DHIA sedang barbaring di atas katil, mata dihalakan ke koridor. Air mata mula bergenang di tubir mata. Pertemuan dengan Farhan petang tadi terimbau kembali.
"ALHAMDULILLAH, kenyang. Sedap ah makanan kat sini." ujar Dhia sambil menghirup air tembikai laici.
"Sedap kan? Hah... aku dengan Iskandar selalu pergi melepak kat sini. Tak jemu langsung." Dhia mengangguk tanda faham.
"Erm... kau nak bincang apa ek dengan aku? Apa yang penting sangat?" soal Dhia, ingin tahu.
"Oh... aku nak bincang tentang Iskandar."
"Iskandar? Kenapa dengan dia?"
"Mungkin apa yang aku nak bagitahu kau ni... susah untuk kau percaya. Tapi, memang inilah hakikatnya."
"Ok, so?"
"Dhia, sebenarnya Maya lari dari Iskandar."
"What?! Lari?" Mata Dhia terbeliak mendengar penyataan Farhan itu.
Farhan mengangguk. "Maya minta tolong aku untuk lari dari Iskandar."
"But why?"
"Sebab Maya dah dapat tahu yang Iskandar tu psychopath."
Dhia tergamam. Betul ke apa aku dengar ni? Iskandar psychopath?
"Dhia, aku tahu kau takkan percaya. Tapi Maya sendiri nampak dengan mata dia sendiri yang Iskandar simpan gambar kau dalam satu bilik. Bukan satu dua gambar tapi banyak. Sekeliling bilik itu semuanya gambar kau." jelas Farhan penjang lebar.
"Maksud kau... Iskandar masih cintakan aku lagi?"
"Yup. Dia sendiri confess dekat Maya tentang perasaan dia pada kau. Sekarang ni, dia nakkan Maya."
"Untuk apa?"
"Untuk umpan kau supaya kau sentiasa dekat dengan dia."
"Astaghfirullahalazim!" Air mata Dhia merembes-rembes keluar membasahi pipi.
"Kau sabar ya Dhia. Kita sama-sama doakan supaya Iskandar cepat sembuh." Farhan cuba menenangkan Dhia yang sudah teresak dek tangisan.
"Paan... kenapa kau bagitahu aku semua ni?"
"Sebab aku tak nak kau terjerat dalama perangkap dia. Dia bukan Iskandar yang kita kenal dulu."
Kenapa sampai jadi macam ni? Adakah aku yang terlalu kejam sehingga melukakan hati lelaki yang tidak bersalah?
Ini semua salah aku. Aku akan buat abang Zaril bencikan aku sampai dia lepaskan aku. Biarlah aku saja yang menanggung derita ini. Mereka berdua sudah cukup berkorban untukku.
SAMBIL menguap, dia berjalan menuju ke bilik tetamu. Dia tersenyum lebar melihat Zahara masih tidak sedarkan diri di atas kerusi bersama ikatan di tubuhnya.
Dia mengatur langkah mendekati Zahara lalu bersandar ke dinding.
"Cu, cu, cu... kesian aku tengok kau ni Ara." ujar Iskandar dengan sinis.
"Ara..." Dia memanggil Zahara dengan suara dimanjakan.
Perlahan-lahan Zahara tersedar, dia membuka mata. Dia tidak mengambil masa lama untuk matanya dibuka sempurna apabila melihat sosok tubuh Iskandar bersandar di dinding di hadapannya.
"Good morning, Ara. How are you?" soal Iskandar sambil menapak satu persatu menghampiri Zahara.
"Kau nak apa? Lepaskan aku..." balas Zahara lemah. Kudratnya begitu lemah akibat injection semalam. Kesan daripada ubat itu masih belum hilang.
"Aku tak nak apa-apa cuma aku nak cederakan kau sikit je. Kejap ek?" Iskandar terus mencapai pisau cutter di atas lantai.
"No... jangan Is. Tolong Is..." merayu-rayu Zahara kepada Iskandar.
"Ala... janganlah rayu dekat aku. Aku takkan kesiankan kau pun. Kita tikam paha kau sikit ek?" Lantas Iskandar menikam paha Zahara dengan pisau cutter.
"Argh!" Menjerit Zahara, sedang mengerang sakit. Air mata usah ditanya. Air mata berjejeran membasahi pipinya.
"Kenapa, sakit ke? Nak lagi?" Zahara teresak sambil menggeleng laju.
Iskandar tersenyum sinis apabila dia melihat ada lagi senjata lain yang boleh digunakan untuk mencederakan Zahara.
"Guess what? Aku jumpa ni!" Iskandar menayangkan sebatang tukul besi, tepat ke wajah Zahara.
Zahara mejadi kelu. Hanya tangisan yang membicarakan segala-segalanya.
Lantas, Iskandar mengetuk ibu jari Zahara dengan tukul tanpa sekelumit rasa simpati. Dia malah ketawa besar apabila berjaya melakukannya.
"Farhan!"
TING!
Bunyi notifikasi dari handphone Farhan. Dia sibuk berborak dengan Tengku Aini, terus mencapai handphone. Dia melihat di skrin terpampang nama Iskandar.
Dia membaca WA itu, Iskandar menghantar sebuah gambar. Alangkah terkejutnya dia melihat gambar itu.
"Ma! Ma... Ara ma." Terketar-ketar tangan Farhan memegang handphone sambil menunjukkan gambar kepada Tengku Aini.
"Ya Allah! Paan, kita kena bagitahu Zaril. Cepat!" arah Tengku Aini. Farhan mengangguk, lantas dia mendail nombor Zaril.
"Zaril, Ara dalam bahaya." ujar Farhan sebaik sahaja panggilan dijawab.
"Apa?! Jap... Paan kau jangan main-main."
"Aku tak main-main! Iskandar... Is dah tangkap Ara. Ara cedera parah sekarang ni."
"Allahu-Akbar! Erm... Paan kau... kau datang rumah aku sekarang."
"Okey!" Farhan terus mematikan talian.
"Ma... Paan pergi rumah Zaril sekejap." Kelam-kambut Farhan keluar dari rumah.
"Hati-hati nak!" laung Tengku Aini.
Selamatkan lah Zahara, Ya Allah! Doa Tengku Aini dalam hati.
DALAM masa yang sama, Maya mengambil angin di pantai, yang berada berdekatan dengan hotel yang didiami.
Sambil menghirup udara segar, ada yang menyapa Maya dari arah sisinya.
"Hai Maya!" sapa lelaki muda itu dengan penuh bergaya. Lelaki itu memakai pakaian santai yang menambahkan lagi ciri-ciri romantis di dalam diri lelaki itu.
"Hai? Macam mana you boleh tahu nama I?" soal Maya, musykil.
"Actually I terdengar nama you dekat kaunter. Masa you check in hari tu."
Maya berfikir sejenak.
"Hah! Yeah... you Zafril right?" Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum meleret.
"You sorang je ke kat sini?"
"Yup! You?"
"Me too. So, you sorang... I pun sorang. Why not we walk around together?"
"Sure!" Mereka berdua tersengih.
Mereka mengatur langkah di persisiran pantai secara beriringan. Jelas terpamer riak gembira di wajah mereka berdua.
Share this novel