RESTORAN AL-JAZEERA
Mereka tiba di restoran tepat jam 11 malam. Mereka bertolak pun selepas isyak, tidak hairanlah. Kereta milik Hasnah diparkir betul-betul di hadapan restoran itu.
Hasnah masuk dahulu, Dhia sekadar mengintil sahaja dari belakang. Mereka berjalan terus ke arah dapur di mana bilik tidur Razlan berada. Razlan membina sebuah bilik kecil di dalam restoran itu. Fungsinya untuk dijadikan ruang rehat, ruang solat sekaligus kedai dapat dijaga.
Hasnah mengetuk bilik Razlan. Tiada jawapan, dia cuba memulas tombol pintu bilik itu tetapi dikunci dari dalam. Dia terus pergi ke dapur untuk mengambil kunci pendua. Dia membuka pintu bilik menggunakan kunci pendua tersebut.
Mahu terjojol biji mata mereka apabila melihat Razlan bersama perempuan lain. Perempuan itu masih berpakaian menjolok mata. Tanpa berfikir panjang, Hasnah terus menerpa suaminya lalu memukul lembut tubuh Razlan.
"Kenapa?! Kenapa abang?! Apa salah Hasnah, abang?!" Hasnah menangis teresak-esak. Dhia juga masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri.
Melihat kebisuan Razlan, Hasnah terus menampar kuat pipi perempuan itu. Dia menarik rambut perempuan itu dengan sekuat hati.
"Kurang ajar kau! Berani kau menggatal dengan suami orang! Mati kau aku kerjakan!" jerkah Hasnah. Dhia dan Razlan yang menyaksikan kejadian itu terus memegang tubuh Hasnah.
"Sabar bu!" Dhia sedaya-upaya menenangkan ibunya yang seperti orang gila itu.
"Lari, Maria!" arah Razlan. Lantas, perempuan itu terus lari, keluar dari restoran itu. Hasnah merentap lengannya daripada pegangan mereka. Hasnah menoleh lalu menampar Razlan sehingga terlihat kesan merah di pipinya.
"Sampai hati kau buat aku macam ni. Kalau kau dah muak dengan aku bagitahu aku! Aku rela diceraikan daripada menjadi isteri kepada lelaki dayus seperti kau! Mulai hari ini, aku tak nak tengok muka kau lagi! Kau lepaskan aku!" kata-kata hamburan dilepaskan.
Tanpa menunggu balasan daripada Razlan, Hasnah terus menarik lengan Dhia. Dhia menurut sahaja.
Hasnah memandu kereta meninggalkan restoran itu. Dhia tidak henti-henti mengalirkan air mata. Dhia terlalu sedih dan tidak menyangka bahawa disebalik kelembutan ayahnya rupanya tersimpan seribu rahsia. Hasnah usah ditanya, dia turut mengalirkan air mata.
Hasnah membuat keputusan untuk bermalam di sebuah hotel kerana sudah larut malam. Keadaan dirinya juga tidak mengizinkannya untuk memandu. Dia perlu menenangkan dirinya dahulu.
"Ya Allah, ampunkanlah dosa ayahku. Sejahat mana pun dia, dia tetap ayahku. Aku sayang dia." Doaku di dalam hati.
DUM!
Pintu kereta dihempas kuat. Mereka tiba di rumah pada pukul 8 pagi. Selepas subuh kami mereka terus bertolak, Hasnah tak sabar mahu mengadu kepada Nek Timah tentang kejadian semalam.
Mereka melangkah masuk. Nek Timah terlihat sedang sibuk melipat kain di ruang tamu. Belum sempat nenek membuka mulut, ibu mencelah terlebih dahulu.
"Mak tahu tak apa yang Razlan dah buat pada Hasnah?" Turun naik nafas Hasnah menahan amarah.
"Buat apa?" Nek Timah sudah berkerut seribu. Tiba-tiba sahaja anaknya melenting. Semalam beria-ria nak beri kejutan kepada Razlan.
"Dia curang dengan Hasnah, mak! Dhia ni saksi bapak dia curang." Nek Timah menoleh ke arah Dhia. Dhia hanya menunduk memandang lantai.
"Curang? Dia curang dengan siapa? Kenapalah Razlan buat perangai lagi?" Nek Timah menggelengkan kepalanya. Menantunya itu memang kaki perempuan. Sebelum kahwin lagi, Razlan itu dikelilingi oleh perempuan. Ingatkan sudah berubah.
"Ya mak. Entah perempuan mana dia curang. Hasnah ingat dia dah berubah rupa-rupanya tak. Dia masih lelaki yang sama, kaki pompuan." Nek Timah mendekati Hasnah. Dia memeluk erat tubuh anaknya itu. Bahu Hasnah dielus lembut.
"Sabar ya, nak. Mak tahu kamu kuat. Kalau Razlan tak mahu bincang secara elok, kita pergi makhamah ye?"
Akhirnya, Hasnah tenang dalam pelukan Nek Timah. Betul lah orang kata, pelukan seorang ibu itu ajaib. Boleh menghilangkan segala derita dan sakit seorang anak.
"Aku masih menunggu pelukan itu dari ibu." Getus Dhia.
RAZLAN melangkah longlai masuk ke dalam rumah. Dia menghempaskan punggung ke atas sofa. Dia meraup wajahnya.
"Apa aku nak buat ni?" tanya Razlan pada diri sendiri. Kesal. Satu kata yang cukup menggambarkan perasaannya saat ini.
Dia mengaku bahawa dia curang tetapi ada sebabnya. Sepanjang perkahwinan dia dan Hasnah, dia langsung tidak mendapat layanan seorang isteri. Hasnah sering membebel kepadanya setiap kali pulang dari kerja. Setahun, dua mungkin boleh bertahan, ini sudah berpuluh tahun dia bersamanya. Dia sudah tidak mampu lagi.
Dia menjalinkan hubungan sulit bersama Maria dua tahun yang lepas. Maria mengisi kekosongan di hatinya. Mereka bercadang untuk menghalalkan hubungan pada hujung tahun ini. Namun, semuanya musnah. Hasnah sudah mengetahuinya. Permintaan Hasnah untuk bercerai lebih mengusutkan fikirannya.
Cinta dan sayang pada Hasnah tak pernah mati.
Walau apa pun jadi, dia takkan menceraikan Hasnah.
Dia tidak mahu berpisah dengan Hasnah. Dia juga tidak mahu kehilangan Dhia, satu-satunya zuriat mereka, tanda cinta mereka.
"Abang takkan ceraikan Hasnah hingga akhir nafas abang. Maafkan abang, Hasnah." Air mata sudah membasahi pipinya.
DHIA duduk termenung di birai katil. Sejak semalam, dia tidak dapat menyingkirkan kejadian malam semalam dari benaknya. Sukar untuk dia melupakan apa yang Razlan sudah lakukan kepadanya dan Hasnah. Apa salah kami, ayah? Kenapa ayah curang dengan ibu?
Pintu dikuak dari luar, Dhia segera menyeka air matanya di pipi. Dhia berpaling ke belakang, dia tersenyum ke arah Nek Timah.
"Dhia masih fikirkan tentang ayah?" tanya Nek Timah. Dia melabuhkan duduk di sebelah Dhia.
"Tak adalah nek."
"Nenek nampak Dhia menangis. Kalau Dhia tak sedih memikirkan ayah, Dhia sedih sebab apa?"
"Dhia bukan sedih sebab ayah, Dhia sedih tengok ibu sedih."
"Dhia, pandang nenek." Lambat-lambat, Dhia memusingkan tubuhnya menghadap Nek TImah.
"Dhia kena kuat, ya? Ibu perlukan Dhia, Dhia janji dengan nenek jangan sesekali benci pada ayah. Jahat mana pun dia, dia tetap ayah Dhia."
Dhia terus memeluk erat Nek Timah. Dhia mahu menangis sepuas-puasnya kerana selepas ini tiada lagi tangisan kesedihan. Dia berjanji untuk tidak membenci ayahnya. Cuma dia terkilan dan marah atas perbuatan Razlan.
"Dhia janji nek. Dhia takkan benci ayah. Dhia pun akan selalu ada di samping ibu." Makin kejap Nek Timah memeluk Dhia.
Ibu, Dhia akan selalu ada dengan ibu. Dhia sayang ibu, kasih Dhia pada ibu tak pernah hilang walaupun sedetik.
Share this novel