HDI 14

True Story Completed 65593

ZAHARA termenung di muka pintu. Permasalahan yang melanda Dhia, sangat menghantui fikirannya. Dia bergumam sendiri.

"Macam mana aku nak tolong Dhia ek?"

"Ara..." Panggilan Datin Yani menarik Zahara dari lamunan. Dia menoleh ke arah Datin Yani yang berdiri di tepi meja makan.

"Jom, makan..."

Sambil membalas senyuman Datin Yani, Zahara mendekati. Atas meja sudah terhidang juadah ringkas sebagai makan malam mereka. Setelah Zahara menarik kerusi dan duduk, Datin Yani segera memberikan mangkuk nasi kepada Zahara. Zahara mengambilnya lalu menyeduk nasi ke atas pinggan. Tapi Datin Yani mula menyedari Zahara kelihatan tercenung.

"Ara fikirkan apa tu? Macam nak tembus meja." Datin Yani menegur secara berseloroh seraya melabuhkan duduk di kerusi.

Spontan, Ara mendongak menatap Datin Yani sambil tersenyum. Bagaimanapun dia belum bersedia nak berkongsi cerita dengan Datin Yani. Sebaliknya dia menadah tangan dan mula membaca doa makan.

"Dah, jom makan. Sedap ni!" Tangan Ara mula menggaul nasi dengan sayur pucuk paku masak lemak dan isi ayam goreng.

"Ah! Ara, belum masuk mulut dah cakap sedap. Perli mama ke apa ni?" tanya Datin Yani.

Spontan, Zahara tergelak. "Mana ada... Betul apa Ara cakap. Selama ni mama masak simple-simple aje tapi Ara makan bertambah-tambah. Yang penting air tangan mama. Makanan yang biasa dan simple pun jadi sedap tau. Sebab mama masak dengan penuh kasih sayang. Berkat. Betul tak?"

Datin Yani tersenyum bahagia melihat Ara mula menyuap dan makan dengan penuh selera.

"Ara..." Datin Yani memanggil ragu. Ingin bertanya tentang keadaan Dhia tapi sukar untuk mengatakannya. Tiba-tiba dia tersedar yang dia tak sepatutnya berbual ketika sedang menjamah rezeki.

Zahara mengerling Datin Yani sambil menyenduk lauk. Berkerut dahinya menanti Datin Yani meneruskan kata.

"Tak apalah... Ara makanlah."

Zahara tahu ada sesuatu yang terbuku dalam hati Datin Yani. Lalu Zahara mendesak. "Ma... Cakaplah. Apa dia?"

Datin Yani tersenyum rikuh dan cuba berdalih, "tak apa... Ara makanlah. Tak ada apa pun sebenarnya."

"Ma... Please." Zahara menekan sedikit suaranya dengan mata merenung tak berkelip.

Tak sementelah dia terlepas cakap, akhirnya dia nekad bertanya. "Ara, mama risau tentang Dhia. Dhia macam mana? Dia okey? Hasnah ada buat apa-apa ke pada Dhia?"

Kunyahan Zahara termati. Tangan tak jadi menyuap. Dia menjawab, "Oh, alhamdulillah Dhia okey. Cuma... Mak Cik Hasnah tuduh Dhia punca arwah Nek Timah meninggal. Pastu, Mak Cik Hasnah layan Dhia lagi teruk dari dulu."

Datin Yani terdiam seketika. "Kenapa Hasnah tuduh macam tu?"

"Entahlah ma. Seingat Ara, arwah Nek Timah meninggal sebab tekanan darah rendah bukan sebab Dhia. Peliklah Ara dengan Mak Cik Hasnah tu... Tak habis-habis nak cari salah Dhia."

Datin Yani mula susah hati mendengar penjelasan Zahara. "Habis tu macam mana? Tak akan kita nak biarkan Hasnah memperlakukan Dhia macam tu."

Zahara menarik nafas dalam-dalam dan menghelanya panjang. Fikirannya menemui jalan buntu. Melihat reaksi diam Zahara, semerta Datin Yani memutuskan untuk tidak mendesak Zahara memberi jawapan.

"Tak apa... Nanti kita fikir sama-sama macam mana nak selesaikan hal Dhia tu." Datin Yani menenangkan seraya merangkupkan telapak tangannya ke atas tangan Zahara.

Semerta Zahara tersenyum manis, penuh kelegaan.

"Dah, jom makan. Erm... By the way ma. Mana abang Zaril dengan papa? Tak join kita makan sekali?"

"Oh... Papa dengan abang keluar ada hal kerja katanya. Kenapa?"

"Tak ada apa. Saja tanya." Zahara menyengir comel.

Datin Yani langsung tergelak.

2 MINGGU KEMUDIAN.

BALIK kuliah, Dhia duduk atas sofa di ruang tamu untuk hilangkan penat sambil menonton TV. Hari isnin jadualnya padat.

Bosan tengok TV, mata melekat pada telefon di tangan. Apa lagi yang menarik selain dari Fac dan Instagram.

Cerita anak didera oleh mak hampir 10 tahun akibat dendam pada suami. Tiba-tiba Dhia teringatkan Hasnah. Entah kenapalah Hasnah layan dia seperti bukan anak kandung.

"Dhia kena kuat, ya? Ibu perlukan Dhia." Teringat kembali nasihat Nek Timah bila dia sedih tentang kecurangan Razlan.

Mengingati itu, matanya bergenang.

Jadinya, dia harus pujuk diri menjadi anak yang baik. Jangan terlalu meminta-minta. Jangan pernah melawan.

Tanpa sempat menahan, dua titis air jernih gugur ke pipi. Saat yang sama, pintu tiba-tiba ditolak dari luar dan Hasnah muncul di situ. Terus saja badan Dhia menegak dan cepat-cepat dia sembunyikan wajah sambil menyapu air mata.

Jam di dinding Dhia kerling sekilas. Dah pukul enam petang. Lama juga dia termenung di sini sampai tak sedar Hasnah sudah balik.

Belum sempat Dhia bangkit, Hasnah bersuara, "Kau pergi masak... Aku lapar! Cepat!" Dhia terus menjawab, "Baik bu. Lepas mandi dan solat Dhia masak."

Langkah Dhia terhenti apabila Hasnah sentap lengannya kasar.

"Kau pekak ke?! Aku cakap pergi masak cepat. Maksudnya masak sekarang! Bodoh!"

Dhia cuba meleraikan pegangan Hasnah di lengannya tetapi Hasnah makin kuat mencengkam sehingga menyakitkan.

"Okey ibu, Dhia masak sekarang." Dhia menangis mehanan sakit.

"Tahu menangis je! Pemalas!" Hasnah melepaskan cengkamannya lalu menolak sedikit tubuh Dhia ke hadapan.

Hasnah terus masuk ke bilik dan pintu dihempas kuat. Dhia terus menangis. Tidak tahu bagaimana ingin memujuk hati agar tidak membenci ibunya sendiri.

TURUN dari kereta Zahara, Dhia sudah nampak kelibat Nizam, rakan sekelas dan satu-satunya kawan lelaki yang sangat rapat dengannya.

Disebabkan Zahara masih bercuti, dia dengan rela hati menjadi 'driver' tak bergaji menghantarnya ke kuliah.

Nizam menghampiri Dhia lalu bertanya, "Siapa yang hantar tu?" Mata Nizam terarah pada kereta Zahara yang sudah menghilang.

"Oh... Zahara."

"Zahara bff kau tu? Dia tak ada kelas ke?"

"Haaa... dia cuti. Tak ada kelas."

"Kereta dia ke tu? Dahsyat. Mesti parents kaya." Nizam mengomel.

"Haaa... ya, parents dia kaya."

"Nampak Naura tak?"

"Haaa... tu, panjang pun umur." Nizam menunjuk ke arah Naura yang sedang melangkah ke arah mereka. Hari ini kelas Sir Naufal, tak pelik kalau si Naura tu melawa dengan dress labuh sebab minah tu memang dah lama duk intai cikgu muda tu.

Dhia menilik Naura atas bawah bila dia sudah berdiri berhampiran tempat mereka berdiri.

"Kalau aku jadi Sir Naufal, aku terus masuk meminang kau." Di hujung bicara, Dhia ketawa sendiri. Gigih kawannya sorang ini hendak mengurat cikgu sendiri walau dia tahu bukan dia saja yang syok pada Sir Naufal tu.

Naura ikut ketawa.

"Tapikan, aku rasa 'si Nopal' tu suka kat kau la. Sebab aku perasan dia asyik panggil nama kau jer untuk jawab soalan dia." Selamba saja Naura panggil Sir Naufal dengan panggilan Si Nopal. Tak senonoh punya orang.

"Eh! Dia kena langkah mayat aku dulu, ya." Tiba-tiba Nizam menyampuk buatkan Dhia dan Naura saling berpandangan.

Bukan Dhia tak tahu, sudah lama dia perasan tentang bicara pelik Nizam. Malah bukan Dhia saja, Naura juga perasan. Tapi sebab dia tidak pernah sebut terus terang, Dhia menganggap ianya tak serius. Lagi pun, dia tak mahu memberi harapan palsu.

"Jomlah masuk kelas." Dhia terus cantas cerita tadi dan mulakan langkah menuju ke kelas.

Naura dan Nizam ikut dari belakang.

MENGHADAPI exam STPM, Dhia tiba-tiba menjadi stress teruk. Walhal sebelum ini tak pula begini. Mungkin sebab exam besar.

Bila study tu, habis gaya dia buat. Lenguh duduk, dia berdiri mundar mandir dengan nota dan pen di tangan. Dah lenguh kaki, dia duduk balik. Lepas duduk, dia baring menelentang.

Tiba-tiba kelihatan Hasnah masuk ke bilik. Cepat-cepat Dhia duduk semula di pinggir katil. Hasnab melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Kau buat apa?"

"Err... Dhia tengah study. Exam STPM kan dah nak dekat." Teragak-agak Dhia menjawab. Takut tersalah bicara.

"Kau punya exam bila start?"

" 2 bulan dari sekarang. Err... Ibu nak apa-apa ke?"

"Oh. Aku tak nak apa-apa pun. Saja masuk jenguk kau... senyap je. Ingatkan dah mati kejung dalam bilik ni. Okay lah, aku keluar dulu."

Tersentak Dhia dengan jawapan yang diberikan oleh Hasnah. Sampai hati ibu berfikiran seperti itu. Dhia menarik nafas dalam untuk menenangkan diri.

"Tak apa Dhia. At least, ibu masih peduli tentang kau."

Dan Dhia mula study semula. Dia ingin fokus dan berpura-pura tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Hasnah sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience