TUBUH Maya seolah-olah berada di awanh-awangan. Masih sukar mempercayai apa yang dia lalui sebentar tadi. Hidupnya penuh dengan kejutan demi kejutan. Hari ini, satu-satunya impiannya telah bertukar menjadi kenyataan.
Maya tatap wajah Iskandar yang segak berbaju Melayu serba putih, bersampingkan songket krim berbenang emas. Tenang melangkah menghampirinya.
Iskandar berdiri tenang memandang Maya. Air mata Maya mula mengaburi pandangan.
"Kenapa nangis ni?" tanya Iskandar, perlahan.
"Seronok..." Saat itu juga terdengar suara-suara nakal mengusik Maya. 'Pengantin perempuan menangis kerana gembira sangat.' Itu adalah salah satu kata-kata usikan mereka.
Kamera dari kiri dan kanan mereka tidak putus-putus ber'klik', merakamkan upacara bersejarah ini untuk dijadikan kenangan.
"Abang sayangkan Maya. Terlalu sayang. Maya sepatutnya tahu sejak dulu lagi." bisik Iskandar perlahan sambil menatap mata Maya.
Maya memandang Iskandar dengan penuh rasa kasih. "You love me as much as I love you?" tanya Maya separuh berbisik.
Bibirnya meleret senyuman yang sungguh bermakna. "Siapa lagi yang abang nak sayang kalau bukan Maya?" Maya tersenyum. Malu.
Maya tatap wajah Iskandar dengan penuh cinta. Iskandar tidak tahu betapa dia amat menyayanginya. Kini dia milikku. Milikku abadi.
TADI baru saja habis mesyuarat bersama ketua projek baru yang akan diuruskan syarikat Farhan. Farhan terus masuk ke biliknya. Niatnya yang mahu berehat seketika diganggu ketukan di pintu. Terpacul muka Naim sebaik saja tombol pintu dibuka dari luar.
"Hai... termenung? Ingatkan buah hati ke?" Naim mengusik Farhan yang sedang memandangnya. Naim ni, tak ada kerja lainlah ni.
"Eh tak nampak ke aku tengah pandang kau ni."
"Aku tahu sebelum aku masuk tadi kau termenung jauh mencari wajah si dia." Naim membuat gayanya sekali seperti bersajak.
"Ada-ada jelah kau ni Im." Farhan malas hendak memanjangkan karutan Naim itu.
"Okey lah. Aku straight to the point. Kau nak tak balik KL? For good?"
"Maksud kau?"
Naim berdecit. "Kau ni, Paan. Jawablah dulu soalan aku. Nak tak?"
"Na... Nak!" Farhan menjawab dengan nada ceria. Dia mula berharap.
"Hah...! Kalau nak, aku ada kerja untuk kau. Kat syarikat abang saudara aku."
"Syarikat abang saudara kau? Kerja apa?"
"Yup... Head of marketing. Gaji kau jangan risau. Memang lumayan." Naim menunjukkan tanda bagus pada Farhan.
"Tapi kontrak aku...." Naim terus menepuk meja.
"Biar aku yang uruskan. Ini Naim lah." Farhan tersenyum lebar mendengar kata-kata Naim.
"Terima kasih, Im. Kau jelah sahabat aku yang boleh aku harapkan." ucap Farhan, bersyukur mempunyai sahabat seperti Naim.
"No hal lah. Dulu kau pun selalu tolong aku masa aku sehelai sepinggang. Sekarang biarlah aku ambil alih tugas tu pulak. Eh, kita free sekarangkan. Jomlah aku belanja kau sempena..." Naim ketawa kecil.
"Sempena kau dapat kerja baru!" Naim menyambung, sedikit tinggi nadanya.
Farhan yang sudah bangun dari kerusi menghampiri Naim. Dia menumbuk bahu Naim mesra. Kemudian memeluk tubuh Naim.
"Jom! Aku nak kau belanja aku. Apa ya...?" Farhan membuat aksi berfikir sambil menggosok-gosok dagunya.
"Ha! Mi goreng mamak satu!" Mereka ketawa.
Farhan menarik tangan Naim untuk keluar dari biliknya. Kedua-duanya tersenyum dan berlalu keluar dari pejabat.
RUMAH sudah dikemas dan disusun cantik untuk tetamu istimewa yang akan diraikan. Aneka juadah sudah siap dimasak. Dhia hanya membantu apa yang perlu.
Pada 8.30 malam, kereta milik Zaril masuk ke perkarangan rumah. Tetamu sudah sampai.
"Dhia, pergi tengok-tengok sikit meja makan tu." ujar Datin Yani perlahan. Dhia mengangguk.
Dhia berjalan ke arah ruang makan dan melihat lauk-pauk sudah siap terhidang di atas meja yang berkerusi lapan itu.
Mak Som datang membawa tisu yang diletakkan di dalam bekas khas dan meletakkannya di penjuru meja.
"Air dah siap, mak Som?" tanya Dhia bila melihat hanya gelas sahaja yang kelihatan di atas meja.
"Oh ya. Nanti mak Som ambil." Dhia menarik nafas panjang. Kesemuanya kelihatan kemas dan teratur seperti yang dia inginkan.
"Assalamualaikum..." Suara Zaril kedengaran. Dan salam sekali lagi kedengaran. Suara perempuan.
Di saat Dhia berdiri di ruang tamu, dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia lihat.
"Ibu!" Dhia terus meluru ke arah Hasnah lalu memeluk erat tubuh kecil itu. Dia begitu gembira berjumpa dengan Hasnah setelah sekian lama.
"Anak ibu..." Hasnah mengucup kedua-dua belah pipi Dhia. Mereka menangis kegembiraan.
"Jomlah kita pergi makan. Dah lama nasi tu terhidang. Nanti sejuk, tak sedap." ujar Datin Yani seketika kemudian.
"Jom... jom kita makan terus. Nak borak-borak, boleh borak kat meja makan." pelawa Dato Faizal pula.
Mereka berjalan ke ruang makan yang telah tersedia menantikan kehadiran mereka.
ZARIL sedang menunggu Dhia. Dia memakai kemeja warna biru dan seluar berwarna hitam. Zaril melangkah perlahan-lahan ke arah Dhia.
"Sayang nampak cantik sangat malam ni." puji Zaril. Ikhlas.
"Malam ni je?" Zaril menggeleng. Dia tersenyum meleret.
"Sayang sentiasa cantik di mata abang." Dhia tersenyum malu.
"Sayang..." Dhia memandang Zaril dengan tanda tanya.
"Abang ada suprise untuk sayang. Big surprise."
"Suprise? Apa dia?" tanya Dhia teruja. Zaril meletakkan jari telunjuknya di bibir. Menandakan rahsia.
"Jom ikut abang." Dhia menurut sahaja. Dia dibawa ke belakang rumah.
Mahu terjojol biji mata Dhia memandang belakang rumah dihiasi dengan begitu romantis sekali. Di tengah-tengahnya terdapat sebuah meja khas untuk dua orang.
"Duduk sayang." arah Zaril pada Dhia sambil menarik kerusi, memberi ruang untuk Dhia duduk.
"Apa semua ni, bang?" tanya Dhia. Matanya tidak henti-henti meliar memandang sekeliling.
Zaril ketawa kecil. "Sayang suka?" Dhia mengangguk laju.
Zaril mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sebuah kotak kecil berwarna biru dihulurkan kepada Dhia. Dengan penuh tanda tanya, Dhia mengambilnya.
"Bukak lah." Dhia membuka kotak kecil itu. Dia tergamam melihat seutas rantai berlian di dalamnya.
"Ya sayang... it's yours." Melihat reaksi yang dipamerkan oleh Dhia itu sudah cukup memberitahunya maksud yang tersirat.
"Tapi abang..."
"Malam ni abang tak nak dengar ada tapi-tapi or tak nak. It's just yes." Semerta Zaril bangkit dan menghampiri Dhia.
Dia mengambil seutas rantai berlian itu lalu dipakaikan ke leher Dhia.
"Terima kasih abang. I love you so much." Mereka berpandangan seketika.
Cinta. Satu kata yang mudah disebut namun sukar untuk dimiliki. Perlu ada kesetiaan dan kejujuran.
Begitulah cinta Dhia dan Zaril. Dugaan yang hadir menguatkan cinta mereka. Kesetiaan yang sering diuji mengukuhkan hubungan mereka.
Share this novel