PERJALANAN ke airport lancar dan tenang. Hasnah sudah banyak berubah sejak berhasrat mahu ke Mekah. Sejuk hati Dhia bila Hasnah berbicara lembut dengannya. Baru dia merasai ajaibnya kata-kata seorang ibu.
"Ibu, nanti kat sana jaga diri tau. Dhia sayang ibu." Dhia memeluk erat tubuh Hasnah. Hasnah membalas pelukan Dhia.
"Ibu tahu Dhia sayang ibu. Ibu pun sayang Dhia. Ibu nak minta maaf pada Dhia kalau selama ni ibu layan Dhia dengan teruk. Maafkan ibu ya nak?" ujar Hasnah dengan suara bergetar. Tubir matanya sudah bergenang.
"Ibu ni... Dhia dah lama maafkan ibu. Ibu tak perlu fikir-fikir pasal ni lagi. Ibu fokus pada umrah ibu je, okey?" Hasnah mengangguk sambil senyum meleret.
"Zaril pun nak minta maaf kat ibu kalau Zaril pernah berkasar pada ibu. Maafkan Zaril ya bu." Zaril menyalami Hasnah dan menguncupnya.
Hasnah mengelus-elus kepala Zaril.
"Ibu yang ada salah pada kamu. Jaga Dhia baik-baik ya?" pesan Hasnah.
"In Syaa Allah bu. Zaril akan jaga isteri Zaril ni baik-baik. Ibu jangan risau, serahkan saja pada Zaril." Meletus jua ketawa mereka. Sempat lagi si Zaril ni berjenaka.
Dhia dan Zaril menghantar kepergian Hasnah dengan pandangan sayu. Inilah kali pertama Dhia merasai kasih sayang Hasnah. Walau bagaimana pun, Dhia tetap bersyukur dengan segala apa yang tertulis untuknya.
ZAFRIL memilih untuk berjumpa dengan Maya di Roselle Coffee House. Dengan pemandangan yang indah akan menimbulkan suasana yang nyaman. Memang tidak salah pilih.
Hampir setengah jam juga Zafril menunggu ketibaan Maya. Dari jauh, kelihatan Maya berjalan laju menuju ke sini.
"Hai! I'm sorry for being late. Traffic jam tadi." ujar Maya lalu melabuhkan duduk berhadapan dengan Zafril.
"No, it's okay. I faham. So, kita order dulu?"
"Yeah, of course."
Selesai menjamu selera, Zafril mula berbicara tentang hajatnya mengajak Maya ke sini.
"Maya?" panggil Zafril. Maya terus mendongak memandang Zafril.
"I nak cakap sikit dengan you. Soal kita."
"Soal kita? Maksud you?"
"Actually I dah jatuh cinta dengan you. Since kita jumpa kat hotel hari tu." Maya terkelu. Dia tidak menyangka lelaki yang baru dia kenal, membuat pengakuan seperti ini.
"Maya, I tak paksa you untuk balas apa-apa. I cuma nak confess everything to you. So, I tak perlu nak sorok apa-apa lagi."
"Zaf... I diam bukan sebab I tak suka you. But, I tak nak relationship between us change because of this. You faham kan?" Buat masa sekarang, dia tidak boleh terima mana-mana lelaki. Hatinya masih terluka dek pengkhianatan Iskandar.
"I faham. I pun tak paksa you. I cuma nak you fikirkan dulu tentang perkara ni. Then, I akan respect apa pun jawapan dari you."
"I'm sorry Zaf." Maya diserbu rasa bersalah kerana menyakiti hati lelaki yang ikhlas mencintai dirinya.
"Maya, don't say sorry. Now, kita ketepi kan semua tu. Jom, ikut I." Zafril sudah bangun dan mengatur langkah ke hadapan.
"Hah? Pergi mana?" soal Maya walaupun dia tahu soalan itu tidak akan dijawab. Maya bergegas mengintil Zafril.
SEPERTI yang dihajati, Tengku Aini menjadi telangkai bagi pihak Farhan. Sesi peminangan meriah sekali apabila kedua-dua pihak keluarga bersahaja orangnya. Masing-masing menyukai anak mereka disatukan.
"Jadi, rasmi lah anak kita bertunang ya?" tanya Tengku Aini.
"Ya betul. Anak kita dah bertunang." jawab Datin Yani dengan wajah teruja.
Merpati dua sejoli itu pula tidak jemu memandang sesama sendiri. Senyuman meleret terukir indah di bibir mereka. Bersyukur sudah selangkah ke alam perkahwinan.
"Ehem! Amboi, pandang tak ingat dunia." Tengku Aini menyakat. Merah padam wajah mereka.
"Mama ni... ke situ pulak." balas Farhan.
"Daripada kamu berdua dok termenung macam gitu. Baik kamu berdua pilih barang-barang hantaran kat katalog ni." Datin Yani menghulurkan katalog kepada mereka berdua.
Farhan menyambutnya, dia dan Zahara mula meneliti satu per satu muka surat katalog itu.
Tiba-tiba Zaril muncul bersama Dhia.
"Assalamualaikum semua." sapaan mesra diberikan.
"Waalaikumusalam." jawab mereka berempat serentak.
Mereka berdua terus menyertai lalu menghenyakkan punggung di atas sofa.
"Busynya semua." ujar Zaril sambil mencuri tengok katalog yang dipegang oleh Farhan.
"Of course lah busy. Kita orang kan dah nak kahwin." tutur Farhan, kening dijongketkan.
"Eleh! Pirah!" balas Zaril.
Dhia yang menjadi pemerhati tiba-tiba berasa pusing. Seolah-olah sedang menaiki roller coaster.
"Abang?" panggil Dhia, lemah.
Zaril tidak membalasnya mahupun menoleh kerana terlalu rancak berborak.
Makin lama makin pusing kepalanya. Akhirnya, Dhia rebah di atas ribaan Zaril.
BIARPUN hari ini hari minggu, tapi pengunjung tidaklah terlalu ramai. Suasana agak tenang.
Mereka memilih sepohon pokok yang cukup rendang. Zaril membentang tikar untuk mereka duduk bersama. Suasana sedikit hangat kerana sudah masuk waktu tengah hari. Namun masih ada angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuh mereka.
Dhia mengeluarkan sebekas besar mee goreng yang dibuatnya. Sementara Zaril pula tidak lepas tangan melayani anak tunggal mereka, Aisyah. Dhia memandang senang melihat kegirangan Zaril itu. Sesekali, Dhia diajak bermain sama.
"Marilah makan dulu. Nanti sambung main lagi ya?" kata Dhia pada Zaril tidak lama kemudian.
Zaril sesekali menangkap gambar. Gambar mereka bertiga.
Sementara Aisyah bermain, Zaril menyertai Dhia. Mereka memerhatikan Aisyah bermain sambil menikmati pemandangan.
"Sayang..."
Dhia tersenyum. "Hmm..."
"Abang bersyukur sangat kerana memiliki seorang isteri yang baik, taat dan... comel."
Dhia tergelak. "Abang... Dhia pun bersyukur kerana memiliki suami yang baik, hensem dan... romantik."
"Abang janji dengan sayang yang abang takkan sia-siakan sayang. Sayang dah banyak berkorban untuk abang. Dan buktinya adalah Aisyah."
"Bukti cinta kita." ujar Dhia. Mata mereka bertaut untuk seketika.
Setelah hampir dua jam mereka di sana sehingga Aisyah kepenatan dan tertidur di atas riba ibunya, barulah mereka membuat keputusan untuk pulang.
Share this novel