ZARIL tersandar di jok pemandu bersama fikiran berkecamuk. Kereta sudah lama berhenti di depan rumah tapi dia masih tak mahu keluar. Kejadian sebentar tadi benar-benar memanaskan hatinya. Dia pejamkan mata, cuba menjernihkan fikiran. Tapi alih-alih, momen itu menerpa lagi...
"YOU ada affair dengan perempuan kampung tu kan?!" Handbag di pegang Sofia dihentak kasar ke atas meja Zaril.
Zaril terkedu sebelum mengeluh panjang. Kemudian dia memberi isyarat kepada Aidil supaya beredar dari situ. Sambil mengangguk patuh, Aidil pun pergi.
"You jangan ingat I akan keluar dari sini tanpa penjelasan wajar, siapa perempuan kampung tu?! I nak tahu, siapa?!"
Kepala Aidil terjengah semula, macam kura-kura bila terdengar perkataan perempuan kampung itu. Zaril cemas. Dia takut kalau orang lain juga mendengarnya. Zaril segera memberi isyarat kepada Aidil supaya mengawal keadaan di luar.
Aidil mengangguk faham dan keluar semula. Beberapa orang staf tertinjau-tinjau ke arah bilik Zaril. Tertanya-tanya siapa 'perempuan kampung' yang dimaksudkan.
"Ehem!" Aidil berdeham keras.
Kelam-kambut staf kembali melakukan kerja masing-masing.
Di dalam bilik, Zaril kalau boleh tak mahu Sofia membuat onar di situ. Lalu dia bingkas bangun, mencapai handbang itu dan mempelawa Sofia duduk di sofa.
"Pia... Silakan..."
Sofia akur lalu segera berjalan ke arah sofa dan duduk di situ. Zaril mengambil tempat bertentangan dengan Sofia.
"I memang tak ada affair dengan mana-mana perempuan termasuklah Dhia yang you panggil 'perempuan kampung' tu. I tak pernah terfikir nak..."
Dengan sinis, Sofia menyambungnya, "curang dengan I?"
Zaril terdiam seketika. Tak berani menatap Sofia, apatah lagi mengeyakan atau menidakkan kata-kata itu.
Sofia mengambil kesempatan, berkata lagi dengan nada berapi-api. "Zaril... Apa yang I buat sampai you sanggup curang dengan I? Curang pulak dengan perempuan kampung. Tak ada taste langsung!"
"You jangan berani hina Dhia eh? Kalau you rasa I ni tak ada taste, lebih baik kita putus je."
"You sanggup minta putus dengan I semata-mata sebab perempuan kampung tu?! How dare you?!"
"Sekali lagi you sebut Dhia tu perempuan kampung, I takkan teragak-agak heret you keluar dari office I!"
"Fine!" Sofia mencapai kasar handbagnya dan berjalan laju ke pintu. Di muka pintu, dia sempat memandang ke arah Zaril dengan penuh kebencian dan keluar dari situ.
Zaril membuka matanya. Nafas ditarik sedalamnya dan keluhan panjang dilepaskan. Zaril meraup wajahnya sebelum melepaskan seatbelt dan keluar dari kereta menuju ke rumah.
"ITU ajelah ceritanya, Ara..."
Tiba-tiba Zahara berasa geram memikirkan perbuatan melulu Sofia itu. "Geramnya aku, Dhia... Memanglah betul apa yang dia cakap tu..."
Zahara yang duduk di atas anak tangga, mendongak pandang Dhia yang tersandar di muka pintu. Rasa simpati membuak-buak bila menatap wajah naif Dhia itu.
"Tapi dia tak ada hak nak sound orang sesuka hati!" tegas Zahara.
Dhia menoleh ke wajah Zahara. "Jujur aku cakap... Aku pun rasa benda yang sama. Tapi... Bila difikirkan balik wajarlah Sofia tu mengamuk. Yelah, tunang curang."
Zahara angkat muka memandang Dhia. "Kau ni boleh tak jangan baik sangat. Mak kau dera kau... Kau diam. Bila Sofia sound kau pun... Kau diam. Kita ni boleh jadi baik... Tapi ada limit, Dhia. Jangan sampai orang lain pijak kepala kita nanti. Masa tu... Menangis tak berlagu..."
Kali ini Dhia terdiam.
"Aku tak ada niat nak sakitkan hati kau... Cuma aku tak faham kenapa kau perlu berdiam diri dalam semua hal. Tak kira... Baik atau tak. Aku dah nasihatkan kau... Kau decide lah apa yang baik bagi kau."
Melihat reaksi Dhia yang membisu itu membuatkan Zahara rasa nasihatnya itu tetap tidak mengubah pendirian Dhia itu. Dia tarik nafas dan siap mahu berdiri.
"Aku mintak diri..."
Tapi sepantas kilat Dhia mencelah, "Aku minta maaf... Ara..."
Zahara tidak jadi bangun. Terus membalas, "Kau tak buat salah dengan aku pun... Aku cuma harap kau pertimbangkanlah nasihat aku tu..."
"In Shaa Allah... Terima kasih Ara..."
Zahara mengangguk lalu memegang lembut tangan Dhia. "Dhia... Kau kena ingat yang aku akan sentiasa ada untuk kau. Kalau kau ada masalah... Jangan pendam. Luahkan kat aku tau... Janji?"
Dhia berasa lega mendengar kata-kata Zahara. Dia menjawab, "Aku janji..."
Pelukan mesra diberikan kepada Dhia. Pelukan seorang sahabat sejati...
15 MAC, 12.00 P.M.
Dengan penuh semangat, Dhia berjalan menuju ke rumah. Senyuman senang tak kunjung pudar dari bibirnya. Tak sabar mahu bertemu Hasnah. Apabila tiba di rumah, dia mendapati Hasnah sedang tekun melipat kain di ruang tamu.
"Assalamualaikum, ibu."
"Waalaikumusalam..." Hasnah menjawab seraya mendongak. "Oh, kau... Ada apa?" Terus dia mengalihkan perhatian dari melipat ke wajah Dhia.
Dhia tidak segera menjawab sebaliknya bersila bersebelahan dengan Hasnah sebelum menatap semula wajah Hasnah.
"Dhia ada berita gembira nak bagitahu ibu..."
Hasnah mengerutkan dahi. "Berita gembira?"
Dhia mengangguk seraya menarik slip keputusan STPM dari dalam beg dan menyerahkannya kepada Hasnah. Kemudian Hasnah menganalisis setiap inci isi slip keputusan itu.
"Kau... dapat straight A's?" tanya Hasnah memohon kepastian.
"Ya, bu... Dhia dapat straight A's!"
"Kau ingat straight A's tu boleh ubah hidup kita ni? Kau dapat berapa A sekali pun... Kau tetap menyusahkan hidup aku!" Tak cakap banyak lagi, Hasnah mencampak slip keputusan itu ke muka Dhia.
"Dah! Pergi sana! Kalau kau nak makan... Makanan ada dalam peti ais. Kau panaskanlah sendiri." Hasnah melipat kain semula tanpa mengendahkan perasaan Dhia.
"Okey, bu... Dhia... Masuk dulu..."
Sambil menyeka air mata, Dhia mengambil slip keputusan tersebut dan berjalan longlai ke pintu bilik. Di muka pintu, dia merenung kekecewaan ke arah Hasnah lalu masuk ke dalam bilik.
WAJAH Datin Yani yang serba salah sejak tadi Zaril pandang dengan penuh tanda tanya. Datin Yani nampak gelisah. Bercakap dengannya tapi fikiran Datin Yani seperti melayang jauh.
"Zaril..." Datin Yani sentuh jemari Zaril. Tangan Datin Yani terasa sejuk.
"Zaril bahagia dengan Sofia?"
Bahagia? Adakah aku sedang bahagia sekarang? Ada ke lelaki yang bahagia tanpa rasa cinta pada tunang sendiri? Tak mungkin ada.
Tapi, Zaril balas soalan Datin Yani dengan senyuman. Takkan dia nak cakap tak bahagia. Tentu Datin Yani akan salahkan diri sendiri nanti.
"Sofia layan Zaril baik tak?" Datin Yani tak sudah mengorek rahsia.
Zaril angguk. Ya! Memang Sofia layan aku dengan baik. Tapi, kebaikan sahaja tak cukup untuk mencipta sebuah bahagia.
"Kenapa ma? Ada apa-apa yang tak kena ke?"
Kali ini Datin Yani menggeleng. Tapi, riak wajahnya sugul. Mengenali Datin Yani, Zaril pasti ada sesuatu yang cuba dia sembunyikan.
"Ma... Kalau mama risau tentang hidup dan hubungan Zaril, mama lupakanlah. Serius, Sofia perempuan baik dan layan Zaril dengan baik."
Mama senyum. Tapi kenapa aku perasan tiada riak lega di wajahnya?
"Kalau Zaril bahagia..." Bicara Datin Yani mati di situ dan matanya terhala ke satu arah. Pantas Zaril pusing mengikut arah matanya. Kelihatan Sofia sedang melangkah ke arah mereka.
Dengan rambut yang berikal kemas dan berdress paras lutut membalut tubuh, Sofia nampak betul-betul anggun.
Sofia duduk di antara Zaril dan Datin Yani.
"Pia tak balik lagi?"
Sofia diam tidak menjawab sebaliknya mata memamah wajah Zaril. Apa kes pulak ni?
"Driver Pia tak sampai lagi ya?" Datin Yani bertanya lagi.
Diam lagi.
Kemudian Datin Yani bangkit berdiri.
"Mama nak tengok Papa buat apa kat bilik kerja." Tanpa menunggu jawapan Zaril, Datin Yani terus berlalu pergi.
Zaril yang melihat reaksi Datin Yani dan Sofia ini terasa pelik menjentik hati.
Sofia kemudian mencodongkan badannya ke arah meja. Kedua tangan disilang menjadi alas untuk dia meletakkan kepala di atas meja tersebut. Wajahnya mengiring ke arah Zaril dan memandangnya tanpa kelip.
Zaril yang melihat tingkahnya jadi serba salah. Dah rupa macam orang sakit jiwa pun ada juga.
"Pia..."
"Aunty dah tahu hal kita." Sofia memintas buat Zaril terdiam beberapa saat, cuba mencerna apa maksud di sebalik ayatnya itu.
Adakah sikap pelik mama tadi berkaitan dengan 'tahu hal kita' yang Sofia sebutkan tadi?
"Maksudnya?" Zaril ingin kepastian.
"I dah ceritakan semuanya. Perasaan dan cinta sebenar you pada I. Juga kecurangan you dengan perem... Whops! Dhia."
Mata Zaril terus membulat besar.
"Dah tu, mama cakap apa?"
"Yang sebenarnya, mama dah tahu lama. Tapi mama tak nak hebohkan sebab tak mahu orang sekeliling bercerita. Tapi bila tengok keadaan I dan mendengar rintihan I, mama rasa bersalah."
Serius, Zaril sudah kehilangan kata. Hanya diam memandang Sofia.
"Aunty minta maaf. Dan sekarang aunty macam salahkan diri sendiri." Satu persatu cerita keluar dari bibir Sofia. Kepalanya masih melentok di atas meja beralaskan lengan sendiri.
"Pia..." Zaril jadi hilang kosa kata buat beberapa detik.
"Look, you dengar sendiri pengakuan I... I tak curang dengan you. Dhia dengan I tak ada apa-apa hubungan pun... Cuma, I tak boleh cintakan you macam mana you cintakan I. I... I yakin you boleh dapat yang lebih baik dari I..."
"Masalahnya hati I ni hanya nak you, Zaril." Sekali lagi sofia memintas bicara Zaril.
"I tak cintakan you, Pia. Please... Faham I."
"I tak nak faham pun... I cuma takkan putus asa untuk dapatkan you balik... DAN kalau I tak dapat you... Dhia pun takkan dapat you... you jangan menyesal tau."
"Okey! Sekarang ni I nak tanya you... Kenapa you beria-ria nak dapatkan I? YOU betul-betul ikhlas ke cintakan I?"
Tanpa menjawab soalan Zaril, Sofia bangkit berdiri dan terus pergi. Memanglah perangai Sofia boleh buat orang nak cepuk aje...
Share this novel