ingin tahu.

"Kereta sepupu I. Dia baru beli minggu lepas." Maya terangguk-angguk tanda faham.

"Tapi kenapa you yang pakai?"

"Pagi tadi I hantar sepupu I pergi airport. Jadi, alang-alang tu I jemput you terus guna kereta ni. Kereta I kat rumah sepupu I." terang Zafril.

"Erm... kita nak makan kat mana?"

Zafril tersenyum meleret. "I ingat nak makan kat Tasik Titiwangsa. Tapi, kat Kampung Baru ni pun banyak juga gerai makan. You rasa kat mana?" tanya Zafril pula.

"Gerai pun okey jugak. Janji makanannya sedap." jawab Maya.

"Okeylah kalau macam tu kita pergi makan kat satu gerai ni. Gerai kat depan masjid." Maya mengangguk setuju.

Zafril terus memandu sehingga sampai ke tempat yang dimaksudkan olehnya. Gerainya tidaklah besar. Setiap meja mempunyai empat buah kerusi.

Mereka sama-sama berjalan mencari meja yang kosong. Maya mengekori Zafril dari belakang. Langkah Zafril tiba-tiba terhenti. Spontan, langkah Maya turut sama terhenti. Zafril memandang Maya.

"Sini okey tak?" tanya Zafril. Maya mengangguk sahaja. Lantas, mereka mengambil tempat duduk masing-masing. Seorang pelayan datang membawa menu ke arah mereka.

"Apa yang sedap?" tanya Maya.

"Tomyam dengan nasi paprik." jawab Zafril.

"Okey, nasi paprik dua, tomyam campur untuk dua orang makan." kata Maya kepada pelayan itu.

"Air bang?" tanya pelayan itu.

"You nak air apa?" tanya Zafril.

"I nak teh o ais limau." Zafril turut memesan minuman yang sama untuk dirinya. Pelayan tersebut segera berlalu.

"So, sebenarnya I nak cakap dengan you sikit ni."

"Apa dia?"

"I nak you jawab dengan jujur." Maya mengangguk. Pelik.

"You masih cintakan Iskandar?" Maya terkejut. Tidak menyangka soalan ini diujarkan kepadanya.

Maya diam sebentar. "Zaf, I..."

Seorang pelayan menghantar dua gelas besar air teh o ais limau. Maya segera meneguk minumannya hingga tinggal separuh. Dia benar-benar gabra.

"Maya, I nak you betul-betul jujur dengan I. I tak nak letak hadapan lagi kalau benar hati you untuk orang lain." Maya terus mengangkat wajah.

"Zaf, I minta maaf. I tak dapat buang perasaan ni jauh-jauh. I tak tahu kenapa... I masih cintakan Is." luah Maya apa yang dipendam selama ini.

Zafril mengeluh perlahan. "You tak perlu minta maaf kat I. Soal hati dan perasaan ni memang tak boleh dikawal. Tapi I cuma nak you tahu yang I akan sentiasa doakan you bahagia dengan orang yang you cinta."

"Zaf... I..." Zafril menggeleng laju.

"I faham you, Maya. You tak perlu rasa bersalah pada I. I hormat keputusan you. Don't worry, okay?"

"Kita kawan?" Maya tergelak lalu mengangguk. Zafril tersenyum meleret.

Maya, you bukan saja cinta pertama I tapi you juga cinta terakhir I. Tapi I sanggup korbankan cinta I demi kebahagiaan you.

SUDAH lima jam Dhia dan Zaril berada di dalam kapal terbang yang akan membawa mereka pulang ke tanah air, setelah berminggu di negara asing.

Mereka terus menuju ke rumah dengan membawa bersama ole-ole untuk ahli keluarga.

"Wah! Dah balik dari honeymoon, ya? tanya Datin Yani sekadar bergurau.

"Sunyi aje rumah?"

"Papa ada dalam bilik. Ara kat atas dengan Aisyah." terang Datin Yani.

"Macam mana dengan honeymoon? Best ke? Ada beli apa-apa untuk mama?" tanya Datin Yani dengan nada ceria.

"Mestilah ada, ma. Zaril dengan Dhia ada belikan kain sutera untuk mama. Mama suka tak?" Dhia menghulurkan beg plastik berwarna coklat itu kepada Datin Yani.

Datin Yani tersengih. Kain sutera sudah diacukan ke tubuhnya dalam sekelip mata.

"Baju panas ni untuk papa dengan Farhan." Zaril hulurkan ke tangan Datin Yani dua helai baju panas berwarna hitam dan biru gelap.

"Dan yang ni untuk Ara."

"Cantiknya warna. Sesuai untuk abah dengan Farhan." puji Datin Yani.

"Macam mana kat sana? Seronok? Ada plan nak tambah anak ke?" Mata Datin Yani meleret ke arah mereka. Menanti reaksi mereka.

Mereka cuba untuk tidak ketawa, tapi akhirnya tersembur juga tawa mereka di hadapan Datin Yani.

"Kita orang tak buat apa-apa pun. Belum terfikir pun lagi."

"Yelah, mama gurau aje."

Dhia terus mengamati Datin Yani. Dari ceria, tiba-tiba wajahnya berubah suram.

"Ara macam mana? Yelah, sejak Farhan pergi JB?" Datin Yani melepaskan keluhan berat.

"Ara macam tulah. Tak nak makan, tak nak minum. Kurung diri dalam bilik tu hah."

"Ma, mama jangan risau ek? Nanti Dhia cuba pujuk Ara. Hmm?" Datin Yani mengangguk lemah.

"Alright! Mama tengok-tengoklah dulu hadiah ni sebab... kita orang nak naik atas. Nak mandi." ujar Zaril yang sedari tadi menjadi pendengar setia.

"Yelah... Lepas ni turun makan tau." Mereka mengangguk faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience