HDI 2

True Story Completed 65593

KNOCK! KNOCK!

Pintu bilik diketuk. Dhia sedang bersantai di atas katil terus turun dari katil. Dia melangkah ke arah pintu untuk membukanya. Nek Timah di muka pintu, tersenyum kepadaku. Dhia membalas senyuman Nek Timah.

Nek Timah melangkah masuk lalu melabuhkan duduk di birai katil. "Dhia pergi sekolah pukul berapa? Takut lambat pula nanti."

"Hari ini pergi sekolah pukul 8 pagi. Majlis tu start jam 9. Nenek jangan risau k?." ujar Dhia. Sepatutnya majlis itu diadakan lusa tetapi dicepatkan pada hari ini. Tak kisahlah, yang penting aku dapat pakai baju kurung ni. Tak sabarnya!

"Nenek risau aje. Takut nanti kamu lambat pula. Tak pelah, nenek pergi depan dulu. Pokok-pokok kat depan tu tak siram lagi." Dhia sekadar menangguk sahaja.

Kira-kira sejam kemudian, baju kurung moden itu sudah tersarung kemas ditubuhnya. Bukan niat nak riak tapi inilah hari pertama aku kelihatan cantik. Selama ni aku hanya pakai baju kurung raya yang lepas aje kalau ada majlis apa-apa.

Dhia mengenakan tudung selendang berwarna putih pemberian Zahara. Selendang ini diberikan oleh Zahara kepadanya tempoh hari. Dia berasa bertuah dikelilingi dua insan yang baik seperti Zahara dan Nek Timah. Tanpa mereka, dia mungkin tidak sebahagia ini.

Dhia melangkah keluar dari biliknya. Dia berjalan ke halaman rumah. Dia menyalami Nek Timah sebelum meminta diri. Seperti biasa, dia mencapai basikalnya di tepi rumah lalu mengayuhnya menuju ke sekolah.

Zahara ada menawarkan diri untuk menumpangkannya tetapi dia menolak. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Dia mahu berdikari. Itu prinsipnya.

PERKARANGAN sekolah sudah dipenuhi oleh pelajar-pelajar tahun akhir termasuklah Dhia. Dia menuju ke dewan dimana majlis itu berlangsung. Zahara sudah melambai-lambai kepada Dhia dari jauh lagi. Dhia segera mendekatinya.

Zahara kelihatan cantik seperti biasa. Hari ini dia mengenakan baju kurung klasik biru berserta tudung bawal merah hati. Tidak hairanlah ramai mata memandang tapi Zahara boleh buat muka toya aje. Seolah-olah tiada perasaan.

"Cantiknya kau hari ni, Dhia. Berseri-seri aku tengok muka kau." puji Zahara. Dia tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada Dhia. Baju kurung moden itu memang sesuai untuknya.

"Aku biasa-biasa jelah. Kau tu lagi cantik, kalau tak mamat-mamat tu tak delah tengok kau sampai tak berkelip." seloroh Dhia. "Eh, kau ni. Tak de maknanya diorang nak tengok aku, diorang tengok kaulah."

"Dah tak yah merepek. Jom ah duduk. Meja kita kat mana?" Dhia terus menukar topik. Malas mahu berbahas pagi-pagi ini.

"Tukar topik nampak? Tu hah, meja kita. Jom." Dhia tertawa kecil sebelum mengintil Zahara menuju ke arah meja yang ditunjukkan oleh Zahara tadi. Mereka duduk di meja betul-betul di depan pintu masuk.
“Ara, kita duduk depan sangatlah. Seganlah aku bila orang masuk je Nampak aku. Kita tukar tempat lain nak tak?” rungut Dhia. Ya, dia tidak selesa duduk di sini. Seperti diperhatikan.

“Dhia… duduk depanlah best! Dapat cuci mata…” ujar Zahara.

“Hish, kau ni! Aku serius dia main-main pulak.” Dhia memuncungkan bibirnya sambil menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada. Zahara ketawa terkekeh-kekeh.

Jam menunjukkan tepat pukul 9 pagi. Sudah tiba masa untuk pengacara majlis memulakan tugasnya. Perjalanan majlis berlangsung dengan baik. Kini, tiba masanya untuk menjamu selera. Zaharalah orang pertama yang mengambil makanan. Dhia tergeleng kepala melihat telatah kawan baiknya itu.

Dhia memilih untuk menjamah nasi minyak dengan ayam masak merah. Itu salah satu lauk kegemarannya apabila pergi ke majlis kenduri. Sungguh menyelerakan!

Kemudian, dia menuju ke meja semula. Zahara juga muncul membawa pinggan berisi nasi minyak, daging masak hitam, ayam masak merah dan pajeri nenas. Pergh! Banyak betul si Zahara ni makan. Dia makan ke siapa?

"Banyaknya kau ambil, Ara? Kau ni badan kurus macam tiang tapi makan mengalahkan anak gajah." Zahara langsung tidak terasa dengan kata-kata Dhia. Dia hanya mempamerkan muka selamba. Geram pula kita!

"Sebab kuruslah aku makan banyak, nanti tak delah nampak macam tiang."

"Banyaklah kau. Cakap jelah kau ni makan banyak. Nasib baik badan tak naik, kalau tak dah lama badan kau ni gemuk." Zahara menyengih. Suka hati kaulah Ara, yang penting kau happy.

Sambil para pelajar dan tetamu menjamu selera, acara cabutan bertuah diadakan. Inilah acara yang paling ditunggu-tunggu oleh kami. Aku tentu-tentulah takkan menang sebab aku memang tak bertuah.

Pengacara mula bersuara, "Ok semua, hadiah akan disampaikan oleh pengetua, Puan Mahani. Baiklah, Puan Mahani akan mencabut satu nama yang ada di dalam bekas ini dan nama yang terpilih adalah pemenangnya. Tapi, hanya tiga pemenang sahaja yang akan memenangi cabutan bertuah pada hari ini."

Puan Mahani mencabut tiga nama dari bekas itu dan menyebutnya satu per satu. Nama yang pertama adalah pemenang ketiga dan begitulah seterusnya.

"Pelajar-pelajar semua, nama yang terakhir ini adalah juara ya? Puan Mahani sila umumkan juaranya."

"Baiklah, juara bagi cabutan bertuah ialah....Dhia Alyssa binti Razlan." Sebaik sahaja nama Dhia disebut, terus riuh-rendah dewan dengan tepukan gemuruh daripada para pelajar. Mata Dhia terus membeliak. Betul ke apa yang aku dengar ni?

”Dhia! Pergilah ambik hadiah tu.” arah Zahara apabila melihat Dhia masih kaku di tempat duduknya.

“Huh? Oh… A’ah.” Dhia terus naik ke pentas bersama debaran di hati. Aku masih terkedu, aku betul-betul tak sangka yang aku akan menang cabutan bertuah ni. Alhamdulillah! Aku tak sabar nak bagitahu nenek.

NENEK! NENEK!

Sampai sahaja di rumah, Dhia memangil Nek Timah dengan penuh keterujaan. Dia langsung tidak peduli sama ada hamper yang dibawa itu berat atau tidak. Dia mahu cepat-cepat beritahu Nek Timah tentang hal ini.

Nenek muncul dari arah bilik, menyahut panggilan Dhia. "Ya Dhia. Kenapa terjerit-jerit ni?" Dhia meletakkan hadiah itu di lantai lalu memeluk Nek Timah. Nek Timah yang kehairanan itu hanya membiarkan sahaja.

"Nenek, Dhia dapat hadiah. Cuba teka Dhia menang apa?"

"Wah! Tahniah, Dhia. Nenek tak tahulah, bagitahu ajelah."

"Ala nenek ni tak bestlah! Tekalah…” pujuk Dhia. Akhirnya, Nek Timah mengalah jua. “Erm… Dhia menang… Ish, tak tahulah!” Nek Timah memuncungkan bibirnya. Dhia tertawa kecil dengan tindakan spontan Nek Timah itu.

"Okeylah. Sebenarnya… Dhia menang cabutan bertuah! Juara tau!" ujar Dhia dengan teruja sekali. Sekali lagi dia memeluk Nek Timah. Nek Timah membalas pelukan Dhia dan mencium hampir seluruh wajah cucunya itu.

“Alhamdulillah, cu. Nenek tumpang gembira. Dhia dapat hadiah apa?”

“Oh, jap!” Dhia terus mencapai hamper tersebut dan sampul berisi not RM50 itu. Dia meletakkan hadiah itu di depan Nek Timah. “Ta da!” Nenek mengukir senyum lebar.

Kemudian, Dhia menghulurkan sampul itu kepada Nek Timah. Nek Timah mengerutkan dahinya. “Untuk nenek?” Dhia mengangguk.

Nek Timah membuka sampul itu dengan penuh kehairanan. “Dhia, ni…”

“Nek… duit ni Dhia nak bagi kat nenek. Ini jelah yang mampu Dhia bagi atas segala pengorbanan nenek pada Dhia.” tutur Dhia. Air mata mula bertakung di tubir mata.

“Dhia… nenek tak perlukan semua ni pun. Cukup Dhia belajar elok-elok. Nenek cuma nak tengok Dhia berjaya.”

“Dhia sayang nenek.” Aku terus peluk nenek. Aku tahu duit tu masih tak cukup untuk aku balas setiap pengorbanan nenek selama ni. Tapi dapat buat nenek senyum pun dah buat aku bahagia. Aku harap aku dapat tinggal dengan nenek sampai bila-bila. Aamiin.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

“Waalaikumsalam cikgu!” jawab semua pelajar kelas 5 Mawar sebaik sahaja Cikgu Zahadi melangkah masuk ke dalam kelas. Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Sebelum kelas tamat, Cikgu Zahadi meminta pelajar-pelajarnya memberi fokus kepadanya.

"Baik semua, seperti yang kamu tahu SPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Jadi, cikgu akan mengadakan kelas tambahan setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Ada sesiapa yang ada masalah untuk hadir?" Jelas Cikgu Zahadi.

"Tak ada, Cikgu!"

“Baiklah, kalau macam tu kita akan mula kelas tambahan pada minggu hadapan.” Jelas Cikgu Zahadi lagi.

“Baik, cikgu!”

"Dhia, kau boleh ke pergi kelas tambahan tu?" soal Zahara sebaik sahaja Cikgu Zahadi keluar dari kelas 5 Mawar.

"Boleh je. Asal kau tanya?"

"Tak delah. Kelas tambahan tu mesti habis lewat petang. Kau tak dapat tolong nenek kau jahit baju lagi macam selalu. Kau ok ke?"

"Eh ok je. Tempahan baju nenek dah kurang sebab ramai orang dah tempah bulan lepas. Lagipun, kalau banyak pun mesti nenek paksa aku pergi jugak. Don't worry, Okey?"

"Oklah kalau macam tu. Aku risau aje." Boleh dikatakan setiap tahun Zahara mengujarkan soalan itu. Dia bukan apa, dia cuma risau kalau Dhia terpaksa berjaga malam untuk menolong Nek Timah menjahit baju. Yelah, Dhia pernah berjaga malam sehingga tertidur di dalam kelas. Dia takut pelajaran Dhia terjejas.

KNOCK! KNOCK!

Dhia dan Nek Timah sedang bersantai di ruang tamu sambil menonton televisyen itu tersentak oleh bunyi ketukan dari arah luar. Siapa pula yang datang malam-malam ni? Dia bangkit untuk membuka pintu. Dia agak terkejut dengan kedatangan Hasnah pada malam-malam buta ini. Ada hal pentingkah?

"Masuklah....ibu." Dhia teragak-agak untuk menjemput Hasnah masuk ke dalam rumah. Hasnah tidak berbuat demikian malah berkata, "Dhia, pergi siap sekarang. Kita pergi kedai ayah."

"Pergi kedai ayah? Ayah tahu ke kita nak pergi sana?" soal Dhia, hairan.

"Ayah tak tahu. Ibu nak buat suprise untuk ayah. Cepatlah siap." Dhia mengangguk dalam kebingungan.

Dhia bergegas berlalu ke biliknya. Dia hanya mengenakan t-shirt dengan seluar track. Malas dia mahu berlawa. Dia sekadar menepek bedak dan secalit lip balm agar tidak kelihatan pucat. Dia menuju ke ruang tamu semula.

Nampak sahaja Dhia, Hasnah bersuara, "Ibu tunggu dalam kereta." Dia terus melangkah keluar tanpa berkata apa-apa.

Dhia menyalami nenek dan terus bergerak ke arah kereta Hasnah. Dia masuk ke dalam perut kereta. Dia memandang sekilas wajah Hasnah, riak biasa sahaja. Pelik! Kenapa ibu nak jumpa ayah malam-malam ni? Tak boleh tunggu esok ke? Nasib baik esok cuti sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience