HDI 20

True Story Completed 65593

DI dalam bilik, Iskandar bersandar di kepala katil. Memandang kosong ke arah dinding. Benaknya asyik terbayang wajah tulus dan manis seorang gadis yang baru dikenalinya pagi tadi. Dhia.

Tidak tahu mengapa hatinya berdengup kencang saat terpandang wajah Dhia. Seperti muncul satu aura yang menariknya kepadanya. Apakah cinta atau sekadar kebetulan?

Saat dibuai angan, pintu biliknya diketuk. Iskandar turun dari katil dan pintu dibuka.

"Kau rupanya. Ada apa?" tanya Iskandar apabila wajah rakan sebiliknya, Farhan menerpa di muka pintu.

"Uish... Garangnya. At least, bagilah aku masuk dulu."

Iskandar masuk ke bilik diikuti dengan Farhan. Mereka sama-sama melabuh duduk di pinggir katil.

"Aku datang ni nak tanya something dekat kau."

"Tanya apa?" soal Iskandar, musykil.

"Erm... Sebenarnya... Kau dengan budak junior, Wati tu... Ada apa-apa ke?"

"Apa kau merepek ni? Mana ada. Aku kawan je dengan dia. Asal kau tiba-tiba tanya ni?"

Farhan mengurut dada tanda lega. Dia menjawab, "Aku bukan apa, Is. Student senior semua kecoh yang kau dengan Wati tu couple. Yelah, kau orang asyik sama-sama je."

"Dia orang tu cemburu kan aku sebab aku hensem. Kau tak yah fikirlah pasal tu lagi... Buat pening kepala aje. Dah lah aku nak tidur."

Tanpa menunggu respon dari Farhan, Iskandar merebahkan tubuhnya ke atas katil. Matanya ditutup rapat.

Farhan rasa lega dengan jawapan Iskandar itu. Dia cuma risau kalau perkara dua tahun lepas berulang kembali.

Dengan sendirinya, Farhan menutup pintu dan lampu sebelum keluar dari bilik Iskandar.

Sepeninggalan Farhan, Iskandar membuka perlahan matanya. Dia menelentang menghadap siling. Dia juga risau akan berlaku semula kejadian memalukan itu. Semoga kali ini, dia dapat berjumpa dengan yang benar-benar ikhlas dengan dirinya. Bukan kerana statusnya.

HARI silih berganti, sejak pertemuan kali pertama dengan Iskandar, mereka menjadi akrab. Sekarang, mereka tidak bertiga lagi. Iskandar menjadi ahli baru group mereka. Dan yang sentiasa excited adalah Naura.

Dalam masa yang sama, Dhia perasan bahawa Iskandar beberapa kali cuba mendekatinya. Iskandar melayan dirinya tidak seperti yang lain. Cara pandangan dan percakapannya seolah-olah dia kekasihnya.

Namun, Dhia tepis perasaan itu jauh-jauh. Masalah dia dengan Zaril pun tak settle lagi. Lagipun, dia tidak layak bersama dengan lelaki sebaik Iskandar. Ditambah pula ketampanannya yang semestinya tidak sesuai dengan perempuan polos seperti dia.

Boo!

Mahu hendak gugur jantung Dhia apabila Naura menyergahku begitu.

"Kau ni, Naura. Terkejut aku tau! Kalau aku ada sakit jantung, dah lama mati kejung kat Cafe ni."

Naura ketawa besar lalu menarik kerusi bertentangan dengan Dhia. Tanpa rasa bersalah, Naura terus menukar topik.

"Aku dengar cerita, topik Wati dengan Iskandar makin hangat di pasaran. Agak-agak kaulah, dia orang tu betul-betul couple ke?"

Ya! Topik hangat Wati bercinta dengan Iskandar makin diperkatakan sehingga ke telinga student junior. Betul ke tidak, aku tidak berani hendak berkata apa-apa. Salah kata, fitnah jadinya.

"Entahlah, Naura. Aku tak berani nak kata dia orang tu couple atau tak. Tapi... Menurut aku, aku nampak dia orang tu kawan je. Tak nak nampak pula dia orang bermesra."

Naura mengangguk berkali-kali. Dia bersetuju dengan kata-kata Dhia. Ada betulnya juga, tak pernah lagi dia lihat aksi romantik bila mereka berdua.

"Eh! Sibuk cite... Mana dia orang?" Naura sudah memanjangkan leher mencari mereka.

"Tak yahlah kau nak cari. Wati ada bagitahu aku yang dia pergi perpustakaan awam dengan Iskandar lepas habis kelas tadi." Tenang sahaja Dhia menjawab.

Dhia sudah masak dengan aktiviti harian mereka. Kalau tak pergi perpustakaan awam, mesti mereka pergi Cyber Cafe. Itu ajelah tempat mereka ber'dating'.

"Dating lagi. Macam mana student kat sini tak mengata. Kalau dia orang asyik keluar berdua je."

"Biarlah dia orang tu. Malas nak fikir. Makan lagi bagus." Dhia terus membawa langkah menuju ke kaunter makanan.

"Eh! Tunggu aku!"

PERKARANGAN perpustakaan awam dipenuhi dengan student-student dan ramai lagi.

Wati dan Iskandar menuju ke meja berdekatan dengan tingkap perpustakaan. Hendak mengambil aura semula jadi.

"Hari ini, kita nak discuss topik apa?" tanya Wati sebaik sahaja duduk di atas kerusi.

"Hmm... Wati rasa?"

Wati diam seketika. Sejenak, Wati menjawab, "Apa kata kalau kita discuss benda lain? I mean... Pasal kita?"

"Pasal kita?" Kehairanan Iskandar dibuatnya. Kenapa Wati menyoal dirinya "tentang kita'?

"Is ni... Buat-buat tanya pulak. Kita kan selalu dating, jadi takkanlah Is tak ada perasaan suka dekat Wati?"

"Suka? Kat Wati?" Iskandar bagai hilang kata-kata. Dia tidak menyangka bahawa Wati tersalah anggap tentang layanannya selama ini.

"I think... Wati dah salah faham ni. Is..."

"Is tak suka Wati? Macam tu ke Is nak cakap? Hah?" Wati mula mengasak Iskandar dengan soalan tajam.

"Is... Is minta maaf. Tapi Is terpaksa bagitahu perkara sebenar tentang perasaan Is pada Wati."

Iskandar menarik nafas sebelum menyambungnya lagi.

"Wati... Is anggap Wati sebagai adik je. Tak lebih dari tu. Perasaan Is bukan untuk Wati tapi untuk orang lain."

"Adik? Orang lain? Siapa dia?!" jegil Wati. Suaranya juga agak meninggi sehingga mata-mata sudah mula memandang ke arah mereka.

"Sabar Wati. Kita kat perpustakaan, tak boleh buat bising."

Tanpa mengendahkan kata-kata Iskandar, Wati terus bertanya, "Jawab dulu pertanyaan Wati."

Melihat kebisuan Iskandar, Wati semakin panas. Dia terus menengking Iskandar, "Jawablah!"

"Okey-okey. Is jawab. Tapi Wati jangan jerit-jerit. Okey?"

Wati mengangguk sambil menyilangkan kedua tangannya ke dada. Menunggu jawapan dari Iskandar.

"Orang lain tu... Tapi Is tak... tak pasti sama ada dia..."

"Cakap je."

"Dhia."

Saat mendengar sahaja nama Dhia dari mulut Iskandar, hati Wati terus membahang. Tidak sangka sahabatnya sendiri yang menawan hati Iskandar.

Dia tidak dapat menerima semua ini. Dia terus mencapai barang-barangnya di atas meja lalu meninggalkan Iskandar. Dia begitu kecewa. Kecewa lagi apabila sahabatnya sendiri menjadi penghalang cinta dia dan Iskandar bersatu.

Iskandar hanya mampu melihat Wati pergi. Kalau boleh, dia tidak mahu Wati mengetahui isi hatinya terhadap Dhia. Dia juga akui bahawa dia akrab dengan Wati kerana ingin mengenali Dhia lebih dekat.

Sekarang, dia pula diasak rasa bersalah. Bersalah kerana mempergunakan Wati untuk kepentingannya sendiri. Dia berkelakuan sama seperti 'dia'. Tidak! Dia tidak akan sesekali menjadi seperti 'dia'.

Dia akan menebus kesalahannya dengan memohon maaf kepada Wati. Dia yakin masih belum terlambat lagi untuk dia melakukannya.

TAP!

Meja yang diduduki oleh Dhia dan Naura diketuk kuat oleh Wati. Terkedu Dhia sehingga tidak tersuap nasi ayam ke dalam mulutnya.

"Eh! Kau ni dah kenapa? Tepuk meja macam golira. Nasib baik kita orang tak tersedak tau." sela Naura dengan nada tidak puas hati.

"Aah, kenapa ni... Ti?" tanya Dhia.

Wati terus memandang tajam tepat wajah Dhia seperti harimau ingin menerkam mangsanya. Nafasnya turun naik menahan amarah.

Tanpa di sangka-sangka, air sirap di atas meja dituang ke atas kepala Dhia. Kemudian, gelas itu dicampak ke muka Dhia. Dan dia terus beredar dari Cafe itu.

"Ya Allah! Dhia! Kau okey tak ni?" Naura kelam-kambut mencapai tisu di kaunter dan mengelap wajah Dhia yang kebasahan.

Dhia menjadi kaku. Mukanya berdenyut akibat terkena gelas yang dicampak oleh Wati.

"Dhia, kau okey tak ni? Dhia?"

Gelisah Naura dibuatnya. Kebisuan Dhia menambahkan lagi kerisauannya. Tak semena-mena, Naura terus mengoncangkan badan Dhia agar dia tersedar dari lamunan.

Tersedar sahaja dari lamunan, Dhia terus memeluk Naura. Air matanya juga sudah mula bertakung.

Naura mengusap-usap belakang Dhia sehingga tenang. Kedua-dua pipi Dhia ditangkup dengan kedua tangannya.

"Dah, jangan nangis. Aku ada. Jom, kita balik dorm ek?" Dhia hanya mengangguk. Lidahnya kelu. Tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya.

Tanpa berlengah, Naura mencapai beg Dhia lalu disangkutkan ke bahu. Dia memapah Dhia menuju ke dorm. Nasib baik dorm mereka tidak jauh dari Cafe. Dhia perlu menenangkan dirinya. Dia tahu pasti Dhia amat terkejut dengan kejadian tadi.

DARI kejauhan, Wati tersenyum sinis. Berpuas hati kerana dapat melepaskan amarahnya kepada Dhia. Mulai saat ini, persahabatan antara mereka akan bertukar kepada pemusuhan. Dhia adalah musuhnya. Hanya musuh.

Aku benci kau Dhia. Aku benci kau! Semua yang aku nak, kau rampas. Kau memang kawan makan kawan. Tak guna punya kawan. Aku takkan biarkan kau dapat Iskandar walaupun aku terpaksa gadaikan persahabatan kita. Jerit hati kecilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience