DHIA memberi salam setelah masuk ke dalam rumah. Rumah kelihatan sunyi dan gelap. Ibu tak balik lagi ke? Ibu tidur dekat hospital kot. Tak apalah, aku melawat nenek esok jelah.
Dhia pergi menyegarkan dirinya. Kemudian, dia merebahkan tubuhnya. Dia mahu tidur. Tiba-tiba lenanya terganggu oleh bunyi hempasan pintu.
Dhia membuat andaian bahawa Hasnah sudah pulang dari hospital. Tetapi mengapa ibu hempas pintu? Ibu marahkan aku lagi ke?
Dhia pergi untuk memeriksa keadaan. Saat dia mahu keluar dari bilik, Hasnah sudah berada di muka pintu.
"I.. ibu! Terkejut Dhia. Ibu dah balik rupanya. Erm, nenek macam mana bu? Bila nenek boleh keluar? Dhia rindu nenek." Hasnah hanya membisu. Dia merenung tepat wajah Dhia. Dhia mula risau.
"Nenek boleh keluar esok. Esok biar ibu yang jemput nenek. Pergi tidur, esok nak bangun pagi." Dhia mengangguk sambil tersenyum. Lega rasa hati apabila Nek Timah sudah boleh pulang.
Dhia ingin masuk ke dalam semula tetapi dihalang oleh suara Hasnah.
"Satu lagi, esok kemas rumah ni. Ada orang nak datang." Orang nak datang? Siapa pulak?
"Orang nak datang? Siapa bu?" Soalan Dhia dibiarkan tiada jawapan. Hasnah terus pergi dari situ. Dhia menjadi hairan melihat gelagat Hasnah. Dia merasakan seperti ada yang tidak kena.
Malam itu, Dhia tidak dapat melelapkan matanya. Dia juga tidak sedar bila dia terlena dibuai mimpi.
ZARIL termenung di tepi kolam. Fikirannya terganggu kerana seorang perempuan bernama Dhia Alyssa. Sejak malam semalam, dia tidak boleh berhenti memikirkan keadaan Dhia. Dia begitu risau jikalau ibu Dhia akan melakukan sesuatu terhadapnya. Dia melepaskan keluhan berat.
"Wait. Kenapa aku risau sangat tentang Dhia ek? Dhia tu tak ada kena mengena dengan aku pun. Dhia tu best friend ADIK aku bukan AKU. Jangan-jangan...."
"Jangan-jangan apa?" soal Zahara. Zaril terkejut dek pertanyaan adiknya itu mencemikkan muka. Aku baru nak feeling-feeling, datang pulak minah ni. Kacau daun betul lah.
"Abang, Ara tanya ni. Buat muka pulak!" Zaril hendak pergi meninggalkan tempat itu dihalang oleh pegangan Zahara.
"Eh! Nak pergi mana? Soalan Ara tak jawab lagi." Zaril merentap lengannya dari pegangan Zahara. Dia pergi tanpa mengendahkan Zahara.
"Ish, peliklah abang aku ni. Tiba-tiba je nak marah orang. Buang tabiat ke abang Zaril ni? Hmm, suka hatilah. Malas aku nak fikir. Just waste my time."
Sepeninggalan Zahara, Zaril mengintai di sebalik pintu dapur. Dia menarik nafas lega.
"Nasib baik aku sempat lari. Kalau tak, habis aku." Zaril mengelap dahinya seolah-olah berpeluh. Dia ingin menuju ke bilik terhenti saat melihat kelibat Datin Yani.
"Mam... mama dah lama ke kat situ? Zaril tak perasan lah pulak." Zaril berpura-pura ketawa. Padahal hatinya seperti taufan sedang melanda.
"Kenapa lari dari Ara? Zaril ada apa-apa rahsia ke?" Aduh! Pandangan tajam mama ni yang aku tak boleh handle ni. Fikir cepat, Zaril. Kau goreng je apa-apa. Think! Think! Aha!
"Zaril lari? Mana ada ma. Zaril sebenarnya marah kat Ara tu sebab selalu terkejutkan Zaril. Kalau buatnya Zaril terjatuh dalam kolam, macam mana? Ara tu kena kasi pengajaran ma. Kan ma?"
Datin Yani masih memandang tajam ke arah Zaril. Setelah lama berfikir, riak wajahnya berubah.
"La...sebab tu je? Kamu berdua ni, sehari tak bergaduh tak sah. Dahlah, mama naik atas dulu." Zaril mengangguk. Fuh, lega! Selesai masalah aku.
"Oh ya Zaril. Jangan lupa kenalkan mama dengan Dhia tu ya?" Terkelu lidah Zaril. Tidak mampu menggambarkan perasaannya saat itu. Tidak menyangka bahawa mamanya mengetahui tentang isi hatinya. Datin Yani tersenyum dan menuju ke biliknya.
"You had lose again, Zaril." Rahsia yang ingin disimpan rapi akhirnya terbongkar jua. Dia mengaku bahawa dia tidak pernah dapat sembunyikan apa-apa daripada Datin Yani. Terutama sekali tentang perasaannya.
KRING! KRING!
Bunyi jam berdering menyedarkan Dhia dari tidur. Dia menggeliat sebelum pergi menyegarkan diri.
Sebelum mandi, Dhia mahu menjenguk Hasnah di bilik. Dia mengetuk pintu beberapa kali tetapi Hasnah tidak membuka pintu.
Perlahan-lahan, dia membuka pintu dan mendapati bahawa Hasnah tiada di dalam bilik. Dia hendak menutup pintu ternampak sehelai kertas ditampal di belakang pintu bilik Hasnah. Dia mencabut dan membacanya isi kertas itu.
- Ibu keluar dulu, nak jemput nenek. Kau siaplah, pastikan rumah bersih tau. Aku tak nak orang mengata. Kemas rumah, ingat! -
"Ibu dah keluar rupanya. Tak apalah, aku kemas rumah dululah baru mandi." Dhia mengambil masa satu jam untuk mengemas setiap sudut rumah ini.
"ASSALAMUALAIKUM, DHIA!"
Terdengar laungan orang memberi salam dari luar rumah. Sempat Dhia membetulkan baju kurung cotton pada tubuhnya di hadapan cermin sebelum bergegas keluar dari bilik.
Dhia membuka pintu lalu menjawab salam itu. Dia memberi senyuman mesra kepada mereka. Dia agak terkejut juga kerana begitu ramai yang datang.
Dhia menjemput mereka masuk ke dalam rumah. Dia turut duduk bersama mereka. Tiba-tiba sekujur tubuh berada di hadapannya. Dia berasa hairan. Siapa yang meninggal? Kenapa bawa di sini? Ibu!
Dia berlari mencari Hasnah namun dia berasa lega apabila melihat Hasnah berada di luar rumah.
"Ibu, siapa yang meninggal? Kenapa jenazah tu dibawa ke sini?" Hasnah memandang Dhia. Tanpa disangka, Hasnah menampar pipi Dhia. Dhia tergamam dengan tamparan itu.
"Ibu....kenapa tampar Dhia? Apa salah Dhia?" soal Dhia sambil tangannya memegang pipinya yang sakit.
"Kau nak tahu apa salah kau? Salah kau....kau penyebab mak aku meninggal!" jerkah Hasnah. Dhia tercengang dengan kata-kata ibu.
"Mak... maksudnya jenazah tu nenek?" Hasnah menarik lengan Dhia. Dia membawa Dhia naik ke rumah.
"Buka kain itu. Tengok siapa jenazah tu. Bukalah." Dhia membuka kain itu dengan tangan menggeletar. Jelas wajah Nek Timah disebalik kain itu.
"Nenek!" Dhia terus memeluk jenazah Nek Timah. Air mata deras mengalir. Kenapa nenek tinggalkan Dhia? Dhia tak boleh hidup tanpa nenek. Nenek...!
JENAZAH Nek Timah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Melayu. Dhia duduk di hadapan kubur Nek Timah. Batu nisan yang terpacak pada kubur itu dipegang.
"Nenek, maafkan Dhia sebab Dhia tak dapat jaga nenek dengan baik. Nenek doakan Dhia kuat walaupun nenek tiada di sisi Dhia ya? Dhia janji, Dhia akan tunaikan impian nenek. Dhia janji nek."
Kerana tidak tahan menanggung rasa, Dhia berlalu pergi. Dhia menoleh sebelum meninggalkan tempat perkuburan itu.
Share this novel