TEPI pantai menjadi pilihan Iskandar untuk merehatkan minda dan tubuhnya. Sembari tangan disilang ke dada, Iskandar menikmati pemandangan yang mendamaikan itu.
"Iskandar..." Iskandar menoleh ke arah suara yang memanggilnya.
"Maya, hai!" sapa Iskandar bersama senyuman manis. Maya mendekati Iskandar dan berdiri di sebelahnya.
"Hai... you buat apa sorang-sorang kat sini?" soal Maya.
"Saja... nak relakskan minda I yang tengah serabut ni. You pulak? Buat apa kat sini?" soal Iskandar pula. Tubuhnya sudah dialihkan menghadap Maya.
"I cari you lah. You dah breakfast?"
"Nope..."
"Great! If you don't mind, can we breakfast together?"
"Yeah... sure."
"Let's go." Mereka beriringan menuju ke kafe yang berada di dalam hotel.
Sampai di kafe, mereka melabuhkan duduk di sebuah meja di tengah kafe.
"Waiter!" panggil Maya. Seorang pelayan datang membawa menu dan diberikan kepada mereka berdua.
"Give me one chicken sandwich and juice orange, please?" pinta Maya.
"I pulak... omelette and black coffee, please?" pinta Iskandar pula. Pelayan itu mengangguk sambil mencatat pesanan yang diminta.
"Thanks..." ucap Iskandar sambil memberikan semula menu tersebut kepada pelayan itu.
"So... you masih tak nak balik KL?"
"Maybe..."
"Is... what's wrong? You janji dengan cousin you yang you nak balik KL dua hari lepas tau. You tak nak balik KL because of Dhia ke?"
"No... it's not about her. It's about myself."
"What do you mean? About yourselves?" Iskandar mahu menjawab namun terbantut apabila pelayan datang membawa pesanan mereka.
"Thanks..." ucap Maya kepada pelayan itu selepas makanan dihidangkan di atas meja.
Iskandar sambung semula, "I takut nak bersemuka dengan Dhia, Zaril and everyone. I... I don't know. I just... want to be alone."
"I faham... but you kena balik KL jugak. Mama you mesti rindukan you."
"I know..."
"So? Balik lah..."
"Fine... I balik but not today. I balik esok pagi, okey?"
"Okey!" Maya membuat simbol okey kepada Iskandar.
"Thanks Maya... for always ada dengan I."
"Of course... you kan kawan baik I."
"What if you became my girlfriend?"
"Hah? Girl... girlfriend? I?" Maya agak terkejut dengan lamaran Iskandar itu.
"Yes... you. You sendiri tahu kan yang Dhia dengan I tak ada apa-apa dah. Dhia pun dah move on. So, I pun perlu move on jugak kan?"
"Yes... you have but don't you think this is too earlier?"
"No! I don't think so. I rasa you paling layak jadi girlfriend I after Dhia. I dengan you pun dah kawan lama. I selesa dengan you."
"Is... I..."
"It's okay kalau you tak nak bagi jawapan sekarang. You fikirkan dulu... I tunggu. Take your time as much as you want."
"Okey... thanks."
Iskandar tersenyum manis, "Can we eat now?"
Maya ketawa kecil, "Yes..."
Maya memandang Iskandar yang sedang menikmati makanannya itu. Dia gembira dengan lamaran Iskandar itu namun dia takut kalau Iskandar mahu dia menjadi kekasihnya disebabkan Dhia. Iskandar hanya mahu jadikan dia sebagai pengganti Dhia.
ZARIL berwajah manis. Dia melihat Dhia yang baru sahaja selesai mandi.
"Kenapa abang pandang Dhia macam tu? Ada apa-apa ke ni?" soal Dhia, ingin tahu.
"Saja... abang nak menatap wajah sayang yang cantik ni." puji Zaril.
"Ye ke cantik? Dhia tengok biasa je."
"Biasa je? Kalau Dhia tak cantik, takkanlah sampai dua orang berebutkan Dhia kan?"
Dia berpaling ke belakang, memandang pelik wajah abang Zaril.
"Kenapa? Tak percaya cakap abang?" Dhia menggeleng laju kepalanya.
Zaril menghampiri Dhia, tangannya memegang kedua bahu Dhia.
"Abang minta maaf tentang kejadian semalam. Abang tahu yang abang terlebih emosi sampai sakitkan hati sayang. I am really sorry." rayu Zaril seikhlas hati.
"Abang... Dhia yang patutnya minta maaf kat abang sebab tak jujur dalam perkahwinan kita. Abang berhak marah Dhia."
"Tak... abang tak patut buat macam tu pada Dhia. Even kesalahan Dhia tu besar. Abang betul-betul nak minta maaf pada Dhia."
"Abang... Dhia maafkan abang. Dhia pun harap abang boleh maafkan Dhia jugak."
"Of course sayang! Tapi sayang..."
"Tapi apa?" Apa lagi salah aku ni? Kau ni Dhia asyik cari pasal aje.
"Tapi... abang dah rindulah dengan sayang. Dah lama tak..." Zaril memberi isyarat menunjukkan ke arah katil.
Membulat bola mata Dhia memandang Zaril. Dia yang memahami isyarat itu terus menggelabah.
"Abang... no." Dhia berundur beberapa langkah ke belakang. Tangannya didepakan ke hadapan, digoyangkan.
"Yes sayang... only yes." Zaril mempamerkan riak wajah miangnya itu. Dia menghampiri Dhia secara berhati-hati. Makin lama, makin dekat.
"Abang! Tu!" Dhia sengaja berpura-pura terkejut terhadap sesuatu. Jari telunjuknya dihalakan ke arah belakang Zaril.
Zaril menoleh dengan laju, mahu memastikan apakah yang membuatkan Dhia terkejut.
"Tak ada apa pun sayang. Apa yang..." Tergantung terus bicaranya apabila melihat Dhia, sudah tiada saat dia menoleh ke belakang semula.
"Sorry! I love you!" laung Dhia di muka pintu dan terus berlari meninggalkan bilik mereka berdua.
"Aduh... melepas lagi." Zaril menggeleng-geleng kepalanya sambil tersenyum nipis.
Pandai isteri aku kenakan aku. Such a naughty girl. Getus hati Zaril.
SEBELUM memasuki ke Taman Sri Angsana, setiap penduduk atau pelawat perlu melaporkan diri di pondok pengawal. Begitu juga dengan Iskandar.
Seperti yang dijanjikan, Iskandar pulang ke KL hari ini. Tapi dia tidak pulang bersendirian, dia pulang bersama Maya. Dia mahu memperkenalkan Maya kepada Tengku Aini dan Farhan.
Dia tidak mahu bertangguh lagi. Dia mahu segera menghalalkan hubungan mereka berdua. Dia tidak mahu perkara yang lepas berulang kembali.
Sampai di depan rumah, Iskandar keluar dari kenderaan bersama Maya.
"Assalamualaikum!" ucap Iskandar.
"Waalaikumusalam! Sekejap!" jawab Tengku Aini dari dalam rumah. Tengku Aini membuka pintu.
"Ma... Is dah balik." ujar Iskandar lalu meraih tubuh kecil Tengku Aini dan memeluknya.
Tengku Aini yang masih terkejut dengan kepulangan Iskandar, menitiskan air mata. Tidak dapat digambarkan kegembiraan yang dirasai saat ini.
"Mama, Is minta maaf sebab pergi tak bagitahu mama. Is tahu, Is salah. Is minta maaf ma..." Iskandar mencium kedua-dua tangan Tengku Aini.
Tengku Aini mengusap lembut rambut Iskandar, menahan sebak.
"Is... mama maafkan Is. Mama faham apa yang Is lalui. Is balik ni... dah cukup menggembirakan hati mama."
