MEREKA bertiga tiba di hadapan rumah Iskandar pada keesokan hari. Setelah berbincang semalam, mereka berpakat untuk pergi ke sana bersama-sama. Mereka tidak boleh lepaskan Iskandar begitu sahaja dan membiarkan dia terus melakukan perkara berbahaya seperti ini lagi.
"Okey, Zaril. Kau jaga kat gate depan. Sementara aku kat dalam, kau buat apa yang kita rancang." arah Farhan.
"Okey, tapi kau hati-hati." Farhan mengangguk sambil menepuk bahu Zaril.
"Dhia, awak jangan masuk dalam selagi saya tak panggil awak." Dhia mengangguk, menurut arahan.
Farhan masuk ke dalam, dia menekan loceng rumah Iskandar. Sejenak, Iskandar muncul di muka pintu.
"Farhan. Datang jugak kau. Come, masuk." Iskandar mempersilakan Farhan untuk masuk ke dalam rumah. Farhan menurut sahaja.
Mereka terus mengatur langkah menuju ke bilik di mana Zahara dikurung serta diikat.
"Ta da! Your girlfriend!" Farhan menjeling tajam. Dia terus mendapatkan Zahara lalu membuka ikatan di tubuh Zahara.
"Awak okey?" soal Farhan setelah ikatan dibuka. Farhan mahu membawa Zahara pergi namun tidak sempat. Iskandar menghalang mereka untuk pergi.
"Chill lah bro. Kita santai-santai dulu." Iskandar sudah mengunci pintu bilik itu dengan mangga. Kemudian, dia mencampakkan segugus kunci itu ke dalam bilik air.
"Now, just three of us. Kita nak borak apa ek? Let me think." Iskandar menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Is, tolong lah lepaskan kita orang. Zahara tengah sakit ni. Tolong lah!" Riak wajah Iskandar terus berubah, dia menggosok-gosok belakang lehernya. Dia berkelakuan seperti cacing kepanasan sahaja.
"Lepaskan kau orang? Tak... hanya bila kau serahkan Maya depan mata aku."
"Okey! Aku akan serahkan Maya dekat kau sekarang jugak. Tapi lepaskan Zahara dulu." Farhan cuba berunding dengan Iskandar.
"Boleh but pastikan aku nampak Maya dari jauh."
"Okey, buka pintu." arah Farhan lalu sudah bersedia memapah Zahara.
Sewaktu Iskandar sedang mengambil segugus kunci di dalam bilik air, Farhan memukul kuat belakang kepala Iskandar. Iskandar terus rebah ke lantai.
Lantas Farhan mengambil segugus kunci itu dan membuka pintu. Tak menunggu lama, dia memanggil Dhia melalui tingkap dari tingkat atas.
Kemudian dia mengunci pintu bilik air dan menyendal pintu dengan kayu yang digunakan olehnya untuk memukul Iskandar tadi.
Hanya satu perkara yang perlu dilakukan iaitu menghubungi pihak polis. Dan semuanya akan berakhir.
MAYA tiba di airport bersama dengan Zafril. Mereka bergegas keluar dari airport dan terus pergi ke destinasi yang ingin dituju.
Tiba di sana, mereka mencari-cari Farhan dan yang lain di sekitar kawasan itu. Akhirnya mereka menjumpai mereka semua. Lantas mereka mengatur langkah mendekati mereka.
"Paan, Dhia, Zaril?" panggil Maya.
Mereka bertiga terus berpaling ke belakang.
"Maya!" Maya dan Dhia memeluk antara satu sama lain. Bersyukur Maya tiba dengan selamat.
"Paan, macam mana dengan Is? Dah dapat tangkap?"
"Alhamdulillah, dah. Plan kami berjalan dengan lancar. Sekarang ni Is dibawa ke hospital mental." jelas Farhan.
Maya diam sejenak. Hatinya dicampur baur dengan perasaan marah, sedih dan simpati. Walaupun Iskandar telah melakukan sesuatu yang kejam terhadapnya, tapi cinta dia pada Iskandar masih tersisa dalam hati ini.
"Maya, saya nak awak sabar. Kita doakan supaya Is cepat sembuh dan kembali normal semula ya?" Dhia cuba memujuk Maya. Dia tahu Maya sedang sedih. Isteri mana je yang tak sedih tengok suami dia jadi macam tu.
"Thanks Dhia. Thanks guys, sebab sanggup ambil risiko ni untuk saya." ucap Maya seikhlas hati. Mereka semua mengangguk.
"Ya Allah! Maya lupa tentang Zahara. Macam mana dengan dia?" Maya benar-benar terlupa tentang Zahara menjadi mangsa Iskandar untuk mendapatkan dirinya semula. Itu yang kelam-kambut dia datang ke mari.
"Zahara stabil. Doktor cuma kata dia perlu banyak rest." jawab Zaril. Maya mengerling ke arah Farhan, tampak dia kelihatan amat sedih.
"Oh ya guys! Maya nak kenalkan kau orang dengan Zafril. Kawan I masa dekat sana." Maya memperkenalkan Zafril kepada mereka.
"Hai guys. Nice to meet you." ucap Zafril dengan mesra.
"Hai!" jawab mereka serentak.
"So, you guys each other ke?" teka Zaril.
"Eh, mana ada. Kawan jelah." balas Maya. Dia berasa masih terlalu awal untuk dibicarakan.
"I see..."
"Guys, apa kata kita lawat Ara kat hospital?" Farhan mencelah.
"Yeah, sure." jawab Dhia.
Mereka pun bergerak meninggalkan tempat itu. Membuang segala memori pahit dan ditanam kemas di rumah banglo itu. Biarlah mereka semua memulakan hidup yang baru dengan suasana yang baharu.
DUA hari sudah berlalu, kehidupan Dhia sekarang semakin bertambah baik. Hubungannya dengan Zaril juga semakin serasi. Dia juga bersyukur kerana dikurniakan keluarga mertua sebaik keluarga mertuanya. Mereka sangat memahami.
Dhia sedang menenangkan fikiran di tepi kolam, dicuit dari belakang.
"Cak! Sayang ni suka sangat termenung." rungut Zaril.
"Biarlah." jawab Dhia sepatah lalu mencebikkan bibirnya.
"Dah mula dah. Ala, sayang... sorrylah." Zaril memujuk isterinya sambil menarik isterinya memandang wajahnya.
"Sayang kalau merajuk kan... lagi buat abang cair."
"Hah? Dah kenapa pulak?" Berkerut dahi Dhia memikirkan maksud tersirat Zaril itu.
"Yelah, sebab bila sayang merajuk. Sayang akan cebikkan bibir... macam ni." Zaril mengusik bibir nipis Dhia itu.
"Hish, abang ni." Dhia menepis lembut tangan Zaril.
"Betul lah sayang. Bibir sayang ni menggoda abang tau. Such a sexy lips." Dhia menggigit bibir bawahnya, seram pulak dengar ayat 'sexy lips' tu.
"Dah lah, Dhia nak masuk." Dhia mahu berganjak dari situ tapi Zaril menahan.
"Sayang kejap lah. Abang nak cakap sikit ni."
"Apa dia?"
"Ibu call abang semalam. Dia bagitahu yang dia nak pergi umrah. Hujung minggu ni, kalau sayang tak kesah. Kita hantar ibu pergi airport ek?" tanya Zaril dengan berhati-hati. Takut juga kalau Dhia terasa.
"Ibu nak pergi umrah? Wah, berita gembira tu. Dhia okey je, janji abang izinkan." Zaril senyum meleret. Dia beruntung mendapat seorang isteri yang taat.
"Sayang, abang nak minta maaf."
"Minta maaf? Untuk apa?"
"Sebab selalu berahsia dengan sayang. I am really sorry. Abang janji dengan sayang yang abang takkan berahsia dengan sayang lagi." Zaril siap mengangkat sebelah tangan.
"Okey, sayang maafkan. But, abang kena bagitahu semua rahsia abang lepas ni. Boleh?"
"Boleh sayang. Anything for you." Dhia tersengih.
Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan aku dengan dia. Suami yang menjaga aku dengan baik, dia juga menerima segala kekuranganku. Sungguh dia terlalu baik untukku.
Abang, Dhia akan selalu setia dengan abang. Dhia akan mempertahankan cinta kita dan hanya kematian yang dapat memisahkan kita. Getus Dhia.
SEJAK Iskandar dimasukkan ke hospital mental, Tengku Aini tidak ceria seperti dulu. Tengku Aini sering termenung sendirian. Farhan lah yang selalu memberi kata-kata semangat kepada Tengku Aini.
Bila difikirkan balik, Farhan berasa pilu. Tengku Aini pasti sukar untuk menerima kebenaran tentang Iskandar. Yelah, Iskandar satu-satunya anak dia.
Dalam masa yang sama, Farhan bersyukur kerana kesihatan Zahara bertambah baik. Beberapa hari saja lagi, Zahara boleh discharge.
Farhan sudah membuat keputusan untuk meminang Zahara sebaik sahaja Zahara sembuh sepenuhnya. Dia tidak mahu menunggu lagi. Kejadian yang berlaku memberikan pengajaran kepadanya.
Share this novel