HDI 33

True Story Completed 65593

GEDEBUK!

Wati jatuh terduduk di atas tanah. Wati mengaduh sakit. Gila tak sakit, dah melompat dari tingkat atas. Nak lari punya pasal, hadap ajelah sakit tu.

"Ini semua salah kau, Dayana. Kalau kau tolong aku keluar dari sini... tak payah aku susah-susah nak larikan diri macam ni. Sakitnya punggung aku..." Sempat lagi Wati membelu-belai.

Wati bangun dengan perlahan lalu dia menghendap keluar ke belakang penjara. Apabila sahaja kawasan sudah selamat, dia cepat-cepat berlari keluar dari penjara.

Dia berlari selaju mungkin. Bila dia berasa sudah jauh dari kawasan penjara, dia berhenti. Termengah-mengah nafasnya.

"Fuh! Terror lah kau ni Wati... Nasib baik aku ni bijak." Kejadian tadi terimbau kembali.

Beberapa orang pegawai polis membuat pengunguman bahawa banduan di sini perlu berpindah ke penjara lain di Kuantan. Ini kerana tempat ini akan dihuni oleh banduan dari negeri lain disebabkan beberapa faktor.

Wati tersenyum sinis, "Inilah peluang aku untuk keluar dari sini. Aku akan rancang strategi sebelum dia orang pindahkan kami semua."

Sejam kemudian, giliran sel Wati pula akan dibawa ke lori polis untuk dipindahkan. Separuh perjalanan, Wati berpura-pura sakit perut.

"Wati, kenapa ni?" tanya seorang pegawai polis wanita.

"Sakit... perut saya sakit." jawab Wati. Reaksinya memang menunjukkan bahawa perutnya begitu sakit. Pandai betul aku berlakon.

"Awak sakit macam mana? Boleh jalan tak?"

"Saya ada gastrik... saya kena makan dulu. Saya tak akan boleh... jalan kalau tak... makan."

"Okey tak apa... kita pergi makan dulu."

"Lisa... bawa Wati pergi makan. Yang lain, biar saya uruskan." Arah pegawai polis itu kepada pegawai polis lain yang berada bersamanya.

"Baik... Jom." Pegawai polis itu memapah Wati ke dapur.

"Awak duduk dulu, saya bawakan makanan." Wati mengangguk. Pegawai polis itu mengambil makanan yang sudah tersedia di atas meja dapur.

Melihat pegawai polis itu sibuk mengambil makanan, Wati berhati-hati mencapai pisau di almari bawah sinki. Kemudian, perlahan-lahan dia mendekatinya.

Tanpa berfikir panjang, Wati megelar leher pegawai polis itu. Terpercik darah ke seluruh wajahnya.

Wati membasuh muka dan tangannya, menghilangkan darah itu. Pisau yang digunakan pula dilap dengan sapu tangan. Dengan cara ini, tiada bukti dia yang melakukan pembunuhan ini.

Setelah itu, Wati menarik kerusi ke dinding dan memanjat keluar dari dapur melalui tingkap.

"Sekarang ni... aku kena fokus pada rancangan aku. Lepas tu, aku dah tak nak fikir apa-apa dah." Wati berlari semula dan mencari tempat persembunyian yang selamat untuknya.

KRING! KRING!

Telefon bimbit Iskandar berdering. Dia melihat nama pemanggil, Inspektor Zaidi.

Kenapa tiba-tiba Inspektor Zaidi call aku ek? Wati ada buat masalah apa pulak kali ni?

Dia menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, Inspektor. Ada apa call saya ni?" soal Iskandar.

"Waalaikumusalam... saya call ni sebab saya nak maklumkan tentang Wati."

"Tentang Wati? Maksud Inspektor?"

"Wati... dia lari dari penjara sewaktu pemindahan banduan dijalankan pagi tadi." jelas Inspektor Zaidi.

"Apa?! Larikan diri? Habistu... dah dapat tangkap?"

"Belum lagi encik Iskandar. Pihak kami sedang berusaha mencari Wati. Ada satu hal lagi yang saya nak inform pada encik..."

"Apa dia?"

"Seorang pegawai polis wanita terbunuh sewaktu Wati melarikan diri. Dia dibunuh ketika berada bersama Wati..."

"T... t... ter... bunuh? Maksud Inspektor... Wati yang..."

"Kami tidak berani memutuskan apa-apa kerana tiada bukti pembunuhan berlaku di tempat kejadian. Jadi, kami akan siasat dengan lebih lanjut tentang perkara ini..."

"Inspektor... tolong... buat apa saja asalkan Wati ditangkap semula. Saya tak nak perkara yang tidak diingini berlaku lagi. Tolong Inspektor."

"Encik Iskandar jangan risau... kami akan lakukan apa yang terbaik."

"Terima kasih Inspektor."

"Sama-sama... itu sahaja yang saya nak maklumkan pada encik Iskandar. Saya letak dulu, assalamualaikum."

"Waalaikumusalam..." Wati pasti akan rancang sesuatu. Dia takkan biarkan dirinya ditangkap selagi dia tak capai apa yang dia nak. Itulah Wati.

Aku kena lebih hati-hati lepas ni, aku tak boleh leka. Aku kena bagitahu dia orang pasal ni sebelum jadi apa-apa.

"NAH... duit pendahuluan." Sampul surat berisi duit diberikan kepada seorang lelaki lingkungan 20 an itu.

Lelaki itu menjenguk sedikit ke dalam isi sampul tersebut untuk memastikan ada duit di dalamnya.

"Baik... sekarang ni kau nak aku buat apa?" tanya lelaki itu.

"Aku nak kau culik seseorang."

"Culik? Siapa?"

"Nanti aku bagitahu secara details malam ni... Kita jumpa kat club."

"Hmm... okey. Jumpa malam nanti."

"Dah, pergi." Lelaki itu mengangguk lalu pergi dari situ.

Terukir senyuman lebar di bibir Wati. One step is done. The next step will be more fun. Kalau aku tak dapat bunuh kau orang berdua, nama aku bukan Wati.

BAKUL berisi baju-baju kering diletakkan di atas lantai di ruang tamu. Dhia duduk bersila di sebelah Hasnah. Beginilah rutin harian Dhia sejak dia menamatkan pengajiannya.

Mesti pelik kan kenapa aku tak cari kerja? Bukan tak nak cari kerja, ibu tak izinkan aku bekerja. Kalau aku kerja, tak ada siapalah yang nak buat semua kerja ni. Aku kan satu-satunya anak kepada Puan Hasnah.

Seperti yang Hasnah selalu kata, "Anak dara tak boleh malas! Kau belajarlah tinggi mana... orang perempuan tetap akan ke dapur juga. Bila kau kahwin nanti, kau akan berterima kasih dekat aku sebab paksa kau buat semua kerja ni." Dhia mengajuk cara Hasnah membelu-belai dengannya selalu.

Jadi pulak dia tiru aksi Hasnah. Dia seronok ketawa sampai tidak perasan Hasnah sudah berada di muka pintu. Terkejut Dhia sehingga terhenti gelak tawanya. Dia menelan air liur, terasa pahit di tekak.

Habislah aku... mesti kena marah ni. Getus hati Dhia.

Hasnah perlahan-lahan berjalan mendekati Dhia. Kemudian, Hasnah turut duduk bersila berhadapan dengannya. Lama juga Hasnah memandang Dhia tanpa bicara apa-apa.

"Kau dah ready nak kahwin?" soal Hasnah setelah lama membisu. Hah? Apasal ibu tanya aku soalan macam tu? Tiba-tiba je tanya aku dah ready nak kahwin ke belum? Pelik, pelik...

"Ready ke tak?" sela Hasnah apabila fikiran Dhia sudah menerewang jauh.

"Ke... kenapa ibu tanya macam tu?" Dhia teragak-agak untuk bertanya.

"Jawab ajelah! Ready ke tidak?" Hasnah sudah mula mengasak Dhia dengan soalan itu. Jawab jelah apa-apa pun, Dhia.

"Ready... mungkin."

"Mungkin? Tak ada-tak ada... aku nak jawapan ya atau tak."

"Erm... ya."

"Hmm..."

"Bu... kenapa ibu tanya?"

"Abang Zaril kesayangan kau tu... jumpa aku dekat tempat kerja nak minta izin jadikan kau isteri dia."

"Hah?! Ab... abang Zaril... minta izin nak jadikan Dhia ni isteri?"

"Iyalah! Kau pekak ke apa? Hah, alang-alang kau dah ready nak kahwin... aku nak kau kahwin dengan Zaril."

"Kahwin? Ibu... Dhia... Dhia tak cintakan abang Zaril. Dhia cintakan orang lain."

"Kau dah ada boyfriend?"

"Boleh dikatakanlah..." jawab Dhia perlahan.

Hasnah berfikir sejenak.

"Bawa boyfriend kau jumpa aku... Lepastu, baru kita bincang pasal benda ni."

"Mak... maksud ibu... suruh Iskandar datang sini?"

"Jap... Iskandar? Budak dekat hospital hari tu?"

"Aah, bu."

"Erm... nanti kau call dia cakap aku jemput dia makan malam dekat sini malam esok. Kalau dia tak datang, jangan harap kau dengan dia boleh bersama. Faham?"

"Fa... faham. Nan... nanti Dhia bagitahu dia."

"Okeylah... aku nak mandi. Kau dah masak?"

"Dah..."

"Kau sambunglah buat kerja ni... "

"Baik bu..."

Aduh! Kenapalah abang Zaril masuk meminang aku tak bagitahu aku? Lepastu pulak, ibu nak jumpa Iskandar. Entah apalah rancangan ibu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience