TERCUNGAP-CUNGAP Farhan dan Iskandar selepas sampai di dorm. Tanpa membuang masa, mereka pergi ke bilik stor untuk selamatkan Naura.
Mereka masuk ke bilik stor dan terkejut melihat Naura diikat. Naura didekati. Ikatan cuba dibuka oleh mereka namun tidak sampai sesaat, kepala mereka diketuk secara serentak dari arah belakang. Mereka pengsan di sebelah Naura.
SELESAI menguruskan mangsa mereka, mereka meneruskan kerja utama mereka. Wati memberikan mancis kepada Dayana. Dayana menghendap ke belakang bilik dorm lalu dia menyalakan mancis. Mancis itu dilontarkan ke dalam bilik dorm itu. Dan api mula merebak ke setiap sudut bilik itu.
Dhia sedang bermundar-mandir terhenti. Dia terbau asap yang kuat. Dia memerhatikan sekeliling bilik dan bagai mahu gugur jantungnya apabila melihat langsir bilik telah terbakar. Bila-bila masa sahaja api boleh merebak.
Dhia terus mendekati pintu. Pintu diketuk kuat.
"Tolong! Ada sesiapa tak kat luar tu? Tolong saya! Ada api dalam bilik ni. Tolo..."
Dhia mula terbatuk-batuk. Mana tidaknya, asap mula memenuhi ruang bilik ini. Dan akhirnya, dia terduduk di hadapan pintu kerana nafasnya juga mula sesak. Matanya semakin kabur lalu semuanya menjadi gelap.
DALAM masa yang sama, Iskandar tersedar dari pengsan. Dia mengaduh sakit akibat belakangnya diketuk. Dia bangun dengan perlahan, dia melihat Farhan masih tidak sedarkan diri. Naura!
Dia terlupa tentang Naura sedangkan Naura ada di hadapannya. Dia membuka ikatan Naura dan sellotape di mulutnya.
"Is... Dhia! Dhia terkunci kat dalam bilik dorm. Cepat pergi tolong Dhia."
"Dhia terkunci?! Awak jaga Farhan, saya selamatkan Dhia dulu!" Iskandar terus pergi ke bilik dorm.
Wati dan Dayana perasan Iskandar sudah sedar, cepat-cepat mereka sembunyi di belakang bilik dorm. Takut tembelang mereka pecah.
Iskandar berlari menghampiri pintu. "Dhia! Awak ada dalam tu ke? Dhia jawab!" Kesenyapan Dhia membuat dirinya risau bukan kepalang.
Iskandar berfikir sejenak, kemudian dia terus berlari menuju ke pejabat. Dia berharap pejabat masih belum ditutup. Kalau tidak, hanya ada satu cara sahaja untuk selamatkan Dhia. Dia terpaksa memecahkan pintu dorm tersebut.
ISKANDAR sampai di pintu bilik pejabat. Dia bernasib baik pejabat masih belum ditutup. Dia terus menghampiri kaunter pertanyaan.
"Assalamualaikum miss, saya Iskandar. Saya pelajar last year... kawan saya terkunci dalam bilik dorm dia... Jadi, boleh tak kalau saya nak minta kunci pendua, nak bukak." jelas Iskandar kepada petugas di situ.
"Waalaikumusalam. Oh ye ke? Bilik nombor berapa ya? Blok?" soal petugas itu.
"Bilik nombor 4, blok C."
"Okey... tunggu sekejap ek?" Iskandar mengangguk. Dia meramas-ramas jari jemarinya. Hatinya semakin risau memikirkan keadaan Dhia.
"Ini kuncinya." Petugas itu memberikan kunci itu kepada Iskandar.
"Terima kasih miss." Iskandar mengambilnya dan terus berlalu menuju ke bilik dorm itu semula.
Sampai sahaja, kelam-kambut Iskandar membuka pintu. Sewaktu dia hendak menolak pintu itu, terasa berat untuk menolaknya. Iskandar menolak sekuat yang boleh dan masuk ke dalam.
"Ya Allah, Dhia!" Iskandar terus menghampiri Dhia yang pengsan di sebalik pintu itu.
"Awak! Bangun awak!" Tekak Iskandar juga terasa pedih kerana menghidu asap terlalu banyak.
Iskandar sebersalah untuk mendukung Dhia keluar tapi situasi ini memaksa dia melakukannya.
Iskandar mendukung Dhia sehingga menuju ke kereta Farhan. Dhia dimasukkan ke dalam perut kereta. Setelah itu, Iskandar mengeluarkan telefonnya di dalam poket seluar dan menghubungi Farhan.
Tetapi talian dapat disambungkan. Iskandar membuat keputusan untuk menghantar Dhia ke hospital dahulu. Dia akan menghubungi Farhan semula apabila tiba di hospital nanti.
Share this novel