ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
Zaril baru selesai solat, dia berteleku pula di atas sejadah. Dia menadah tangan bermunajat kepada Ilahi.
"Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, ibu mertuaku, isteriku, adikku dan semua umat islam. Ya Allah, ampunkan aku kerana gagal menjalankan tanggungjawabku sebagai suami kepada Dhia, isteriku. Ampunkan aku kerana aku menyakiti dia dan mengabaikan dia sehingga nyawa anak kami yang terancam. Kuatkanlah isteriku, Ya Allah. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin." panjang doanya dipanjatkan kepada Dia Yang Maha Esa.
Sesudah mengaminkan doa, Zaril melipat sejadah dan mencabut kopiah di kepalanya.
Dia merebahkan tubuhnya ke atas katil. Dia memandang kosong siling. Kata-kata Dhia masih terngiang-ngiang di telinganya.
"AWAK buat apa kat sini? Bukan awak jijik ke dengan saya?" Persoalan Dhia itu bagaikan kayu balak menghentam jiwanya.
"Dhia... abang minta maaf. Abang tahu... abang dah abaikan Dhia. Abang menyesal..." Zaril memohon maaf seikhlas hati daripada Dhia. Dia benar-benar menyesal atas perbuatannya.
"Menyesal? Awak menyesal sebab awak rasa awaklah punca anak kit... anak saya mati kan?"
"Tak... sumpah!"
"Jangan main-main dengan sumpah. Takut
sumpah tu makan diri awak balik nanti."
"Okey, Dhia. Abang tak menyesal sebab abang punca anak kita mati. Abang menyesal sebab abang tak percayakan Dhia. Abang dah tahu yang semua ni berpunca daripada ibu. Ibu nak kita berpisah sebab nak bolot harta abang kan?" Zaril cuba menjelaskan semampu yang boleh.
"Really? Baru sekarang awak nak sedar?"
"Please Dhia... tolong percayakan abang. Abang memang menyesal."
"Dahlah... awak balik lah. Saya tak boleh nak tengok muka awak sekarang."
"Tapi Dhia..."
"Kalau awak sayang dan hormatkan saya, awak balik." arah Dhia dengan tegas.
Zaril mengangguk terpaksa. Kalau ikutkan hati dia, memang nak jaga Dhia. Dia akan pujuk Dhia sampai Dhia mengalah tapi dengan keadaan dia macam ni. Dia tidak mahu merisikokan kesihatan Dhia. Jadi, biarlah dia yang mengalah.
"Abang balik dulu... Dhia jaga diri ya?" Zaril sedikit kecewa kerana Dhia langsung tidak menoleh memandang dirinya walaupun sekilas. Walau bagaimanapun, dia sedar yang dia penyebab Dhia bersikap sebegitu.
Huh!
Zaril mengeluh kuat. Terasa berat dadanya menanggung bebanan.
"Abang sentiasa doakan Dhia sihat. Abang takkan pernah berhenti menawan hati Dhia kembali. Abang akan tebus segala kesalahan abang pada Dhia dengan cara apa sekalipun."
Zaril sudah bertekad untuk memiliki hati Dhia semula. Dia berjanji bahawa dia takkan pernah sia-siakan Dhia lagi. Dhia lah nyawanya sekarang.
BERSAMA sejambak bunga di tangan, Zaril menuju ke bilik wad Dhia dengan senyuman penuh kemanisan.
Harap-harap Dhia suka bunga ni. Getus hati Zaril.
Dia masuk dengan ke dalam, Dhia tiada di katil.
Katil wad juga sudah dikemas rapi. Dhia dah discharge ke? Asal aku tak tahu ek?
Dia terus menghubungi Zahara untuk kepastian.
"Helo abang." ucap Zahara.
"Helo Ara. Abang ada kat hospital ni... abang nak jenguk Dhia. Tapi, kenapa Dhia tak ada kat dalam bilik wad ni. Katil pun dah dikemaskan. Dhia dah discharge ke?"
"Aah, Dhia dah discharge."
"Kenapa tak bagitahu abang Dhia dah discharge?" tanya Zaril dengan tegas.
"Sorry bang. Dhia yang berkeras tak nak abang tahu yang dia dah discharge. Katanya sebab tak nak jumpa dengan abang." jelas Zahara agar tidak berlaku salah faham antara mereka.
Zaril mengeluh hampa, "Tak apalah Ara kalau Dhia tak nak jumpa abang. Nanti abang pujuk lah dia kat rumah nanti."
"Abang... "
"Hmm?"
"Sebenarnya... Dhia..." Zahara menjadi teragak-agak untuk berterus-terang.
"Dhia? Kenapa dengan Dhia?"
"Dhia tak balik rumah kita. Dhia tumpang rumah Iskandar."
"Hah?! Rumah Iskandar?" Sungguh Zaril terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Dhia itu.
"Abang... sabar dulu. Iskandar tak ada pun kat rumah tu. Dhia tumpang kat rumah Tengku Aini, mama Iskandar. Abang jangan risau, Iskandar dengan Maya duduk asing dengan Tengku Aini. Ara pun cadang nak teman Dhia sekali kat rumah sana."
"Buatlah apa yang kau orang nak buat. Abang dah penat dah." Zaril terus mematikan talian. Dia merasakan bahawa Dhia sudah melampau. Dia tidak fikir ke kalau mama Iskandar tu akan cakap aku tak reti jaga bini?
Sebelum melangkah keluar, dia membuang sejambak bunga itu ke dalam tong sampah. Sudah tidak berguna lagi bunga itu bagi dirinya. Seperti mana bunga itu dibuang, begitulah hancurnya hatinya.
Zaril meninggalkan hospital dengan perasaan marah, kecewa dan sedih kerana Dhia tidak mengutamakannya lagi. Dia berasa tidak guna di mata Dhia lagi.
MAYA turun ke bawah untuk minum air kerana kehausan. Dia menuju ke dapur dan peti ais dibuka. Dia mengeluarkan sebotol air kaca dan menuangkannya ke dalam gelas.
"Ah! Lega... hilang haus aku." Selesai minum, dia meletakkan kembali sebotol air kaca itu ke dalam peti ais.
Dia menaiki tangga ke tingkat atas semula. Dia mahu sambung tidur. Tapi langkahnya terbantut ketika melintasi sebuah bilik yang berkunci sejak dia masuk ke rumah ini lagi. Dia tertanya-tanya mengapa Iskandar melarang sesiapa pun masuk ke dalam bilik itu.
Apa yang ada dalam bilik ni? Ke dalam bilik ni ada rahsia? Fikir Maya.
Dia sudah bertekad untuk menyelinap masuk ke dalam bilik itu. Sebelum masuk, dia melihat sekeliling dulu untuk memastikan Iskandar tidak mengetahui tentang ini.
Maya masuk dengan berhati-hati agar tidak disedari oleh Iskandar. Bilik itu sungguh gelap. Dia meraba-raba mencari suis lampu.
Bagai mahu terjojol biji mata Maya melihat ambien bilik itu. Tubuhnya gemelugut, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"I... ini...?" Lidah Maya menjadi kelu, tidak terungkap sepatah perkataan dari mulutnya.
"Ya. Ini semua I yang buat." Maya terus menoleh ke belakang apabila suara Iskandar menerpa telinganya.
"Apa... maksud semua ni, Is?"
Iskandar ketawa sinis sebelum dia melabuhkan duduk di atas kerusi yang berada di bilik itu. Dia menyilangkan kedua tangannya ke dada.
"Takkan lah you tak faham lagi? Dah terang lagi bersuluh, yang I masih terlalu cintakan Dhia. Hanya Dhia."
"Kalau betul... you masih cintakan Dhia, kenapa... you masih nak kahwin dengan I?"
"Sebab I nak tutup semua benda ni. Kalau I masih lagi tak kahwin, si Zaril tu akan halang I untuk dekat dengan Dhia."
"I tak percaya lelaki dengan I ni... lelaki dayus!"
"Memang I dayus! I jadi macam ni sebab dia yang paksa I! Zaril... dia rampas Dhia dari I. You takkan pernah faham, takkan pernah rasa sakitnya kehilangan orang yang kita cinta. I cintakan Dhia sepenuh hati I! I sakit, Maya!" jerkah Iskandar. Dia tidak mampu lagi menyembunyikan rasa sakit yang terbuku kemas di hatinya.
"Tapi cara you ni salah!"
"Shh!" Iskandar mengisyaratkan supaya diam. Dia berjalan merapati Maya lalu kedua tangannya melekap ke pipi Maya.
"I tak perlukan nasihat you. Kalau you tak nak kena seksa dengan I, you tutup mulut. Faham?" Iskandar mengetap giginya.
"I tak takut dengan you! Lepaslah!" Maya meronta-ronta agar pipinya dilepaskan.
"I tak main-main, Maya. Kalau I kata A... it will be A too." Iskandar melepaskan pipi Maya. Sebelum meninggalkan Maya keseorangan, dia tersenyum sinis.
Kemudian, dia ketawa terbahak-bahak.
"Aku benci kau, Iskandar! Aku benci kau!" hambur Maya dengan mencabut segala gambar-gambar Dhia yang ditampal di seluruh dinding bilik itu. Lalu dia mengoyakkan gambar-gambar tersebut.
DING DONG!
Bunyi loceng kedengaran. Seperti biasa, Mak Nak membukakan pintu.
"Assalamualaikum, Mak Nak." sapa Hasnah dengan sopan.
"Waalaikumusalam, Puan Hasnah. Masuklah..." Mak Nak menjemput Hasnah masuk ke dalam rumah. Lantas, dia meminta diri untuk memanggil Datin Yani atas kedatangan Hasnah ke mari.
Sementara menunggu, Hasnah dengan selambanya berjalan menuju ke dapur. Dia membuka peti ais lalu mengeluarkan jus oren. Dia menuangkan ke dalam gelas di atas rak. Dia menikmati jus oren tersebut.
"Erm! Zaril... tunggu." Hasnah memanggil Zaril bila kelibat Zaril melintasi dapur. Gelas jus oren itu dibiarkan sahaja di atas meja. Begitu juga dengan jag jus oren itu.
Zaril merengus kasar, malas sungguh dia hendak melayan kehendak Hasnah ini.
"Ibu nak apa sampai kena datang kat rumah?" Zaril sengaja menekankan perkataan 'kena' itu.
"Perli ibu ke?"
"Terasa ke?" Hasnah bersabar sahaja dengan keperlian Zaril itu. Kalau bukan disebabkan perkara ini, sudah lama Zaril ini dikerjakannya.
"Zaril... ibu datang sini sebab ibu nak tuntut sesuatu."
"Tuntut sesuatu? Harta ke maksud ibu?" Zaril mengangkat sebelah keningnya. Macamlah aku tak tahu dengan niat ibu mertua aku yang seorang ni.
"Zaril ni... macam tahu-tahu aje. Mana?" Hasnah sudah menadah sebelah tangan.
"Apa tu?" Zaril memuncungkan bibirnya ke arah tangan Hasnah itu.
"Hish! Harta aku lah! Bagilah cepat." Hasnah mulai hilang sabar dengan perangai Zaril.
"Tak nak..." Zaril terus sahaja berjalan meninggalkan Hasnah terkial-kial di situ.
"Zaril!" jerit kecil Hasnah. Dia ni memang cabar tahap kesabaran aku. Kau tunggu!
Zaril menghenyakkan punggung di atas sofa. Tiba-tiba Hasnah menarik kuat lengan Zaril agar bangun dari sofa.
"Ee! Apa ni tarik-tarik lengan orang?! Tak ada adab ke?!"
"Lantak kaulah nak cakap aku tak ada adab ke apa ke? Yang penting aku nak harta aku. Mana dokumen tu, bagilah kat aku."
"Zaril dah koyakkan." tutur Zaril, sengaja ingin menyakitkan hati Hasnah. Padan muka kau! Nak sangat harta kan?
"Apa?! Kau koyak kan?! Kau gila ke apa?!" Kali ini Hasnah sudah tidak peduli jika orang dalam rumah ini dengar perbualan mereka berdua.
"Memang Zaril gila. Tapi... ibu lagi gila. Gila harta."
"Kau ni...!" Hasnah ingin menampar pipi Zaril tapi cepat-cepat Zaril memegang tangan Hasnah.
"Kau jangan ingat aku akan berdiam diri bila kau cakap macam ni. Aku akan jumpa dengan Dhia. Dhia!" Hasnah segera melepaskan tangannya lalu memanggil Dhia. Hampir satu rumah didengari oleh suara Hasnah yang lantang itu.
"Dhia tak ada. Dia tak balik rumah, dah dua hari."
"Apa? Dhia tak balik rumah? Apa maksud kau?"
"Well... disebabkan ibu Dhia tak balik rumah sini. Ops... lupa pulak nak bagitahu ibu. Dhia keguguran."
"Dhia keguguran? Eh! Kau buat apa dengan anak aku hah?!" Hasnah terus menerpa Zaril, dia menggegam t-shirt di tubuh Zaril.
"Marah ke? Bukan... ibu tak sayangkan Dhia ke?" Zaril tersenyum sinis dengan kepuraan Hasnah.
"Walaupun aku tak sayang dia, tapi aku ada hak untuk tahu tentang keadaan dia."
"Wow! Pelakon terbaik Asia!" Zaril berganjak ke belakang Hasnah. Dia menepuk-nepuk tangannya.
"Kau jangan main-main dengan aku ek?"
"Siapa yang main? Ibu yang bermain dengan perasaan semua orang. Ibu sengaja buat-buat risau tentang Dhia. Sebab ibu takut Dhia tak boleh nak pindahkan harta kat ibu kan?"
"Apa kau mengarut ni? Mana ada..." Hasnah mula risau jika helahnya terbongkar.
"Macam ni jelah. Ibu balik je lah ek? Ibu takkan dapat harta ibu tu."
"Tak! Aku akan dapatkan harta aku walau macam mana sekalipun."
"Wuu, takutnya." Zaril kononnya bereaksi ketakutan dengan amaran Hasnah itu.
Malas mahu melayan, Hasnah membawa langkah keluar dari banglo itu. Dia tidak akan mengalah selagi harta itu tidak dilerolehinya. Walaupun dia kena guna cara paling kasar untuk mendapatkannya.
Share this novel