HDI 34

True Story Completed 65593

SEMUA ahli keluarga Zaril sedang bersarapan di meja makan. Masing-masing menikmati makanan. Tiba-tiba terlintas di fikiran Zaril untuk memberitahu perkara yang dibincangkan dengan Hasnah semalam.

Zaril meletakkan sudu dan garfu ke tepi dan berdehem.

"Ma, pa and Ara... Zaril nak cakap sikit ni."

"Apa dia?" tanya Dato Faizal.

"Okey, semalam Zaril jumpa dengan mak Dhia..."

"What?! Abang pergi jumpa mak Dhia? Asal tiba-tiba bang?" Zahara mencelah.

"Zaril jumpa dengan mak Dhia sebab... Zaril nak lamar Dhia."

"Lamar Dhia? Zaril cintakan Dhia? Kenapa mama tak tahu pun tentang perkara ni?" tanya Datin Yani, terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh anaknya itu.

"Yes ma... Zaril cintakan Dhia sejak pertama kali Zaril kenal dan jumpa dengan Dhia. I'm sorry ma... but Zaril tak bagitahu because Zaril tak nak mama rasa bersalah... jodohkan Zaril dengan Sofia."

"Jadi, apa kata mak Dhia?" Dato Faizal pula yang bertanya. Semakin hangat topik ini.

"Mak Dhia kata, dia setuju kalau Dhia kahwin dengan Zaril. But... Zaril kata, Zaril nak Dhia yang setuju baru proceed."

Mereka bertiga mengangguk-angguk, tanda faham.

"Tapi abang sendiri tahu kan yang..."

"Tahu... But, still. Kalau ada jodoh tak ke mana. Right?" potong Zaril.

"Zaril dah fikir masak-masak soal ni? Perkahwinan bukan perkara yang main-main tau. Zaril akan jadi ketua keluarga dan suami. Zaril akan pikul tanggungjawab yang besar lepas kahwin nanti." nasihat Datin Yani kepada anaknya. Risau juga dia kalau-kalau Zaril hanya ikutkan hatinya saja tanpa memikirkan kesannya.

"Mama jangan risau... Zaril dah fikir masak-masak sebelum Zaril buat keputusan ni. Zaril serius nak jadikan Dhia sebagai isteri. Lagipun, lagi cepat kami menghalalkan hubungan... kami dapat elakkan maksiat. Right?" tenang sahaja Zaril menjawab. Aku memang cintakan Dhia. Aku tak pernah lupakan dia walau sesaat meskipun Dhia jauh dari aku.

"Kalau macam tu... papa on je. Yang penting kamu boleh jadi suami yang baik untuk Dhia nanti." sokong Dato Faizal. Dia tidak kisah siapa pun yang ingin Zaril kahwini. Kebahagiaan Zaril adalah keutamaannya. Dia juga sukakan Dhia jadi menantunya. Siapa saja yang tidak suka bermenantukan perempuan sebaik Dhia.

"Ara pun sokong gak but... Ara nak abang ingat satu perkara."

Zaril membuat mimik muka menyoal kepada Zahara.

"Abang jangan terlalu berharap yang Dhia akan terima abang sebab... Ara tahu betapa dalamnya cinta Dhia terhadap Iskandar. Sama jugak dengan Iskandar." Dia tidak mahu Zaril terluka di kemudian hari. Dia juga tak mahu Dhia terpaksa kahwin dengan Zaril sedangkan hati dia untuk Iskandar.

Mak cik Hasnah tu bukan boleh percaya sangat. Tak pasal-pasal dia suruh si Dhia tu kahwin jugak dengan abang aku.

"Insya-Allah, tak ada. Abang reda kalau betul kami tak ada jodoh. Yang penting, jangan putus asa sebelum mencuba." Zaril menjongketkan sebelah keningnya.

"Main-main ek? Tumbuk kang..." Zahara menayangkan penumbuk ke muka Zaril.

Datin Yani dan Dato Faizal ketawa kecil. Geli hati melihat gelagat dua beradik ni. Mereka macam balam dengan ketitir. Kalau mereka berjumpa, memang tidak sah, kalau tidak berperang mulut. Ada saja yang hendak mereka tengkarkan.

Zaril melepaskan nafas lega. Akhirnya apa yang dipendam selama ini dibongkarkan. Tidak perlu lagi dia berpura-pura di hadapan keluarganya. Kerana berpura-pura itu sangat menyeksakan.

PENUH kedua tangan Iskandar menjinjing beg plastik berisi barangan dapur. Dia saja menawarkan diri untuk membeli barangan ini semua. Inilah gunanya ada anak lelaki kan? Anak tunggal pulak tu. Kalau bukan aku siapa lagi?

Iskandar berjalan menuju ke keretanya dan plastik-plastik tersebut diletakkan ke dalam bonet. Setelah itu, dia masuk ke dalam perut kereta.

Baru saja enjin dihidupkan, cermin keretanya diketuk. Dia menoleh ke kanan. Seorang lelaki sedang membongkokkan dirinya, memandang wajahnya. Lelaki itu memberi isyarat supaya Iskandar keluar dari kereta.

Siapa pulak ni? Nak minta tolong kot...

Iskandar keluar dari perut kereta. Dia berdiri berhadapan dengan lelaki itu.

"Ya encik, ada apa?" tanya Iskandar.

"Maaf ya encik..."

"Iskandar..."

"Haa... encik Iskandar. Saya minta maaf tapi saya nak minta tolong sikit ni. Kereta saya rosak kat seberang jalan tu... boleh tolong tengokkan tak?" jelas lelaki itu.

"Boleh-boleh. Saya matikan enjin sekejap ek?"

"Baik encik. Terima kasih encik."

"Tak apa... jom." Mereka bergerak ke kereta lelaki itu selepas enjin dimatikan.

Sampai di depan kereta lelaki itu, lelaki itu segera menunjukkan di mana kerosakan itu berlaku.

"Hmm... oh... bateri kereta encik ni dah habis."

"La... ye ke? Saya tak perasan pulak... dah lama tak servis." Lelaki itu kelihatan gelisah.

"Kenapa ni encik, gelisah semacam aje?"

"Encik... saya ada emergency ni. Saya kena sampai hospital secepat yang mungkin. Anak saya masuk hospital."

"Anak encik masuk hospital? Tak apa encik... biar saya hantarkan encik pergi hospital ek?" Pelawa Iskandar, simpati.

"Eh tak apalah encik... menyusahkan encik aje. Ni pun dah menyusahkan. Tak apalah encik..."

"Tak ada susahlah... saya ikhlas nak tolong. Macam ni, encik ambil barang-barang encik dulu... saya tunggu kat kereta saya ya?"

"Tapi encik..."

"Tak apa... saya tunggu kat kereta ek?" Iskandar pergi dari situ tanpa menunggu balasan dari lelaki itu.

Iskandar bersandar di depan pintu keretanya sementara menunggu lelaki itu. Sedang menunggu, tiba-tiba mulutnya dicekup. Dan akhirnya, semuanya gelap.

SEJAK tadi, Dhia menghubungi Iskandar tapi tidak berjawab. Dhia ada juga menghubungi Farhan untuk menanyakan keberadaan Iskandar namun nihil. Dia juga tidak tahu di mana Iskandar setelah pulang dari pasar raya.

"Tak dapat lagi ke call boyfriend kau tu?" Hasnah senyum sinis. Dia sudah agak lelaki seperti Iskandar itu tidak serius dengan Dhia. Luaran sahaja sudah nampak kepribadiannya.

"Tak... tapi Dhia rasa phone dia rosak kot. Tu yang tak dapat call..." Dhia cuba berfikiran positif. Dia tidak mahu membuat kesimpulan sebelum tahu kebenarannya.

"Ya-ya je phone rosak. Semalam elok pulak dia balas WhatsApp kau?" Dhia membungkam. Tidak tahu mahu kata apa. Semuanya ada kemungkinan.

"Tapi... kau kena ingat. Kalau dia tak datang malam ni... kau kena kahwin dengan Zaril. Tak kira kau suka atau tidak. Faham?" Hasnah memberi peringatan kepada Dhia.

"Bu... Dhia nak tanya sikit boleh?"

"Tanya ajelah... apa dia?"

"Kenapa ibu beria-ria nak Dhia kahwin dengan abang Zaril? Bukan ibu tak suka ke dengan abang Zaril?" tanya Dhia. Ya, aku berasa hairan kenapa ibu nak sangat aku kahwin dengan abang Zaril? Padahal hari tu ibu pukul aku dengan teruk sebabkan abang Zaril juga.

"Kau ingat aku suka dia jadi menantu aku? Aku cuma nak harta dia je... Dia tu kaya raya... bapak dia jutawan. Gila ke apa aku nak lepaskan peluang yang dah ada depan mata?" Hasnah menjawab dengan selamba.

"Ibu... tak baik buat macam tu. Keluarga abang Zaril tu dah banyak tolong kita. Dhia tak nak... Dhia tak nak kahwin dengan abang Zaril kalau inilah niat sebenar ibu." Dhia membantah kata-kata ibu. Dia takkan sesekali mempermainkan perasaan seorang lelaki yang baik seperti Zaril. Takkan sesekali.

"Kau cakap apa? Tak nak kahwin? Kau melawan cakap aku?" Hansnah mendekati Dhia. Lalu, ditampar-tampar pipi Dhia.

"Ibu..."

"Apa?! Tadi, sungguh-sungguh kau mulut kau tu melawan cakap aku. Sekarang ni, kenapa? Cakaplah lagi."

"Sikit-sikit nangis... itu jelah yang kau tahu." Hasnah berpura-pura meludah, menyampah dengan reaksi Dhia.

"Dhia... Dhia minta maaf."

"Minta maaf konon? Pergi mampuslah dengan maaf kau tu." Hasnah sudah mengangkat kaki untuk pergi.

"Bu..." Dhia menahan.

"Apa lagi?!" Hasnah memusingkan badannya memandang Dhia.

"Dhia... Dhia akan kahwin dengan abang Zaril. Dhia... janji." ujar Dhia, terpaksa.

"Tak payah! Aku ni kan jahat... kau je suci murni kan?!" perli Hasnah.

"Tak... Dhia janji. Sumpah..." Dhia teresak-esak menangis.

"Betul ni? Kau janji?" Dia mengangguk laju.

"Okeylah... kalau betul si Iskandar tu tak datang, kau kena kahwin dengan Zaril."

"Baik bu..."

"Okeylah... aku masuk bilik dulu." Hasnab masuk ke biliknya, meninggalkan Dhia kesedihan di situ.

Dhia duduk memeluk tubuh. Menangis dan terus menangis. Tidak tahu apa bakal terjadi dan siapa yang akan dia nikahi. Sama ada orang yang dia cinta atau lelaki yang dia anggap seperti abang kandung.

Ya Allah, hanya kau saja Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Bantulah aku untuk sentiasa reda dengan ketentuanMu. Aamiin. Doa Dhia di dalam hati.

CAHAYA lampu menusuk ke dalam mata Iskandar. Perlahan-lahan Iskandar mengedarkan pandangan ke sekeliling. Dia berada di sebuah gudang lama. Dia memegang kepalanya, pening. Dia teringat semula apa yang terjadi.

"Encik Iskandar dah bangun?" tanya seorang wanita.

Suara itu seperti dia kenal. Dia menoleh ke arah suara itu. Wati?

"Kenapa? Terkejut tengok aku?" Wati mendekati Iskandar. Wajahnya didekatkan.

"Kau nak apa dari aku? Nak balas dendam?" Tajam Iskandar memandang Wati.

"Ya... aku nak balas dendam... kat kau."

"Kau nak bunuh aku?"

"Oh my god! You are so intelligent! I'm impressed."
Wati bertepuk tangan.

"Bunuhlah aku... tunggu apa lagi?"

"No... aku takkan senang-senang bunuh kau. Aku nak bunuh kau depan kekasih hati kau, Dhia."

"Kau jangan apa-apa dia. Kalau tak aku bunuh kau..." Iskandar mengetapkan gigi.

"Wow! Marah... but I don't afraid."

"Aku akan dapatkan apa yang aku nak. No matter what happen. Faham?"

"Kau ni..." Iskandar mahu mencekik leher Wati namun Wati lebih pantas bertindak. Dia menyuntik di leher Iskandar dengan jarum.

"Ah!" Iskandar mengerang sakit akibat disuntik oleh Wati. Dia memegang lehernya sehingga rebah ke lantai. Sekali lagi, dia pengsan.

Wati tersenyum puas. Bukan senang nak hapuskan aku. Aku ni licik, takkan senang-senang mengalah.

"Hahahaha!" Wati ketawa kuat, bergema gudang itu dengan gelak tawanya.

"Bodoh!" Wati menyumpah Iskandar sebelum keluar dari gudang tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience