HDI 18

True Story Completed 65593

KELIHATAN Dhia berjalan di celah-celah kelibat jemaah masjid. Dari seorang jemaah ke seorang jemaah dia menyapa. Sesekali dia berbual dengan jemaah perempuan. Sehinggalah dalam sibuk dia berbual di situ, tiba-tiba terdengar satu suara yang sangat dia kenali.

"Dhia!"

Sepantas kilat Dhia berpaling ke arah suara itu. Kelihatan Zaril dengan berbaju kurta lengkap berkopiah. Demi terpandangkan wajah abang Zaril, air mukanya berubah terus. Dhia pantas bergegas meninggalkan kumpulan jemaah. Dia tak ingin berjumpa dengan Zaril.

Melihat Dhia melarikan diri, Zaril segera mengejarnya. "Dhia!"

Dhia buat-buat tak dengar. Dia masih betul-betul kecewa dengan penipuan Zaril terhadapnya.

"Dhia!" Zaril memanggil lagi.

"Pergi!" getus Dhia.

"Dhia, nanti!"

Namun Zaril pantas menarik tangan Dhia supaya berhenti. Tapi Dhia pantas merentap kembali lengannya.

"Jangan peganglah! Dhia bukan mahram abang!"

Zaril mengeluh panjang. Dia tahu kenapa Dhia bengang dengannya. Mata Zaril liar pandang sekeliling. Kalau boleh dia tak mahu ada orang perasan akan kemunculannya di situ. Takut menimbulkan fitnah.

"Look, abang minta maaf okey?"

Dhia menyindir, "minta maaf untuk apa? Abang bukan ada dosa dengan Dhia pun."

Zaril tersentak mendengar sindiran itu. Dia kehilangan kata seketika. "Faham."

"Faham apa?" jegil Dhia.

"Faham kalau Dhia marahkan abang. Memang salah abang pun."

"Abang nak apa cari Dhia?" tanya Dhia.

Zaril mengeluh panjang sebelum berkata, "abang nak jelaskan tentang Sofia."

Bibir Dhia mencebik sinis. "Abang tak payah susah-susah nak jelaskan apa-apa pada Dhia. Dhia tak kesah pun."

Zaril segera meningkah. "Tapi Sofia serang Dhia, kan?"

"Ya! Memang Sofia serang Dhia! Tapi Dhia lagi kecewa dengan abang sebab tak terus terang tentang status abang tu. Yang abang tu dah berTUNANG." Dhia menyembur marah membuatkan Zaril terdiam.

"Sekali lagi abang minta maaf kalau abang tipu Dhia. Abang... Abang sebenarnya ingat status abang tu tak penting... Sebab abang dipaksa dalam perhubungan ni. Kami dijodohkan oleh keluarga kami. Hakikatnya, hati abang bukan untuk Sofia. Abang setuju hanya kerana mama. Itu aje..."

Sekarang Dhia pula terdiam. Dia faham isu itu. Tiba-tiba Zaril berkata, "Dhia."

Dhia angkat muka memandang abang Zaril.

"Hmmm?"

"Jom makan? Abang lapar."

Dhia tersenyum dan menjawab. "jom."

Dan mereka bergerak menuju ke kereta Zaril.

DI gerai cucuk-cucuk, Zaril dan Dhia duduk semeja. Berbual rancak. Dhia paling banyak bercerita. Manakala Zaril kelihatan sedikit serba salah. Tapi dia tidaklah begitu peduli. Perlahan-lahan Adam mula merasa yakin dengan perasaannya terhadap Dhia. Juga keputusan tentang hubungannya dengan Sofia.

SOFIA memandu kereta dengan perasaan geram. Benaknya asyik teringatkan reaksi bosan Zaril setiap kali dia ajak keluar bersama. Juga reaksi mesra Zaril setiap kali berjumpa dengan Dhia.

Mengingati semua itu, semakin membuatkan Sofia merasa geram dengan tunangnya itu.

"Patutlah kau tolak pelawaan aku. Pasal perempuan kampung tu rupa-rupanya!" bisik Sofia kepada diri sendiri. Namun hatinya semakin panas apabila tersedar yang dia tak tahu perasaan sebenar Zaril terhadap Dhia.

"Tapi apa perasaan Zaril pada Dhia? Takkanlah Zaril..." Sofia tak sanggup menyuarakan telahannya. Sudahnya dia berteriak melepaskan tekanan dalam dada.

"Arghhh!"

Hatinya betul-betul panas malam itu. Kereta yang dipandunya terus meluncur laju.

HABIS kelas pertama, ada waktu senggang yang agak lama kerana kelas seterusnya hanya selepas makan tengah Hari. Makanya, Naura ajak Dhia makan di luar kampus.

Maklumlah, sejak menjadi penuntut UITM Dhia memang tiada masa untuk memasak. Kedai mamak berhadapan dengan kampus itulah menjadi tumpuan mereka menapau makanan.

Pada masa yang sama, Dhia bersyukur kerana masih dapat bersama-sama belajar di kampus ini dengan Naura. Cuma kini kami mempunyai kawan baru, Wati. Azrinam pula tidak ikut sama kerana mendapat tawaran belajar di UKM.

Rasa macam nak makan nasi arab. Jadinya, Naura membawa Dhia ke Restoran Nasi Arab Seksyen 7 Bangi.

Sebaik memarkir Mini Cooper milik Naura di depan restoran tersebut, Dhia terpaku di tempat duduk penumpang.

Langkah seseorang yang dia kenal keluar dari restoran tersebut beriring dengan seorang lagi perempuan yang dia agak sama baya dengannya menjadi perhatian matanya.

Sofia...

Langkah Sofia terhenti dan matanya terarah ke cermin tingkap Mini Cooper yang dipandu oleh Naura. Kemudian, dia melangkah datang ke arah pintu penumpang memaksa dia keluar.

"Apa tarik-tarik orang ni?! Lepaslah!" sergah Dhia dengan nada tidak puas hati.

"Kau diamlah! Aku dah lama tunggu nak bersemuka dengan perempuan kampung yang tak tahu malu macam kau ni!"

"Saya ke Cik Sofia yang tak tahu malu?" Tenang saja Dhia menyoal, sengaja mahu menambah rasa marah dia.

"Kaulah yang tak tahu malu! Rampas tunang orang, tu bukan 'perempuan tak tahu malu'?" Kali ini dia mencebik sinis pula.

"Saya tak pernah rampas tunang Cik Sofia. Tunang Cik Sofia yang nak kat saya. Saya tak boleh nak halang tunang Cik Sofia daripada nak kan saya. Betul tak Cik Sofia?" Dhia gelak-gelak buat dia sakit hati.

Malas hendak layan, Dhia tutup pintu kereta dan melangkah untuk masuk ke restoran. Tujuan dia datang ke sini untuk makan, bukan nak cari gaduh.

Namun, Langkahnya terhenti apabila Sofia sentap lengannya kasar.

"Kau rampas Zaril." Dia bersuara perlahan, nada geram dengan gigi dikacipkan.

Dhia cuba leraikan pegangan Sofia di lengannya tetapi dia makin kuat mencengkam sehingga menyakitkan. Naura dan perempuan yang menemani Sofia hanya menjadi pemerhati.

"Hanya aku seorang yang layak bersama dengan Zaril." Dia bersuara lagi.

Geram sebab lengannya dah sakit dengan cengkaman Sofia, dia tolak tubuh Sofia sehingga terundur beberapa langkah ke belakang.

"Bodoh!" Dia meluru ke arah Dhia, tapi takkanlah dia nak biarkan saja. Belum sempat Sofia berbuat apa-apa, dia dah libas tote bag yang tersangkut di bahu tepat mengena pipi Sofia sehingga dia menjerit kuat sambil memegang pipi sendiri.

Aku peduli apa dia tunang abang Zaril sekalipun. Siapa yang suruh usik aku dulu.

Saat yang sama, Naura sudah datang mendekati Dhia, memegang tangannya untuk menenangkan keadaan.

Manakala perempuan yang menemani Sofia pula cepat-cepat menarik Sofia yang kelihatannya masih mahu menerkam ke arah Dhia.

"Perempuan murahan! Perampas!!" Sofia meronta agar temannya lepaskan pegangan sambil menjerit.

"Kau jangan kacau aku, aku takkan kacau kau!" Dhia memberi amaran dan terus menarik tangan Naura masuk ke dalam Restoran Nasi Arab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience