NAMA diberi Dhia Alyssa dan berumur 17 tahun. Dhia bersekolah di Sekolah Menengah Methodist. Dia tinggal bersama neneknya a.k.a Nek Timah. Dhia seorang yang pemalu. Dia juga mempunyai ramai kawan dan juga mempunyai seorang kawan baik, Zahara. Mereka rapat sejak kecil. Rumah dia seolah-seolah rumah kedua Zahara juga. Zahara berkata bahawa dia lebih suka melepak di rumah Dhia berbanding rumahnya sendiri. Mungkin kerana Dhia tinggal di kawasan kampong. Suasana yang nyaman dan sejuk.
Dhia memandang wajahnya dekat cermin. Dia membetulkan owning tudungnya. Setelah berpuas hati, dia mencapai beg sekolahnya dan turun ke bawah. Di dapur, dia melihat Nek Timah sedang menghidangkan makanan. Dia berjalan mendekati Nek Timah.
"Pagi, Nek! Nenek masak apa hari ini?" tegur Dhia. "Pagi, cucu nenek! Nenek masak nasi lemak aje." ujar Nek Timah bersama sekuntum senyuman.
"Nasi lemak aje? Nasi lemak nenek ni paling sedap kat kampung ni tau. " Dhia menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Nek Timah. "Ada-ada aje kamu ni, Dhia. Dah, cepat makan nanti lambat pergi sekolah." ujar Nek Timah. Sepinggan nasi lemak sudah dihulurkan kepada Dhia.
Dhia menjamah sedikit sahaja. Dia terlewat bangun hari ini. Selesai makan, dia terus bangun dari kerusi lalu menghulurkan tangan untuk menyalami Nek Timah. Nek Timah segera menyambut huluran cucunya itu. Namun ketika Dhia hendak pergi, Nek Timah sempat berpesan kepadanya.
"Hati-hati bawa basikal tu." Dhia mengangguk laju dan terus melangkah keluar dari rumah. Dia segera mencapai basikalku di tepi rumah. Dia mengayuh laju basikalnya menuju ke sekolah.
LAJU kaki Dhia melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah. Dari jauh sudah kelihatan kawan baiknya, Zahara. "Asal kau lambat? Lama tau aku tunggu." Bibirnya sudah dimuncungkan sedepa. Bukannya dia tidak tahu perangai kawan baiknya yang sorang ini. Zahara memang manja orangnya. Lagi-lagi apabila dengan orang yang rapat dengannya.
"Sorry lah. Aku lambat bangunlah hari ini." tercungap-cungap Dhia berbicara. Mana tidaknya, dia berlari lebih kurang satu kilometer. Takut lambat punya fasal. Sendiri juga salah kerana bejaga malam.
"Alasan! Dahlah, jom masuk kelas nanti lambat." Tanpa menunggu balasan daripada Dhia, Zahara sudah menarik lengannya. Dhia menurut sahaja. Kalau dilayan si Zahara ni, tak masuk kelaslah jawabnya. Kerja membebel aje. Zahara, Zahara.
KRING! KRING!
Bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah tiba. Berpusu-pusu pelajar keluar dari kelas masing-masing. Mereka menuju ke pondok berdekatan kawasan kantin. Sebelum itu, mereka singgah di kantin untuk membeli makanan.
Sedang sibuk menjamu selera, suara Zahara memecahkan keheningan.
"Dhia, asal kau lambat bangun hari ini? Tak pernah-pernah kau lambat."
Dhia sempat menghirup air sirap sebelum menjawab pertanyaan Zahara. "Aku lambat sebab aku tolong nenek aku jahit baju pelanggan. Aku kesianlah tengok nenek aku kena jahit baju banyak-banyak. Sorang-sorang pula tu."
"Oh ye ke? Banyak sangat ke tempahan kali ni?" soal Zahara. Zahara menghadiahkan Dhia satu pandangan pelik yang ternanti-nantikan jawapan. "Tak banyak pun. Tu baju yang lepas-lepas punya. Nenek tak larat nak jahit." Dhia melepaskan keluhan panjang.
"Kesian aku tengok kau ni. Ada mak tapi macam tak de. Apa salahnya mak kau tu bagi duit tiap-tiap bulan? Tak payah Nek Timah sibuk menjahit. Haish, tapi nak buat macam mana. Apa kata kau ajar aku menjahit? Nanti boleh aku tolong." Beria-ria Zahara mengujarkan hasratnya.
Dhia tersenyum hambar sahaja. Aku pun terfikir perkara yang sama. Mak aku langsung tak pedulikan aku. Makan pakai aku dengan nenek langsung dia tidak peduli. Yuran sekolah pun nenek yang tanggung. Upah menjahitlah yang menyara hidup kami selama ini. Kenapalah ibu layan Dhia macam ni? Apa salah Dhia?
Apabila sedar Dhia tidak menghabiskan makanannya dan hanya termenung, Zahara mula dihimpit rasa simpati terhadap Dhia. Dia tahu betapa deritanya hidup Dhia. Dhia tak pernah dapat kasih sayang seorang ibu. Nasib baik Dhia mempunyai seorang nenek untuk dia menumpang kasih. Kalau tidak dia sendiri tidak tahu apa nasib Dhia sekarang. Dia hanya mampu berdoa agar derita Dhia akan berakhir. Kerana dia amat menyayangi Dhia.
Saat dibuai perasaan, loceng berbunyi. Waktu rehat sudah tamat. Mereka terus membuang bungkusan makanan tadi ke dalam tong sampah sebelum menuju ke kelas semula.
Hai semua, Novel ini akan disunting semula atas kehendak Hanan sendiri. Tapi jangan risau, Hanan akan update selalu, bukan setiap hari tau. Just wait and enjoy. Saranghae ( ˘ ³˘)♥
Share this novel