HASNAH membuat muka meluat memandang wajah naif Dhia itu. Kalau bukan kerana si budak biadap tu paksa aku datang sini, memang taklah aku nak jenguk kau, Dhia. Menyusahkan aku aje!
"Kau macam mana? Sihat dah?" tanya Hasnah, terpaksa. Mana tidaknya, Zaril dok pandang dia macam nak telan aje.
"Alhamdulillah, sihat sikit bu. Ibu sihat?" soal Dhia pula. Seronok dapat melihat Hasnah di depan mata.
"Sihatlah... kalau tak tak adanya aku terpacak kat sini."
"Betul jugak..." ketawa kecil Dhia.
Tiba-tiba, pintu dikuak. Muncul Iskandar, Naura dan Farhan di muka pintu. Naura terlebih dahulu meluru mendapatkan Dhia.
"Dhia! Aku rindu kau... Kau okey tak? Syukur kau dah sedar." Naura memeluk Dhia. Dhia juga menyambut pelukan itu.
"Aku pun rindu kau jugak. Aku dah okey sikit... doktor suruh aku rest aje. Lepas ni... aku sihatlah. Pastu kita boleh keluar sama-sama."
"Ish... kau ni sempat lagi ek?" Mereka semua ketawa. Suasana wad menjadi ceria dan riuh dengan gelak tawa mereka.
"Kalau tak ada apa-apa, aku pergi kerja dululah." tutur Hasnah yang sedari tadi mendiamkan diri.
"Awalnya ibu nak balik? Dhia baru nak jumpa ibu..." Dhia mencebikkan bibir.
"Dhia..." Hasnah mendekati Dhia.
Dengan senyuman palsu, dia mendekatkan tubuhnya ke tubuh Dhia. Lalu, dia memegang kuat lengan Dhia.
"Aku nak pergi kerja... Kau tak payah nak tunjuk ngada-ngada kau kat sini. Faham?" Hasnah mengetap gigi.
Dhia yang faham akan maksud Hasnah itu, mengangguk laju.
"Bagus anak ibu ni..." Dia melepaskan lengan dia dan beredar dari situ.
Mereka yang lain, memandang sesama sendiri. Walaupun Hasnah cuba menyorokkan perbuatannya itu, mereka sudah mengagaknya. Mereka sudah lali dengan perangai kejam Hasnah itu.
"SAYA tak salah, encik! Dia fitnah saya... percayalah!" Wati membela dirinya.
Pegawai polis yang menyoal siasat kes itu hanya mendiamkan diri. Sebarang rekasi tidak dipamerkan.
"Kenapa? Encik tak percaya saya? Encik percayakan mamat tu kan?" Wati bersuara lagi apabila melihat kebisuan pegawai polis itu. Aku takkan mengalah macam tu sahaja. Aku akan pastikan rancangan aku berjaya walau apa pun risiko yang perlu aku harungi.
"Mengikut keterangan Encik Iskandar, dia mengatakan awak cuba membunuh Cik Dhia betul?" soal pegawai polis itu setelah lama membisu.
"Tak! Saya tak buat semua tu! Dia yang reka cerita tu semua... dia nak perangkap saya." Habis-habisan Wati membela dirinya.
"Hmm..." Pegawai polis itu berfikiran sejenak.
Dia sambung semula, "Saya tidak tahu mana satu yang betul. Awak atau dia? Jadi, sementara siasatan dijalankan... kami terpaksa menahan awak di lokap. Kecuali... ada yang menjamin awak." jelas pegawai polis itu, panjang lebar.
"Ikat jamin? Maskudnya... kalau ada orang ikat jamin saya, saya akan bebas? Saya tak duduk dalam lokap?"
"Tak duduk dalam lokap itu benar, tapi bebas itu tak. Awak akan diikat jamin namun pergerakan awak akan diawasi oleh pihak polis sepanjang kes ini berjalan." jelas pegawai polis itu lagi.
"Hish! Lebih baik saya duduk dalam lokap je... tak ada guna kena ikat jamin pun!" bentak Wati. Aku ingatkan boleh bebas pastu aku boleh teruskan rancangan aku yang seterusnya. Tapi, lain pula jadinya. Eee... ini semua salah Iskandar tu! Kau tunggu, aku takkan lepaskan kau macam tu aje. Takkan!
"Jadi, keputusan awak?" tanya pegawai polis itu, hendak kepastian.
"Duduk dalam lokaplah! Tanya pulak keputusan saya apa? Apa punya polis entah dia ni!" selamba sahaja Wati melampiaskan amarahnya kepada pegawai polis itu tanpa menghiraukan akibatnya.
"Okey... Daniel!"
"Ya, tuan!" Seorang pegawai polis datang menghampiri meja mereka.
"Failkan kes dia dan masukkan dia dalam lokap." Arahnya kepada orang bawahannya.
"Baik tuan!"
"Cik... silalah ikut pegawai Daniel ini ke lokap ya?" perli pegawai polis itu.
Wati menjeling tajam. Dia ingat aku ni apa? Berlagak sangat jadi polis! Lepas aku keluar dari lokap nanti... siap kau aku kerjakan.
Dia mengintil pegawai polis Daniel itu dengan menghentakkan kakinya sekuat yang mungkin. Sehinggakan bunyi tapak kasutnya didengari seluruh balai polis itu.
KEESOKAN HARINYA, Dhia dibenarkan keluar dari hospital. Cuma, dia perlu datang ke hospital seminggu selepas dia keluar dari hospital untuk pemeriksaan akhir.
Dhia sedang sibuk memasukkan pakaiannya ke dalam beg baju terhenti apabila suara Zaril menerobos ke gegendang telinganya.
"Dhia..." Zaril berjalan menghampiri Dhia sambil tersenyum manis.
"Eh, abang Zaril... Abang Zaril tak pergi kerja ke hari ini?" tanya Dhia, hairan.
"Abang saja tak nak pergi kerja... nak jemput Dhia. Rindu..." Zaril melabuhkan duduk di pinggir katil.
Dhia mengalihkan beg pakaiannya ke tepi lalu turut melabuhkan duduk di sebelah Zaril.
"Apa? Rindu? Ya ke, rindu?" Dhia mengangkat kedua-dua keningnya.
"Betullah rindu... satu hari tak jumpa Dhia, abang jadi tak keruan tau." Mereka ketawa kecil.
"Ada-ada je abang Zaril ni. Eh! Mana Ara? Dia ada kelas ke?" Dhia memanjangkan lehernya melihat ke luar wad. Mungkin Ara tunggu aku kat luar kot.
"Ara tunggu kat dalam kereta..."
"Oh... Kalau macam tu, jomlah. Dhia kemaskan sikit lagi pastu kita boleh gerak. Jap ek?" Dhia hendak bangun tetapi dihalang oleh Zaril. Zaril memegang lengan Dhia dan memberi isyarat menyuruh dia duduk semula.
"Abang nak cakap sikit dengan Dhia, boleh?"
"Boleh je... apa dia?"
Zaril menarik nafas, mengumpul kekuatan sebelum mula berbicara.
"Dhia... Abang nak jujur dengan Dhia tentang perasaan abang pada Dhia."
"Perasaan abang? Bukan abang dah confess ke hari tu? And... explain perasaan abang tu kan?" Kenapa tiba-tiba aku rasa pelik je dengan kata-kata abang Zaril ni? Dia masih simpan perasaan lagi ke dekat aku?
"Abang tipu Dhia. Abang... abang sebenarnya masih tak boleh lupakan Dhia. Abang cuba tapi tak boleh... Hati abang tetap untuk Dhia."
"Abang... erm... Dhia..." Penjelasan Zaril itu membuatkan dia membungkam. Aduh! Kenapalah sampai dua orang sukakan aku? Aku ni bukannya lawa mana pun sampai dia orang nak berebutkan aku. Haih, macam mana ni?
"Tak apa... Dhia tak perlu jawab pun. Abang cuma nak Dhia tahu je perasaan abang pada Dhia. Abang tak nak tipu Dhia lagi... abang jugak tak sanggup berpura-pura gembira melihat Dhia bersama orang lain."
Hening sejenak apabila masing-masing membisu.
"Dahlah! Jom, kita balik. Meh, abang tolong kemaskan sekali." Zaril cuba beriak biasa namun hanya Allah yang tahu betapa luruhnya hatinya saat ini.
Dhia melihat Zaril bereaksi seperti itu, membuatkan dia rasa bersalah. Dia tidak mahu menyakiti Zaril mahupun Iskandar. Terlalu berat untuk dia memutuskan semua ini. Hanya doa sahaja dapat dia titipkan.
WATI duduk termenung di atas lantai. Dia berpeluk tubuh. Memikirkan bagaimana hendak keluar dari lokap ini.
Lama termenung, tiba-tiba datang seorang pegawai polis membuka pintu lokapnya.
"Wati, ada orang datang melawat kamu." kata pegawai polis bernama Safwan. Tertera namanya pada tag di uniform polisnya.
"Ada orang nak melawat? Lelaki ke perempuan?" tanya Wati, pelik. Siapa pulak yang nak lawat aku ni? Entah-entah si mamat tu kot. Hish, kalau betullah dia... memang cari nahaslah dengan aku!
"Perempuan. Dah, jom." ujar pegawai Safwan sambil menggari lengan Wati.
Share this novel