"Mama!" Iskandar terus memeluk Tengku Aini sambil menangis. Berjuraian air mata mengalir di pipinya.
"Is berdosa ma... Is tak patut tinggalkan mama sorang-sorang. Is minta maaf ma..." Tersedu-sedan dia menangis. Tersekat suaranya akibat tangisan.
"Tak Is... Is tak ada salah pun dengan mama. Mama tak kecil hati pun bila Is pergi. Mama faham..."
"Tapi ma..."
"Is... sudahlah. Lupakan apa yang dah terjadi. Sekarang ni, Is dah balik. Kita spend time together ya?"
"Of course ma... Is takkan tinggalkan mama lagi." Mereka saling melepaskan rindu sesama mereka.
"Eh! Mama... Is lupa nak kenalkan seseorang pada mama." Iskandar menunjukkan ke arah Maya di sebelahnya. Tengku Aini memandang siapa 'seseorang' yang dimaksudkan oleh Iskandar itu.
"Kenalkan, ma this is Maya. Maya this is Tengku Aini, my beloved mom." Maya menyalami Tengku Aini. Senyuman tidak pudar dari bibirnya.
Sejuk hati Tengku Aini melihat tingkah laku sopan Maya itu. Walaupun pemakaiannya tidak seperti Dhia. Namun, itu tidak menggambarkan keperibadian seseorang itu.
"Assalamualaikum Tengku. Tengku sihat?" sapa Maya dengan sopan.
"Ish... apa panggil Tengku? Panggil aje aunty. Lagi mesra... ya tak?" Mereka tertawa kecil.
"Baiklah aunty."
"Aunty sihat aje. Marilah, kita berborak kat dalam. Kat luar ni panas. Lagipun tak sesuai berborak kat luar. Mari masuk." Maya mengangguk perlahan.
Mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Masing-masing menghenyakkan punggung ke atas sofa.
"Ma... mana Paan? Tak nampak pun..." Iskandar memanjangkan lehernya, mencari Farhan di sekitar rumah.
"Paan ada je kat bilik dia. Dia sibuk siapkan kerja dia tu. Macam kamu tak tahu si Paan tu macam mana? Hardworking person."
"Aah lah ma... lupa pulak Is. Hmm... apa kata mama borak-borak dulu dengan Maya? Is pergi tengok Paan kat bilik."
"Sure... why not?"
"Okey ma..."
" I naik atas kejap ek?" Pandangannya beralih ke arah Maya pula. Maya mengangguk dengan senyuman manis.
HASNAH mengurut-urut tangan dan kakinya yang lenguh itu. Sejak Zaril tidak membenarkan Dhia datang menjenguknya, segala kerja rumah dia harus lakukannya sendiri.
"Apalah nasib aku ni... ada anak menantu tapi satu pun tak boleh harap! Menyusahkan aku aje adalah. Aku ingat... bila aku jadikan si Zaril tu menantu aku, boleh lah aku tumpang kesenangan dia. Tapi lain pula jadinya." Bebel Hasnah sambil tangannya masih mengurut.
Di balik pintu, Dhia terpempam dengan pengakuan Hasnab yang dia baru dengari tadi. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Hasnah sekejam itu. Ibu hanya mempergunakan aku untuk kepentingannya sendiri!
Dhia terus berlari keluar. Tidak mampu menahan lagi rasa kecewa, marah dan benci yang sudah sebati dalam jiwanya saat ini.
Sebelum pergi meninggalkan rumah dimana tempat dia dibesarkan, dia memandang sekilas. Memandangnya buat kali yang terakhir.
"Dhia janji dengan ibu, Dhia takkan jejak lagi kaki kat rumah ni. Sampailah ibu minta maaf pada Dhia dan abang Zaril. Juga ibu betul-betul menyesal dengan perbuatan ibu ini. Ini janji Dhia yang pasti." ujar Dhia sebelum melangkah pergi dari situ.
Share this novel