DR. JOSH keluar dari biliknya diikuti Iskandar. Dr Josh dapat melihat Maya sedang melelapkan mata di suatu sudut yang agak terpencil di ruang menunggu.
Dr. Josh meninggalkan Iskandar sebentar dan melangkah mendekati Maya yang masih terlena. Dr. Josh tahu, Maya penat kerana tidak tidur malam menjaga Iskandar di hospital sejak sebulan yang lepas.
"Maya, bangun." Dr. Josh mengejutkan Maya.
"Ha! Semua dah settle ke?" tanya Maya yang kelihatan agak terkejut.
Maya pantas memandang ke arah Dr. Josh dan kemudian Iskandar yang agak jauh sedikit.
"Maya dah boleh hantar Is balik." Dr. Josh berkata sambil matanya terarah pada Iskandar.
"Ni semua barang-barang Is dengan IC sekali." Maya mengangguk sambil tersenyum kepada Dr. Josh.
Maya dan Iskandar hendak melangkah keluar dari klinik. Namun Maya sempat berpaling semula ke arah Dr. Josh.
"Anyway, thank you very much." Dr. Josh tersenyum kecil. Mereka melambai ke arah Dr. Josh sebelum meneruskan langkah keluar dari klinik.
TERLALU sukar untuk Zahara berjauhan dengan Farhan sepanjang minggu ini. Apatah lagi menahan perasaan rindu atau mengingati wajahnya tatkala ketiadaannya di sini.
Telefon Zahara tiba-tiba berbunyi. Pembacaan terhadap sebuah majalah terhenti serta-merta.
"Sayang buat apa?" Kedengaran suara Farhan.
Zahara ketawa kecil. "Tengah belek-belek majalah sebelum tidur. Kenapa call tengah-tengah malam ni?"
"Ingatkan sayang dah tidur. Kalau dah tidur, memang niat nak sayang bangun layan bie."
"Sayang jadi mangsa mata bie yang tak boleh tidur tulah?"
"Exactly." ujar Farhan pantas. Mereka berdua ketawa.
"Tapi yang itu tak berapa penting. Ada yang lagi penting lagi." kata Farhan tanpa berselindung.
"Apa yang penting sangat tu?" soal Zahara ingin tahu.
"Bie rindu sayang." Zahara senyum meleret.
"Bie dah boleh bayang yang sayang tengah tersenyum kat atas katil." teka Farhan.
"Iya ke?" Payah sungguh untuk Zahara matikan senyumannya ini.
"I miss your smile. Really."
"Kalau rindu, bie kenalah balik sini cepat-cepat."
"Kalau sekarang bie boleh balik, dah lama bie balik tau. Rindu punya pasal."
"Bie... Bie jaga diri kat sana tau. Jangan nak mengatal pulak." Zahara tidak lupa pesanannya yang satu itu.
Farhan tergelak kecil. "Insya-Allah, bie akan sentiasa setia dengan sayang."
"Okeylah bie. Good night, sweet dreams."
"Okey sayang. I love you."
"I love you more."
Zahara mematikan talian. Dia menarik nafas panjang. Senangnya hati ini sekarang. Hilang serba sedikit rindu pada sang suami.
MAYA hanya memakai baju kurung 'plain' berwarna merah jambu. Terdapat sedikit sulaman pada bajunya. Dipadankan pula dengan sehelai selendang hitam di kepala, menyerlahkan lagi keayuan semula jadinya.
Majlis pertunangan dihadiri saudara mara terdekat sahaja. Termasuklah Zaril dan Dhia. Sibuk mereka bergambar dengan Maya dan Iskandar.
Zafril hanya memerhati dari jauh. Ada juga yang mengajaknya untuk bergambar sekali tapi ditolak dengan baik. Biarlah mereka meraikannnya hari ini tanpa dirinya.
"Zaf, jomlah join sekali." ajak Dato Faizal apabila melihat Zafril hanya menjadi pemerhati sahaja.
"Tak apalah, pak cik. Waktu saya kahwin nanti baru saya bergambar puas-puas." seloroh Zafril.
"Hish, kamu ni, Zaf! Ada je jawapan dia. Hah yelah... Pak cik pergi dulu." pinta Dato Faizal.
Hari ini Maya telah menjadi tunangan Iskandar. Gembiranya memang terserlah sejak semalam lagi.
Selepas Iskandar keluar dari hospital, mereka bersetuju untuk rujuk semula. Ikatan cinta yang kuat di antara mereka telah menyatukan mereka semula.
Memang benar kata orang, kalau jodoh itu ada, pasti tidak kemana. Sama seperti kisah Maya dan Iskandar.
SEUSAI solat Isyak berjemaah, Zaril mengambil peluang untuk memberitahu Dhia tentang ibu mertuanya yang bakal pulang dari tanah suci beberapa hari saja lagi.
"Sayang, abang nak cakap sikit ni." kata Zaril sambil memanjat ke atas katil. Dia melunjurkan kakinya lalu bersandar di kepala katil.
"Cakap jelah. Apa dia?" tanya Dhia. Tangannya lincah melipat telekung dan sejadah.
"Ibu. Insya-Allah lusa ibu balik dari Mekah." Dhia terus meninggalkan kerjanya itu, dia duduk di pinggir katil.
"Betul ke, bang? Abang tak main-main?" Zaril menggeleng laju.
"Takkanlah abang nak main-main pulak. Dhia ni..." Senyuman di bibir Dhia terus melebar.
"Kalau macam tu, kita kena buat persiapan untuk sambut ibu balik, kan?" soal Dhia dengan teruja. Zaril mengangguk sambil tersenyum gembira.
"Of course sayang. Esok kita pergi borong banyak-banyak." Dhia menepuk lembut bahu Zaril.
Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Muncul Aisyah di muka pintu.
"Aisyah, meh sini kat papa." Zaril mengarah anaknya untuk datang kepadanya. Aisyah pantas berlari ke arah Zaril tanpa bantahan.
"Papa, Aisyah nak tidur sini dengan papa dan mama, boleh?"
"Boleh sayang." jawab Dhia sambil mencuit sedikit pipi Aisyah yang gebu itu.
"Yeay! Sayang papa. Sayang mama." Aisyah mengucup pipi Zaril kemudian pipi Dhia.
Apabila kita reda dan sabar dalam menempuhi setiap ujian Allah, pasti Allah akan kurniakan kita sesuatu yang tidak dijangka.
Percayalah bahawa Allah akan sentiasa berada di sisi kita dalam apa jua keadaan. Bertakhtakanlah Allah di hatimu.
Share this novel