HDI 30

True Story Completed 65593

SAMPAI di ruangan melawat, terlihat Dayana sedang menunggu di sebalik cermin yang memisahkan antara pelawat dan banduan.

Wati melabuhkan duduk di kerusi. Mereka berhubung melalui telefon yang disediakan.

"Kau buat apa datang sini? Nak gelakkan aku sebab rancangan aku gagal?" Wati separuh berbisik kerana tidak mahu didengari oleh pegawai Safwan yang mengawasinya sekarang ini.

"Wati... Aku minta maaf. Aku terpaksa lari dulu sebab aku takut kalau kita berdua tertangkap, nanti siapa nak teruskan rancangan kita tu. Betul tak?" jelas Dayana.

"Hmm... betul jugak apa kau cakap ni. Okey, aku maafkan kau tapi kau kena tolong aku..." Wati seperti sudah mendapat idea yang bernas untuk sempurnakan rancangannya yang tidak tercapai itu.

"Tolong apa?"

TIBA sahaja di rumah, Dhia disergah oleh suara Hasnah.

"Seronok keluar dengan jantan?!" Hasnah mencengkak pinggang memandang Dhia dari belakang rumah.

Dhia tidak menjawab terus malah dia berjalan menghampiri Hasnah. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Tapi huluranya tidak disambut.

"Dhia minta maaf sebab balik lambat. Ara dengan abang Zaril ajak Dhia makan dulu sebelum hantar Dhia balik tadi." jawab Dhia dengan tenang. Dia tahu kalau dia melayan soalan Hasnah tadi, mesti berlaku pentengkaran.

"Maksudnya... kau dah kenyanglah kan?" soal Hasnah lagi.

"Alhamdulillah, dah kenyang bu. Tapi..."

Belum sempat Dhia meneruskan kata, satu tamparan hinggap di pipinya.

"Aduh!" Sakitnya tidak perlu dikata. Sungguh sakit.

"Sakit ke? Ala... kesiannya dia. Meh, ibu tolong ubatkan." perli Hasnah.

Kemudian, Hasnab menarik tudung Dhia sehingga terjatuh semua barang yang dijinjing. Dhia dibawa ke ruang tamu lalu ditolak ke atas lantai. Dhia tersungkur ke atas lantai, Hasnah beredar masuk ke bilik.

Sesaat kemudian, Hasnah datang membawa seutas tali pinggang.

"Ibu... tolong bu. Maafkan Dhia bu... jangan... jangan pukul Dhia bu..." Dhia menangis teresak-esak sambil merayu. Dia tak sanggup lagi dipukul dengan Hasnah. Dia tak sanggup! Ya Allah, tolonglah aku!

"Apa? Jangan pukul Dhia? Betul ni?"

"Be... betul bu."

"Kau rasa aku akan simpati tak dengan rayuan kau tu? Apa kau rasa?"

"Bu... Dhia... merayu..."

"Tak apa, biar aku yang jawab sendiri. Aku takkan simpati pada kau walau sedikit pun. Sebab apa? Sebab kau ni selalu menyusahkan aku dan disebabkan kau jugak aku terpaksa tunduk di depan abang angkat kesayangan kau tu, Zaril!"

"Sekarang ni... kau rasalah macam mana sakitnya hati aku ni!"

Hasnah memukul Dhia dengan tali pinggang itu berkali-kali. Kesakitan Dhia langsung tidak diendahkan oleh Hasnah. Akhirnya, kudrat Dhia menjadi lemah. Dia tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan menangis sahaja.

"Padan muka kau!" Hasnah sempat menyepak kaki Dhia sebelum masuk ke dalam bilik.

ISKANDAR sedang bersiap untuk ke rumah Dhia. Sejak semalam, Dhia tidak menjawab panggilannya. Hampir sepuluh kali juga dia menghubungi Dhia. Dia takut Dhia berada dalam kesusahan.

"Kau nak pergi mana ni?" tanya Farhan.

Iskandar menoleh memandang Farhan yang berada di ambang pintu.

"Kau ni salam tak bagi, tiba-tiba je sergah orang macam ni." Iskandar menggelengkan kepalanya.

"Hehehe... sorrylah bro. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam... Aku nak pergi rumah Dhia sekejap."

"Aik? Takkan dah rindu kot? Baru satu hari tak jumpa..." Farhan mencebikkan bibir.

"Bukan sebab tulah..."

"Habistu?" soal Farhan, musykil.

"Aku call Dhia banyak kali semalam tapi tak angkat. Tu yang aku risau ni... takut mak cik Hasnah ada buat apa-apa ke kat Dhia. Kau pun tahu kan perangai mak cik Hasnah tu macam mana?" jelas Iskandar, panjang lebar.

"Betul jugak cakap kau tu. Nanti apa-apa kau rojer je aku ek?" Iskandar mengangguk. Dia beruntung kerana memiliki sahabat seperti Farhan yang sentiasa memahaminya. Setelah keluarganya membuang dirinya.

"Thanks bro... Aku gerak dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam..." Farhan melihat kepergian Iskandar melalui ekor mata sahaja. Dia berharap agar semuanya baik-baik sahaja.

DAYANA mengintai Iskandar keluar dari rumah sewanya di sebalik dinding yang tidak jauh dari situ.

Setelah melihat keadaan sudah selamat, Dayana mengintil Iskandar sehingga ke kereta.

Terlihat Iskandar hendak membuka pintu kereta, Dayana menghalangnya. Dia mendepakan kedua-dua tangannya.

"Eh! Dayana?! Kau ni gila ke apa, hah?!" tanya Iskandar. Turun naik nafasnya apabila dikejutkan sebegitu rupa.

"Aah! Memang I gila pun! I gilakan you..."

Tangan Iskandar ingin dipegang tapi ditepis oleh Iskandar.

"Kau nak apa lagi ni? Kau ni memang tak faham bahasa ke apa? Kita dah putus! PUTUS!"

"I tak nak faham... I cuma nak you je. Just you..."

Kali ini, Dayana bertindak memeluk rakus tubuh Iskandar sehinggakan tubuh sasa Iskandar tidak dapat meleraikannya.

"Dayana, lepaslah! Apa kau buat ni?! Lepaslah!"

"I tak nak lepaskan! I terlalu sayangkan you... I tak nak hilang you lagi."

Iskandar sudah hilang sabar. Jadi, dia menggunakan tenaganya dengan sepenuhnya dan menolak tubuh Dayana. Dayana jatuh tersembam ke tanah.

"Ah!" Dayana mengaduh sakit sambil memegang pipinya.

"You!" Dayana bangkit dan ingin menerkam Iskandar.

Cepat-cepat Iskandar memegang kedua tangan Dayana.

"You takkan serik kan? I tahu macam mana nak ajar perempuan gila macam you ni." Iskandar membawa Dayana ke lorong bersebelahan rumah sewanya.

Tanpa belas kasihan, Iskandar menolak Dayana dalam ke tong sampah besar yang tersedia di situ.

"Iskandar!" menjerit Dayana. Kurang ajar punya jantan! Dia boleh campak aku dekat dalam tong sampah. Eww!

"Ini baru tempat yang paling sesuai untuk perempuan gila macam kau ni. Goodbye, Dayana." Iskandar melambai-lambai sebelum hilang dari pandangan Dayana.

"Eee! Aku benci kau, Iskandar! Benci! Benci! Benci!" Dayana berteriak melepaskan kemarahannya.

"Wati! Ini semua salah kau! Aku tak nak tolong kau lagi! Takkan!" Dengan susah payahnya, Dayana keluar dari tong sampah itu.

Dayana bergerak meninggalkan tempat itu. Baru beberapa langkah, ada suara yang memerlinya.

"Guys, ada hantu sampahlah!"

Dayana menoleh ke samping apabila terdengar ada suara yang kedengaran. Kelihatan sekumpulan remaja lelaki sedang menunding jari ke arahnya. Mereka ketawa mengikih, menyindir dirinya. Dia menatap tajam ke arah mereka.

"Diamlah!" Dayana mencabut sebelah kasutnya lalu mencampakkan ke arah mereka. Mereka melarikan diri dalam ketawa yang masih bersisa.

Dia sudah membuat keputusan, dia akan pulang ke Perth semula. Dia tidak mahu lagi mengejar cinta lelaki tak guna seperti Iskandar itu. Tentang Wati pula, dia tidak peduli. Antara mereka sudah tiada kaitan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience