HDI 4

True Story Completed 65593

ISNIN. SEKOLAH MENENGAH METHODIST.

Dhia dan Zahara menuju ke pondok seperti selalu. Dhia menceritakan segala-segalanya kepada Zahara.

"Kau sabar ye Dhia. Aku ada dengan kau." tutur Zahara. Zahara bersimpati kepadanya, dia memeluk Dhia sambil mengusap bahunya.

Dhia menundukkan wajahnya. Tidak tertanggung bebanan di hati. Walau bagaimana pun, dia bersyukur Zahara menjadi sahabat baiknya. Zahara selalu ada untuknya tika suka dan duka.

Zahara memandang Dhia dengan pandangan sayu. Pilu hatinya melihat derita yang tak henti-henti menimpa sahabat baiknya itu. Kenapa berat sangat dugaan kau, Dhia? Andai aku di tempat kau, aku tak tahu sama ada aku mampu laluinya atau tak. Kuatnya kau, Dhia. Aku bangga dengan kau.

"Hapuskanlah derita itu, Ya Allah. Aku takut Dhia tidak mampu lagi bertahan kelak," Doa Zahara di dalam hati.

NEK TIMAH menjenguk ke luar rumah, masih tidak kelihatan kelibat Dhia. Matahari juga hampir terbenam tetapi Dhia masih belum pulang. Ke mana perginya cucu aku ni? Risau aku dibuatnya.

"Ya Allah, lindungilah cucuku walau dimana jua dia berada. Aamiin." Doa Nek Timah di dalam hati.

Tepat pukul 7 malam, Dhia tiba di rumah. Terlihat sahaja Dhia, Nek Timah terus berlari-lari anak ke arah cucunya itu. Dhia sedang mengusung basikal itu terkejut melihat tingkah laku Nek Timah.

"Dhia pergi mana? Dah pukul 7 baru balik. Risau nenek tau." Dhia tersengih seperti kerang busuk.

"Maaflah nek, tayar basikal Dhia pancit kat tengah jalan tadi. Dhia terpaksa jalan kaki." terang Dhia kepada Nek Timah.

"Aik, selalunya kalau lewat pun mesti sampai sebelum pukul 6. Kenapa hari ini lambat sangat?"

"Hari ini Dhia ada kelas tambahan, kelas habis pukul 5.30. Tu yang lambat."

"La...kenapa tak bagitahu nenek kamu ada kelas tambahan?"

"Lupa....hehehe." ujar Dhia sambil menggaru kepalanya.

"Bertuah betul kamu ni, Dhia. Dahlah, pergi simpan basikal tu. Masuk cepat tau."

"Ok nek!" Dhia menegakkan badannya sambil meletakkan tangan di dahi seperti tentera lagaknya. Nek Timah tertawa kecil sebelum masuk ke dalam rumah semula.

KEESOKAN HARINYA, 2 P.M.

Razlan memberhentikan keretanya di halaman rumah mak mertuanya, Nek Timah. Dia ingin bertemu dengan Nek Timah untuk membincangkan hal penceraiannya dengan Hasnah.

Sementara itu, Dhia sedang mengayuh basikal terhenti apabila melihat kereta Razlan diparkir di halaman rumah. Ayah buat apa dekat sini? Ayah nak jumpa ibu ke?

Dhia kembali mengayuh basikal memasuki halaman rumah. Seperti biasa, dia memakirkan basikalnya di tepi rumah.

Razlan melihat anaknya pulang terus keluar dari kenderaan. Dhia menghampiri Razlan lalu menyapa.

"Assalamualaikum ayah. Ayah nak jumpa ibu ke?" tanya Dhia sekadar berbahasa.

"Waalaikummussalam, tak. Ayah nak jumpa nenek."

"Oh, masuklah. Nenek ada je kat dalam." jemput Dhia acuh tak acuh.

Belum sempat Razlan membalas, Dhia sudah berlalu masuk ke dalam rumah. Razlan mengeluh. Pasti anaknya masih marah padanya. Hiba hatinya saat ini.

Dhia terus berjalan ke dapur untuk memanggil Nek Timah. Dia tahu bahawa waktu-waktu begini, Nek Timah pasti sedang memasak.

"Nenek!" panggil Dhia dari atas rumah. Nenek sibuk membasuh pinggan itu berpaling ke belakang.

"Ya, Dhia. Kenapa?"

"Ayah datang, ayah nak jumpa nenek."

"Ayah datang? Dia kat mana?"

"Ada tu kat ruang tamu. Ibu mana?"

"Oh. Ibu ada dalam bilik tu. Dhia tolong buatkan air, ya?"

"Hmm... baik nek." Nek Timah melangkah menuju ke ruang tamu. Dhia pula segera mencapai teko untuk membancuh air.

Nek Timah duduk berhadapan dengan Razlan. Tanpa menunggu lama, Nek Timah bersuara.

"Ada apa kamu datang sini? Kenapa tak bawa sekali perempuan tu?" perli Nek Timah.

"Maafkan Lan, mak. Lan mengaku Lan curang tapi Lan masih sayangkan Hasnah."

"Sayang? Kamu tahu ke erti sayang tu? Kalau kamu sayang Hasnah pasti kamu takkan sesekali curang." Razlan tidak mengiyakan mahupun menafikan. Lidahnya menjadi kelu. Dia sekadar menundukkan wajahnya.

"Sudahlah, malas mak nak panjangkan cerita. Bila kamu nak ceraikan Hasnah?"

"Razlan dah buat keputusan, Lan takkan ceraikan Hasnah sampai bila-bila."

"Kenapa kamu nak seksa Hasnah? Untuk apa kamu simpan Hasnah lagi kalau kamu sudah ada yang lain?"

"Lan sayangkan Hasnah, mak. Lan tak sanggup kehilangan dia." Nek Timah tersenyum sinis.

Baru sahaja Nek Timah ingin membuka mulut, Dhia muncul membawa dulang berisi air. Dia menghidangkan air dan ingin terus pergi dari situ.

Namun Razlan memegang lengannya. Langkahnya serta merta terhenti. Dia menoleh kehairanan.

"Duduk sebelah ayah jap." Tanpa banyak soal, Dhia menurut sahaja.

"Mak, Dhia ni anak Lan. Takkan mak nak tengok Dhia hilang kasih sayang seorang ayah? Mak fikirkanlah." Razlan bangkit lalu menghulurkan tangan untuk menyalami Nek Timah. Nenek tidak menyambutnya.

"Sejak kecil, Dhia langsung tak dapat kasih sayang seorang ibu. Alhamdulillah, Dhia mampu menghadapinya. Jadi, tiada masalah kalau dia hilang kasih sayang seorang ayah pula. Mak harap kamu faham."

Nek Timah menarik lengan Dhia dan membawanya menuju ke dalam bilik. Dari jauh, jelas terpancar riak wajah sedih Razlan.

Andai perpisahan adalah yang terbaik buat kami, maka permudahkanlah penceraian ibu dan ayah.
Sesungguhnya, aku redha dengan ketentuanMu.

SHOPPING MALL, CAFE MARWAH.

Hasnah merenung tajam suaminya. Sejak semalam, Razlan tidak henti-henti menelefonnya. Namun Hasnah tidak menjawab satu panggilan pun daripada Razlan tetapi Razlan tidak putus asa. Dia menghantar pesanan kepadanya berkali-kali. Semak Hasnah dibuatnya. Akhirnya, dia terpaksa mengalah jua.

"Has...nah sihat?" Razlan memberanikan diri untuk bertanya.

"Sihatlah kalau tak, tak adalah kat sini. Tanya soalan!" Hasnah merengus. Tak kuasa dia hendak melayan suaminya itu.

"Macam nilah, abang terus terang aje niat abang untuk berjumpa dengan Hasnah. Abang minta Hasnah batalkan niat nak bercerai dengan abang. Fikir fasal Dhia, please." rayu Razlan.

"Batalkan niat cerai dengan kau? No way!"

"Tolonglah Hasnah, fikir tentang Dhia. Dhia perlukan kasih sayang daripada kita."

"Kau dengar sini baik-baik ek? Aku tetap akan failkan cerai. Muktamad."

"Hasnah, kenapa awak pentingkan diri sendiri?"

"Aku pentingkan diri sendiri ke kau?! Siapa suruh kau curang dengan aku? Bodohlah kalau aku masih nak bersama dengan kau!" tempelak Hasnah. Sudah ada mata yang memandang ke arah mereka.

"Abang tahu, abang salah. Macam abang cakap tadi, Dhia perlukan kita. Kalau kita berpisah, Dhia macam mana?"

"Dhia macam tulah. Selama ni elok je dia."

"Hasnah, abang...

"Fine! kalau awak nak sangat simpan saya, saya nak minta nafkah RM5000 sebulan. Boleh?" potong Hasnah. Main-main lagi dengan Hasnah. Ambik kau!

Razlan seperti sedang memikir. Tidak lama kemudian, dia bersuara semula, "Baik, abang akan beri nafkah pada Hasnah RM5000 sebulan." Mata Hasnah terus membeliak. Biar betul mamat ni? RM5000 kot.

"Okey, RM5000 sebulan. Ingat! Kalau tak saya tuntut kat makhamah. Assalamualaikum." Hasnah terus berlalu dari situ.

Razlan melepaskan nafas lega. Dia tidak peduli lagi, dia sanggup berhabis duit hanya untuk Hasnah. Dia terlalu sayangkan Hasnah. Hasnahlah cinta pertama dan terakhirnya.

Hasnah baru keluar dari Mall terus menghentakkan kakinya beberapa kali. Hish, tak guna punya jantan! Boleh pula dia setuju dengan cadangan aku. Tak apa, aku nak tengok berapa lama dia mampu bertahan. Aku takkan mengalah! Ini Hasnahlah!

"KAMU minta nafkah RM5000 sebulan?! Kamu biar betul Hasnah? RM5000 tu banyak tau, mak tak rasa Razlan mampu."

Pulang sahaja, Hasnah terus menceritakan perkara yang dibincangkan oleh mereka di Cafe tadi. Tiada satu pun yang tertinggal.

"Betul lah mak, apa yang tak betulnya? Hasnah tahu Razlan tak mampu tapi dia yang nak sangat simpan Hasnah kan? Padanlah muka dia." selamba Hasnah mengutuk suaminya.

"Ish, kamu ni. Kalau ya pun nak Razlan tu ceraikan kamu, janganlah guna cara seperti ini. Menganiaya orang kamu tahu tak?"

"Dah memang dia suami, kenalah beri nafkah. Lagipun, Dhia perlukan tanggungan."

"Tanggungan? Selama ni, orang tua depan mata kamu ni yang tanggung Dhia tu tau. Kamu langsung tak pernah beri duit bulan-bulan pada mak untuk Dhia. Cuba terus terang niat kamu?"

"Mak ni, suka hati maklah nak percaya atau tidak. Hasnah masuk bilik dulu lah." Hasnah bangkit lalu meninggalkan Nek Timah keseorangan.

Hasnah, Hasnah. Kenapalah kamu ego sangat? Mak tahu kamu buat semua ni kerana mahu berpisah dengan Razlan bukan kerana Dhia.

Mak tak pernah berhenti berharap kamu berubah Hasnah. Sampai saat ini, mak masih tak faham kenapa kamu tak sayang Dhia seperti seorang anak? Apalah salah Dhia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience