HDI 10

True Story Completed 65593

SAMPAI sahaja di hospital, laju kaki mereka melangkah mencari Dhia. Dhia kelihatan sedang menangis di luar hospital. Zahara berlari mendapatkan Dhia. Zaril tidak turut sama kerana ingin memberikan ruang kepada mereka.

"Dhia! Dhia kau okey tak ni? Aku risaulah." Zahara sudah berkerut dahinya. Dhia tidak menjawab pertanyaan Zahara malah terus memeluk erat Zahara. Dia menangis di dalam pelukan Zahara.

"Ara...sorry basah baju kau." seloroh Dhia. Dia ketawa hambar.

"Ish, kau ni. Aku tak kesah pun baju aku basah asalkan kau dapat luahkan segala-segalanya."

"Terima kasih sangat-sangat Ara. Aku bersyukur sebab aku dapat sahabat macam kau. Aku betul-betul nak minta maaf susahkan kau datang jemput aku malam-malam ni." Dhia menggenggam tangan Zahara.

"Sama-sama kasih. Aku tahu aku sahabat yang baik. Kau je baru perasan." seloroh Zahara. Kami ketawa kecil, tiba-tiba suara Zaril kedengaran.

"Amboi, gelak tak ajak." Zaril menyilangkan kedua tangannya sambil merenung ke arah mereka berdua.

Zahara berpaling ke arah abangnya seraya berkata, "Buat apa nak ajak...sibuk je. Hah? Pergi mana tadi? Kenapa tak ikut sama?" Zahara mengangkat kedua-dua keningnya.

"Sekarang ni siapa yang sibuk? Ara ke abang? Tanya soalan macam polis...tu bukan sibuk?"

"Eh, kita tanya dia...dia tanya kita balik. Dahlah, jom balik." Malas hendak melayan, Zahara terus menarik lengan Dhia. Mereka mahu menuju ke kereta namun terhenti apabila Zaril menghalang laluan mereka.

"Ehem. Siapa yang memandu?"

"Abanglah...tanya pula siapa. Entah apa-apalah abang ni. Jomlah balik."

"Kalau abang yang memandu, kenapa Ara berlagak macam Ara yang memandu?" Belum sempat Zahara bersuara, aku terlebih dahulu mencelah.

"Sudah-sudah. Sekarang ni....boleh balik tak?"

"Boleh, tapi....dengan satu syarat." Dhia dan Zahara berpandangan. Syarat? Syarat apa pula abang Zaril ni nak dari aku?

"Syarat apa?" soal Dhia. Zaril memandang Dhia bersama senyuman meleret.

ZARIL memakirkan kereta miliknya di sebuah gerai tepi jalan. Gerai itu tidak jauh dari hospital. Mereka membawa langkah mendekati gerai tersebut.

Duduk sahaja, seorang pelayan muncul untuk mengambil pesanan. Zaril memesan roti canai untuk Dhia dan Zahara. Mereka tidak membantah asalkan dapat makan. Sementara menunggu pesanan, Zaril mengambil kesempatan untuk menanyakan perkara yang terjadi.

"Dhia, abang nak tanya sikit boleh?" tanya Zaril.

"Oh, boleh. Apa dia?" jawab Dhia.

"Ermm...bukan abang nak menyibuk tapi apa sebenarnya yang terjadi?" Pertanyaan Zaril membuat Dhia terdiam seketika. Dia ingin mengumpulkan kekuatan untuk menceritakannya kepada Zaril.

"Waktu Ara dengan abang hantar Dhia balik, Dhia nampak nenek rebah atas lantai. Dhia... Dhia tiba-tiba jadi kaku. Dhia jadi lemah. Tak lama lepastu, ibu balik. Ibu terus bawa nenek pergi hospital." jelas Dhia, panjang lebar.

"Doktor cakap apa? Nenek Dhia okey?" soal Zaril lagi.

"Doktor kata tekanan darah nenek rendah sebab tu nenek pitam. Tu je." Air mata Dhia mula bergenang di tubir mata.

"Ohh...jadi kau nangis sebab nenek kau sakitlah kan? Yelah, kau ada nenek kau je." Kali ini, dia tidak boleh menahan lagi. Akhirnya, dia menangis lagi.

"Eh, aku ada salah cakap ke? Dhia, aku minta maaf." Zahara meraih tubuh Dhia lalu mendakapnya erat. Bahu Dhia dielus lembut.

"Kita makan dulu, pastu Dhia luahkan pada kami ya?" Dhia menyeka air matanya dan mengangguk. Makanan yang terhidang dinikmati oleh mereka.

HOSPITAL FATIMAH, 8.30 MALAM.

Hasnah tersengguk-sengguk di kerusi. Dia tidak mahu pulang ke rumah kerana ingin mengetahui keadaan semasa Nek Timah. Hasnah terfikir untuk membeli air kopi di cafe hospital. Dia mahu bangun terkejut melihat jururawat dan doktor berlari masuk ke wad Nek Timah.

Dia menghampiri wad dan cuba melihat apa yang berlaku di dalam. Namun, hanya tirai yang dilihatnya. Apa dah jadi ni? Mak okey ke? Pelbagai soalan berlegar-legar di benaknya Hasnah duduk semula di kerusi.

Sejenak kemudian, doktor keluar dari wad.

"Doktor, apa dah jadi? Mak saya okey kan? Tak ada apa-apa jadi kan, doktor?" Doktor itu hanya diam. Memandang sayu wajah Hasnah. Hasnah menggeleng-geleng kepalanya. Tidak mungkin. Ini semua tidak benar.

"Maafkan saya. Saya dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Fatimah. Allah lebih sayangkan Puan Fatimah. Buat bersabar ya Puan." Doktor pergi meninggalkan Hasnah keseorangan.

"Mak!" Hasnah terjelepok di atas lantai. Dia tidak percaya bahawa Nek Timah sudah tiada. Kekesalan menyelubungi dirinya kerana tidak sempat memohon ampun kepada Nek Timah. Hanya tangisan menemani Hasnah ketika ini.

SEMENTARA ITU, perbualan di antara Dhia, Zahara dan Zaril diteruskan.

"Geramnya aku dengan mak kau ni! Suka hati je nak letak salah tu pada kau." Turun naik nafas Zahara menahan amarah.

"Tak Ara...ibu aku tak salah. Memang betul pun apa yang mak aku cakap. Kalau aku tak keluar makan tadi mesti nenek... nenek..." Aku kembali menangis. Zahara menarik kerusi merapati Dhia lalu memeluknya.

"Dhia...pandang abang jap." Zaril bersuara yang sedari tadi hanya menjadi pendengar setia. Dhia mengalihkan pandangannya ke arah Zaril.

"Kejadian ni bukan salah sesiapa, bukan salah Dhia ataupun ibu Dhia. Mungkin ibu Dhia terkejut dengan kejadian ni dan dia tak sengaja marah kat Dhia. Now, Dhia hanya perlu fokus pada kesihatan nenek Dhia je. Satu lagi, jangan pernah putus asa. Dhia kena kuat untuk nenek. Dhia nak nenek sihat kan? Jangan sedih-sedih lagi tau, we are always here for you." pesan Zaril kepada Dhia.

"Terima kasih abang atas kata-kata semangat abang tu. Dhia hargai sangat. Betul cakap abang tu. Dhia kena kuat demi nenek. Terima kasih Ara, abang, sebab selalu ada dengan Dhia."

"Apa gunanya aku jadi kawan kau kalau aku tak ada dengan kau, hmm? Dah...jom kita orang hantar kau balik." ujar Zahara sambil memegang lembut wajah Dhia. Dhia mengangguk lemah.

"KITA dah sampai." Zaril memberhentikan kereta di tepi jalan.

"Terima kasih abang, Ara sebab tolong hantarkan Dhia balik. Dhia masuk dulu. Assalamualaikum." Baru hendak membuka pintu kereta, Zaril terlebih dahulu berbuat demikian. Aik, laju betul dia ni keluar. Dia ni pun kalau ya pun nak bukakan pintu bagitahu lah dulu. Hmph.

Dhia keluar dari perut kereta. "Terima kasih bukakan pintu untuk Dhia. Ermm, Dhia masuk dulu. Kirim salam kat semua. Bye." Dhia terus berlalu dari situ.

Zaril memerhati Dhia sehingga hilang dari pandangannya. Dia hanya mahu memastikan bahawa Dhia selamat sampai ke rumah. Setelah itu, dia memandu pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience