NASI LEMAK sudah terhidang di atas meja. Namun, masing-masing membisu.
"Dhia..." panggil Zahara.
Dhia menoleh memandang Zahara. Akhirnya, air matanya mengalir deras.
"Dhia? Kenapa kau nangis ni? Hah?" Zahara terus memeluk Dhia erat. Zahara mengusap-usap belakang badannya.
"Hey... cuba cerita dengan aku. Kenapa ni?"
"Ibu... Ara..." Semakin kuat tangisan Dhia.
Zahara meleraikan pelukan dan menangkup dua tangannya ke pipi Dhia.
"Aku nak kau bertenang... kau relaks dulu. Pastu kau boleh ceritakan dekat aku ek?" Dhia mengangguk perlahan.
Setelah lama bertenang, Dhia mula menceritakan segala-segalanya.
"Ibu kau pukul kau?! Guna tali pinggang? Apasal kejam sangat ibu kau ni? Gila ke apa?" soal Zahara bercampur marah.
"Aku tak tahulah Ara... Aku sendiri tak faham kenapa ibu buat aku macam tu. Kadang-kadang, aku rasa macam nak lari dari rumah ni. Tapi, boleh ke aku hidup sendiri?" ujar Dhia dengan nada bergetar.
"Dah-dah... kau jangan risau. Aku ada untuk kau... Abang aku, Iskandar, parents aku, semuanya ada untuk kau. Jangan sedih lagi... Buruk dah muka tu..." Dhia tersenyum kelat.
"Thank you Ara, maaflah kacau kau."
"Eh, mana ada kacau. Pasal kau aku sanggup tau tinggalkan semuanya..."
"Ceh! Overlah kau ni..."
"Dhia... sebenarnya aku datang dengan abang aku. Sorry, dia beria-ria sangat nak datang. Tapi, kau jangan risau abang aku tak masuk sekali pun... dia tunggu kat dalam kereta." jelas Zahara. Takut jugak kalau Dhia marah.
"Tak apa... ajaklah abang Zaril makan sekali. Ada lebih ni..." pelawa Dhia.
"Fuh! Nasib baik kau tak marah..." Zahara mengelap dahinya konon sedang berpeluh.
"Buat apa aku nak marah... dah, pi jemput abang hang tu..."
"Okey... sayang kau!" Zahara mencium pipi Dhia sebelum pergi.
ABANG!
"Oh mak kau cempedak basi..." Melatah Zaril.
"Hahaha... mana ada cempedak basi. Cempedak busuklah!" Terkikih-kikih Zahara ketawakan Zaril.
Zaril mengetuk kepala Zahara dengan tangannya.
"Seronok ek gelakkan abang?" Sukalah tu kenakan aku. Kan dah rasa kena ketuk dengan aku.
"Adoi!" Sakit tapi masih lagi gelak. Sumpah kelakar gila abang aku melatah. Lepas ni bolehlah aku terkejutkan dia lagi macam ni.
"Sakit-sakit pun boleh gelak lagi? Hah, ni nak apa?" soal Zaril. Kalau dilayan adik aku ni lama-lama, aku pun akan terikut sama.
"Jap..." Ara menarik nafas dulu, menenangkan diri.
"Ni... Dhia ajak abang makan sekali."
"Nak ajak orang makan rupanya? Sempat lagi sakat abang..."
"Sorry.... tak ada niat pun. Cuma satu je Ara nak cakap..."
"Apa dia?"
"Cempedak busuk bukan basi!" ujar Zahara sambil berlari masuk ke dalam rumah Dhia.
"Kurang ajar punya adik... Ara!" Zaril cepat-cepat keluar dari perut kereta.
WATI bagaikan anak ayam kebasahan bulu. Tidak berhenti dia bermundar-mandir di dalam lokap itu.
"Ish! Mana perempuan ni pergi? Dah dua hari tak datang jumpa aku." Dia menghenyakkan kasar punggungnya ke atas lantai.
Sejak tidak mendengar khabar berita daripada Dayana, Wati bagaikan katak ditimpa kemarau.
"Macam mana aku nak keluar dari lokap ni kalau dia tak tolong aku? Aduh... macam mana ni?" Wati menggaru-garu kepalanya sehingga tudungnya senget.
Tak! Aku takkan mengalah, aku akan cari jalan lain untuk aku keluar dari sini. Kalau melarikan diri adalah satu-satunya cara, aku sanggup. Asalkan aku dapat keluar dari sini dan aku dapat hapuskan dua manusia jahanam tu!
Aku rela ke tali gantung tapi selepas aku hapuskan dia orang. Hapuskan dia orang yang musnahkan hidup aku!
PULANG sahaja dari rumah Dhia, Farhan mengajaknya untuk pergi ke suatu tempat. Pada awalnya, Iskandar enggan tapi selepas dipujuk oleh Farhan. Dia bersetuju untuk mengikuti Farhan.
Kereta diberhentikan di sebuah rumah banglo dua tingkat. Banglo itu kelihatan sungguh mewah.
"Kita kat mana ni? Rumah siapa ni?" soal Iskandar, musykil. Aku tak tahu pulak Farhan ni anak orang kaya. Kalau betul ni rumah dia, kenapa dia tak pernah cerita pun dekat aku?
"Secret... Kita masuk dulu. Jom!" Farhan hendak keluar, Iskandar menghalang.
"Paan... bagitahulah dulu. Ni rumah siapa? Rumah kau ek?"
"Rumah aku? Lambat lagi..."
"Habistu? Paan... cepatlah bagitahu aku."
"Kita masuk dulu... nanti bila kau dah masuk, kau tahulah. Dah... jom!" Iskandar ingin menghalang Farhan lagi tapi tak sempat.
Iskandar juga keluar dari perut kereta. Dia mengintil Farhan masuk ke perkarangan rumah banglo itu. Halaman rumah saja sudah mewah, di dalam rumah pasti lagi mewah. Agak-agak siapalah pemilik rumah ni kan?
"Assalamualaikum!" Farhan memberi salam.
Sejenak, pintu dibuka. Seperti mahu terjojol biji mata Iskandar melihat gerangan yang membuka pintu itu.
"Waalaikumusalam... Paan. Is... anak mama." ujar Tengku Aini, sebak.
Tengku Aini mendekati anaknya. Gugur air matanya membasahi pipi.
"Ma..." Tengku Aini terus memeluk erat Iskandar. Perlahan-lahan, Tengku Aini mengelus sayang rambut Iskandar. Kemudian, usapannya beralih ke pipi Farhan.
"Terima kasih Paan... bawa balik anak mak cik."
Farhan berasa sebak. Lantas dia meraih tubuh kecil itu dan mendakapnya erat.
"Sama-sama mak cik. Saya pun dah anggap mak cik macam mak saya..."
Setelah bertangis-tangis, berpelukan, salam cium tangan, akhirnya Tengku Aini membawa mereka masuk ke dalam rumah.
Masing-masing menghenyakkan punggung ke atas sofa.
"Ma... ini rumah siapa?" tanya Iskandar.
"Ini rumah kita, Is. Rumah arwah papa belikan untuk mama." jawab Tengku Aini. Tangannya tidak lepas menggenggam tangan Iskandar.
"Arwah papa? Ma... papa... dah tak ada?" bergenang sudah air matanya.
"Ya... sayang. Papa dah meninggal setahun lepas."
Kematian papanya membuatkan dia membungkam. Lama dia termenung memikirkan hal tersebut.
"Ma... macam mana mama boleh suruh Farhan bawa Is balik sini? Macam mana mama boleh kenal dengan Farhan?" Setahu aku, papa dan mama tak kenal dengan Farhan. Tak pernah berjumpa pun.
"Sebenarnya... Farhan ni sepupu kamu."
"Sepupu?! Maksud mama..."
"Mama yang hantar Farhan suruh jagakan Is selepas Is kena halau. Farhan yang sentiasa update tentang Is pada mama secara rahsia."
"Secara rahsia? Kenapa pulak mama nak rahsiakan daripada papa?"
"Papa tak izinkan mama cari kamu. Kalau mama cari jugak, papa akan halau mama. Jadi, mama minta tolong Farhan. Bila saja mama dapat tahu Is dah habis belajar, mama nak bawa Is balik semula dekat sini... duduk dengan mama. Is... mama rindu Is. Rindu sangat..." Menitis air mata Tengku Aini.
"Ma... Is ingatkan Is takkan jumpa dengan mama lagi sampai bila-bila. Tapi, Allah itu baikkan mama. Dia temukan kita semula... Is dapat jumpa mama... Is dapat... cium tangan mama..." Iskandar mencium lama tangan Tengku Aini.
"Paan... Terima kasih. Terima kasih untuk segala-segalanya."
"Tak ada hal lah bro. Member kan..."
"Ma..." Iskandar baring dan meletakkan kepalanya di atas riba Tengku Aini. Sungguh, aku rindu belaian kasih sayang mama. Aku rindu nak tidur atas riba mama. Terima kasih Ya Allah.
Share this novel